Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, February 21, 2017

Sudah jumpa stroller paling terbaik untuk Afif

Balik kerja semalam terus lari mencari stroller Afif..kena beli gak stroller untuk Afif..nak pakai kakak dia punya dah bengkok2 stroller Raiisah tu..Stroller Raiisah yang warna hijau tu pon beli masa nak pergi Hong Kong..dah dekat 5 tahun stroller tu..

Stroller macam bukan tahan pon..yang best dia ringan and senang nak lipat..pastu Mekcha dah besar sikit beli stroller toys r us, stroller tu masih elok cuma tak sesuai Afif dok dalam tu sebab stroller tu kan tak boleh baring..

Macam2 pilihan stroller ada, yang mahal yang murah, yang ada brand takde brand semua ada kat kedai ni..Kedai ni terletak di Pinggiran Subang..kedai ni memang khas jual stroller..bila dah sampai kedai ni Affan berkenan stroller Mini buggy special edition..awal2 aku dh pangkah sebab berat..nanti nk travel susah..tolak pon aku dah rasa berat stroller mini tu.

Mujur Affan ada kalau tak jenuh aku nk angkat bawak ke kereta..sebelum nak beli kena tunjuk kat dia, kalau tk berkenan di hati dia payah gak..kena dua hati berkenan..pastu dah beli Affan boleh pulak buat drama sedih.. "Sian raiisah nanti dia tengok kita beli stroller untuk Afif mesti dia sedih"..alaa b ni bukan dia tahu pon..touching pulak awak..hahaha Affan macam tu la dia, kalau beli barang untuk Afif mesti dia ingat Raiisah jeles..padahal tak pon..mekcha apa dia kisah..

Tavo stroller ni keluaran dari Korea..ada 3 pilihan colour iaitu red, blue dan gray..banyak kedai aku tanya kat online semua kata colour gray takde stok..kalau ada pon tunggu bulan march..memang tak boleh tunggu bulan march sebab nak guna weekend ni pegi Melaka dengan manjers..hehehe

Memang laku keras Tavo stroller colour gray ni..yang penting harga mampu dimiliki, ringan, senang nak lipat dan design dia nampak moden..ahkak sukaaa..terpaling suka ada T bar kat bahagian tengah2 tu..takde la baby mengesot ke bawah, anak pon boleh pegang T bar tu..T bar tu boleh turunkan..

Senang beli terus stroller macam gini..dari new born smpi berat anak 18kg muat dok dalam ni..Raiisah pon muat dok dalam tu..hahaha..takyah dah tukar2 stroller lain..senang hidup..

Hai orang Melaka!!! Disebabkan Kak Kathy nak pegi Melaka weekend ni..Kak Kathy nk cari siapa yang nak join untuk jadi sebahagian team Kaay Cosmetics..nanti kita boleh berjumpa, berselfie or nak tanya apa2 pasal produk Kaay pon bolehh..tapi Kak Kathy nk dua orang jer tau..berminat nak join team Kaay Cosmetics boleh whatsapp Kak Kathy, ni nombor dia 011 2881  1281

piece : kathyjem

Thursday, February 16, 2017

Photoshoot Photos & Video Kaay Cosmetics

Hari tu ada photoshoot Kaay Cosmetics..kali ni kite orang hired model profesional, malas nak pakai muka sendiri..hahaha..letih weii jadi model ni..pakai model profesional senang kerja sikit, takyah berjam2 menunggu..dorang dah ada pegalaman..zazzz depan kamera terus hasil pon cantik kebabomm..kalau aku dengan Yana kang mau 10 juta kali kena repeat pose..memanjang kaku..sepanjang pose tu la mulut tak henti2..eh nak pose cam gini ke? , eh cantik ke tidak pose macam gini? eh makeup ok tak?? kekeke

Ni la model kami hari tu..Sha nama dia..muda sangat baru 23 tahun..akak baya ni dik selebet jer dik..pakai gincu pon senget benget..hahaha budak sekarang kan lawa2..senang sangat kerja dengan Sha ni..takyah kita bagitau pose gitu gini, tau la dia nak lentok kan tangan, telengkan kepala, semua hasil kagum..

Semua pon dah tahu Kaay Cosmetics akan keluar lipstick matte..Buat masa ni kami keluar 3 colour dulu..In Sha Allah launch by next week..


