Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, February 18, 2015

Trip Ke Tokyo Part 1

Sampai jer Narita International Airport masa tu Ya Allah perasaan tuhan jer tahu..selalu berangan2 nak pergi negara Tokyo ni sekarang dah berada di Negara Matahari Terbit macam tak percaya..Bersyukur sangat sebab diizinkan melawat ke satu negara Asia yang sangat maju dengan segala benda macam.. Sebab aku tak terfikir pon nak datang Tokyo sebab tahu jauh dan mahal..tapi bila izin Allah izinkan, Alhamdulillah dapat ke sini syukur sangat2..

Perjalanan mengambil masa 7 jam..Bertolak pon dah malam sampai2 hari pon dah cerah.. Cuaca kat Tokyo pagi tu Alhamdulillah baik..

Sampai2 terus pakai trench coat..dah stanby sebab dah tahu sejukkan..Tak pernah pergi negara sejuk so tak tau feel dia macam mana..harap badan ni dapat bertahan la..Ok masa ni baru perasan seluar long john tak bawak dalam luggage bag.. T_T

Masa kat airport dah boleh rasa aura2 kesejukan kat luar tu..agegege boleh tahan ker tak ni.. Sejuk kat ofis pon dah gigil2 ni kan pulak kat  negara sejuk..mau beku tak gerak2 aku kat situ..hahahaha Over sampai kat luar airport pon tak lagi.. =P

 Saya berada di Tokyo sekarang ni..Tidak percaya..!

Nyah awal2 dah pakai glove sejuk katanya..senang pakai siap2..hehehehe

Masa ni baru pukul 7.20 pagi..Jepun dengan kita cepat satu jam jer..Contoh Jepon 8.20 pagi kat Malaysia 7.20 pagi..giteww..lebih kurang macam tu la.. Sebelum keluar airport cari toilet dulu sebab nak shi shi..hahaha Ada kejadian masa kat toilet ni tau..nak cerita pon malu la takyah la cite mesti korang gelak2.. yerla first time kan datang Jepun..hahaha

Sampai kat airport ada orang jemput.. Tour guide dari Jepun, Aime nama dia..Dia la yang akan bawak aku dengan Nyah selama 4 hari berada di Tokyo..

Ok kena beli tiket dulu..

 Dari Narita station kita semua naik Keisei Skyliner untuk sampai ke Nippori..

Ni la Cik Aime kita..Aime ni orang Malaysia belajar kat sini..boleh berbahasa Jepun dan Melayu..Cakap laju macam orang Jepun gak..Yerla 5 tahun dah die dok kat Jepun memang fasih la cakap Jepun..


 Nak naik Keisei Skyliner..

Tambang untuk naik Keisei Sky Liner untuk ke Ginza Subway Line ni dalam 1,240yen untuk seorang..

Kami diberi phone untuk emergency call..terkejut masa Aime bagitau phone ni takyah charging selama sebulan terus muka tercengang-cengang..biar betul Aime sebulan takyah charging.. ye kak sila la percaya..hahahaha

Perjalanan mengambil masa sehingga 39 minit..lama tu boleh tidur jap..

Menikmati permandang bangunan & rumah2 di Tokyo...Macam tak percaya di negara Tokyo..rasa macam sedang melihat tv dalam drama Jepun..hehe

Sempat bergambar dalaam Keisei Sky Liner..Alamak polis kat belakang la..hehehe eh bukan polis la satff station keretapi buat rondaan.. =P

Nak singgah pergi toilet sekali ternampak vending machine dalam tren okey.. Canggih betul..Rasa2 lepas shi shi, haus boleh beli air kat vending machine ni.. =P

 Toilet dia canggih gile dah macam toilet hotel..

 Semua toilet dia tekan button je takyah nak tarik pintu toilet tu..Tekan button hijau Open la pintu tu, yang merah Close..senang & mudahkan..

 Disediakan ruang yang besar untuk letak luggage bag..

 Pintu dari gerabak ke gerabak lain hanya touch sajer ye takpayah keluar tenaga nak tarik pintu..

