Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, December 31, 2014

Azam 2015

Halo Halo..Besok nak masuk tahun baru dah..Apa azam korang..ececece belum apa2 dah tanya azam..capai tak azam korang tahun lepas?? aku?? hurmm tak tau nak cakap capai ker tak..capai kot..hahaha..Kena la ada azam kalau tak macam mana kita nak memperbaiki keadaan diri sebagai seorang insan, seorang individu sosial dan lebih2 lagi sebagai makhluk tuhan..giteww..

Tahun 2014 Alhamdulillah banyak jugak azam yang inginkan tercapai walaupon tak semua 100% dikecapi..

Tinggal lagi beberapa jam masuk la tahun 2015..kejapkan..Raiisah tahun depan dah masuk 3 tahun..Bila Raiisah nak dapat adik ni??!!!....InshaAllah doa2 kan..Hari tu Raiisah bisik kat telinga aku..Mummy mummy bile Raiisah nak dapat adik ni?? Nak adik boy, Raiisah boleh mainan ultraman dengan dia..hahahaha

Bawah ni antara azam yang aku hendak lakukan untuk tahun 2015..Chaiyok chaiyok!!!

Nak buat online business..InshaAllah nak ada business sendiri..Dalam pala ni macam2 nak buat tapi kena la pilih salah satu.. Jangan tamak semua nak buat..kang semua nak buat apa pon tak jadi.. So kita pilih satu jer dulu..Business apa?? InshaAllah menjadi nanti aku bagitau..

Nak beli kereta..InshaAllah ada rezeki nak beli sebuah..yang ada sekarang ni ok cuma cuma problem sikit jer biaserla kereta lamakan banyak la rosak sana sini.. nak jalan jauh pon tak berani..

Jadi lebih sihat..Tak semestinya nak sihat kena berdiet..kena jugak lakukan banyak aktiviti sukan atau bersenam dan jaga pemakanan..ni tak makan macam2 macam mana nak sihat..hahaha Ok tahun 2015 ni aku ingat nak banyakkan aktiviti sukan..oo baru teringat nak masuk kelas Zumba la dari bulan 12 tertangguh..Aishah jom Zumba!

Nak tingkatkan prestasi kerja.. Tahun 2015 ni nak datang kerja lebih awal..tak nak datang ofis lewat2..kalau boleh tak nak langsung MC/EL..eh boleh ker mcm tak boleh..hahaha..aku ingat lagi tahun 2012 masa pregnantkan Raiisah 3 kali jer aku MC tau sepanjang 2012.. Alhamdulillah masa pregnantkan Raiisah aku tak banyak alahan waktu berkerja now dia dah besar ni banyak pulak aku MC sakit sana sini..sakit faktor umur kot..hehehe ok MC lambat tu kena kurang2kan..baik..

Sebenarnya ikut hati sendiri nak tulis macam mana kan..Dah namanya impian azam, benda yang mustahil atau susah nak dapat, tapi bila kita dah tulis dan baca setiap hari imagine yang kita dah miliki atau capai impian tu, InshaAllah satu hari pasti kita kan dapat..Jangan fikir negatif sangat fikir yang baik2 sudah pasti hidup tenang dengan senyum..cewah!

Dan akhir sekali.. Kuatkan semangat dan bina azam baru..Tinggalkan kisah lama yang penuh berduka semua tu.. Semoga tahun baru dipenuhi dengan hikmah disebalik dugaan.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015!

