Klik Yer!! Mekasih...

Monday, July 17, 2017

First Raya Afif Uthman

Assalammualaikum! wahh lama sungguh Kak Kathy tak bersiaran dunia blogging ni..hampir terlupa ada blog..hahaha Maklum la busy melayan Afif katanya..kekeke

Sebelum tu, tak lambatkan Kak Kathy nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..Ampunkan Kak Kathy selama Kak Kathy berblogging ni, kalau ada terkasar bahasa, terkecik hati, tersentap, termarah, tersasul tak sengaja, maaf la Kak Kathy, Kak Kathy ni hamba Allah yang kerdil, tak lepas melakukan kesalahan..Kosong-kosong kita yer..gitewww copy paste ayat retis sangat..hehe..

Tahun ni Raya meriah dengan kehadiran putera sulung kami Afif Uthman bin Affan..Disebabkan first Raya Afif harus la gambar dia bersepah dalam blog mummy..

Tahun ni turn beraya belah Affan..Tak dapat la beraya dengan Mak Abah di Perak..Tahun ni Abah ada kat sini so Mak dengan Abah decided beraya di Perak pulak..Uwaa sedih tak dapat join..Takper tahun depan turn beraya belah aku pulak..mehehe alooo macam jauh bebenor..

Pagi Raya Affan hantar mak dia ke airport..Umi tahun ni beraya di Indonesia, ikut suami beraya di sana pulak..Pagi tu aku tak ikut Umi ke airport, Afif dengan Raiisah sedap dibuai mimpi lagi pagi tu..Sempat la Affan sembahyang raya di Masjid KLIA dengan Mak dia..

Elok Affan sampai aku dengan anak2 dah siap mandi..Kebetulan malam raya Umi dah siap masak Ayam rendang, ketupat, nasi impit dan makanan wajib 'Satay Kajang' semua Umi dah sediakan..Pagi tu aku just panaskan je..sebelum keluar beraya kami makan dulu..

Afif awat muka monyok ni..Ni first Raya Afif la sayang..senyum nampak gigi dua ketui tu sat, mummy nak tengok..

Haaa macam tu la..

Pagi Raya kena ceria2, takmo muka ketat2 naaa.. hahaha

Lupa nak bawak tripod stand..nasib baik mummy kreatifkan..cari kotak, letas atas meja kecik settle masalah..haa bergambor la sakan kami pagi tu..daddy dia pon mood bergambar lain maciam..layankan je..

Afif terpingga-pinga tengok daddy dia kejap2 berlari-lari..kejap2 duduk..

Tahun lepas bertiga, tahun ni berempat..tahun depan berlima..eh jangan jangan..hahaha Ada dua ni pon dah terkangkang-kangkang mummy dibuatnya..kalau Afif nak adik pon tunggu2 la ek..tak mampu mummy hoiii..hahaha..

Daddy, Raiisah dan Afif..dua2 orang kata muka daddy..Afif masa baru lahir sebiji macam Affan, dah besar muka mummy kan..hahaha nak jugak..

Bila dah posing dengan anak2, baru perasan picture aku dengan Affan berdua takde rupanya..takper la yang penting gambar dengan anak2 harus ada..kalau tak muncung mummy sedepa ke depan..hahaha

Raiisah sekarang ni susah betul nak ambik gambar dia molek..ada je nak buat muka karipap basi..

Ni kalau cuci letak frame, cantik ni..gambar ni je yang molek..aku ni dari tadi asyik tulis gambarrrrrrr je kan..hahaha ate dah maknya kaki bergambor..kena la tepek gambar lebih sikit..Affan kureng sikit bergambar2 ni..leh geng dengan Raiisah..sejenis malas nak layan mummy dia yang suka bergambar..hahaha

Homei hangat selipar capal mummy beli niiiii..kebetulan masa bulan puasa hari tu teman Affan cari baju melayu kat Jakel Shah Alam..kat tepi2 tu ada orang jual selipar capal..ada 3 colour, merah,hitam dan cokelat..aku pilih cokelat, senang nak match dengan semua baju..nak ambik hitam macam plain sangat..

Ni je gambar molek Afif dengan Kakak..Tengok Raiisah buat muka karipap basi lagi..hehhh Saje nak bagi mummy urut dada..

Kalau ikutkan nak cari baju melayu yang 2 pcs untuk Afif, tapi kaler yang aku nak dah sold out, romper pon romper la dik janji colour baju sama dengan mummy walaupon kadang2 nampak macam Afif pakai skirt pun ada..

Tahun ni beli awal kat personal shopper Minaz..nak sedondon punya pasal sebelum puasa aku book siap2..tak nak jadi macam tahun lepas..semua design yang aku nak abis licin, siap pegi butik Minaz kat Bangi lagi konon ada size..sekali non hado abis gak..licin yang tinggal size kids yang besor2..untuk mom tinggal size besor2..masuk ni dah dua tahun beli baju raya ready made..senang takyah bertengkar dengan tailor..senang beli online sajer..

Ada cerita disebalik baju peplum ni...hahaha sedih tau masa ni..masa mula2 baju sampai, happy giler tak terkata..sekali bukak..What??!!! baju dengan kain sekali..terus mulut terjuih.. dalam hati "Macam mana nak menyusukan Afif ni".. takkan nak kena bukak baju setiap kali nak menyusukan dia..terpaksa la buat botol susu untuk Afif nanti..

Malam tu try pakai tunjuk kat Affan..Ok size gam dengan badan..B cantik baju raya saya ni..Affan pandang aku, dia angguk2 je..cantik, kata dia.. tapi tu la b, baju ni sekali dengan kain la macam mana saya nak menyusukan Afif, payah nii..Boleh Affan kata..Apa susah koyak buat lubang je la kat bahagian susu tu..hoii agak2 la kan..mengong Affan..hahaha..orang laki kan senang bagi jawapan macam tu..tak membantu langsung..

Besok tu pegi office mengadu kat kawan office..sekali dorang tengok gambar aku snap pakai baju peplum ni malam tu terus kena sound..Weii Kath ko tak nampak ke ada zip la kat bahagian dada ni..weii tajam mata korang ni..a'ah ada la..yeahhh senang nak menyusukan Afif..melompat2 aku tahu baju peplum ni ada zip..tu la beli tak nak check betul2..so lepas ni nak beli baju makesure baju tu 2 pcs okey..hahaha Jubah pon dah lama tak pakai..

Disebabkan gambar Raiisah dengan mummy takdo, mummy crop gambar Raiisah sorang tepek sebelah mummy..jangan main2 gambar ni Raiisah yang ambik tau..cantikkan..pandai pulak dia snap, terus nampak mummy tinggi..hehehe..takde edit2 tau..

Ni baru entry raya pertama..harap bertahan la entry raya ke 2 ke 3 ye..jangan dah abis raya tak up up sudah..hahaha mohon doakan Kak Kathy gigih meng-update entry raya ye..hahaha

piece : kathyjem

2 comments:

Chekgu Azrine said...

cantik kathy...org bdn cantik pkai baju apa pun cantik..

Nurul Atiqah Baharuddin said...

Meriahnya raya kak kathy! Comel si Affan berkopiah! :D

Jemput baca bahaya impetigo pada kanak2: http://nurulatiqah.com/impetigo/