Aku perasan la rumah dorang ni kebanyakkan semua colour lebih kurang sama tak macam Malaysia ada rumah colour hijau pink oren.. Rumah Jepun pulak kebanyakkan colour pastel.. tu yang nampak kemas dan tersusun je..suka la strukur bangunan rumah macam tu..Dan kebanyakkan ruang rumah dorang tak besar muat2 untuk letak katil almari jer sebab ruang terhad..

Dapat jugak bergambar dengan Keisei Sky Liner..salah satu keretapi limited-express airport train service..

 Yeee dah sampai Nippori Station..

Pastu naik JR Line untuk pergi ke Shinjuku Station..Sebab Hotel kami kat Shinjuku..

Escalator takda uwaaaa....

Gigih ko bawah bag besar gajah turun tangga..hahaha.. kat Jepun kebanyakkan station keretapi dorang jarang ada escalator sebab rakyat dia suka exercise..sebab tu badan orang Jepun kedil2 sebab dorang jarang bawak kereta time weekend dorang bawak kereta hari biasa naik train..

To Shinjuku..Kat sini aku perasan tren dorang takdela susah mana cuma kita kena tahu tempat mana yang  nak pergi kalau tersilap tu yang pening..

Kat Shinjuku Station dorang tampal poster SALE....ada sale besar-besaran dekat Lumine Department Store..so memang murah nanti kita akan ke situ tapi kena letak bag semua kat hotel dulu takkan nak bershopping bawak luggage bag tu sekali..gile..hahaha..Masa ni Aime tengah tanya guard kat situ ada escalator yang berdekatan..Sebabkan kiteorang kan bawak bag gajah kan mana larat naik tangga..

Dah sampai JR Line station masa perjalanan hanya 4 minit.. Masa ni kaki dah start sejuk membeku sebab tak pakai long john kan..Cari toilet bukak bag terus pakai long john..baru lega sikit kalau tak rasa macam jalan dalam peti ais..

Naik tangga lagi..Cayala Nyah...hahaha Aime tu kan dah biasa kat Jepun jadi jalan pon dah mcam orang Jepun laju jer.. tinggal la kami tergedek-gedek macam itik kat belakang ..hahaha  Akak sori tau kalau saya jalan laju bagitau nanti saya slow  sikit..hehehe dah terbiasa kan..Yee takper takde hal la akak faham..nanti Aime kat depan akak kejar okey.. =P

Tengok gambar makanan ni semua terus lapar..dah sejuk2 ni cepat nau lapar..padahal dalam flight dah melantak nasi..

 Gigih membawa bag gajah akhirnya sampai kemuncak..agegege sejukk!!! nak mencari hotel pulak..

Hotel kami seberang jalan tu..Eh eh Kimura Takuya..Dulu minat gile kot kat Kimura Takuya ni..tengok drama dia kat tv tak tinggal ok..setiap episod aku tengok tau, tak miss okey..hehehe Orang Jepun panggil dia Kimuta..hehe

Tempat parking basikal.. takleh letak basikal merata-rata..

Kena seberang jalan..gigil2 jugakla masa ni nak berjalan ke hotel..Nampak macam tak sejukkan tapi ya Allah tuhan je tahu sejuk dia macam mana..Takper baru hari pertamakan..esok lusa biasa la tu..

 Labi Shinjuki..Tempat barangan gadjet..

Ingat tempat apa la sekali Aime bagitau ni la kak tempat orang Jepun karaoke..Jepun memang terkenal dengan aktiviti karaoke ni..dorang lepas penat berkerja ni la tempat dorang berhibur..

Test vokal jap..alalalaala..hahaha Ok uncle malam karang saya karaoke sini tau..hahaha Macam la uncle tu faham kan.. =P

Masa kiteorang tengah lalu tiba2 ada orang menjerit kat teksi hijau tu..Nampak teksi hijau tu yang dok atas line putih tu..Sepatutnya teksi tu kena belakang dari garisan putih tu..Tu kira dah melanggar undang2 jalan raya..

Mamat yang baju biru tu marah sebab tak ikut udang2 jalan raya..Siap call sape tak tahu la rasanya polis la kot..Buat report pasal teksi hijau tu melepasi garisan putih..dasyat orang Jepun ni on the spot call terus..

Escalator tutup sebab awal lagi..sbb diorg bukak pkul 11am..

