Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, February 8, 2017

Gambar Afif Pulak Dipergunakan

Patutla pelik , pahal ramai nau orang tag , share gambar Afif mandi lemon ni..dalam hati dah rasa lain..ni mesti ada orang guna gambar Afif ni..mula2 tak nak fikir sangat sebab kat instagram kan akan keluar gambar kita kt bahagian post search kalo orang post or like gambar kita so aku aku ingat dari situ la kot orang tahu gambar Afif mandi dengan lemon...yerla IG aku kan tak private so siapa2 boleh tengok..

Nak di private account IG ni tak boleh..ada suruh buat satu IG private, satu IG business..masalahnya client nak tengok IG personal..kalau buat private memang akan di suruh open untuk public jugak..memang prosuder macam tu..memang tak boleh buat apa..banyak kali dah aku private account IG aku ni..tapi tak bolehhhh..nangis tepi bucu meja pon still kena open public IG yer..hahaha..

Tak paham la dorang ni nak business tapi dok curi gambar orang..siap kat testimoni dari pengguna..orang yang dok repost tu pon satu, dok share je tahu..dia tahu ke tak kesahihan gambar tu betul dari customer yang dah guna produk tu..ni tak pakai hentam bedal je kata testimoni dari pengguna..

Aku tahu ada orang guna gambar Afif ni pon sebab kawan2 dari FB yang send gambar2 Afif berendam dengan lemon ni ada orang guna tanpa minta izin..nak jual kena jujur dik..jangan tipu kata testimoni dari pengguna..padahal tah gambar2 dari mana korang celok pastu claim kata testimoni pengguna dan buat orang percaya pada produk ko yang laku keras kejung tu..berkat ke meniaga macam tu??

Boleh korang nak guna gambar si polan si polan untuk business korang yang meletup tup tup tu tu tapi mintak la izin dengan tuan badan empunya..kalau tuan badan izin baru la korang guna..jangan pakai ambik je..eh tu pon nak kena bagitau ke adab2 meniaga ni..


Lepas ni setiap mummy post nak letak watermark besar macam ni ok tak..hahaha bapak besar..ni kalau ada orang curi gak tak tahu la nak cakap..jenis bangsa dok planet pluto kot.. >_< tapi burok pulak watermark besar gedabak macam tu..sakit mata pulak aku menengoknya..

Tak pasal2 tiga empat hari ni anak mummy jadi model ubat lemon.. so mana2 yang telah menggunakan gambar Afif untuk menjual produk lemon korang tu sila la delete ye sebelum saya ambik tindakan undang2..waahhh ambil tindakan undang2 ni..hahaha takut la dengar kak kathy..=P haa tau takut so sila delete sekarang jugak!

piece : kathyjem

5 comments:

Shida said...

salam,

tindakan undang2 boleh je. x salah. kita jaga privacy kita. my fren pun penah ambil tindakan undang2 pada org yang suka suki je guna gambar2 wedding yang dia ambil and she win the case. hak kita....jgn biarkan org ambil sesuka hati.

Malas Letak said...

Pelik dengan peniaga gtu.. nak menipu je kerjanya,halal haram pun dah tak tengok.

Izafiza said...

sabo jela dorang ni.snap la gambo anak sendiri ke, anak sedara ke.nk jual be creative la..kita dlu private jgk ig. tp sbb selalu duk join contest kena public la plak.skrg takde nak private.public jela.kiki.

Jueliza Jamani said...

sian baby tak pasal2 org curi gambar..

wani ezryl * said...

betul tu, kalau org suka curi2 gambar ni, nak tak nak kena watermark.. lagi2 blog yg well-known macam kathy punya ni. sy perasan mmg ramai rupanya yg ambil gambar org lain, tp claim gmbr dia. contoh dulu ada orang ambil gambar kucing2 kami yg husband dok post kt kelab kucing. lepas tu dia mengaku tu kucing2 dia dalam twitter, dgn caption macam hari tu dia main dgn kucing dia la dsb. sy rasa dia buat mcm tu pun sbb nak attention and komen yg banyak. so yeah, kalau rasa perlu diwatermarkkan sesetengah gambar, mmg kena watermark.