Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, March 24, 2015

Tips Melancong ke Negara Jepun

Hi semua..entry kali ni aku nak kongsi tips khas untuk korang yang berminat nak melancong ke negara Jepun..Tips yang perlu korang tahu sebelum datang ke Jepun supaya korang boleh buat preparation awal..Harap2 tips ni dapat membantu serba sedikit untuk korang walaupon tak banyak..hehe.

Ok mula2 sekali..


Ubat-ubatan :

Sangat penting yer bawak ubat ni sebab kat sana suhu sangat sejuk kadang tu boleh buat tekak kita kering..So kena standby ubat sakit tekak, takdela dah sampai sana nanti dah sakit baru terkial-kial nak mencari ubat..Dah la semua produk dorang dalam bahasa Jepun memang masak la nak mencari ubat time sakit tu..Kalau dah berjalan satu hari tu, faham2 jer la kaki tu mesti lenguh dan sakit..Tu yang penting bawak Yoko Yoko..Panadol pon kena bawak takut demam ker apa.. Tapi Alhamdulillah sepanjang berada di sana tak sakit, demam, batuk..yerla risau gak kalau sakit tak syok la kan nak berjalan..Mungkin vitamin C tu jugak membantu..Mau tak hari2 telan 10 bijik takut demam punya pasal..hehe..


Bahan Pelembab :

Lotion extra moisturizer dan lip balm..benda ni korang harus pakai sebab ia membantu mengelakkan kulit kering dan menggelupas..sebelum nak keluar kena sapu lotion di seluruh badan..kalau korang tak sapu, nanti badan boleh gatal2 sebab kulit kering..jangan jadi macam aku hari ke 3 baru hegeh2 nak sapu masa tu kulit dah start gatal2 sebab asyik lupa nak letak lotion..dah siap pakai baju segala bagai baru teringat lotion tak pakai..hahaha Rasakan tergaru sana sini..Lip Balm pon sama sebelum nak keluar kena pakai supaya bibir tak menggelupas dan boleh maintain seksi gitew..hahaha


Long John :

Long John ni lebih kurang macam inner baju la tapi material dia campuran cotton & wool..Bagus untuk bagi first thermal protection kat badan kita..Dia ada satu sut baju dan seluar..Long John ni nampak macam simple kan tak ada apa sangat kan tapi cuba korang pakai kat suhu bilik Malaysia, tak sampai berapa minit sure badan berpeluh..hahaha Korang boleh dapatkan kat Uniqlo..tak silap satu set dalam RM59 kalau ada Sale dapat la RM39.90..Nak murah lagi beli kat Uniqlo, Jepon murah dalam RM21 jer..hehehe


Pakaian dalam :

Jika korang ke negara sejuk yang suhu dia sekitar 5 darjah celcius ke bawah, elok bawak pakaian casual biasa jenis kain kapas yang tebal untuk keselesaan jangka panjang..bawak 2 3 helai dah cukup..pakai 2 helai tu jer, tukar2 la sebab negara sejuk badan takkan berpeluh, baju pon tak berbau..Last sekali baru la pakai winter jacket or trench coat..Ingat lapisan kedua tu kena ambik yang fit sikit nanti pakai takdela nampak debab sangat..hehehe Dah la lapisan dalam pakai Long John.. Bayangkan berapa helai nak pakai tu...

Korang boleh cari baju jenis kain cotton macam kat atas ni dekat Terranova, Sunway Pyramid (Sebelah Nichi) murah dekat situ..



Jaket : 

Terdapat banyak jenis pakaian musim sejuk yang diperbuat daripada jenis material atau fabrik..paling sesuai adalah benang bulu (biri2) atau pon baju panas kashmir..Kalau boleh korang cari jenis kapas atau bahan kalis air dan juga yang ada poket senang nak masuk tangan kalau sejuk..Sebenarnya bawak 2 helai pon dah cukup sebenarnya tak payah gedik2 nak bawak sehari sehelai bertukar..macam aku nak melaram punye pasal hangkut la beg berat macam gajah tu..hahaha Nasib badan la kan..