Hotel kami dekat dengan Seibu Shinjuku Station..Naik 1st floor dah sampai… 

Dekat jer dengan hotel kami.. Kalau korang nak tahu Shinjuku adalah antara 23 bandar utama di Tokyo.. Shinjuku terkenal sebagai pusat beli -belah, hiburan dan perniagaan.. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia..Antara tarikkan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Goverment Office, Kabukicho Red Light District dan pelbagai pasaraya seperti Isetan, Takashima, Odakyu Department Store, Keio Department dan Big Camera..

Setelah meredah lautan sejuak sampai jugak hotel kami Shinjuku Prince Hotel..hehehe

Sampai2 Aime uruskan bilik kami..Kiteorang just checkin letak bag sebab banyak tempat nak pergi ni..Malam karang baru balik hotel..

Lepas letak bag semua tu kami ke Seibu Shinjuku PePe nak shopping..

Kasut kat sini cantik2 dan murah sebab tengah Sale kan tapi kali dengan duit kita mahal la kot..

Lawanya baju dia..Nak beli satu bawak pegi Korea la..eh..hahaha

Seibu Shinjuku Pepe ni actually ada 8 tingkat, semua underground banyak baju dan accessories.. cakap jer nak contact lens, makeup, beg semua ada cuma pening tak pening je nak pilih..masa ni dorang dah start jual barang spring..

Cantikya kedai accessories ni..

Jalan2 melihat sekitar bandaraya Tokyo..

Kat Ginza ni kawasan jual barang-barang berjenama macam LV, Prada, Gucci semua tu, kiranya kawasan ni macam ala Pavillion la..Kawasan shopping untuk orang2 kaya.. tapi tak beli pon tak mampun dik non..mampu lihat jer..jenis ahkak ni tak kisah jenama apa pon..pakai beg Zara, H&M pon ok janji cantik dan murah..hehehe

Big Camera.. Kedai elektronik terbesar di Jepun..

 Eh eh bunga..rasa macam nak petik satu..hehehe geram jer tengok..dekat Jepun ni banyak pokok2 bunga kecil macam ni taoi cantik..Mungkin bunga macam ni sesuai dengan iklim sejuk..

 Beli tiket nak ke Harajuku...

Senang je nak guna mesin ni..Macam biasa masukkan duit dan pilih destinasi mana nak pergi..tapi kiteorang beli touch and go Jepun dari machine ni, nama card dia Suica..cara dia, masukkan duit, pilih nak beli card, pastu dia akan keluar kad hijau..harga card ni 500yen (RM15)..

Kiteorang hari tu topup dalam 200yen (RM6)..lepas abis boleh topup lagi..Nak senang beli card ni terus, takyah beli tiket kat machines setiap station..

Masa nak ambik gambar train ni laju2 suruh Nyah ambikkan..Aku rasa jauh lagi kot train tu bile toleh kanan zasss depan mata..laju weiii dah la aku berdiri kat situ rasa macam angin taufan lalu depan aku berderau jantung nasib baik tak melayang kat train tu..

Dalam train bersama Aime.. dia la yang akan translate kat kami apa yang orang Jepun cakap or apa yang kami tak faham..

Melintas dah sampai Takeshita Street..wehuuu sampai jugak tempat yang aku idam2kan nak pergi ni..

Kami di sini..

Kalau korang nak tahu Takeshita Street ni adalah pusat peragaan fesyen remaja paling extreme di Jepun.. Kat sini banyak butik pakaian yang terkenal yang menjual pakaian yang unik dan aneh..haaa pakaian pelik2 korang boleh tengok kat sini..Nampak jalan tu macam berlaga2 bahu kan tapi sebenarnya tak pon..Dan kalau nak datang sini kena datang hari Sabtu dan Ahad sebab golongan remaja kat Jepun ni akan berkumpul kat Takeshita Street, Harajuku sambil mengenakan pakaian custome yang comel macam watak anime semua tu...

Sekali ternampak Harajuku Crepe! selalu baca dalam blog jer now dapat makan..So siapa2 datang sini wajib try crepe dia tau sedap sangat!

 Ok nak pilih mana ni semua pon menarik macam2 perisa ada..satu crepe harga dalam 500yen (RM15)..

 Kena beratur dulu..