Photoshoot in action! settle photoshoot kena shoot video pulak..

Ok la kita belanja satu picture lipstick Kaay..colour dan texture dia sangat best best besttt, sure korang akan suka..ewah puji product sendiri nampak..kihkihkih

Tak sabar nak tunggu hasil video Kaay ni..


Thank you Sha sudi jadi model Kaay dan memberi kerjasama yang sangat baik dan tip top..excited tak sabar nak tengok video Kaay Cosmetics siap!

piece : kathyjem

Tuesday, February 14, 2017

Lauk Orang Berpantang

Rindu pulak lauk pantang ni..hampir 3 bulan dah masa berlalu..ingat balik sekarang ni rasa macam dalam tempoh berpantang lagi rasaya..hehe..bab makan dalam tempoh berpantang memang aku jaga..even sekarang pon aku jaga lagi bab makan ni..tak boleh semua balun, macam sayur kena tengok jenis sayur..jenis sayur berangin tak boleh makan, takut Afif kembung perut..jenis badan aku ni banyak angin..silap makan sikit.. erkk erkk keluar angin..

Orang lepas bersalin ni lain orang lain badannya..setengah orang lepas beranak semua ok je, mandikan anak ok, makan semua makanan ok, takde apa pon2 masalah, tak sakit pon, kuat je badan dia..tu la nak cakap lain orang lain badannya..jangan nak sama kan badan kau dengan badan orang lain..

Macam ais pon aku pantang 3 bulan..baru ni start minum ais..tu pon takut2 gak nak minum ais..yerla takut urat perut terkejut..hahaha..tapi memang betul pantang orang lama ni kalau kau ikut betul2 44 hari selepas bersalin, memang ko akan rasa lain maciam..memang tempoh waktu pantang tu kau akan rasa macam terseksanyaaa jiwa bantin ku ni tapi lepas abis pantang 44 hari tu dan tambahan selama 100 hari tuttt, kau akan rasa badan kau, WOW tak rugi aku berpantang selama 100 hari itu..rasa ringan, rasa segar, rasa sihat, rasa kembali awek muda giteww..hahaha suami pon suka..eh!

Aku bab pantang ni memang ambik berat sikit, eh bukan sikit banyak..tak suka sambil lewa..lagi pon berpantang rumah mak sangat berbeza, faham2 je la pantang dengan mak sendiri..memang mak tak bagi muka..mak pulak jenis straight sikit.. kalau tak pakai stoking, abis dia bising, "nanti tak pakai stoking badan masuk angin, lepas mandi rambut kena ikat tinggi2 supaya kepala tak masuk angin meroyan".. haa macam2 la mak bebel kalau tak ikut pantang larang dia..

Mula2 tu ikut la dah hujung2 arghhhh malas nak buat..hahaha mesti akan rasa perasaan macam tu kan. konon rasa badan sihat sikit, kuat sikit, mula la malas2 bengkung..pastu bentannn, sendiri mau ingat la kenapa..betui weiii aku rasa, aku dah jalan paling slow macam kura-kura dah, tup tup terlanggar meja makan, terlanggar almari..ko rasa bentan tak aku. bentan weiiii..2 hari demam mengigil-gigil..hahaha jalan berjaga-jaga pon boleh bentan apa tah lagi kalau tak dijaga..

Sebab tu orang dalam pantang dia kena jaga betul2..tak boleh berseorangan..baru ni ada kes ibu penggal leher anak..Astaghfirullahaladzim sedih sangat..terkejut masa baca tu..seminggu dok teringat budak tu kena penggal dengan ibu sendiri..budak tu beza sebulan je dengan Afif..comel sangat budak tu..ibu dia yang melahirkan dia, tup tup mati ditangan ibu sendiri gak..

Sebab tu orang kata, emosi ibu lepas beranak ni jangan dibuat main2..bahasa kena jaga..jangan cakap sedap mulut je, jangan nak melezer sangat, jangan fikir apa yang kita cakap tu semua betul..perempuan mengandung sampai bersalin emosinya memang sukar dijangka..sensitif tiba2..kadang bukan nak buat mengada-gada, sajer nak beremosi, benda tu sendiri terjadi tanpa diduga..tak nak manja kan diri, kuat kan jugak hati ni, tapi tu la badan tengah tak kuat, lemah..kadang rasa macam nak menjerit tengok orang keliling tak faham keadaan diri kita yang baru lepas bertarung nyawa melahirkan anak..ingat kita sajer2 nak request nak dilayan macam puteri lilin ker..memang tak la ye..aku jenis bukan manja macam tu..siapa kenal aku tahu aku ni macam mana jenis independent..tak suka susahkan orang..selagi mampu buat sendiri..