Bye bye! eh besok anniversary kita! hehehe

piece : kathyjem

Tuesday, December 30, 2014

Sedikit Sumbangan

Alhamdullillah keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor catat sedikit penurunan.. Cuma kat Pahang jer makin teruk.. Dapat mesej dari kawan2 yang parents dorang tinggal kat Kelantan & Terengganu cakap, banjir kat sana dah surut..Alhamdulillah tu yang kita nak.. sedih la setiap hari buka FB baca berita online pasal banjir ni mesti sedih..Malam nak tidur jer dok teringat mangsa2 banjir.. kita ni dok la sedap tido dengan selimut tebal atas katil, dorang tido atas lantai jer..sedihnnyaaa..T_T

Paling sedih tengok video yang kena hanyut tu..Berderai air mata tengok.. Dan aku tak paham orang yang komen bukan2 tu macam otak letak kat lutut.. ishhh geram pulak aku.. Cuba korang berada kat situasai banjir tu baru tahu macam mana.. Jangan la dok sesuka hati komen yang tak elok.. Cubalah bersangka baik..Nak komen tu biarlah tunjuk tahap kecerdikan sikit..ni tak komen adussssss otak macam letak kat mana tah! Huh!


Kebetulan sebelum kejadian banjir Affan kemas almari.. Asingkan baju2 lama yang dah tak muat.. al maklum la badan semakin mengecil, siang malam makan nasi..hahaha Eh bukan aku tau Affan..hahaha..Sian Affan baju banyak dah kecik..kekeke Hari sabtu hari tu ERA fm ada buat Projek Bantuan Banjir di Tesco Ara Damansara.. Kebetulan memang kiteorang nak keluar pergi rumah Mak Affan kat Kajang.. Tengahari tu lepas lunch terus packing baju masuk dalam plastik sebab Projek Bantuan Banjir tu sampai petang..

Tak dapat turun hanya bantuan beberapa helai baju dan juga doa ni jer yang mampu kita berikan.. Kita tak tahu mungkin hari ni nasib orang lain entah-entah esok lusa giliran kita pulak..

Sampai2 jer pihak ERA sedang bertungkus lumus menyiapkan misi bantuan banjir ke Kelantan, Pahang dan Terengganu.. Alhamdullillah, rakyat Malaysia tanpa membezakan bangsa dan agama, sama2 membantu mereka yang memerlukan.. Tak sangka kat Tesco hari tu ramai yang datang membantu..Banyak barangan terkumpul tak silap aku dengar kata sampai 200 tan..

Cayalah b.. B tolong apa?? tolong thumbs up jer ker..kekekeke

Mari kita bantu mereka.. Kalau tidak pon wang ringgit, sama2 kita panjangkan doa ke hadrat Ilahi..Mari kita memohon agar ujian ini dipermudahkan-Nya. Moga hujan kembali reda. Moga saudara2 kita sana selamat..

Selesai dah menghantar bantuan untuk mangsa banjir.. Jom pergi rumah Opah Kajang.. =)

piece : kathyjem

Monday, December 29, 2014

Bonding Time with Opah Kajang

Hai Semua..Rindunya kat blog niiii, seminggu tak update..busy punye pasal..Nasib baik tak bersawang lagi..kalau tak jenuh nak cuci..hehehe

Last week adalah hari yang tersangat-sangat busy.. Macam2 event kena buat hujung tahun ni.. Pastu pulak ramai yang cuti.. masak la berapa kerat jer designer ngan photographer dalam ofis..biaserla dah hujung tahun ni kan mesti la ramai cuti..aku tak cuti pon simpan untuk tahun depan.. kalau semua cuti siapa nak buat kerja ofis ni..mehehehe..kena la simpan sikit cuti yang ada ni..banyak plan nak berholiday tahun depan ni.. =D

Hari tu Mak Mertua belanja Family buat makan2 sikit untuk cucu sempena cuti sekolah.. Buat kat Pizza Hut Kajang..situ pon yang senang dan dekat..Sebelah tu ada KFC boleh la anak2 makan ayam mak2 budak makan pizza..

Buat makan tu tengahari.. Mek Ecah bad mood pulak.. turun dari kereta takmo jalan..

Muka baru lepas bangun tido..

Terus campak beg tak nak ambik gambar..hahaha mummy ko tu la kerja dia gambar gambar..anak pon malas nak layan..hahaha Mek Echa tu bukannya boleh lapar.. lapar mula la bad mood. Ok2 jap lagi kita makan ayam guring ekk..