Aku pilih Gelato Berry Berry & Cream harga dalam 550yen (RM16)..

Sedap weiiii serius tak tipu walaupon sejuk still mampu makan sebab waktu makan ko takkan rasa tu macam makan aiskream..hehehe

Beli souvenir kat sini murah..harga dalam 350yen (RM10) compare tempat lain mahal so korang beli souvenir kat sini tau..

 Alaa comelnya sarung tangan ni..

 Kasut pon lawa2..nak jugak rembat satu kali duit kita uwaaaaa tak mampu..hahaha

Apa macam ada gaya penyanyi Jepong tak..hahaha Tibe2..

 Sejuk2 pakai kasut ni best ni..cakar orang pon sedap..

 Pastu kami try Purikura Machine..saja nak mengedik bagi muka nampak cute ala orang Jepong..

Masukkan duit dulu..

Boleh pilih nak angle macam mana..nk full nak separuh semua pon boleh..Kiteorang ambik dua2 sekali...Dah lama tak ambik gambar pakai guna Purikura Machine ni..dulu zaman sekolah pernaha gak buat tapi tak secanggih macam kat Jepun ni la..itu 10 tahun lepas punye cerita..

Siap boleh pilih nak naturalkan muka boleh nak flawless extra putihi macam Qu Puteh pon boleh.. Baru la Putih! =P Boleh pilih effect yang korang suka, macam aku belasah jer janji cantik dan chumel..eh!

 Takut pulak tengok muka aku macam tu..Kalau real macam larik tak pijak tanah orang tengok..hahaha

 Sekali sekala rasa diri remaja padahal dah mak orang..hehehe

Banyak machines purikura ni, kita boleh pilih mesin mana yang kita suka..


Tshirt2 macam I Love Tokyo semua tu ada jual kat sini tapi tak beli sebab rasa macam rugi sebab TShirt simple harga dalam RM45!..uwaaaaa...

Kepada yang suka shopping kat sini memang seronoklah untuk menggunakan YEN..kepada yang tak nak shopping boleh ajer datang cuci2 mata or bersiar-siar ajer...

Eh Mcdonalds.. kat Malaysia pon boleh makan..hehe

Yeaaa jumpe jugak Daiso Pinky! Lebih murah dari Malaysia sebab kat sini 100yen (RM3)..oklaa 108 yen termasuk tax, tp still lg dlm linkugan RM3..hehe

Nyah beli penutup telinga hanya 3ringgit sajer..

Makanan pon semua 3ringgit..

Tangan sejuk tumpang sat..hahaha

Jumpe jugak fesyen pelik2 ni..walaupon dorang pakai pelik tetap unik tau..comel pulak tu..rasa nak cubit pipi2 dorang ni..

Beli souvenir lagi sebab dapat murah kat sini..beli untuk teman2 rapat jer la kalau nak beli satu ofis kopak makencik mahal kot..hahaha Satu fridge magnet pon dalam 10 ringgit..kawan ofis  ada 40 lebih..kali la berapa nak kena beli..pengsannn..memang tak laaaa..

Ingat tempat apa ramai2 kat dalam tu..

Rupanya tempat jual gambar2 collection artis Jepun..nama kedai ni "Idol On Stage" alaaa comel2..

Kasut dia lawa2 ingat nak ambik satu tengok harga pengsan rm300-600..tak mampu I nk bayar..korek2 poket tak cukup..hehehe letak balik kasut takper jalan2 kat depan mana tau jumpe yang murah sikit..

Kat Takeshita Street ni pakaian pelik2 semua ada jual kat sini..

Macam nak beli satu tapi kang pakai kat Malaysia tidur mesti kena pasang aircond paling kuat..hahaha

Kit Kat Green tea! murah! sapa suka KitKat Green Tea kena beli kat sini sebab aku beli kat airport mahal dalam 500yen.. T_T

Barang makeup murah2.. tapi tak beli pon sebab makeup yang ada pon tak pakai sampai nak expired..hehehee

Pencuci muke biore RM6..

Shampo Pantene..

Aime dengan Nyah borong barang makeup..

Tsubaki..Shampu paling famous di Jepun..

Toner and cream muka yang murah dan bagus di Jepun..tp kalo beli kat pharmacy Malaysia mahal kot..