Bukan orang biasa je boleh terkena gangguan emosi ni, golongan wanita profesional pon boleh kena jugak..ada kajian bagitau, urutan selepas bersalin dan bertungku ni dapat meredakan emosi wanita dalam berpantang yang kurang stabil..bukan nak cakap besar, tapi ni la aku aku amalkan selama 44 hari aku berpantang iaitu tungku, tangas, urutan..tungku dan tangas aku buat hari2..kalau rajin,  pagi dengan petang aku buat..kalau malas sekali je aku buat..hehehe..selama tempoh berpantang, 7 kali aku berurut..3 hari sebelum start kerja pon aku berurut lagi..kalau korang buat yang aku cakap ni memang korang akan rasa badan sihat dan ringan..

Nak share dengan korang apa menu makanan sihat yang aku makan dalam pantang yang boleh hilangkan 16 kg..gile weii berat badan aku masa mengandung 72 kg..seramkan dengar..sekarang Alhamdulillah banyak baju dah boleh sarung..hehe suka mak!

Ikan selar masak kunyit..hoiii kalau ingat balik memang rindu.. lada hitam, bawang putih, halia, kunyit memang tak tinggal..

Lobak putih sangat bagus untuk tambahkan susu..ibu yang kurang susu elok makan lobak putih ni..nampak lada hitam itu, di mana2 makanan pasti ada yer..

Sup ikan merah..dalam pantang memang heaven la dapat makan lauk panas2 ni..

Kemain ikan siakap tu diselimuti sayur sawi..syok je dia tidur atas pinggan tu..

sampai aku kata kat mak..mak takyah la masak lobak putih..susu meriah sangat..hahaha sian Afif tercungap-cungap dia minum.,

Ni paling ku suka..masa dalam pantang kan Raiisah dulu-dulu pon mak masa ni..simple sangat, takyah pakai minyak..ikan bilis dengan lada hitam jurrr..makan pulak dengan nasi panas..mengancam giler..

Ikan siakap masa kunyit..

Nak masak lauk orang pantang ni, kalau boleh kurangkan pakai minyak masak..kalau nak pakai gak, taruk sikittttt jer..macam mana badan tu nak surut kalau dah hari2 makan ikan goreng bersama cili masak merah.. huhuhu..

Bawah ni ada senarai sayur yang korang boleh makan masa dalam pantang dan sayur yang tak boleh makan masa dalam pantang..jangan ingat semua sayur korang boleh makan ye..
Ikan pon sama kena tengok jenis ikan..kang bedal je takut gatai kat bahagian jahit tu pasal2 dok mengaru atas bawah..hehehe..ok ibu2 mengandung, selamat menempuh dunia berpantang yer..jaga makan, jaga emosi, jaga kesihatan.. =)

piece : kathyjem

Wednesday, February 8, 2017

Gambar Afif Pulak Dipergunakan

Patutla pelik , pahal ramai nau orang tag , share gambar Afif mandi lemon ni..dalam hati dah rasa lain..ni mesti ada orang guna gambar Afif ni..mula2 tak nak fikir sangat sebab kat instagram kan akan keluar gambar kita kt bahagian post search kalo orang post or like gambar kita so aku aku ingat dari situ la kot orang tahu gambar Afif mandi dengan lemon...yerla IG aku kan tak private so siapa2 boleh tengok..

Nak di private account IG ni tak boleh..ada suruh buat satu IG private, satu IG business..masalahnya client nak tengok IG personal..kalau buat private memang akan di suruh open untuk public jugak..memang prosuder macam tu..memang tak boleh buat apa..banyak kali dah aku private account IG aku ni..tapi tak bolehhhh..nangis tepi bucu meja pon still kena open public IG yer..hahaha..

Tak paham la dorang ni nak business tapi dok curi gambar orang..siap kat testimoni dari pengguna..orang yang dok repost tu pon satu, dok share je tahu..dia tahu ke tak kesahihan gambar tu betul dari customer yang dah guna produk tu..ni tak pakai hentam bedal je kata testimoni dari pengguna..

