Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, February 24, 2015

Moh kita ke Zoo Negara

Weekend hari bawak tu bawak Raiisah pegi Zoo Negara..dah janji dengan dia nak bawak pergi Zoo..kesian 2 minggu terperap duduk rumah nenek tak pergi mana-mana..Affan bawak Raiisah keluar rumah pon paling jauh pergi KFC area rumah mak..Nak bawak Raiisah pegi shopping mall tanpa aku rasanya tak mungkin kot Affan boleh handle..hahaha kena ada aku jugak kan B.. =P

Balik dari Jakarta terus bawak Raiisah ke sini..Eh, entry Jakarta tu pon tak update lagi..ok2 tu nanti kita update besok-besok..tunggu Ayu email gambar, tak email lagi pompuan tu.. "Manjer cepat email gambar Jakarta nak update niii"..hehehe..hari tu kat sana aku tak ambik banyak gambar sangat, banyak pakai kamera Ayu dengan Kak Ti..

Ok sampai jer Zoo Negara, beli tiket dulu..Tengok harga tiket terkejut jugakla kan..Mahal kot..Dewasa RM30, Kanak-kanak (3-12 tahun) RM10, Warga Emas (65 tahun ke atas) RM15..Nak masuk Giant Panda kena tambah lagi RM20..So total untuk dua harga tiket tu RM50..mahalkan.. Raiisah hari tu tak kena bayar..Untuk aku dengan Affan jer RM100 kena bayor.. T_T ok ni last datang, pasni tunggu Raiisah ada adik baru pegi sini balik..hahaha

Teringat masa aku zaman kanak-kanak, rasanya tak sampai 5 hengget kot..Zaman tu selalu Abah bawak aku dengan Kakak aku datang sini.. Time cuti sekolah mesti Abah akan cakap "Jom kita pegi Zoo Negara besok".. Dengar Zoo Negara melompat-lompat aku dengan kakak aku..suka dapat pegi sana..Zaman tu, Zoo Negara la tempat paling orang suka kunjung..

Kiteorang sampai dalam kol 11 lebih..pagi tu singgah jap kedai Yusof Haslam, breakfast kat situ dulu..Balik dari breakfast tu berpusing2 kiteorang dalam kereta.. Tah brape kali sesat nak pegi Zoo Negara..hahaha..tak ingat jalan..aku pon sama confused..kejap-kejap suruh Affan ikut jalan ni, kejap2 jalan lain pulak, sudahnya pusing satu KL..hahaha Dah jarang kan lalu kawasan KL jalan pon banyak dah berubah..

Show dah start masa ni, beli tiket terus ke sini dulu.. Bagi Raiisah tengok anjing laut..

 Persembahan ok ok laaaa untuk budak2 kan..Layan la jugak walaupon persembahan biasa sajer..

Ada 2 kali "Animal Show" ni..Pukul 11pagi dan pukul 3 petang..

 Bagi Raiisah tengok Penguin..No no tak nak kakut..Tengok kat cermin pon takut..apa la Raicha..

Sudahnya Daddy ko yang hai-hai kat penguin tu..hahaha

Awat comot sangat penguin ni tak mandi ker?? hahaha Eeee jalan dah la tergedek-gedek, pukul punggung tu kan..

Beruang keluar la..Tak nampak beruang ponnn...Beruang tidur la Raiisah..

Eeee geram pulak..bayar 30 hengget beruang tido pulak..

Dah kenapa Tapir ni melepek macam ni.

Pon sama tidur jugak..

 Besarnya mata kancil ni..pandang aku macam tak puas ati..hahaha

Raiisah masa ni takut, tak nak berdiri kat situ..Sebab deer tu bunyi kuat gile kot..Raiisah dah cuak2 masa ni..aku pon sama cuak sekali..hahaha Tapi muka tu kena control senyum ok..

Tengah panas masa ni..semua binatang nampak macam tak semangat jer aku tengok.. macam kesian pon ada..nak aircond ehhh! hahaha

Masa ni memerang tengah makan..