Lip balm chulip ni murah dalam 648yen (RM19) hari tu tengok kat Guardian dalam RM25.. O_O

Nak beli ke tak nek beli ke tak sebab lupa nak bawak sunglasses..

Tengah jalan2 ingat celebrity rupenya dorang ni tourist..

Lapar nak makan kebab.. masa tengah beli  tak sangka orang Jepun suka makan kebab sebab beratur panjang kot masa ni..

Kebab ayam..sedapnya da tengah lapar dapat makan kebab heaven tapi tak abis sedap portion dia besar..

Orang Jepun ni kan sangat prihatin tentang kelihatan cantik dan fesyen adalah bagaikan agama terutamanya di bandar2 besar macam Tokyo & Osaka..Tak kira siang ke malam, naik keretapi atau berbassikal, pergi membeli belah atau pon ke taman tema dorang tetap bergaya..Nampak kasut tumit inggi tu kalau kita terkangkang nak jalan dengan kasut macma tu..kagum aku dengan budak2 Jepun ni..

Ni lagi satu terserempak fesyen comel ni dalam Laforet Mall..Chumelkan..Nak jugak la pakai macam tu..hahaha

Dari jauh ingat dorang beratur untuk apa rupanya nak beli popcorn garrett..ingat apa la tadi beratur panjang...

Depan Harajuku Station..

Displin orang Jepun ni walaupon kereta takde tetap menunggu sampai lampu bertukar warna hijau dan tandanya jalan..

Kalau musim bunga mesti cantikkan..

Pintu dia kagum aku tengok..

Eh eh jumpe vending machine touch screen la..dasyat!

Sebelah vending machine model lama..Aku rasa kat Jepun je kot yang ada vending machine untuk minuman panas..

Pas tu ternampak Uniqlo..semua pon tahukan Uniqlo adalah brand dari Jepon..So siapa yang nak pergi ke Jepun tak sempat nak cari baju sejuk boleh cari kat sini murah kot compare harga kat Malaysia mahal..hari tu aku beli baju long john kat sini baru RM20..kat Malaysia RM59 kan..nampak beza banyak tu..macam baju winter semua kat Malaysia dalam 289 kat sini baru 210 ringgit..

Seluar tidur murah sangat baru 690yen baru 21 ringgit..rugi pulak beli satu tau beli dua..kat Malaysia 40 kan..

Toho Cinemas..Cer teka tempat ni untuk apa?? untuk dorang layan movies..ala ala macam tgv & gsc semua tu la..

Kat Jepun motor2 dorang comel..kalau hujan mesti tak basah..hahaha

Tengah jalan2 ingatkan apa rupenya dorang ni semua tengah promosi produk makanan..ingat apa la tadi..sampai nak lalu pon dah cuak2..hahaha

Yeaaa dapat biskut & coklat free..balik hotel nanti boleh makan..

Lori belakang tu tengah promosi artis baru..Nama kumpulan tu Group Levo..Dasyat jugak cara dorang buat promosi untuk artis baru..

Peminta G-Shock mesti menangis berdarah tengok jam2 kat sini..lawa2 kot..tengok design ada tu yang murah ada tu yang mahal tapi design2 jam dorang ni takde kot kat Malaysia

Kamera pon murah beza 200-300 duit kita..nak beli Nikon J4 tu sebab model tu best kot tapi tapi tak beli la..kalau beli tak dapat la beli benda yang lain.. eh murah tau kat Jepun dalam 54,000yen (RM1600)..kaat Malaysia dalam RM19++..beza banyak tu.

Segala mak nenek card ada kat sini..Memory card, SD card smua ada..

Gigih menanya..nasib baik ada Aime kalau tak terpaksa keluarkan Translator  phone..hehe

Tengah kira2 budjet cukup tak nak beli kamera Nikon 1 J4 ni..arghhh tak cukup...sob sob..

Pastu kami ke kedai Lush yang menjual barangan mandian, facial wash, dan lain2..masuk2 kedai ni terus rasa nyaman, wangi sangat bau kedai ni....

Colourfull betul Lush dia..nak pakai pon sayang...

Nyah dan Aime cuba untuk produk Scrub Badan..

Kena tunggu berapa minit baru boleh basuh..

