Klik Yer!! Mekasih...

Friday, February 15, 2019

Duit Belanja Mekcha

Dari start first day sekolah mummy dah pesan awal kat Mekcha. Duit belanja mummy kasi ni jangan beli bukan2 tau kakak. Beli makanan atau minuman je tau. Ok mumy ok saya beli makanan je. Nanti ada lebih kakak simpan dalam tabung.

Siap mummy belikan tabung untuk dia simpan duit sekolah kalau duit tu tak guna.  Nak ajar dia menabung. Lagi pon selalu bawakkan dia. Masa tadika kat Little Caliphs memang tak kasi dia duit belanja. Bila beli barang kat luar baru ajar dia guna duit seringgit. Tu pon jenuh nak suruh dia ingat jumlah seringgit tu. Sebab dah nak masuk darjah 1 baru mummy ajar dia guna duit.

Selalu untuk sekolah kafa aku bagi Raiisah duit belanja RM1 jer. Sekolah kebangsaan RM2 je. Dengar macam kedekutnya mummy ko ni kan. hahaha. Bagi duit belanja sehengget jer. Sebab apa aku bagi Raiisah duit belanja RM1 sebab tak nak ajar dia beli bukan2 macam dalam gambar bawah ni la. Lagi banyak bagi lagi tah apa2 dia beli kat kedai buku sekolah tu.

Sebab Mekcha ni suka benda macam toys comel2 yang bentuk cute2 boleh simpan dalam pencil box. Memang dia dari kecik suka kumpul mainan kecik2 comel dan hobi dia mengumpul barang2 comel.


Tak tau la mummy nak geram ke nak jerit ke apa? Dah kenapa setiap hari nak beli barang2 macam ni Mekcha hoii. Setiap pagi, setiap hari mummy pesan kat dia jangan beli eraser, jangan beli sharpener, jangan beli bukan2. Beli makanannnnn beli minumannnnn jerrr..

Stress mumy ko bila duit belanja tak beli makanan sebab dia tau mummy atau nenek bawakkan dia bekal jadi menyopping la dia kat kedai buku. Tapi tu la makan makanan kat kantin tau2 je la. Bukan berkhasiat sangat. Sosej nugget yang dimakannya. Sekali sekala takper. Kalau dah hari2 makan nugget sosej kan tak elok.

Bila tak bagi duit belanja. Dia pergi mintaknya kat Cikgu. Pernah korang. Ada satu hari tu aku sajer la tak kasi dia duit belanja, bekal bawak. Konon nak ajar dia tentang berjimat cermat ni sudahnya balik sekolah siap bangga cerita kat atuk, mintak duit kat ustazah nak beli makanan sebab mummy tak bagi duit. Korang ghaser?? Mesti ustazah ingat mummy ko kedekut nak bagi duit belanja kat anak. Padahal kita nak ajar dia berjimat. 


Ni kelmarin jumpa dalam beg sekolah kebangsaan. Yang ada Naruto gambar atas tu jumpa dalam beg sekolah kafa. Urut dada kan tengok.. Haii la mekcha. Orang tengah seronok pegang duit kemain belanja sakan. Lantokkan, nanti tak bawak bekal bagi seringgit pandai2 la nak beli makanan. Kadang2 sajer nak ajar tapi tu la kita mak2 ni tak sampai hatikan. 


Ni pagi tadi jumpa magic colour pen. Bila mummy tanya. Dia kata kawan belanja.. Amboii kemain baik kawan kakak belanja magic colour pen ni. Banyak duit kawan kakak. Yer la tu kawan belanja. Dah tak larat mummy ko hari2 nak bebel pasal duit belanja sekolah ni.


Hari tu perasan dia selongkar handbeg mummy. Ingat nak buat apa. Mummy buat2 tak tengok padahal mata mummy perasan dia tengah buka wallet mummy. Sajer aku sergah dia. "Ha kakak buat apa tu? kenapa kakak buka wallet mummy nii"?? tak pernah2 dia mengebek wallet mummy. Pastu dia sengeh2 kata takde apa2 mummy. Sajer tengok beg mummy.

Pastu dia keluar jap dari bili then masuk balik. Sekali lagi mummy nampak dia buka lagi wallet mummy. Mummy buat2 tak nampak. Tu dia berdesup keluar ambik duit mummy nak simpan dalam purse dia, nak bawak pergi sekolah. Dada mummy terasa bergelombang tsunami semakin dekat.

Raiisah Awfiyah! siapa ajar kakak ambik duit mummy tanpa kebenaran niii?? ha siapa ajar ni. Abis kena marah dengan mummy. Dia tunduk je sebab dia tau mummy tengah marah sangat2 kat dia. 


Korang baru sebulan lebih sekolah kot dah pandai ambik duit mummy tanpa kebenara. Lepas kena jeritan tsunami terus tunduk insaf. mummy bagi nasihat kat dia sambil peluk. Bagitau kat dia, siapa punye duit pon kakak tak boleh ambik sebarangan, itu bukan duit kakak. Kalau nak duit bagitau mummy bukan senyap curi duit macam ni. Tuhan marah.. Nanti tangan kena potong akhirat nanti. Terus tunduk, muka sedih. Ok mummy. Harap2 dia tak buat lagi macam ni.

Ni tengah ajar dia nak guna duit bila perlu dan tak perlu. Kalau kumpul barang2 yang die beli kat sekolah ni silap2 boleh buka kedai alat tulis. Mekcha Mekcha hoi..

piece : kathyjem

6 comments:

JAMIL HASHIM said...

ragam2 anak2, kami masa kecil sentuh pun tak berani beg papa mama...

shalini khalil said...

sama ngan anak saya kak. Tapi kat sekolah dia nasib xde jual junk food cam sosej, nugget n lain2. Cume rajin ke book store tu la beli macam2.

nureen fasiha said...

Allahu mekchaaa. hahaha . kite yg baca pun urut dada jugak . hahah

Puan Hazel said...

Alahai mek cha..
Macam anak akak juga darjah satu dulu, macam-macam benda dibelinya di kedai buku sekolah. Tapi geram juga sebab kedai buku jual toys bagai...macam kantin jual jajan bandingannya.

Besar sikit nanti pandai lah tu, sementara nak matang kata orang.

Comel Azhar said...

alolo... hardcore colecctor tu.. dah besar ecah kan...

dalisha said...

anak saya pun mcm tu. mula-mula masuk sekolah darjah 1 semua benda nak beli dkt book shop. geram sbb duit bg utk beli makan. tp g habiskan dkt book shop