Nampak Opah terus ceria.. Kalau tak muka macam tempoyak..haha

Opah ingat nak belanja makan kat KFC jer sekali tengok Pizza Hut tak ramai orang, ok la buat kat Pizza Hut jer la.. Selesa sikit tak ramai orang..Nasib baik staff Pizza Hut cakap boleh bawak makanan KFC kalau tak KFC jer la kite..

Masa ni Along & Abang Long tak sampai lagi.. So kiteorang oder pizza dulu, Opah oder KFC..

 Eleh Raiisah malu2 pulak dengan Opah..

Opah saya nak oder Picha satu boleh!

Opah nak oder apa???

Eksyen mamat sebelah ni, ajak bergambar takmo..

Suka Raiisah tengok Mak Long sampai bawak anak2 dia..Raiisah ada kawan..

Raiisah tu nak start ngendeng2 kat Imran la tu..

Cubaan nak kacau Imran..Rileks jer muka Imran tak kuasa nak layan Raiisah..hahaha

Pencinta Ayam Guring..Dasyat makan ayam dengan sudu, mummy pon tak pandai..

Semua ada Pipa jer takde tak sihat.. Pipa tu adik bongsu Affan..

 Anak sulung Along..Lokman..Tahun depan darjah 5 tak silap..

Saya makan ni jer diet..hahaha Diet la sangat..padahal berkeping2 pizza telan.. =P

Huihhh panjangnya Imran tarik spaghetti..abis tak ni??tak abis meh auntie abiskan..hahaha

Lamanya tak makan pizza hut.. sedap pizza hut yang baru ni..lupa dah apa nama dia..


Mek Echa sorang jer pandang kamera yang lain sedang menikmati makanan..

Dia pulak tak pandang kamera..

Along, Mariam dan Opah..Mariam tahun depan darjah 1..Imran takde geng nak pergi school tahun depan..

Comotnya Moktmar makan berselera sungguh..Moktar ni adik tau bukan abang, abang yang baju putih tu..Adik lagi besar dari Abang caner..hahaha

 Cubaan Raiisah untuk membuat peace..

Keluarga kecik Opah Zainab.. =)

Tengah sedap2 makan tau2 dengar Imran menangis bawah meja..

Siapa lagi kalau bukan Mek Ecah yang buat Abang Imran menangis..

Raiisah ambik mainan Imran ekkkk!! Raiisah ni tak buat Abang Imran menangis tak sah...Sian Abang Imran..Imran ni dah la jenis tak reti berebut mainan..Dapat pulak si Mek Echa kaki rampas mainan..

 Opah pujuk Imran..

Kereta kecik ni la dok curi kat Imran..Suruh bagi balik kat Abang Imran tak mo..Ish budak ni gigit kang!

Haa main ngan Opah..

Opah layan cucu main toys..Cian Imran dok sebelah tu.. Takut Raiisah ambik toys dia..hehehe

Ok Raiisah jangan ambik kereta Abang Imran tu tau..Sian dia nanti dia nangis lagi..Raiisah dah dapat kereta kecik tu dok diam2 kat situ..Kalau tak mummy babap nanti..garang mummy ko ni..hahaha

Main mini playground pulak.. Raiisah dah berani turun papan gelongsor kalau tak jerit sesajer..

Bersama Kakak Ipar saya..Tunggu anak2 main jap..dah berpeluh-peluh ketiak menunggu anak2 main..bila nak abis main ni?

Ok dah puas main jom balik.. Nak pergi rumah Opah pulak..

Dapat lepas kemain berlari tak pijak tanah..

Dah penat berlari kan jom balik...Nak rehat kat rumah Opah pulak..

Terima kasih Opah belanja kami semua makan..Semoga Opah sihat selalu, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah. =)

 piece : kathyjem

Thursday, December 18, 2014

Bola dan Sweet Appom!