Macam2 bahan ada..Cupcake pon ada..hahaha Mesti waktu scrub tu rasa macam nak makan..

Tak sure ni sabun untuk apa tapi unikkan balut dengan daun macam tu..

Lepas dibiarkan berapa minit atas tangan tu cuci..! wahhh kulit rasa lembut..apa lagi beli satu lagi..

Bersama Nyah..

Pastu kami ke Shibuya Scramble Crossing..Akhirnya sampai jugak aku kat tempat wajib pegi bila berada di Tokyo..masa ni baru pukul 3 lebih dah nak gelap dah kan..waktu siang dorang memang cepat..Kol 6 ptng dah gelap gelita..

Kat sini dorang tak kisah korang nak posing terlentok, berguling-guling takde siapa yang kisah..

Mana la dorang ni semua datang..ramai benor..

Shibuya Scramble Crossing ni adalah kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia..korang tengok jer la dorang ni jalan laju menunu tak pandang belakang tak toleh kiri kanan..asal lampu hijau jer laju jer dorang jalan..yang heran tak berlaga bahu pon..Berbeza dengan Malaysia kan? kat sini pejalan kaki di hormati.. Nampak jer kita nak lintas jalan, kereta akan berhenti beri laluan kalau KL nampak kita melintas lagi di tekan break bukannya nak di slow..

Lepak jap Starbucks minum coffee..

Lega dapat minum air panas..

Tuan Belog, Aime dan Nyah..

Wifi memang free tapi nak kena Login bagai semua tu terus tak jadi..macam pening jer..banyak nau step dia..takper la balik hotel nanti baru online..

Layan jugak minum kopi sambil2  tengok puluhan ribu manusia tah mana datangnya.

Ok last2 dah tu peghak sangat tah berapa kali posing atas jalan tah..hahaha Nasib Affan takde kalau ada kena jelingan maut dah dia bagi kat aku..hahaha

Masa kitaorang nak bla sekali uncle ni datang dekat Nyah, Nyah cakap kat uncle tu , walaupon uncle ni macam ni still gagah lagi..dah la dia sorang2 bergerak dengan kerusi roda tu..nasib uncle ni boleh cakap english sikit2..faham jugak apa yang dia explain..

Masa nak ke Tokyo Sky Tree dan Soramachi Town..Valentines day dah nak dekat jadi ramai orang jual coklat2 macam ni

Masuk train senyap  jer orang Jepun ni..suara kiteorang jer dengar..hehehe Budaya dorang memang macam ni masuk train ko takkan nampak dorang sokseksoksek sembang, senyap jer..

Dah sampai Soramachi Town..

Shishi tah berapa kali shishi sejukkan..Setiap kali masuk toliet setiap kali tu aku pening nak tekang button mana  sebab semua bahasa Jepun nasib baik ada gambar berpandukan gambar jer la nak tekan button mana..

Baca map..

Dapat jugak bergambar dengan Samurai walaupun dengan baju..hehehe

Terliurrr!

Ni bukan kedai makanan, ni adalah kedai yang menjual sample makanan.. Jepun terkenal dgn product sample makanan yang nmpak real..

Ikan nampak macam hidup..

Dapat jugak makan icecream paling sedap di Jepun..

Nyah oder Coffee Milk aku oder Matcha Green Milk Tea..

Dorang gelak sebab Nyah tanya kenapa dia punye sikit aku punye banyak..hahaha

Matcha Green Milk Tea ni korang wajib try ok sumpah tak tipu memang sedap..kalah Baskin Robbins & Haagen Dazs..hehehe

Happy dapat makan icecream walaupon tangan berbalut pakai glove..hehehe

Nyah punye pon sedap..

Ni semua barang2 skin care dr bahan natural yg dijual kt Tokyo Skytree…


Depan Tokyo Sky Tree...dekat level 4 sblum beli ticket masuk observation deck..

Cantik2 lampu yg diorg hias ni…lampu2 ni diorg panggil winter illumination sbb winter kan suram, dgn adenye lampu2 ni winter nmpak bercahaya..hehe

Ya ampun masa ni sejuk tahap gigil..sebelah tu tempat main ice skating..

Jap lagi nak naik atas tu…tinggiinyerrrrr…634m uuu..

