Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, March 17, 2015

Bahan Paling Senang Nak Buat Ais Cream Pasu!

Hallo..hari ni nak kongsi cara2 nak buat aiskrim pasu..Dari hari tu dok teringin nak makan ais cream pasu.. Sudahnya cari barang buat sendiri..boleh makan berulang2..kalau beli dah siap boleh makan sekali jer..ha ni buat sendiri makan la sampai muntah..hahaha

First time aku tengok ais cream pasu ni masa Food Hunters Festival dekat Taman Rimba Kiara..masa tu tengok ramai orang dok pegang pasu tu.. *dalam hati..erk! ais cream pasu pon ada..macam tak boleh bla jer ais cream pasu ni..nampak macam real dorang tengah pegang pasu atas dia atas tanah..pastu makan tanah tu..hahaha padahal oreo..

Sabtu hari tu kebetulan aku kerja..so on the way balik kerja tu nak ambik Raiisah kat rumah Mak ternampak kedai bunga..Eh kedai bunga..macam syok ni dapat buat ais cream pasu dengan cuaca panas sekarang ni..terus stop tepi masuk kedai bunga..lagi pon dah lama teringin nak makan ais cream pasu kan.. Sg. Buloh memang banyak kedai bunga, bersepah-sepah..Murah pasu tu, 80sen jer..nak cari pasu kecik takde yang besor pon jadi la tapi takdela besar sangat muat2 untuk taruk bekas plastik, tu yang penting..

Bahan dia :

1. Pasu
2. Bekas plastik
3. Ais Cream
4. Wafer rolls
5. Oreo

Ok mula2 sekali letak ais cream..

 Letak ais cream chocolate dalam 2 3 scoop..

 Pastu ais cream vanilla dalam 2 3 scoop jugak..

Dan last sekali letak ais cream strawberi..tekan sampai mampat..ais cream ni terpulang la kat korang nak letak perisa apa..macam aku suka campur2 perisa..

Ais cream dah penuh pastu letak oreo yang dihancurkan..

Letak daun pudina di atas bagi menampakkan kesan seperti tanah dan pokok..giteww..

Nak menarik sikit letak wafer rolls..dah siap, boleh dimakan..mudah jer kan nak buat ais cream pasu ni..Selamat mencuba korang!

piece : kathyjem

8 comments:

Mona Lea said...

macam betul2 tgh menanam bunga kathy

FadMN said...

lepas ni buat eksrem lesung batu la pulak kathy.kehkehkeh

FAD

Aiza Haris said...

hehehehee...tadaaaa siappp... kalo beli yg kecik dah rm5..beso sikit rm7... jimatttt buat sendiri

Jan@Afzan said...

laaa.. senang je kan.. hendak seribu daya kan..yg penting rajin, kan kathy...

Jan@Afzan said...

laa senangya kan kathy.. ingat susah benar..

Ok nanti jan try.

ComelComot said...

thorbaekkk lah macam real lah

Shuriana Khamisan said...

senang je rupenye buat. huhu

Macikz konah Ias nur hidayahI said...

tengah bayangkan letak jelly macam worm tu kat dalam. mesti epic