Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, September 30, 2014

Fat & Spoon Uptown, Damansara Utama

Ahad lepas ajak Affan makan kat Fat & Spoon sebab hari tu nak pergi makan kat sini dengan manjers tak jadi sebab ramai orang.. Teringin sangat nak makan cempedak goreng dia paksa Affan pergi sini..hehehe Nasib Affan nak mengikut selera isteri dia.. Selalu aku selera dia hari tu dia pulak ikut selera aku..hahaha

Konon nak datang awal takut ramai orang takde tempat.. Ingat nak datang kol 11 macam tu sure orang tak ramainya sekali sampai lambat gak dekat kol 1 baru kiteorang gerak dari rumah.. Sampai2 tu dia penuh nasib ada 1 table kosong.. Kalo tak terpaksa la menunggu kat luar..

Ni budak la yang buat kiteorang lambat...hahaha Tak pasal2 Mek Echa dipersalahkan.. Padahal aku yang hegeh2 bersiap..

Penuh.. Klasik dekorasi dia..

Antara menu yang menarik di Fat & Spoon.. Sini hidangan dia lebih kepada tradisional Malaysia bersama campuran Barat..

Affan oder Moo Moo Rice Bowl.. Nama macam gempak bile rase alahaiii macam claypot chicken rice..hehehe..Rase biaser ajer.. Rasa macam daging letak kicap.. =D

Homemade Popiah.. Sedap popiah dia..

Raiisah kiteorang oder Kids Garlic Fried Rice.. Pelik dorang letak sambal belacan untuk menu kids..Hurmm rase biaser jer macam masak nasi goreng kat rumah pon ada.. hahaha Cuma yang special tu ayam goreng die jer la..

Saya punyer Chicken ABC Rice Soup.. Pon rase biaser jer.. Bila dah makan ok rase macam sup yang aku masak untuk Raiisah kat rumah.. hahaha..Ada carrot, kentang, chicken cuma yang beza dia ada bendi ngan yang hitam tu.. Apa tah nama dia..

Raiisah memang suka ayam goreng..Nampak ayam goreng melompat2 macam Upin & Ipin.. yeaa yeaa ayam goreng!

Alaa susah la makan ngan tangan jer la..haa tau pon..Kentung kentang sibuk nak pakai sudu sudahnya pakai tangan jugak yang senang..haha..

Makan ayam jer nasi tak nak.. Geleng2 tak nak nasi..

Pastu merengek nak tulang ayam.. penat mummy ko kopek isi ayam tu.. Tulang ayam jugak yang Raiisah nak..

Muka happy dapat hisap tulang ayam.. Jangan tercekik sudah..

Siap cakap ngan Affan.. "B ni kalau jatuh abis kepala orang kat situ"..hahaha sampai ke situ aku imagine..

Last sekali kami oder Cempedak Spring Rolls with ice creamm.. Ni memang sedap highly recommended.. ice creamm tu separuh Raiisah makan..

Klasik gila bil dia.. Resit tu letak dalam buku..

Kreatif!
 
Raiisah dan mummy sudah kenyang.. Siapa yang nak try makan kat sini ni alamat dia :

73, Jalan SS 21/1a,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor.

Kedai dia berdekatan dengan Wodermilk Uptown Damansara..

Daddy pas ni kita nak pergi mana.. Sambil jalan menuju ke kereta..

piece : kathyjem

Friday, September 26, 2014

Tampil Cantik dengan BeautyOAT Collagen Plus + Oat Drink Formula

Salam semua.. Hari ni aku nak memperkenalkan satu produk kesihatan iaitu BeautyOAT Collagen Plus + Oat Drink Formula.. Memang teruja nak cuba.. Kalau jenis malas nak breakfast heavy boleh la ambik segelas BeautyOAT ni.. Produk ni lelaki & perempuan boleh minum.. BeautyOAT berkesan dalam masa singkat.. Hanya 2 minggu mengamalkan Inshaallah kesannya akan nampak..

Mesti ada tertanya BeautyOAT ni apa kelebihan dia?? BeautyOAT ni adalah produk pertama di Malaysia yang mengabungkan collagen plus yang mengandungi oat, Marine Collagen, ekstrak Sakura dan ekstrak delima, yang telah terbukti untuk mencegah penuaan awal, memulihkan masalah kulit, mencantik dan menyuburkan rambut, menegangkan payudara, menguatkan tulang, mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi..

Ok BeautyOAT ni bukan hanya produk kecantikkan semata-mata je, untuk korang yang nak kurangkan berat badan pon boleh minum sebab BeautyOAT ni boleh mengenyangkan.. Memang akan nampak perubahan kalau kita amalkan minum pagi sebelum breakfast dan sebelum tido..


Produk ni masih lagi baru dipasaran.. Harga dia bagi aku masih mampu dimilik..Satu kotak ada 18 sachets x 30gm.. Harga RM79.00 (WM), RM89.00 (EM)..

Jangan risau bahan-bahan semuanya dibuat 100% bahan-bahan semulajadi dan halal..