Salam semua.. baru masuk ni ha..amboii korang kecok sekarang ni ek pasal pemain nombor 7 Thailand tu, Charyl Chappuis..Tau la die hensem..aku semalam tengok bola pon terkejut tengok pemain nombor 7 tu sebab hensem sangat..eh macma tak layak jela jadi pemian bola sepak baik jadi model..hahaha Masa camera fokus kat muka dia.. Aishah pandang aku aku pandang Aishah "Hensemnyaaaa" hahaha dua2 cakap sama.. lawak.. Ni kalau Affan ada kat sebelah sure dah jelingan maut kat aku..dia bukannya boleh dengar perkataan hensem kat laki lain sure akan keluar muka jeles tu..hahaha


Semalam balik kerja singgah kedai Chelo Appam Bangsar.. Nasreeq mengidam nak makan sweet appam..Dah alang kat luar terus jer la tengok bola.. Kalau ikutkan malas jugak nak tengok bola ni sebab hati ni dah boleh agak mesti Malaysia tewas..Takper kat Bukit Jalil nanti mesti menang tak caya sila percaya..hahaha

Sweet Appam ni sedap gile nak mamp! tak tau pasai apa aku suka sangat sweet appam Bangsar ni..kalau tengah mengidam dapat makan tuhan jer tau nikmat dia macam mane..hehe

Aishah dengan Nasreeq oder mee goreng..Nampak gambar pon dah tau kesedapan dia macam mana..

Pas makan sweet appam aku oder kerokop kering.. Layan jap makan kopok sambil tengok bola.. Sedar2 Affan call tanya kat mana sebab aku upload gambar sweet appam kat IG terus tanya kat mana..Boleh aku lupa nak bagitau Affan balik lambat tengok bola dengan kawan..hahaha Keji kan boleh lupa nak whatsapp..al maklum dua hari sekali baru berwhatsapp dengan suami..kekeke

Khusyuk si Nasreeq dengan Aishah tengok bola.. Kalau ikutkan kiteorang mulanya nak pergi Paradigm Mall sebab Nasreeq nak cari barang untuk event next week.. Si Aishah pulak tak nak, nak tengok bola.. Aku dengan Nasreeq jenuh racun dia ajak pergi Paradigm, siap ugut aku dengan Nasreeq.. Tak perla Akak pergi Paradigm saya balik rumah okey..hahaha Ok la nak merajuk pulak.. jom la kita tengok bola kat kedai sweet appam..

Ramai jugak orang tengok bola kat kedai Tomyam ni..Masa ni baru perasan pemain nombor 7 tu hensem..hahaha Tu yang muka macam tu..

Tv kecik ni tengok ramai2.. Semangat Malaysia la katakan kecik pon kecikla..Sokongan tu yang penting..Masa negara Thailand gol kemain pekerja kedai Tom Yam ni bersorak rupanya dorang ni orang Thailand, patut la beria sorak setiap kali pemain Thailand sepak..

Takper Malaysia kita boleh bangkit hari Sabtu ni.. Main dengan sunguh2 ok pemain Harimau Malaya! Dapat 3 gol pon jadi la..amin amin...

piece : kathyjem

Tuesday, December 16, 2014

Malas!

Malasnya nak buat apa2..Dari last week MC kena jangkitan virus diarrhea, hari ni baru masuk ofis..Alhamdulillah dah ok sikit.. =)

Hujung2 tahun ni kebanyakkan orang dah goyang2 kaki, mood bercuti ke Pulau Maldives..hahaha..kami dihujung2 ni kena bekerja keras.. banyak event nak kena settle ni.. T_T  Kenapa buat event hujung2 tahun ni..kenapa...kenapa.......? Ok jangan banyak bunyi buat jer kerja tu nanti bos tolak markah padan muka.. =P

Muka pon macam mintak penampar ker mintak penumbuk...hahaha Ok la nak turun lunch lapor..tata....

piece : kathyjem