Tak faham aku macam mane sejuk tahap gigil dorang boleh main ice skating..uwaaa krem kot satu badan kat sini..eh tapi macam best pulak tengok dorang main ice skating rasa macam nak join pulak..

Tak mampu la nak duduk lama2 kat sini..1 minit jer pastu lari2 masuk dalam..

Depan Tokyo Skytree.. ^_^

Tunjuk pas VIP yeaaa takyah beratur panjang kalau tak macam bawah ni..

Depan kaunter..

Cantik tempat letak duit & tiket..

Kejap kang dia warna merah pastu warna biru pulak....

Kena tunggu dalam 20 minit sebab angin kuat tak dapat naik atas..

Cantikkan dalam lif dia..,ade 4 jenis hiasan dlm lift ni mengikut 4 musim di jepun..yg ni musim summer…summer popular dgn musim bunga api, sbb tu hiasan ni pun mcm percikkan bunga api…

Yang ini pula hiasan winter, burung-burung berterbangan..Dalam masa beberapa saat jer kiteorang sampai dekat observation deck 350m..lajuunyeee tapi tak rasa..

Bandar Tokyo pada waktu malam..

Posing sket night view di tokyo

 Bile kena pegang dia akan bertukar colour..

Benda alah ni nama dia monitor deck, ada 3 keping bercantum..korang boleh tengok video dari waktu siang sampai ke malam atau dikenali sebagai timelapse video yang diambil dari view observation deck Tokyo Skytree..

Kat monitor ni jgk korang bole click mana2 area, nnt ade bende bulat ni keluar and cerita history tempat2 tu dlm english…byk sgt history.. tak terigt den…hehe

Kalau korang nak tahu Tokyo Skytree ni adalah menara penyiran televisyen dan merupakan mercu tanda bandar Tokyo..Menari ini adalah menara tertinggi di Jepun dan juga menara kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 634 meter..Terdapat dua dek pemerhati di menara ini iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450 meter..So pada ketinggian 360 darjah korang boleh lihat pemandangan cantik banda Tokyo..

Alooo comel budak ni pakai kimono siap buat peace lagi..

Geram jer tengok..Rasa macam nak beli satu untuk Raiisah..

Tempat yang korang boleh tengok look through direct kat bawah menara Tokyo Skytree ni..ramai yang gayat..hehehe amek gambar pon sipi2 jer...


cool je, nasib baik I tak gayat hehe..merasa la jugak dok atas ni..

Nampak tak bangunan kat bawah tu..boleh seriau siapa yang gayat..tinggi gile kot..dah la malam tu angin kuat..

Belanja selfie satu kat toilet menara SkyTree before dinner..

Tengah Sale kan jadi pening sikit la nak pilih handbag mana yang berkenan dihati..

Shopping handbag kat TOBU..

Lapar~ tengok luar restoran ni dah tau nak oder apa..nanti masuk dalam terus oder..senangkan macam ni..nama restoran ni Edomirakuchaya dekat tingkat 7, dia buka dari pukul 11pagi-10 malam...hehe

Aku perasan la orang Jepun kebanyakkan retsoran2 macam ni baya bapak2 kita yang berkerja jarang nampak orang muda kerja kat restoran2 macam ni..kalau kita kat Malaysia orang muda jer kan kat Jepun tak ye sebab dorang ni jenis rajin bekerja dah tua2 masih gigih kerja....

Lepas makan nak bayar tunjuk jer benda ni..

Makan mana2 restoran mesti dorang akan bagi sapu tangan basah untuk lap tangan..

Edamame!

Aime oder Fried Tuna Meal..

Aku oder Tempura an Udon Meal..

Aime punye..

Nyah punye..

Saya punye..
Jemput makan lapar ni!

Tak sabaq den nak makannn...penat satu hari jalan..

First time makan salmon dia colour merah tu..hehehe

Dah kenyang usap perut..hehehe dah jom balik hotel..

Ni bilik kami..Nyah satu bilik dan aku satu bilik..Bilik yang kami ambil ni semalam dalam 12,900 jpy (RM387) including breakfast..boleh booking Shijuku Prince Hotel dekat Booking.com & Agoda.com..Dua2 pon harga lebih kurang..aku stay kat sini sebab nak naik train ,senang kat tengah2 bandar..

