Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, December 29, 2015

BIG MIKE, Subang Jaya

Yana kata ada tempat menarik..harus la kena try kan..lagipon Yana teringin nak makan burger aiskrim kat situ..So hari tu kami ber High tea di Big Mike, Subang Jaya..Tak susah pon nak cari Big Mike ni sebelah Taylor's College Subang jer..tapi parking kat area sini azab sikit..berpusing-pusing jugak la nak cari parking kosong..

Tengok cafe dia macam gempak..jom kita tengok kat dalam pulak..

Dalam kepala dah set nak makan apa..sebab lepas Yana bagitau nak makan sini terus laju2 aku tengok IG Big Mike ni..banyak jugak menu dorang sediakan..so screenshot rasa2 sedap menarik..nanti nak oder terus tengok kat phone..adik, akak nak oder dalam gambar ni ada..hahaha..senang kan nak oder macam tu..takyah pening2 baru samapi baru hegeh nak oder..tunjuk je gambor..

Masa kiteorang sampai ni tak ramai sangat..lepas duduk sejam kat situ baru ramai la ada orang..

Cafe dia tak besar sangat tapi dekorasi dan hiasan dalaman cantik dan simple..tak terlalu serabut, teratur kemas jer..Chemistry cafe ni memang sesuai sangat untuk anak muda yang suka cafe hoping tak pun yang suka gathering ramai-ramai, ruang cafe ni selesa memang lagi lamalah korang nak melepak kan...hahaha Masa datang sini pun, rata-rata muka student je aku tengok..terasa aku dah tua di situ..

Teman mak buyung teringin nak makan burger aiskrim..jom kita rasa sedap ker tidok..

Yana oder air Davy Jones..rasa latte la sedap jugak..aku suka minum air green tea..tapi green tea kat Big Mike ni macam pelik pulak rasa dia..maybe dia campur susu apa ker tah pelik la tak leh minum abis..last2 tukar ngan Yana..Yana minum green tea aku minum latte..hehehe

Ni la yang di tunggu2..roti burger warna-warni..selalu orang buat burger ada daging dalam tu kan..ni dia letak aiskrim..ada kelainan di situ..rasa dia of cozzz sedap la..tak sedap aku bagitau tak sedap..tapi burger aiskrim ni memang sedap..harga dia RM10.50..

Bukan aiskrim burger je depa jual macam2 ada..ada chicken chop, spageti, pasta, sandwich macam2 la ada..

Disebabkan ramai kata Mike's Buffalo Wings ni sedap haruslah aku nak oder..percaya dengan pengomen2 kat IG Big Mike..memang sedap! harga RM9.90..

Tu dia ex photographer karangkraf beraksi..hehehe

Dan ni la hasilnya..eh ni aku yang ambik..hahaha

Ermmm dapppp..begitula reaksi ibu mengandung setelah merasai burger aiskrim yang di inginnya..

 Saya tuan belog dan Yana..lipstik dua2 tak nak kalah macam nak pergi konsert..

 Comel jer burger aiskrim ni..sekali ngap terus hilang..

Mak happy anak dalam perut pon happy..kemain aktif betul anak Yana petang tu..berpusing-pusing dia dalam tu..menari ke bersilat dalam tu..hahaha Suka sangat dapat makan eskrem ye baby "R".. eee geram kat awak ni..tak sabar nak tunggu dia keluar..siap la kena gomol2 dengan mummy kathy nanti..

 Oo oo oo oo td petang tu..

Bakal menjadi mak..perut Yana semakin besar dan membesar..dah nak masuk 8 bulan ni baru la nampak perut Yana kalau tak, macam tak pregnant kecik jer perut..tinggal lagi sebulan lebih je kan manjer, ko nak beranak..tiba2 aku lak yang cuak macam mana ni..dak dik duk di dalam dada..

Zoom sikit mommy to be ni..berseri-seri mak buyung kita ni..ok dah jom balik..next ke mana pulak kita..

Big Mike Cafe
A01-01, Menara Rajawali, Jalan SS 15/8, Subang Jaya.
018 2946017

piece : kathyjem

10 comments:

SHADA SALEISHA said...

both cantik jelita 8-)

sueMY said...

Dapnya kathy...nampak kat mekcha burger kecik2 tu geram apa dia..tp berapa dong total damage mkn cenggitu..cer kabo skit..

Yana besewi sewi lew..babyboy kah?..hehehe..

Yana Libra said...

menarik burger aiskrim tu..latte pun cam best je :)

mama tisya said...

menarik nmpk beger eskrem..brp rege tu

kathy jem said...

SHADA SALEISHA : Thank you awak.. =D

kathy jem said...

sueMY : dia tak makan benda pelik2 ni..yang dia suka makan nasi..hahaha a'ah In sha Allah Yana dapat baby boy.. =)

kathy jem said...

Yana Libra : terbaik..nanti Yana try la makan sini..sedap gak..

kathy jem said...

mama tisya : 4 ketul tu RM10.50..hehe

cik nur said...

hot mummy je dua2 :)

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
tahniah buat sis yana.. :)
berseri2. mom to be :)
kim salam dengan sis yana..
hihi. suke tgk uols ber 4 ;-)