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus..Macam mana aku tak kurus, ikan tak nak timbul..ikan tak nak timbul..

Raiisah White Tiger!!!!!

Tiger tu nak berenang la Raiisah..

 Cuaca panas dia pon nak beredam jugak..

Raiisah tak abis2 "Aumm aumm" nampak tiger tu..eee kalau terjatuh dalam kolam tu abis kena baham..mula la nak fikir bukan2..teringat pulak kejadian Zoo India, yang budak tu terjatuh dalam kandang dengan tak sengaja pastu kena baham dengan harimau..eee gerinya kalau ingat..

Harimau belang..dok rileks jer harimau belang ni..cuba lari sikit..hahaha Buhsan la tengok binatang2 kat Zoo Negara ni semua dok mengantuk, malas jer..

Rehat jap..lenguh dah kaki..

Tengah lepak tiba-tiba ada orang nak bergambar dengan Raiisah..nak pinjam Raiisah jap ambik gambar dengan Harimau belakang tu..Dorang ni suami isteri dari Kuwait..

Harimau Bintang ni sombong panggil buat dek jer.. baling dengan batu kang..hahaha larikkkk..

Raiisah lembu..sian tak pernah tengok lembu..

 Lembu ni buat daging Qurban lazat ni..hehehe

Banyak2 binatang dengan Lembu jugak awak suka ye Raiisah.. hahaha

Elephant..

Jauh sangat..nampak kecik je Gajah tu..zaman aku dulu siap boleh pegang2 belalai gajah tu..sekarang binatang semua jauh2.. tak best la tengok..

 Yeaaa Giant Panda!

Nak bergambar dengan Panda tak dapat..dengan patung Panda pon jadi la..

10 saat jer dok situ tanpa mummy disebelah..penakut Mek Ecah ni..dengan patung pon takut..hahaha macam mummy ko semua binatang pon nak takut...lagi2 ular..eeeeeee! boleh tak tidur malam..

Minum air dulu..kat dalam tak boleh bawak minuman dan makanan..stroller kena letak kat luar..

Perbezaan Panda..tengok lebih kurang jer..apa yang bezanya tah..

 Sejuk sikit dalam ni..

Dapat la tengok Panda walaupon sekejap..tak sampai 10 minit kot tengok.. Panda tu dok kulu kilir macam busy bebenor Panda tu..

Tak boleh bising2 dalam ni..staff kat sini sentiasa pegang signboard Ssshhh!

Tak sampai berapa saat tengok dah bantai tidur.. Panda bangun la, 20 hengget bayar tau..takkan nak tengok awak tidur jer kot.. T_T

 Bergambar dari jauh pon jadi la..

Kelas ko klinik untuk Panda..dah macam hospital private..

Chimpanzee..tunjuk2 kat Raiisah, buat dek jer dia..jauhkan chimpanzee tu mana dia nak tengok sangat..

Gambar dengan orangutan ni kalau Raiisah ke kanan sikit dah cun..sayang dia dok lindung muka orangutan tu..kalau tak, dah boleh print letak dalam frame..

Pon sama jauh..tak feel nak tengok.. Dulu masa aku kecik datang Zoo Negara siap boleh pegang orang utan tu..sekarang dah takde dah buat macam tu..

Selamba jer tegur kakak2 kat situ..apa tah dia borak2 dengan kakak tu, kakak tu pon layankan jer la.. Aku dengan Affan dok sebelah dah geleng2..adehh peramah sangat anak kita ni B.. *tepuk dahi.. 3 4 orang lalu situ abis dia tegur..

 alololo tomeii..

 Huny tengok ni kembar awak!

Kurang asam betul Affan..boleh dia samakan aku dengan Kathy orang utan tu, memang nak kena tumbukan padu maut la ni..nasib nama jer sama.."Saya paling aktif, cerdik dan suka mengusik" tu aku boleh terima..bab yang lain tak sama ok! marah ni..hahaha

Unta..dapat naik atas Unta, best ni..hahaha elehh berani konon, tengok sikit diri sebelah gigil tak gigil..hahaha..