See untuk kuruskan badan pon boleh.. Ni salah satu testimoni customer yang minum BeautyOAT..

Muka adik ni terus glowing2 lepas minum BeautyOAT..

Cara Penggunaan :

Ambil 1 sachet BeautyOAT dan bancuhkan dengan air suam sebanyak 180 ml (dalam satu cawan)..Kemudian kacaukan dan boleh minum.. *Ingat jangan bancuh dengan air panas..

Setiap pagi dan sebelum tido mesti minum BeautyOAT ni..Rase dia sedap, takde manisan gula, tidak berlemak dan berbau vanilla.. Yummm!! paling best minum sebab dia mengenyangkan.. Kadang tu pagi selalu rush and tak sempat nak turun beli breakfast ni jer la yang sempat aku minum..


Siapa berminat dan nak rasai keenakan BeautyOAT dan kebaikannya boleh terjah di bawah ni..

Facebook page : BeautyOATofficial
Instagram : beautyoatofficial
Contact oder : Zuraeca Sdn Bhd 012-244 014/012-2444 0141
Email : Babeskin365@gmail.com

piece : kathyjem

Thursday, September 25, 2014

My Second Baby!

Last week beli kasut futsal.. Ya ampun susahnya lahai nak cari kusat futsal.. Ada yang berkenan saiz pulak takde.. Mula2 pergi The Sport & Leisure Store Midvalley yang bahagian atas, situ murah.. Tutup pulak tengah renovatioan.. Pastu usha Studio R pon sama tutup gak tengah renovation.. Kecewa.. Pastu blur tak tahu nak cari kasut Futsal kat mane.. Ada butik Nike sebelah tu aku tengok tak banyak pilihan..tak suka kasut Nike tak tahu kenapa..hahaha Suka lagi Adidas design dia menarik..

Pastu pergi Aeon tengok kot2 ada kasut futsal Adidas pon sama takda jugak.. Pastu blur balik tak tau nak cari.. Nasib Aishah ada temankan aku masa tu, suruh dia tanya kawan2 dia kot ada yang tahu kat mana nak cari kasut futsal kat dalam Midvalley ni.. Pastu kawan dia bagitau ada kat Garden.. Tengok la Adidas kat situ sekali ada 5 design jer kasut futsal tu pon saiz lelaki, untuk perempuan dorang dah tak keluarkan sebab tak ramai yang beli.. Try saiz yang paling kecil saiz 6 longgar.. Nak usha yang kids takde pulak.. Tengok jam ada masa lagi.. Tanya Aishah ok tak kalo kita pergi cari kat Al-Ikhsan Batu 3 mana tau banyak pilihan..Aishah pon ok terus gerak ke Al-Ikhsan Batu 3 Shah Alam..Dulu pernah beli kasut jogging kat situ ok banyak pilihan harga pon murah..

Sampai2 tengok, wahhh banyaknya pilihan dah gembira..Alhamdulillah.. Dalam hati dah senyum2 sebab nampak banyak pilihan kan..harap2 ada la saiz aku.. Tanya adik tu ada saiz design yang aku nak ni.. Dah berkenan 3 4 design sekali adik tu bagitau yang aku nak tu semua takde saiz.. Ambik saiz kids punya tu sebab saiz dewasa semua pon longgar.. Kecewa lagi..Sampai kedai tutup aku pilih kasut futsal tau sedih jangan cakap la menangis terlolong dalam kedai tu semua saiz 5 kids abis..Pastu ingat nak ambik saiz dewasa longgar pon longgar la nanti pakai la stokin pon sama semua saiz abis.. Haiyoo apa ni dik kedai sebesor macam ni semua saiz takde..hahaha Takper la akak cari kedai lain jer la..Keluar kedai muke cebek..hurmm =( terpaksalah cari besok..

Besok training acanor sempat ker nak cari?  Masak kalo tak jumpa..Takkan nak pakai kasut joggingt pulak mau tercabut kuku kaki nanti.. Sebab pernah main ada satu perlawanan tu kawan aku masa tengah syok2 tendang ketepek jatuh, tau2 kuku kaki tercabut sampai kena operate.. Sejak dari tu memang aku akan pakai kasut futsal tak kira macam mana kaki ni mesti bersarung kasut futsal..Takut kuku kaki tercabut..

Tadaaaa... My second baby..hahahaha Kasut yang first simpan lagi cuba body jer la dah koyak2..hahaha Ni aku beli rm160 saiz 5..Ni pon usha kt Sunway Pyramid.. Mula tengok kat Al-Ikhsan takde saiz kids yang aku nak tu pastu tengok kat Studio R kot ada saiz kids.. fuhh ! ada tu pon tinggal satu rezeki aku.. happy tak terkata..

Ni kiranya kasut futsal kedua dalam hidup..hahaha Yang first tu sayang koyak2 dah badan dia tapi tapak ok lagi body jer dah tak ok.. Sayangnya nak buang kasut tu.. Kasut Adidas tu banyak kenangan.. Dari mula tak tahu futsal dari mula tak pandai tendang bola sampai pandai gelecek bola..

