Klik Yer!! Mekasih...

Monday, February 2, 2015

Celoteh Mek Echa..

Alhamdulillah tahun ni Raiisah nak masuk 3 tahun...yeaaaa! Eh tahun depan nak sekolah dah dia..cepatkan..Sekarang ni biasa la dia dah makin besar makin banyak ragam..Mulut macam biasa kuat bebel tapi tak sepatah haram tak faham..Risau la mummy, 3 tahun dah awak tak pandai cakap lagi..Kalau ikut mummy 2 tahun dah petah bercakap ni mesti ikut daddy lambat bercakap..hahaha ye Affan masa baya Raiisah lambat bercakap tau, dah masuk 4 tahun pon cakap pelat2 lagi sampai dah besor pon pelat..hehehe

Tu la ingat tahun depan dia dah masuk 4 tahun boleh la hantar tadika bagi bergaul sikit, bagi pandai bercakap, pandai berdikari..

Sekarang ni kuat melaram..pantang nampak mummy bersiap makeup dia pon sama nak jugak..Maa ni ni, tunjuk mulut suruh pakai gincu..Maa Maaa ni, tunjuk suruh pakai eyeshadow.. Apa ni Ma Maa, Mummy la Raiisah.. Uuuwaaa dah 3 tahun tak pandai panggil mummy apa kes ni.. Ni kes selalu dengar Atuk panggil nenek, Mah Mah terus cucu dia pon sama panggil Ma Ma..Dia panggil semua orang Ma Ma.. Daddy pandai pulak dia sebut Diii Diiii..eh jeles mummy dengar tau.. T_T Jenuh la ajar "Panggil Mummyyy, Raiisah! Ok pandai sebut Mummy, pastu bila nak panggil sambil tepuk bahu terus Ma Maa.. T_T

Satu lagi setiap kali tidur suruh garu satu badan..atai ataiii..tak nak garu mengamuk tak nak tido..kadang tu sajer aku garu kuat2 sikit bagi rasa sakit nanti takde la suruh garu..hahahah jahatkan mummy ko..tapi sekejap la buat macam tu gile nak buat lama bercalar badan anak aku.. =P

ABC & 123 dah kenal sebutan pon ok clear tapi tu la cakap jer la tak pandai lagi..Kalau pandai pon No & Ipad..hahaha..Buku yang ada kat rumah abis dia koyak.. orang suruh baca senyap2 dia pergi koyak.. ok lepas ni kena cari buku kulit keras..Tak tau la Raiisah ni kenapa suka sangat dengan kertas, obsessed kalau nampak kertas or kotak ke apa..laju jer tangan nak koyakkan..lagi2 tisu..

hahaha Daddy teringin nak anak lelaki ker siap beli baju boiboi lagi..Boring tengok anak asyik baju gegirl sekali sekala nak tengok anak pakai baju boiboi pulak..hahaha boleh macam tu..ok ok apa lagi cepat la nombor 2 B..i ok jer suami i la ni nanti nanti tunggu Raiisha besar sikit..ni dah besar la ni.. =P

Apa lagi ek pasal Raiisah..haaa rambut tu memang tak boleh buat apa, kembang macam hantu Kak Limah memang dah macam tu..Sapu la minyak kelapa ker minyak rambut ker tetap ia kembang..Affan tak abis2 setiap kali tengok rambut anak dia macam hantu Kak Limah setiap kali tu la nak bawak kedai gunting rambut nak potong pendek sebab rimas tengok..Hello hello no no no suka suka je nak bagi Raiisah potong rambut pendek..Nanti nak ikat rambut payah biar la panjang senang nak ikat, nak gayakan rambut pon senang..lagi pon macam tak sesuai jer Raiisah rambut pendek..sayang kot dah bertahun simpan tiba2 nak potong..

Sekarang ni dah pandai cakap berak..tapi lepas berak la baru dia bagitau "Maa yak yak" ok pas ni nak ajar bagitau sebelum berak pulak..Ni asyik bagitau lepas Yak jer..Kencing tak pandai bagitau..Ada sekali tu lepas mandi, aku lambat pakaikan dia pampers, tiba2 jerit "Ni Yak yak" sekali tengok bukan Yak kencing upernya..hahaha Ok la pandai jugak la dia bagitau walaupon kencing dah penuh atas karpet.. T_T

Garu ketiak adalah feveret Mek Echa.. Mana2 mesti nak garu..atas bawah nak garu..Dulu ekzema Raiisah teruk sampai bertukar sabun mandian now die dah masuk 3 tahun Alhamdullilah ekzema dah kurang cuma kulit dia sensitif tu tak boleh buat apa..kalau berpeluh banyak, mesti akan keluar ruam2 especially bahagian leher dengan ketiak sebab tu selalu garu kat bahagian tiak..hahaha

Ok la tu jer celoteh Mek Echa untuk hari ni.. bye-bye semua!

piece : kathyjem

10 comments:

lia ummiirfan said...

amboii,, pandai bergaya ekk., salam perkebalan dear.. :))

Dokter faRyn said...

cute nye your girl :)
macam my 2nd princess suka sangat bab garu2 gatal ni. tapi yang bagusnya dia pun memang obsess suka garu kan org lain gatal jugak hahahha.

ComelComot said...

Lbh krg sama ngn azriel la obsessed ngn kertas. Phtu duk ckp bahasa uganda yg sah2 mami xpaham. Part panggilan mami dedi. Sama. Tapi azriel tau sebut dadi.. part mami je die bantai sebut baba.. sejak bila lak mami btukar jadi baba. Huhu... kalau nak ikutkan byk lah persamaan. Mgkin tempoh tumbesaran diorg camtu kot ek.

Jan@Afzan said...

comelnyeeee raiisha ni...geram tgk. alhamdulillah, membesar ikut perkembangan. gembira dan happy Kathy dapat anak mcm raicha ni.
dah namanya pun anak kan.. of coz gembira dan happy...hehe

freezal said...

My son pun tak pandai cakap lagi.. Tua lebih kurang sebulan dr Raiisah.. Dia pun panggil semua org.. Mama.. haha.. But now dah OK sikit, sometimes he will correctly call me abi :)

Hopefully diorg berdua cepat cakap.. Senang sikit nak explain dan faham apa diorg nak. Huhu..

yana yassin said...

Seronok kan tgk perkembangan anak . Ntah camne lah ragam si Qaireen pulak . Now dah 4 bulan pun, boleh tahan dia punya peel. Tapi tgk anak macam tgk cermin diri sendiri kan . :)

aini ismail said...

Salam perkenalan khaty. Selama ni jd silent reader blog je. Suka sgt baca blog ni macam2 ade. Nnt jemput la ke blog sy ye

http://mommasuci.blogspot.com

azamie said...

salam kathy, my son pun sama umur ngn raiisah n ckp pun keluar bahasa german.I pernah jumpa paed n dia syorkan masukkan ke sekolah awal supaya dia bercampur dengan teman sebaya..Alhamdulillah,dah sebulan masuk sekolah dia dah pandai guna wording dengan jelas dan betul,,if dulu nak apa-apa,pakat tunjuk je..now dah pandai sebut "nak"..and banyak lagi la kemajuan sejak dia masuk sekolah..

norsalihah shaleh said...

alahai comeynya anak kamu.... tp lambat cakap pula..hehe.. nnt dah fasih mesti mummy nya penat nk jawab..haha

zinziemeewah

Stiawer Rasau said...

Assalamualaikum akak...
rasanya baru je lagi baca entry akak yang bersalin tu... dah 3 tahun rupanya. Cepatnya Raiisah membesar.