Ok la bilik mandi dia sesuai untuk sorang yang kecok molek ni..hahaha

Ok la nanti mandi..auwww..bye2..

Sementara tu, kalau korang nak tahu maklumat lebih lanjut, sila layari laman web ni untuk dapatkan maklumat (http://muslimguide.jnto.go.jp/eng/)

piece : kathyjem

27 comments:

monalea said...

kalaulah pengangkutan awam kat malaysia ni macam kat jepun, rela tak bawa kereta g kerja.

kathy jem said...

Mona Lea : memang tak laaaa..boleh menangis bwk beg macam tu..hahaha

Unknown said...

kak kathy cunsss!!!! last skali words sila layari muslim guide tu...... tetttt..s**l
kene edit tu.. kiki..! typo lettew kan..;)

Unknown said...

bestnya bestnya bestnya!!!!!!!!

kathy jem said...

applemilkshakesusu : opsss..kakaka ok dah betul..tq bgtau. ;)

ekabukanmakcikkau. said...

dah banyak baca entri pasal Japan dan entri akak ni memang top3 yang pernah saya baca! best bangettt nak lagi lagii

Unknown said...

Wow, bestnyer your trip! Insya Allah akan sampai Jepun juga. Loved the bit about you getting confused with their buttons in their toilets.

Do share more of your experience on your recent trip! Can't wait.

Oh, do come and visit my blog too as http://i-am-cheekykitty.blogspot.com.

Take care Kathyjem!

Happy walker said...

wow, i wish to travel to japan~

Regards,
(A Growing Teenager Diary Malaysia)

Didi Kartika Osman said...

Wahh. Tq kathy. Mmg menanti2 info ni.. I'm going to tokyo too this june. ^^

zeera lily said...

best nye g jepunnnn

Ease Elias said...

kathy..bole share contact aime tu x..? thanks dear

kathy jem said...

ease elias : boleh dear..ni nomb dia.. +81 80-8854-1359 (Aime)

Ash Awan said...

Daiso dia warna pink!!!!

Didi Kartika Osman said...

Salam. Kathy nak tanya.. coklat kit kat green tea yg dpt harga murah berbanding kat epot tu beli kt kedai di area takeshita street ye? Means, selain dr epot kt tempat lain lebih murah ek?

Selain tu, antara nakamise street dgn takashita street yg mana 1 lebih berpatutan harga souvenir nya? Saya booked guesthouse kt area asakusa. Jd nakamise street n canyon temple tu within walking distance.

Physicsfaridokane said...

さすが。。。いきたいな。。。

Unknown said...

best nie.. tak sabar menunggu 20.8 nie.. misi mencari ????.

Joannfoca said...

kak Kathy mahal ke kalau nk amik tour guide ni?

Bee said...

Wahhhh...syiokk nya pi sn... Posingg abisss..huhu..Nak tnye akk pakai kamera ape ek sbb cantek la tgk gambar2 tu sume...

Bee said...

Waahhh.syiokk nyaa..akak nk tnye akk pakai kamera ape ek sbb cntek tgk gmbar2 tu sume..

Sue said...

kathy, sorry br berkesempatan bc entry ni..vending machine kt klinik kesihatan seri kembangan ada jual air panas..milo,nescafe sume ada..bkn kt jepun je ada

Unknown said...

seronok nyer dpt p Jepun...best la tgk gmbar2 akak...

Unknown said...

Seronoknye dpt p Jepun...tak sabar nak pergi juga..hehehe

Akak Kembang said...

Kathy...nak ty...check in hotel tu pkl brp? Pastu kalau sampai pagi...boleh ke letak beg dulu kat hotel tu? Sb bln 12 nak pi jepun n stay hotel shinjuku yg kathy ddk tu...email : are_lyn79@yahoo.com
Thanks

Unknown said...

Asalam katy ley share x mcm ner nak berhubung dgn ame tu...

Unknown said...

Asalam katy ley share x mcm ner nak berhubung dgn ame tu...

Lyn said...

kathy jem, nak tny awak ke sana guna tour guide ke? berapa kos awak kesana keseluruhan tak termasuk shopping

norad_lee said...

makan kat restaurant tu halal ker?