Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, December 23, 2015

Selamat Menunaikan Umrah Mirza

Hari tu Mirza ada buat kenduri tahlil dan doa selamat sebelum berangkat pergi Umrah..petang nak pergi kenduri tu drive sorang..Affan ngan Raiisah tak ikut..memang plan nak bawak Raiisah ngan Affan sekali..sekali Mek tu tidur pulak..nak gerak dia macam tak sampai hati..pagi tu bawak dia pergi Little Caliphs ambik uniform..penat petang baru tidur..tak sampai hati pulak nak gerak dia sebab time tu memang waktu tidur dia..kalau gerak sure cranky..Affan cakap takper la awak sorang je la pergi saya jaga anak..terus dalam hati..yeaaahuu..hahaha..Kalau bawak Mekcha tu faham2 jer la pergi rumah orang macam mana dia tu..tak senang mummy ko nak borak makan nanti..hehe

First time datang rumah baru Mirza ni..Mirza sebelum tu dah share location kat area Cheras..area Cheras ni tak familir sangat, jangan sesat sudah..nasib la ada waze ada kan kalau tak aku rasa sesat kot nak datang rumah Mirza ni..

Sampai area Cheras terus wasapp Iza tanya dia dah kat mana?? Waze tu tunjuk jalan sekian2..aku pon tengok rumah tu, tengok balik waze..terus wassapp ambik gmbar tunjuk kat Iza betul ke tak rumah Mirza tu..Iza kata betul..nak tanya Mirza takut dia busy melayan tetamu kan..dalam hati "Wow bapak besar rumah Mirza" hahaha Ok terus debor2 nampak kereta bersusun depan ruamh tu..sure la saudara mara dia ramai kan...alaa segan dah tak kenal siapa2..takperla tunggu Iza sampai..Iza kata dalam 15 minit dia sampai..tu yang dok Selfie 10 ribu kali dalam kereta..hahaha

 Ni la Iza..Nasib ada teman..Iza pon tak bawak husband ngan anak dia..dapat la kiteorang sembang jap sementara menunggu Mirza layan tetamu..Iza kata kejap lagi Aida ngan husband dia sampai..Yeaaa Aida pon ada lama sangat tak jumpa dia..

Ni bahagian pencuci mulut..ada nasi, lauk pauk, semua tu tapi tak makan sebab kenyang..sebelum datang rumah Mirza dah bedal nasi..hehehe So makan kuih muih jer..macaroni cheese bakar tu sedap betul..dua kali aku tambah..eh kata kenyang..hahaha

 Saudara mara Mirza sebelah husband..Mirza kata dia tak duduk sepenuhnya rumah ni lagi..banyak lagi yang tak siap..In Sha Allah next year baru duduk..eh next year pon tinggal lagi brape hari je lagi..hahaha

 Kek ni ya ampun sedap nak arwah..aku ngan Iza siap 2 3 kali ngulang ambik..hahaha

 Ni la Aida..kenal dia dari darjah 6 lagi..Yang Aida pegang tu paling bongsu..3 orang dah anak awak Aida..kite ni baru sorang..huhuhu umur dah 31 tahun..sob sob..bila nak tambah sorang ni?? tu dia Aida bagi tips macam2 tips dia habaq..hahaha yerla 3 orang anak dah kan macam2 petua la dia share..hihi

Buat tahlil doa selamat semua bahagian atas..termengah jugak la kami nak naik tingkat atas sekali..hahaha siap bagitau Mirza lepas ni kena buat lif senang nak naik.. >_<

 Aida, Iza dan Tuan Blog..

Mirza kata In Sha Allah nak buat BBQ kat atas ni..nak panggil kawan2 nak buat sekali housewarming..Syoknya ada rumah 3 tingkat macam ni kan..Cantik tul..

Eh aku ni dok Mirza Mirza..mana Mirza nya?? hahaha

Ni la Mirzanya...hahaha Tu pon dah hujung2 nak balik baru sempat bergambar dengan dia..biasa la tuan rumah kan busy ke sana sini la..Hari ni awak berangkat ke Tanah Suci kan..Selamat menunaikan Umrah moga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihat yang baik untuk awak dan Shah sepanjang kat Tanah Suci..Selamat sampai dan selamat kembali..amin..

Nasib dah nak balik kalau tak nak rasa gak kek kakak ipar Mirza buatkan..hehehe Comel kek bentuk rumah dorang..


Selfie bersama kawan2 sekolah ku..

Kebetulan kami berjubah hitam..nasib tak pakai tudung pink kalau tak dah kembor..hahaha.. Perut tu nampak macam aku pregnant pulak..hahaha amin amin...

Tengok anak Aida si Adam tu..tengah nangis masa tu sebab tak nampak kelibat papa dia dalam rumha tu..

Nangis, nangis jugak time ambik gambar terus pose hensem kat situ..hahaha lepas kiteorang abis ambik gambar nangis lagi nak Papa dia..sambung ambik gambar diam pulak..siap boleh cakap " tak nampak pon gambar Adam" hahaha Lawak sungguh la awak ni Adam..manjer sangat ngan Papa dia..tak leh hilang sesat Papa dia depan mata..

 
Udah2 la tu bergambornya..sampai kakak ipar Mirza sound..kat sini je kat satu jam ambik gambar..hahaha tu yang dok gelak tu..ok la Mirza kita nk pulang dulu..mekasih beri kami makan dan minum..makanan semua sedap2..perfecto! Thank you sekali lagi sudi jemput kami..balik Umrah nanti kita jumpa lagi naa.. ^_^

piece : kathyjem

3 comments:

husna zahidi said...

semoga segala urusan kak mirza dipermudahkan..:)

surizan abdghani said...

Allahumma 'aisya ala 'aisya...besarnya rumah dia....haha..sy klu tgk rumah org cantik2 ni berkenan sungguh la.sbb skrg ni pun tgh cari rumah.tp idok la ghuper ini ghumah nye..beso nooorrr..

Mera Hussain said...

besarnye rmah. cantik! huhu.. semogasegala urusannya dipermudahkan. done follow u. :D salam kenal heheh