Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, July 26, 2017

Pangkor Sandy Beach Resort part 3

Selamat pagi..cak!! ha hari ke 3 dah kita..sekejap kan..masuk raya ke 5 dah..😊

Dua beradik ni memang dah biasa bangun pagi so takde hal..elok aku bangun depa pon bangun..lagi2 si Afif, setiap pagi kalau nak pergi kerja, aku bangun dia pon laju je bangun sekali..lubang hidung tu laju je hidu mummy ada sebelah ke tak..Raiisah memang biasa bangun lepas subuh, mandi pergi sekolah..

Pagi tu macam biaser breakfast dulu..kol 12 nanti nak check out.. sebelum checkout kasi satu kali berendam..

  Cari port luar pulak..

Afif ku bagi nasi lemak..nasi tu lenyek2 terus suap ke mulut..senang sejak dah boleh makan nasi ni, bagi nasi lenyek2 je..masa bawak checkup monthly hari tu nurse ada pesan, Afif dah boleh start bagi makanan lenyek2, takyah blend hancur..bagi dia kunyah2 nasi tu..

Raiisah selalu dia pencinta nasi lemak, tapi hari tu tak nak nasi pulak, makan sosej je..dia ingat ada pancake..bersemangat pagi2 nak makan pancake, sekali non hado..makan je la apa yang ada kakak..datang mood meroyan dia macam2 nak, huihh rasa macam cubit2 pipi tu..sejak ada adik lain maciam perangai ngada dia..nasib baik iman mummy kuat tau..hahaha

Sempat lagi mummy shoot Kaay Cosmetics..hehehe..Affan masa ni jaga Afif dengan Raiisah kat bilik.. sementara mummy perah idea nak ambik angle cantik untuk disimpanan..

Masa shoot tiba2 teringat business partner, Yana..dia bab2 angle memang terer..ex photogrpher la katakan..kalau ko ada zazzz zuss zasss manjer..hahaha

Hoii bukan senang ambik buih2 tu..cabaran tu..tengah syok2 snap, ombak kuat mai pulak..berlari-lari manja aku atas air tu dok mengejar lipstick, dd cushion yang kena bawa arus lautan..haha

Ni je la yang aku rasa okey..yang lain semua k.o..hahaha ingat senang nak shoot product..nampak macam senang, bila dah shoot, giler payah nak dpat best angle..nak dapat angle baik punye, tidak semudah itu yer..lain la kalau dah pro, celah gigi je shoot.. (walaupon hakak ni ex photographer jugak)..hahaha nak jugekkkk..😝 acah2 photographer je akak kathyjem ni..

Tengah sedap mencurahkan bakat sorang2 kat situ, tiba2 auntie dgn anak dia lalu depan aku tanya..you shoot product apa? dengan merendah diri saya memperkenalkan product ciptaan saya sendiri..gitewww..

Terus auntie tu pon try kt muka dia, apa lagi open kedai la kejap depan laut..hahaha sempat lagi kan..ate dah orang tanya tak kan kita senyum kambing kat situ pulak..time ni la buat marketing sikit walaupon malu2 kucing aku kat situ..

Auntie tu ambik number phone aku terus berlalu pergi...aku cakap kalau nak oder produk Kaay Cosmetics bagitau dari Pangkor nanti aku akan ingat..hehe 

Elok dia berlalu pergi, Affan pon muncul dengan Afif..tanya Raiisah mana? dia main dengan anak mama..Mama tu jiran sebelah chalet kami..anak dia suka main dengan Raiisah, sebaya dengan Raiisah..jenuh Affan ajak ikut dia sekali, menangis2 tak nak, nak main dengan kawan dia..tak jauh pon dari port aku shoot gambar..

Berendam sebelum pulang..Mummy tak mandi pon, jenguk2 jer..malas nak pegi ke bilik tukar baju..

Afif Uthman bin Affan..

Alololo sukanya dia..macam tu la..nanti mummy dengan daddy bawak Afif mandi laut lagi ek..

Bila air laut lalu kat dia kemain buat muka geram ala2 kesejukkan..haha

Ni la jiran kami..sebelah chalet jer..Raiisah panggil mama..suka hati je Raiisah panggil mama, sebab dengar anak dia panggil mama terus dia pon panggil mama..tapi masa ni Raiisah bergaduh sebab apa tah, terus anak mama tu merajuk tak nak bergambar dengan Raiisah..bergambar dengan abang dia jer..Raiisah ni nak balik buat perangai pulak dia..besar kecik besar kecik mummy nengok dia..

Sampai sekarang mummy nengok gambar Raiisah ni apa yang pelik..pinggang macam nak patah mummy nengok dia posing..

Dapat duit raya dari mama..thank you Mega..

Bergambar depan chalet kami..memang puas hati stay kat Sand Beach Resort ni..bilik selesa & bersih, suasana nyaman, kedai makan dekat, pantai pon depan tu je, makanan pon sedap2..sangat recomended untuk family trip..

 
Dah abis ye kakak drama kakak selama 3 hari..

Daddy dengan adik kulit dah terbakor..hahaha baru 3 hari..

Balik tu ikut jalan kampung, apa lagi singgah Teluk Intan la..makan gado-gado..ko 3 pinggan aku bedal..Affan siap tanya nak oder lagi..hahaha saje nak bagi bini gems kan..dia makan satu pinggan je..aku memang suka gila gado2 Teluk Intan ni..masa mengandungkan Raiisah siap datang sini, nak makan gado2 punye pasal..kedai makan ni sebelah Menara Condong..

Ok selesai entry Percutian Pangkor..next entry riang raya rumah terbuka pulak..hehehe

piece : kathyjem

2 comments:

dhia lyna said...

wah bestnye kathy...lama dh tak ke sanaaa

I am LZ said...

Lama tak singgah blog Kathy, sedar2 Afif dah besar.. Rindu nak tengok telatah si Raiisah.. Cepat sungguh masa berlalu..

By the way, seronok juga bercuti di Pangkor..