Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, February 26, 2015

JZ Coconutz Shake!

Hallo semua..hari tu pergi makan Coconut Shake, Shake it off. I shake it off.. *sambil goyangkan badan ala2 Taylor Swift..amboii tiba-tiba terkeluar lagu Taylor Swift pulak..hakhakhak..

Takde la hari tu kan ramai tanya pasal JZ Coconutz Shake ni kat mana?? Dia dekat Kampung Melayu Subang Tambahan..Senang jer nak cari kedai dia, betul-betul tepi jalan nak menuju ke Sg. Buloh..

JZ Coconutz Shake ni ada pelbagai perisa..Ada milo, black pearl, mango & green apple jelly, yang pastinya semua menarik untuk korang cuba..

Kalau dari arah Sg.Buloh lepas sikit stesen minyak CALTEX korang akan nampak JZ Coconutz Shake ni belah kanan then terus la belok ke kanan..Kalau dari arah Subang pulak korang akan nampak signboard 'Simpang ke Bandar Pinggiran Subang' belah kiri..

Datang weekend ada Nasi Lemak special hanya RM1.50..

Kedai dibuka setiap hari kecuali hari Isnin tutup..Buka dari pukul 11 pagi sampai 7 petang..

Dari jauh dah boleh nampak banner JZ Coconutz Shake, shake it off.. >_<

Bahan-bahan dia adalah air kelapa muda, ais cream vanilla dan isi kelapa.. =)

Pastu blend ke semua bahan tadi..amboii siap bagitau bahan dia..mesti la bagitau, ni la dia original coconut shake by JZ.. slurppp slurpp tak sabar nak minum..

Mummy! Raiisah punya dah siap?? dah Raiisah pegi duduk dulu nanti mummy hidangkan..eh macam mummy ko pulak pekerja kat sini kann..hahaha

Affan dengan Raiisah kongsi segelas..Dorang ambil Coconutz JZ Shake Milo!

Aku ambik Coconutz Shake Mango & Green Apple Jelly.. Sedap ok kalah coconut shake Klebang tau..tak caya nanti korang try..

Minum pulak masa tengah cuaca panas memang tak cukup la satu gelas..rasa macam nak tambah segelas lagi..huih tak boleh 2 gelas nak makan laksa lagi..

Suka Raiisah dapat minum Coconutz Shake Milo!

Suruh kongsi dengan Daddy dia tak nak, nak minum sorang..

Pastu oder Laksa Kedah! semangkuk RM4..sedap laksa dia okey..balik dari kedai tu, petang dah teringat-ingat Laksa menyesal tak tapau bawak balik sebungkus..takper besok kita datang lagi!

Kebetulan kiteorang datang tak ramai orang..Kalau tak Ayu bagitau ramai sampai tak cukup tangan nak handle..Oh lupa nak bagitau..JZ Coconutz Shake ni adalah kedai adik Ayu yang bongsu..

Ni la adik Ayu tokey JZ Coconutz Shake, nama dia Zuraidi.. Ok korang nanti boleh cuba JZ Coconutz Shake ni okey!

Alamat JZ Coconutz Shake :

Jalan Sg. Buloh,
Kampung Melayu Subang Tambahan,
40150 Shah Alam Selangor.
GPS: 3. 155738, 101.540565

Instagram : JZ Coconutz Shake

Sebarang pertanyaan mengenai JZ Coconutz Shake boley call :
Jack (013-508 1430)
Zul (012-443 3635)

piece : kathyjem

15 comments:

Chekgu Azrine said...

kalau nak ke subang selalu lalu sini..inshaAllah nanti blhla singgah..

mama tisya said...

dapnyeee nk2 cuaca panas skarang kn...jauh jugak nk try ni...takat ni yg sedap kt klebang melaka tu pn sbb outstation melaka bole la merasa

surizan abdghani said...

Kal kathy..sy tgh pregnant skrg dn skrg sy mengidam laksa yg kak kathy makan tu...aaaaaa dh la dok ipoh ni aaaaaaaaaaa.td trus wasap suami cko nk makan laksa T__T

DYatie ABakar said...

Alamak!!! Teringin. Acaner ni??!! Huuuu.

Mona Lea said...

laksa tu nampak sangat2 menyelerakan...lama dah tak makan laksa ni. nak kena cari gak ni

kathy jem said...

Chekgu Azrine : singgah tau nanti bawak husband dgn anak sekali..mesti dorang suka minum..hehehe

kathy jem said...

mamatisya : alaa subang dekat jer nanti dtng la bawak anak try minum..lepas try mesti nak datang lagi..hehehe =D

kathy jem said...

surizan abdghani : alaaa pregnant ker..sori awak buat apa terliuq..sian baby dalam perut nak laksa..nanti ajak husband awk cari Laksa Kedah kat Ipoh ok..hehehe Laksa Perak pon sedap apa..

kathy jem said...

DYatie ABakar : macam mana?? datang la JZ Coconutz Shake kat Kg. Melayu Subang Tambahan untuk merasai snediri kesedapan JZ Coconutz Shake..hehe

kathy jem said...

Mona Lea : hehehe dah lama tak makan..kena cari tu smpi dapat kalau tak tidu malam tak lena.. =P

cik karmila said...

sedapnya...boleh lah cuba nanti..

surizan abdghani said...

Td tgh tido tgahari trmimpi2.pastu trus wasap kakak ipar.kakak ipar ngn mil dok p cari la tu huhu

Just.wanie said...

Kalau dari paya jaras cmna ea? Ada landmark x kathy ? Boleh la pi rumah abg kt situ ja

Mrs Puex said...

dah dekat sangat ngn rumah kite nih..boleh try test jjcm sini nanti..

xoxo,
-mrspuex.blogspot.com-

kathy jem said...

Just.wanie : Landmark dia signboard 'Simpang ke Bandar Pinggiran Subang' belah kiri kalau dari Subang..