Klik Yer!! Mekasih...

Monday, March 23, 2015

Macam2 Fesyen Boleh Buat Dengan Magic Scarf Ni

Balik kerja sampai rumah..

Affan : Hunyyyy nah B beli ni untuk huny..
Aku : Apa ni.. (muka dah pelik sebab jarang laki aku ni nak beli barang online)
Affan : Magic Scarf!!
Aku : Apa tu Magic Scarf?? (balik kerja blur kejap)..Menda tu?
Affan : Buka la balutan tu..
Aku : Ooo kain bulu2, untuk apa ni??
Affan : Huny tengok kat FB ni cara2 nak pakai Magic Scarf ni..

Eh ehhhh macam best jer magic scarf ni macam2 la boleh buat..haaaa bestkan..Tu yang B beli untuk awak..Yeker..aloooo terharu angat awak beli scarf ni untuk huny..Ermm apsal tiba2 beli Magic Scarf untuk huny ni..Pelik bin Ajaib ni..Takde apa sajer nak beli untuk awak..ooo ekkk.. *blur lagi..

Berapa B beli ni?? Sehelai 39, beli 2 helai dapat 70..Haa 70! macam mahai jer..yeker mahai.. Terus muka Affan monyok aku cakap mahal..hahaha Tak la ok la tu harga dia 2 helai dapat 70.. Kalau B tau B beli tudung neelofar untuk awakkan..Ishh macam rugi pulak beli scarf.. Takde rugi la ok apa scarf ni, macam2 boleh buat.. *sedapkan hati suami.

Kelas siap ada CD lagi..CD tu dia tunjukkan cara2 nak pakai Magic Scarf tu.. Mula2 pasang kiteorang dah gelak-gelak sebab dok tunggu CD tu on lepas tu stuck..  Maklum la CD copypaste kan macam tu la jadinye..Pastu pasang kat laptop baru boleh..busan la pulak tengok video tu dok ulang cara nak pakai scarf tu pattern yang sama dengan model ala2 control cantik..boring giler! Pastu Affan tunjuk la kat FB dia ada simpan link video Magic Scarf tu..Bile tengok video kat FB tu macam kagum giler sebab dengan scraf macam2 fesyen boleh buat..

Nah tengok video Magic Scarf ni..korang tengok pon mesti kagum giler..



Thank you B..Nanti pergi Korea boleh pakai macam ni..bahahha *pengsannnnnn

Ni lagi pengsan, tak bangun2 terus..hahaha..Buat baju tube pon boleh tau dengan Magic Scart ni..Muka tu terpaksa dikartunkan sebab terlalu 18sx sangat..hahaha

Kain dia sedap lembut jer..tak rugi B beli untuk huny..Sukaaaa..Yang pink tu ingat nak bagi Raiisah la..Mekasih B..ok nak feeling2 berada di Korea jap.. ahaks

piece : kathyjem

7 comments:

Zaza Abdul Latif said...

hahahaha kalau tengok muka affan tu mungkin I bleh pengsan berdiri kot..
Kathy.. I pernah tgk magic scarf ni kat Daiso.. and also pernah tengok kat youtube sebelum benda ni jual kat Daiso. mmg magic.. suka suka ;)

ComelComot said...

hahahahh kathy model awak sgt bergaya dengan tube magic scarf..Adoiyaii haru lah asben awak dpat bini camni.. notty tau..

kathy jem said...

Zaza Abdul Latif : kan pengsan tak bangun2 dah lepas tu..hahaha..
Ooo kat Daiso pon ada jugak ek..lagi murah..

kathy jem said...

Comel : tu bakal Malaysia Next Top Model tu..hahaha suami yang sengal.. =P

nor nazliana said...

kalau dpt ke anak ana best ni felling mcm rambut frozen

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kathy,
MELAMPAU (caps lock hokeyh)
gelak mengekek2 gulin2 pusin2 tau3
elok la uols hubby & wifey
lawak3 :)

Nor Herawati Johari said...

hi salam, mana nak beli magic scarf ni..?