Kat bawah ni kenangan dari zaman tak reti sepak sampai dah pandai sepak.. Aku start main futsal dari tahun 2005 kalo tak silap.. kira-kira ngan jari hampir 9 tahun ku ceburi dunia futsal ni..Dari zaman remaja sampai zaman mak2 masih gigih bermain futsal..hehehe

Masa ni masuk tournament futsal anjuran Kosmo..Amboii gaya jer lebih tu tendang tah ke mana2 perginya..hahaha

Kasut aku yang warna merah tu.. Kasut futsal pertama aku beli.. Tak silap masa tu beli kat Sunway Pyramid.. Lama dah kasut merah tu berkhidmat, dari tahun 2005 sampai 2013.. Tahan lasak dan selesa..

Bergambar dengan rakan2 SYABAS sebelum perlawanan..Tak menang la gila nak menang berpuluh team kot yang masuk..

Masa ni kitaorang juara..hehehe SYABAS buat tournament.. Tahun 2011..

Perlawanan bersama media..

Naib Johan lawan dengan Media Selangor..

Tournament SYABAS 2010..Tak kawen lagi masa ni..hehehe

Ni tournament SYABAS tahun lepas.. Perlawanan paling teruk pernah kiteorang main.. hahaha Hari tu memang nasib kiteorang tak baik.. Semua game kiteorang main semua 0 takde goal langsung..hahaha Sedihhhh weiii..


Ni training kelmarin.. Nampak kasut baru itu.. auuwww hehehe...Masa ni tengah training untuk perlawanan besok & hari sabtu..

Ok takper Inshaallah tahun kite main bersungguh2 ok.. Balas dendam untuk kekalahan tahun lepas..hahaha Besok perlawanan futsal bersama Media, Sabtu tournament SYABAS pulak.. aduhhh tercabut lutut ni.. 2 hari berturut-turut masuk perlawanan futsal.. T_T

piece : kathyjem

Tuesday, September 23, 2014

Sambut Hari Jadi Yunnan & Keisha

Hari tu Eira buat birthday party untuk Yunnan & Keisha.. Senang celebrate sekali katanya.. Keisha nye besday jatuh bulan Jun, Yunnan pulak pada bulan September..Tu pon hampir2 aku tak tau..

Seminggu sebelum tarikh nak buat birthday party dorang, Eira wechat dalam group..aku tak tau langsung.. Hari tu jumpe Yana, Yana cakap pasal birthday party Yunnan ngan Keisha.. Aku muka blur2.. eh bila pulak celebrate birthday Yunnan ni.. Loo manjer ko tak dapat wechat ker hari tu Eira ada wechat dalam group.. Yekerrr takde pon.. Hurmm mesti wechat ko mengong..hahaha Yerla kot wechat sekarang ni memang tengah mengong sikit.. hahaha Salahkan wechat pulak..

So Eira buat kol 3 petang.. Kol 2 lebih baru kiteorang gerak.. Eira wechat makanan tak sampai lagi.. Dengar tak sampai tu yang gerak kol 3 tu..hehehe

Raiisah masuk kereta bumm terus tido..Ngantuk sangat awal pagi dia dah bangun..

Parking kat rumah Eira penuh jadi kiteorang park kat luar..Kena menapak la masing2..

OOTD Raiisah petang tu.. Simple ajer yang penting handbag tu tatap ado yer.. hahaha Ingat nak tambah koleksi beg Mek Echa lagi la..Dia kan suka handbag..


Ayu ngan Yana pon baru sampai..



Lepak jap pastu terus mencari makanan.. Macam2 ada.. Ada laksa, samosa, cream puff, roti jala kari ayam, mee goreng, cucur dan kuih muih..

Lepas semua makan sesi potong kek...

Kek Yunnan.. Mentang2 Yunnan suka bola mummy buat kek bola yer..

Kek princess untuk Keisha..

Kek ni tak silap aku di sponsor oleh kakak Eira..

Raiisah dok sibuk la kulu kilir bawak stroller baby tu.. Tah sape punya la dia ambik ingat Keisha punye sekali Eira bagitau bukan Keisha punya..

Ok sesi potong kek..

Mula2 Keisha dulu tiup lilin..

Alolo malu pulak dia.. Siap kena ada mummy sebelah baru nak potong kek..

Manja sungguh ngan daddy dia..

Alamak gambar Yunnan potong kek tak sempat ambik..

 Bersama birthday boy..Dah 2 tahun dah yer Yunnan.. Bulan depan Raiisah pulak masuk 2 tahun.. Beza sebulan jer Raiisah ngan Yunnan..



Bersama Ayu..

Affan sedang rancak berborak dengan bapak mertua Eira..

Keluarga besar Eira.. Meriah..


 Abis tawaf satu kawasan dengan baby stroller tu..

 Mummy Ayu ajak bergambar pon tak dilayan..

Dah besor ni susah sangat nak bergambor.. Pujuk la macam mane tak nak jugak..

Penat posing rehat jap pastu terus chow balik..

piece : kathyjem