Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, December 8, 2015

Tengok Arlo dan Spot!

Hari tu bawak Raiisah tengok movie The Good Dinosaur kat Citta Mall..ingat nak tengok dekat Curve tapi fikir balik mesti ramai orang..yerla movie baru kan mesti la wayang penuh..

Sampai je Citta Mall terus pergi beli tiket..masa nak pilih seat tu pon banyak lagi kosong..korang mana yang tinggal area Ara Damansara

Raiisah macam tu la dia, dah pandai posing ala2 model gedik..hahaha..kalau kita suruh dia posing sikit..terus badan sikit, mulut senget..Asal mummy nampak tembam dalam ni?? hahaha memang dah tembam dah pon..mau tak, dah duduk Sg. Buloh ngan mak abah ni setiap malam makan nasi jer..kadang tu dah nak tidur abah ketuk pintu bilik bawak makanan suruh makan bee hun sup la mee bandung la, tomyam la..tak nak makan tapi kena paksa..biaser la kalau dah rasa sikit tu mana boleh sikit mesti la kena abis..

Posing silang kaki tu yang tak tahan..

Raiisah dan Poksu..

Sementara dia cuti sem ni ajakla die teman tengok wayang..Adik aku ni memang peminat movie2 kartun ni..dulu masa dia kecik selalu bawak tengok wayang kalau ada kartun yang best2..

Sayang la dorang letak prop ni kat sini..bila ambik gambar tak cantik backlight..kalau malam rasanya ok kot..

Sementara ada setengah jam lagi isi perut la dulu..

Air honey lemon ni Raiisah yang oder..kemain nak minum air lemon..masa nak oder tu dia nampak lemon tu..mummy ni ni nak oren..bukan oren, lemon..hahaha suk hati jer mekcha oren..hahaha jangan tak abis sudah..

Setiap kali suruh pandang kamera mesti nak buat muka macam tu..eeee sebiji macam daddy ko suka buat muka..hahaha

Lama gile tunggu makanan sampai..wayang pukul 2.30..kul 2.15 makan tak sampai lagi..sah memang lambat la tengok wayang..mesti tak sempat tengok yang iklan2 tu..

Bayangkan dalam masa 15 minit aku makan spaghetti carbonara ni bagi abis..Raiisah la gedik tak nak makan..selalu spaghetti carbonara dia suka makan..lupe sebelum nak ke sini dia dah makan roti canai..

Adik aku oder nasi..
Macam mana la ko makan fahmi dengan air chocolatenya dengan nasi ada cheesenya..kalau aku dah tak boleh telan dah..

Makan cepat ada 10 minit lagi ni Fahmi..hahaha kesian adik aku makan laju2, takut terlepas punya pasal..

Dah abis tengok The Good Dinosaur..hepi tak Raiisah?? kemain dia dalam wayang tengok Arlo dengan Spot..semua part dia layan cuma bab Arlo selamatkan Spot dalam sungai tu dia tak tengok..takut sebab bunyi kilat sambung menyambung tu menyorok tak nak tengok..budak belakang kietorang tu dah nangis beria dah takut Arlo ngan Spot tu lemas..satu hal pulak bapak dia nak pujuk..hahaha

Ok Raiisah pose paling cun mummy nak tengok..terus badan pon senget..

Eh eh silang kaki pulak..kemain...

Dah jom..mata pon dah mengantuk..ingat balik tu nak singgah Ikea jap sekali tak jadi sebab badan macam letih ingat katil pulak..sebab sehari sebelum tu dok kemas bilik ngan rumah tak hingat..

Kebetulan masa kiteorang makan tu Raiisah merengek nampak kedai jual barang mainan..ternampak patung Dinosaur..tanya akak tu dia cakap 15 hengget jer..terus sambar..kebetulan nak tengok cerita Dinosaur kan..Masa beli tiket tu ambik sekali pakej minuman & popcorn..dapat la cawan patung Arlo sebagai kenangan..

Tengok Spot ni teringat Raiisah masa 2 tahun sebiji macam Spot..hahaha Rambut jer la muka lain la weiii..Spot ni comel sangat geram tengok gelagat dia masa tengah cuba cari makanan untuk Spot..comel jer gaya dia masa tu..

Siapa yang tak bawak anak tengok cerita The Good Dinosaur ni pergi la bawak..memang seronok giler cerita ni tapi part last tu paling sedih.....hampir2 nak keluar air mata tau..nasib akak control kalau tak jadi macam budak belakang kiteorang tu..hahaha

piece : kathyjem

13 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Ramai blogger tayang entri bawa anak tengok movie ni..
Tentu bestkan..
macam nak bawa anak2 gi tengok pulak..

mama tisya said...

hah sedih kn tp ankdara tu kusyuk gk tgk sbb tgk muka die nk nangis..pastu saje nyakat..anak mama nangis trus cebik hehe...hah la ada iras tang rmbut spot gmbr raisah tu hehe

Liyliz Yusof said...

comelnya raiisa

kathy jem said...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) : memang best, tak caya bawak anak2 tngok..mesti dorang hepi..hehehe

kathy jem said...

mama tisya : hehe..seronokkan time tu menyakat anak..ke mama tisya pon nak cebik sekali..hahaha

kathy jem said...

Liyliz Yusof : hehehe thank youuuu.. ^___^

wong meimot said...

bestnya. tapi tula nak bawak azriel xdapat lah skg.makna kata tggu kua astro 1st la gini.

ain.ya.nun. said...

Rupa poksu macam hero cerita Hello Mr Perfect ;)

tiga lalat said...

meriahnyer uools., hehe2

ros zakaria said...

kak kathy! adek akak muka mcm fattah amin laa.. :)

ros zakaria said...
This comment has been removed by the author.
Nazima said...

Kathy..baju beli kat mana? Suka la baju labuh camtu

Surahelmee said...

akk baju cantik..beli mana