 Penattttt...rehat jap..

 Belakang kami tu Badak Sumbu Putih..

 Mummy nak breakdance jap!

Ermmmm tak jadi la mummy..

 Hoii masa ni tak tahu nak cakap apa dah..kaki rasa macam nak seret2 jer..

Buaya paling besar di dunia..katanya..

Eee seram pulak aku tengok buaya ni..mata tu dah la besar, gigi terkeluar macam tu..dah macam hantu buaya.. =P

Daddy dah kenapa nak cium dengan Zirafah tu??!! Masa ni Raiisah dah kepenatan..Last sekali bergambar dengan Zirafah..sayang Raiisah tak dapat tengok Zirafah..

Tak sempat nak tawaf satu Zoo Negara sebab dah lapar..balik tu terus cari KFC..ingat ada KFC dalam Zoo Negara, dah takda rupanya..

Kenangan di Zoo Negara..

Sekeping RM25..ambik 2 keping dapat la RM40..mahalkan tapi takper la beli jer la bukan selalu pon datang sini..last aku datang Zoo Negara ni pon masa zaman sekolah rendah..lamakan.. Ok tu jer la aku nak kongsikan pengalam membawa Mek Ecah ke Zoo Negara..kalau korang nak bawak anak2 datang sini boleh la check website Zoo Negara BYE!

piece : kathyjem

12 comments:

Jueliza Jamani said...

kak khaty seluar u sangat gojes ok.. tuan dia pun gojes sama..

ComelComot said...

comelnya korang 2 beranak.. bergaya sungguh.. mek echa memang win abis..comel..

kathy jem said...

Jueliza Jamani : mekasih awak..seluar tu akak beli masa ngi Jakarta hari tu..hehehe

kathy jem said...

ComelComot : hahaha mekasih Comel..kim salam kat si Hensem Azriel‬ tu..hehe

QASEEH HATIKU QASEEH said...

mmg mhl masuk zoo negara...mcm x logik..huhu..lps tu binatang dlm tu pn x brapa nak semangat...kwsn pn x terurus dgn baik...nmpk mcm semak n bau busuk kuat..binatang pn x cntikk...len kli g zoo jgn dtg tym mcm tu...binatang baru abis mkn..koompom tym tu tym dorang tdo..sy masuk zoo anak branak 4 org plus 2 warga emas 130/140. .blm masuk panda..zoo lok kawi sabah masuk 10rgt sj..knk2 5 rgt..

Mona Lea said...

sweet dan cute je 3 beranak ni. hehehe raisah sama dengan adli terlebih ramah. mak pak geleng kepala jelah..

Ein lanabulu said...

last p zoo negara masa Lawatan Sambil belajaq 1995..tp sayang..panguin kat zoo negara tak cute langsung..belemoih..haha..ntah bila la nk p zoo negara ni plak semenjak dh ada zoo taiping, nk tengok fauna2 p kat taiping ja..

Malinda Ismail said...

hakak ni lagi sedeh kathy langsung tak penah masuk zoo negara ni...kikiki...ingat nnti nak bawak anak2 tapi tengok harge tiket terus gayat....

Macikz konah Ias nur hidayahI said...

lama tak pergi zoo negara. Tak tahu apa jadi.

arzalif said...

Kathy. Mcm mn nk contact u. Btw I dr mjlh Keluarga from Karangkraf. Bole emel I x arzalif@gmail.com.
Nnti I bgtau utk apa. Tq

zoey zollinger said...

Skrg harga tiket da jd 44 hengget.. da ok la cmtu.. kalau nk masok zoo bayar bawah 10 hengget camner la diorg nk maintain kasi makan binatang2 n kos2 gaji perkerja situ plak..nk jaga binatang2 tu pon bukan suka2 boleh bg makan kene ada vet n kos baikpulih kandang bagai.. skrg sumer benda mahal..btw, tq kathy. Hepi baca blog ni

jirus air said...

Thanks atas infonya kami amik infonya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.