Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, July 25, 2017

Pangkor Sandy Beach Resort part 2

Hari ke 2 di Pangkor aktiviti kami atas pantai sajer..memang tujuan datang sini nak gembirakan anak2..

Awal pagi celik mata terus siap2 untuk breakfast..

Cafe untuk breakfast..Pilihan makanan ok la takde banyak sangat tapi semua sedap2..

Ada budak sudah tidak sabar makan..pandai usik sudu mummy suruh mummy suap cepat..

Raiisah pagi tu makan pancake jer..bagi makanan lain tak nak..popia tu tak terusik..

Nasi goreng cina dia sedap..suapkan Afif, banyak dia makan..mujur nasi dia lembik..lenyek2 suap terus ke mulut..

Makanan kat sini semua sedap2..puri dia sedap giler kot..rasa macam puri NZ Curry house..hehehe Affan sampai 5 keping dia hadap sorang..confident ingat besok tu ada puri lagi sekali menu lain..kempunan nak makan puri lagi..balik KL besok2 tu terus cari mamak, puri punya pasal..

Settle makan terus balik bilik tukar baju..Tengah tunggu daddy bersiap masa ni..Elok semua dah bersiap sakit perut pulak daddy nye punnn.

Amboii kakak kemain posing melentik senget pandang bawah..hahaha asyik berzikir kat telinga mummy nak swimming nak swimming..kita tak pergi swimming pool la kakak pagi ni, kita nak mandi laut..terus muka jebek..

Ingat nak lepak depan laut sambil guling2 atas pasir laut je sekali ada abang tu offer naik boat, dia bawak 3 tempat charge dalam RM150..kalau ikutkan aku malas nak naik boat..Affan la beria-ia, nak bawak Raiisah merasa naik boat..Raiisah pon macam teruja jer tengok boat..Last kami naik boat masa pergi Langkawi dengan manjers 3 tahun lepas..masa tu pon umur Raiisah 2 tahun lebih..

Nampak Afif boleh dia bantai tido..Afif kat mana2 pon dia boleh lelap..yerla waktu dia tido pon time ni..Tengah ambik gambar tiba2 dah pejam mata atas riba daddy..

First sekali abang tu bawak Turtle Bay..

Cuba cari mana turtle tu berada..Raiisah masa ni menjerit2 nangis takut boat tu terlanggar batu..aduhh mekcha drama sungguh..buat mummy daddy suspen jer, ingat nak hantu ke apa..rupanya takut boat tu langgar batu..

 Ok next pulau..

Bagi ikan makan..sini tak boleh berenang hanya boleh tengok ikan sajer..

Ikan pon dah jemu dengan roti..campak roti dia buat dek je..renang2 sambil jeling roti tu..

Abang yang bawak kami ni kata, bulan puasa ikan2 ni pon puasa..pengujung tak ramai..la ni baru pengunjung ramai sikit..

Raiisah sepanjang perjalanan atas boat kemain happy jer, siap hai2 kat boat sebelah..

Pulau yang ke 3 Teluk Nipah..abang ni stop kami kat sini..dia bagi masa untuk kami nak buat aktivit bebas..

 Kakak jom turun..

 Aduhh Raiisah tak nak turun pulak..takut kata dia..jenuh pujuk..

Siap nun jauh duduk kat tepi tu ..bila Affan nak bawak mandi kemain laju dia lari, tak nakkk..Haa menangis la kat situ ye kakak..tak koser mummy nak layan..dah satu pulau tengok dia teriak kat situ..nak balik nak balik kata Mekcha..stress jugak la masa ni..atas boat kemain enjoy, sampai sini hurmmm urut dada..

 Adik jugak rileks..Eh masa sampai ni Afif boleh pulak yakk..dah la pampers tak bawak..masa basuh tu dok usha keliling takut orang perasan aku basuh yak Afif..hahaha aku perasan la ada sorng brother tu usha je aku de jauh, rasanya dia perasan aku basuh yak Afif kot..siap jeling buat muka pelik pulak..Bang sori ye bang, darurat masa ni. cari toilet tak jumpa.. 😆

Masa kiteorang sampai pulau ke 3 ni nak dekat kol 12 lebih..matahari pon dah mencacak atas kepala..aku lak lupa nak sapu sunblock kat muka tangan..abis la hitamm..Dok sibuk sapu kat anak, diri sendiri lupa nak sapu..

Disebabkan stress tengok Mekcha melalak tak henti2 so kami pon dapat la
berendam 10 minit..jadi la nak lama2 pon tak best, sebab matahari memancar atas kepala..

Semua dah kehitaman..Afif takper kulit dia memang dah tan..hehehe

 Adik always buat mummy senang hati..

 Kakak dah lapar mintak roti..muka baru lepas melalak selama 10 minit..hahaha

Pastu sambung mandi depan chalet..

Mujur mummy dah bagi susu makan kenyang2 so takde la meragam..korang mana yang ada anak kecik kalau nak bawak mandi laut kasi dorang kenyang2 dulu, kudap-kudapan untuk mereka jangan lupa..mandi laut ni memang cepat lapor..

Afif takleh lepa sikit, kang tau2 penyedok tu dalam mulut..gusi tengah gatai semua benda nak dimasukkan mulut..masa mula2 dia pengang pasir aku biarkan je sambil jeling tengok dia main pasir..elok dia ramas2 sekali ngap laju masuk mulut..hoii berderau darah mengalir..berapa kali pasir masuk mulut..

Afif dan Affan.. 

Ok dah lapar nak mamam..

Dah kasi mamam sambung mandi..mamam apa? kasi biskut baby bites..

Ni sampai bilik confirm tido terus..adik bertambah hitam la adik..hahaha

Daddy ni la kerja dia, dok kutip sampai..Pangkor laut banyak sampah la weii..sayang la tak jaga..ni nak sihat sikit, korang2 yang dok berkelah kat pantai cuba la jaga kebersihan sikit, lepas makan tu simpan la sampah tu bawak balik..jangan la dok buang sesuka hati..geram tau tengok pantai cantik macam ni penuh dengan sampah..

Siap ikan pon boleh membesar sihat dalam plastik sampah ni..

Sedar tak sedar pukul 2 dah weii..giler lama kami atas beach..Ok la adik jom la kita naik..

Dah hujung2 baru perasan gambar aku dengan Affan takde..hahaha yerla dok sibuk melayan anak sampai terlupa selfie gambar berdua..sejenis pulak dapat suami yang kurang peka bab2 gambar ni..hahaha Jadi la gambar Mummy dengan Daddy terselit jari Raiisah di situ..dari takde kan..haha Thank you kakak..sikit lagi dah boleh jadi photographer mummy ni..hehehe

Lepas mandi makan zaaaa terdampar atas katil..tido sampai ke petang..memang tak ke mana la..malam tu macam biaser lepak dalam bilik je..Affan lari pegi tapau makan kat depan chalet kami..jangan risau kat area Chalet kami stay ni ada kedai tomyam..Affan tapau nasi goreng kampung sedap gak..Raiisah tapaukan sup dengan telur dadar..pon layan..malam tu tido awai sebab masing2 kepenatan di siang hari..hehehe Last entry esok ok..

piece : kathyjem

1 comment:

Anonymous said...

wah bestnye..sy pun dh lama xbercuti hihi