Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, December 15, 2015

Hiburkan Anak dan Suami

Hari tu memang plan nak bawak Raiisah tengok movie..amboii sekarang ni asyik nak layan movie die dia je kan, movie mummy bile nak tengok ni..hahaha sejak daddy ko kerja jauh ni takde teman dah mummy nak tengok wayang..huhuhu

Raiisah dah pandai request nak tengok movie..Tau movie apa dia nak tengok? Star Wars okey..kemain nak Star Wars..tengok movie The Dinosaur tu pon dah tutup2 telinga time Spot ngan Arlo jatuh dalam sungai bunyi petir, lagi nak tengok Star Wars..mau menangis dalam wayang..tau dak movie tu untuk orang tua..tak sesuai la Raiisah nak tengok..pantang nampak iklan Star Wars kat tv..mesti jerit2 nak Star Wars..

Mummy ko pon lupa nak check date movie Star Wars dah keluar ke belum..Beria-ia datang nak tengok movie kat Encorp Strand Mall sekali tak keluar lagi kat TGV..hahaha..apa daaaa..

Awal pagi bangun terus nak minion..minion minion minion.erghh naik muntah mummy ko nengok minion tu..Dah jom siap pergi breakfas..kita breakfast kat mamak..daddy ko rindu nak breakfast roti canai mamak sini..hahahaha

Laki aku bukannya boleh tengok orang meniaga macam ni..mula la nak terbeli..hehehe awat b beli minyak angin tu?? nanti boleh urut2 kaki kalau lenguh kat tempat kerja..hahaha ye tak ye jugak kan..ok la b sedekah sikit kat dia..amin..murah rezeki b tolong pakcik tu..

Aku kalau breakfast kat Friz Maju ni mesti akan oder tosai rawa dia..terbaik kot tosai dia dengan garingnya sayur banyak..tengok Mekcha tu makan pon nak over..tercucuk lubang mata tu apa pon tak boleh..suruh guna tangan tak nak..

Affan oder roti puri pulak..teruk sangat ngidamnya b.. Dari hari tu lagi dia cakap teringin nak makan roti puri roti puri..ingat nak breakfast kat NZ sebab roti puri NZ sedap giler kot..fikir2 jauh la..breakfast dekat dengan rumah jer la..

Selesai breakfast kami ke Encorp Strand Mall..first time nak tengok movie kat sini..tak ramai orang pon..dalam mall ni boleh kira berapa jari orang je yang ada..hahaha..tak banyak lagi kedai bukak sebab tak ramai orang kot..

Disebabkan Star Wars tak main lagi kita tengok Snoopy jer la..Snoopy pon dalam list raiisah jugak kan..hahaha Dia tak panggil Snoopy, panggil Peanuts!

Suruh bergambar dengan Snoopy tak nak, nak dengan Dinasour jugak..Dinasour tu kan kita dah tengok..

Merajuk kena paksa bergambar dengan Snoopy..hahahaa

Sementara ada masa sepedek dulu..nak makan kat mana ek??? tak banyak kedai makan dalam Encorp Mall ni..makan subway jer la..sebelah TGV ni je pon..

Ni budak suka buat muka..

 Setelah berpuluh kali suruh buat muka comel..ni hasil paling terbaik dari Raiisah..

Subway! lama tak makan roti subway..kenyang sampai ke petang..

Movie time! syok jugak tengok movie kat TGV Encorp Mall ni..kerusi tinggi tak nampak kepala orang depan..hahaha

Ok la cerita The Peanuts ni..aku rasa baya 5 tahun ke atas ok kot untuk dorang tonton..Raiisah mula2 jer la dia enjoy hujung2 dah berdiri, kejap kang duduk, kejap kang nak minum..daddy ko hujung2 dah kroihh kroiih zzZZ!! boring ye b..hahaha kata suka movie ni tidur pulak ia..

 Baru ingat nak bagi raiisah berhibur dalam ni tutup pulak..masa sampai bukak lagi..tak tau pasai apa tutup awal..

 Muka kecewa Raiisah tak dapat masuk..hehehe

 Sudahnya lepak kat sini jer..Sempat pau mainan Dinosaur..nasib pau 10 hengget kalo 100 hengget tak boleh..hahaha

Boot ni la kalau tak nak pakai masa birthday party Raiisah kat Sogo hari tu..takper la bawak pakai jalan2 pon boleh ajer..nak pakai ngi ofis pon takde hal la..

 Mekcha yang serabai lagi serabut..memang serabut betul dia petang ni..takleh dok diam seminit..

Malam tu kebuluq lapar, makan roti subway jer kan..aku sediakan bahan2 affan tolong goreng..masak nasi goreng cina jer tu jer mampu masak dan rajin..hahaha

Pastu masak sambal ikan bilis untuk Affan bawak ke tempat kerja..masak banyak2..simpan stok untuk seminggu..dua jam kot aku masak sambal ikan bilis ni..yang buat lama nak goreng sambal tu sampai dia kering..bayangkan sambil masak, sambil berlari ke ruang tamu..konsert gegar vaganza punya pasal..puas hati la Nana menang..weee! tahniah Nana!

piece : kathyjem

5 comments:

Innanie Ariffin said...

comel betul mekcah ni!

wani ezryl * said...

comel lah raiisah ni. pandai pulak dia demand nak tengok movies kan.. hahaha. sambal ikan bilis tu nampak sedap! (walaupun sy tak makan sambal. hihi)

Lea Ismail said...

nasi goreng cina tu yang merah2 tu yang sedap tu.penambah perisa

Yana Libra said...

seronok ye berjalan..bagus husband rajin tlg org :)

eynda said...

Cantik kejadian nasi goreng tu... yg penting masak dgn kasih sayang kan :-)