Long Jon - Baju Biasa -Winter Jacket..Ok wajib kena pakai 3 helai okey..Rasa2 dah pakai 3 helai sejuk jugak boleh la tambah lapisan kedua tu..so jadi la 4 lapisan..

Mana nak cari winter jacket murah dan cantik?? korang boleh cari dekat F.0.S or Reject Shop, kat situ kalau pandai cari boleh dapat yang brand, murah dan cantik..Nak murah lagi cari dekat bundle dalam 30ringgit boleh dapat.. 


Sarung Tangan : 

Sila cari yang betul2 fix dan yang jenis melekap kat tangan..Yang penting cari sarung tangan yang memang boleh bagi thermal protection dan water resistant..Kalau jenis nipis boleh pakai 2 lapis..Dalam wool atau cotton luar pakai jenis fleece..Lagi bagus cari sarung tangan jenis touch screen compatible..senang nak touch phone takdelah kejap2 nak buka sarung tangan tu pastu tangan gigil-gigil tahan sejuk nak pegang phone nak keluar duit dari dompet atau pon nak garu hidung..hahaha Nak lagi selesa cari jenis kulit tapi mahal la..hari tu tengok kat Universal Traveller mahal gilo dalam Rm80..Beli kat Tokyo hari tu baru 20ringgit..hehe


Stokin :

Stokin kena bawak lebih sikit sebab walaupon negara sejuk kaki ni kalau dah seharian bergerak, berjalan boleh terasa kaki basah padahal bukan basah pun, sebenarnya terlalu sejuk..so kena hari2 tukar stokin nak bagi kaki selesa dan mengelak kaki berbau..kalau boleh cari dari bulu kambing yang boleh meresap haba dan tebal..(beli kat H& M, 5 helai RM39.90)..


Scarf :

Penting untuk menutup leher dan telinga..Kalau leher biarkan sejuk otak secara  automatik akan bagitau seluruh badan kita berada dalam kesejukkan..So kenalah pakai scarf tutup bahagian leher tu..Korang boleh cari dekat H&M atau Terranova, Sunway Pyramid..kebetulan masa aku beli kat H&M dapat RM10 jer scarf gray tu..hehehe berbaloi sangat..Scarf hitam tu beli kat Terranova, Sunway Pyramid pon murah dalam RM14, tengah sale masa tu.. =)


Kasut dan But :

Ini paling penting..Pastikan korang membeli dan memakai kasut yang bertutup untuk mengelakkan kaki cramp..So kasut mestilah selesa untuk berjalan kaki dengan jarak yang jauh..Banyak jer kat Malaysia boots yang cantik2 dan murah..kalau boleh cari dari material kulit atau pvc atau getah yang kalis air..2 boots ni aku beli kat H&M dalam seratus lebih sepasang..Beli mahal2 bukan selalu pakai pon..


Mata Wang :

Pekara paling penting kalau korang datang Jepun kena bawak duit banyak sikit sebab duit Jepun 3x ganda lagi besar dari ringgit kita..Kalau korang bawak seribu sebenarnya macam korang bawak 300 je kat Jepun..Tu belum fikir pasal transport, boleh menangis..bayangkan nak beli fridge magnet je 300 yen (RM10) sebijik..so korang boleh bayangkan harga2 barang yang lain..Nangis kan dengar..

Sejujurnya bagi aku, Jepun bukan la negara untuk korang shopping macam kat Indonesia, bawak dua ribu, 3 beg boleh bawak balik.. Jepun ni lebih kepada orang yang nak menikmati keindahan alam, nak tengok perbezaan budaya di tempat orang..


Adaptor :

Korang kena bawak adaptor sendiri sebab kepala suis kat negera luar tak sama dengan Malaysia..so jangan lupa bawak pulak tak pasal2 tak boleh cas handphone nanti..