Aku tahu ada orang guna gambar Afif ni pon sebab kawan2 dari FB yang send gambar2 Afif berendam dengan lemon ni ada orang guna tanpa minta izin..nak jual kena jujur dik..jangan tipu kata testimoni dari pengguna..padahal tah gambar2 dari mana korang celok pastu claim kata testimoni pengguna dan buat orang percaya pada produk ko yang laku keras kejung tu..berkat ke meniaga macam tu??

Boleh korang nak guna gambar si polan si polan untuk business korang yang meletup tup tup tu tu tapi mintak la izin dengan tuan badan empunya..kalau tuan badan izin baru la korang guna..jangan pakai ambik je..eh tu pon nak kena bagitau ke adab2 meniaga ni..


Lepas ni setiap mummy post nak letak watermark besar macam ni ok tak..hahaha bapak besar..ni kalau ada orang curi gak tak tahu la nak cakap..jenis bangsa dok planet pluto kot.. >_< tapi burok pulak watermark besar gedabak macam tu..sakit mata pulak aku menengoknya..

Tak pasal2 tiga empat hari ni anak mummy jadi model ubat lemon.. so mana2 yang telah menggunakan gambar Afif untuk menjual produk lemon korang tu sila la delete ye sebelum saya ambik tindakan undang2..waahhh ambil tindakan undang2 ni..hahaha takut la dengar kak kathy..=P haa tau takut so sila delete sekarang jugak!

piece : kathyjem

Friday, February 3, 2017

Berjangkit Dengan Mummy

Sian anak mumy demam yer..ni kali ke dua Afif  demam..first kena masa demam kuning dalam pantang..ni pon sebab menyangkit dengan mummy..mummy elok demam Afif pulak kena..nenek pon demam gak balik dari kampung..kakak aku lagi kesian satu family kena demam sampai masuk hospital..

Weekend hari tu mak balik kampung dengan kakak aku..ada saudara terdekat kawin..masa kat kat kampung tu memang kakak aku dengan anak2 dia dah start tak sihat..hampir2 gak dorang tak jadi balik kampung tapi kakak aku gagah gak pergi, sayang pulak tak pergi kan, hotel semua dah booking..lagi pon kakak aku dah lama tak balik kampung belah mak..

Aku pon ingat nak follow gak tapi memikirkan ada baby kecik, drive juah2, chinese new year pulak kan..sure la banyak kereta atas highway.. dah la aku jenis tak biasa bawak kereta jauh2..kalau ada Affan takpa gak..Affan lak dah kerja tempat baru susah sikit la nak ambik cuti..

Mak balik dari kampung terus demam, batuk2..complete  satu family kena virus demam..

Semalam Afif kena cucuk 3 bulan tapi dia demam terpaksa postpone minggu depan..eh bukan minggu depan minggu satu lagi..maka kena la ambik cuti lagi..muka pon monyok je..selalu bangun pagi ceria sengeh jer..ni dah demam merengek je minta dukung..letak sikit menjerit..

Mummy tak sangka demam mummy ni menjangkit dekat Afif..yerla susu badan kan memang akan kena la..dah elak kena gak..nasib baik Mekcha tak kena demam..Raiisah jarang kena demam tapi minah tu kalau demam ya ampunn nak bagi ubat cukup bercinta..bersilat-silat la nak bagi dia makan ubat..hahaha harap2 Afif dah besor senang la nak bagi makan ubat nanti..jangan jadi macam kakak ye adik tak suka ubat..hehe

Jenuh mummy agah dia nak bagi senyum..asyik buat muka terkejut jer..Ramai tanya topi Afif beli kt mana..kita beli kat Lazada je awak..murah ajer rm15..eh jap yeker 15 hengget..lupa ingatan jap..hahaha beli masa dalam pantang, tu yang tak ingat sangat harga dia..tapi rasanya dalam belas2 ringgit kot.

Sebelum pegi klinik dah bagi makan ubat demam..so masa sampai tu dia tidur je la..bangun pon untuk menyusu pastu sambung tido balik..cepat sembuh ye sayang mummy..

Alhamdulillah petang semalam demam dia dah kurang..mandikan dengan lemon baru suhu badan dia surut..malam tu dia tido lena je..susu pon banyak minum..

piece : kathyjem