Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, December 30, 2014

Sedikit Sumbangan

Alhamdullillah keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor catat sedikit penurunan.. Cuma kat Pahang jer makin teruk.. Dapat mesej dari kawan2 yang parents dorang tinggal kat Kelantan & Terengganu cakap, banjir kat sana dah surut..Alhamdulillah tu yang kita nak.. sedih la setiap hari buka FB baca berita online pasal banjir ni mesti sedih..Malam nak tidur jer dok teringat mangsa2 banjir.. kita ni dok la sedap tido dengan selimut tebal atas katil, dorang tido atas lantai jer..sedihnnyaaa..T_T

Paling sedih tengok video yang kena hanyut tu..Berderai air mata tengok.. Dan aku tak paham orang yang komen bukan2 tu macam otak letak kat lutut.. ishhh geram pulak aku.. Cuba korang berada kat situasai banjir tu baru tahu macam mana.. Jangan la dok sesuka hati komen yang tak elok.. Cubalah bersangka baik..Nak komen tu biarlah tunjuk tahap kecerdikan sikit..ni tak komen adussssss otak macam letak kat mana tah! Huh!


Kebetulan sebelum kejadian banjir Affan kemas almari.. Asingkan baju2 lama yang dah tak muat.. al maklum la badan semakin mengecil, siang malam makan nasi..hahaha Eh bukan aku tau Affan..hahaha..Sian Affan baju banyak dah kecik..kekeke Hari sabtu hari tu ERA fm ada buat Projek Bantuan Banjir di Tesco Ara Damansara.. Kebetulan memang kiteorang nak keluar pergi rumah Mak Affan kat Kajang.. Tengahari tu lepas lunch terus packing baju masuk dalam plastik sebab Projek Bantuan Banjir tu sampai petang..

Tak dapat turun hanya bantuan beberapa helai baju dan juga doa ni jer yang mampu kita berikan.. Kita tak tahu mungkin hari ni nasib orang lain entah-entah esok lusa giliran kita pulak..

Sampai2 jer pihak ERA sedang bertungkus lumus menyiapkan misi bantuan banjir ke Kelantan, Pahang dan Terengganu.. Alhamdullillah, rakyat Malaysia tanpa membezakan bangsa dan agama, sama2 membantu mereka yang memerlukan.. Tak sangka kat Tesco hari tu ramai yang datang membantu..Banyak barangan terkumpul tak silap aku dengar kata sampai 200 tan..

Cayalah b.. B tolong apa?? tolong thumbs up jer ker..kekekeke

Mari kita bantu mereka.. Kalau tidak pon wang ringgit, sama2 kita panjangkan doa ke hadrat Ilahi..Mari kita memohon agar ujian ini dipermudahkan-Nya. Moga hujan kembali reda. Moga saudara2 kita sana selamat..

Selesai dah menghantar bantuan untuk mangsa banjir.. Jom pergi rumah Opah Kajang.. =)

piece : kathyjem

2 comments:

Mila Hilas said...

comey mek echa tu

norsalihah shaleh said...

Saya memg sengaja tak nak tgok video org hanyut tu.. tak sampai hati. dok tgok gmbar2 update kt sana pn dh laju air mata ni, ni kn nk tengok pla video tu..huhu... memg tak kuat. smoga Allah ganti dgn sesuatu yg lagi hebat dan baik dr ujian ini...amin