Makanan :

Bawak la makanan macam biskut, roti, maggi dan lain2..Cuaca sejuk ni faham2 jer la cepat lapar..biskut or coklat memang kena stanby dalam beg kalau lapar ada la makan nanti..takyah pening2 nak cari kedai makan..Sana makanan Halal susah sikit nak cari..Lagi2 kalau pergi sendirian berhad, kalau pergi dengan agent ok lagi takyah fikir sangat makanan Halal..dorang dah tahu tempat mana yang boleh kita makan..


Botol Air Kosong : 

Ni pon benda wajib kena bawak pergi mana2..sebab kebanyakkan toilet kat Jepun ni takde air..so stanby botol mineral kosang dalam handbeg..senang nak basuh shishi..hehehe


Solat : 

Kat Jepun waktu subuh dorang pukul 3-4 pagi, Zohor pukul 11, Asar pukul 3, Maghrib pukul 5 dan Isyak pukul 7.. So kena alert la waktu solat dorang..tempat solat takde specific place sebab kat mana2 pon boleh solat sebab bandar Jepun sangat bersih..Solat tepi parking pon boleh..Dan satu orang Jepun ni tak jakun kalau tengok orang solat..so jangan risau.. =)

Ok tu jer tips yang boleh aku share dan kongsi dengan korang berdasarkan pengalaman bercuti di sana tempoh hari.. =D

Hari tu ramai yang tanya aku pasal tour guide kami, Cik Aime kan..siapa2 nak tanya soalan or apa jer mengenai percutian di Jepun korang boleh email Aime.. ni email dia aimeaqelah91@gmail.com..

Selamat Bercuti kepada mereka yang pergi ke Jepun..Harap info ni dapat membantu korang.. =)

piece : kathyjem

20 comments:

frommetoyou said...

wah nice info! :)

freezal said...

Tq Kathy.. Baguslah you ni.. ;)

Liyana said...

tq for info.. 1 day mesti sampai ke sana hehehe

Nur Zayyani Liman said...

Good tips and nice blog..saya suka at first sight..hehe

miz zura said...

Mencari winter coat kanak2..singgah sini...www.jomshoppingnak.blogspot.com

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kathy,
eh3
sejibik cam adapter iold he3
leh gi jepun dah he3

maisarah5 said...

saya memang teringin sangat nak ke jepun ni...terima kasih bagi tips yang bermanfaat ni

Mrs Little Voice said...

info menarik dan sedang bercita2 nak ke Jepun one day nanti

mamamia said...

Good info.thanks for sharing esp tour guide tu ;)

Nor Marshaliza Shaidan said...

Tq sharing info.
Mmg jepun dalam wish list.
Jemput singgah blog sy yer
http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/

Siti Nurain Abdul Kadir said...

teringin nak melancong ke Jepun..anynay nice tips..sharing is caring ^__^

hamizah che mat said...

bestnya..! antara wishlist saya ni. masa sekolah dulu belajar bahsa jepun. selalu berangan smpai jepun. hihi

www.mama2faizmayra.com

Ummu Nurkhayla said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. trip percuma ke Bangkok.

sam rizal said...

Terima kasih kak..
Bersemangat nak ke jipon ni

~siMple liFe b0ut Me..iEka~ said...

Gud info .. Tenkiuuu

Nor Sulhana said...

Info yang menarik sebagai persediaan untuk ke Jepun. Salah satu dari 5 Destinasi Percutian Impian Saya. Thanks for sharing.

yantsty said...

InsyaAllah tahun depan ke tokyo, osaka jepun. Yan.

unknown said...

boleh tengok tips ke tokyo untuk muslim dari pengalaman saya sendiri di link bawah ni. thank you.hehe

https://sabahanlovestravel.wordpress.com/2016/02/20/tipstokyo/

Sariful Aniqah Rozali said...

Awak check email yea.lovelyrose_ika@yahoo.com.my

Unknown said...

Thanks for the info.. Walaupun dah lama gak info ni dibuat/ditaip.. Berguna utk manusia lain.. 😀