Klik Yer!! Mekasih...

Friday, January 30, 2015

Bersama Tokeh Bra dan Tokeh Kasut

Amboii tajuk tak agak2 "Tokeh Bra dan Tokeh Kasut" bahahaha.. sajer kasi gempak...gempak la sangat!

Lamanya tak lepak dengan manjer2 i ni..Eira terpaling lama sekali tak jumpa.. Yana tu selalu jugak la aku jumpa..Ni pon Eira whatsapp kata rindu serindu rindunya kat manjerssss..Jadik marila kita jumpa untuk melepaskan kerinduan sudah berbulan tak jumpa..

Hari nak jumpa tu suruh Eira bawak Bb Cream SeqyBeauty sekali lupa..Eira dah gerak ke Curve baru aku teringat nak suruh dia bawa Bb Cream, memang tenkiu very much la kan dah gerak baru bagitau..padan muka!

Takper semalam dah ambik kat rumah Eira..hewhewhew..best gile kot pakai Bb Cream SeqyBeauty  ni..aku pakai 3 bulan baru ni abis..jimat sungguh sebab Bb Cream SQBeauty ni jer pakai sikit dah tutup satu muka takyah pakai tebal2 tu yang best dan harga pon berbaloi..

Pilihan kami petang tu lepak di Goodsaltz The Curve..senang kat tengah2 ,Eira dari Cheras nak datang pon senang..Kebetulan Ciput halfday tu yang boleh dia datang awal kalau tak lepas maghrib baru sampai..Yana dari Setia City aku lak dari ofis..

Yana oder salmon masak lemak..hahaha suka ati aku jer salmon masak lemak..

Aku ambik pasta sekali tekak tak kena last2 tukar dengan Yana..Yana makan pasta aku makan nasi dia..baru ngam dengan tekak..abis nasi Yana aku makan..

Eira oder apa tah tak ingat tapi tak silap aku ayam kot eh ye ker ikan kot..tah tak ingat sebab masa makan mulut potpet potpet bercerita almaklum la lama tak bergosip..sakan Eira bercerita.. Licin Eira makan kecuali yang bahagian luar tu jer tak makan..

Aku oder blackcurrant & laici..besok pagi bangun terus sakit tekak.. T_T

Tokeh tudung dan juga tokeh bra..hahaha..Hepi tengok kawan2 ada business sendiri.. =)

Tokeh kasut dan tokeh vitamin C..hahaha Sapa2 nak oder vitamin C nak cantikkan kulit gebus macam Che Ta boleh oder dengan Yana..lai lai lai..

Tokeh pose..hahaha

 Tuan Blog dan Yana..

Kali ni lepak lama sikit sebab lama tak jumpa kan.. sedar-sedar 4 jam mulut ni tak henti bercakap..hahaha

Sebelum pulang..teman Eira tapau makanan untuk Ciput kat Teh Tarik..Aku pon tapau sekali laksa asam untuk Affan sebab dia cakap lapar tak makan lagi..

 Tuan Blog dan Tokeh kasut mau pulang..

Tak cukup korum Ayu takda..mana dia??dia kerja kat Kedah sekarang tapi sampai hujung bulan ni jer pastu balik sini balik..Tunggu Ayu balik kita lepak berempat pulak yer manjers..

piece : kathyjem

Wednesday, January 28, 2015

Melawat Adik Bongsu

Hari tu pergi Melaka lawat adik bongsu di Kem PLKN Jaya Gemilang A'Famosa, Ayer Keroh, Melaka.. Lama tak pegi Melaka..kebetulan kem PLKN yang adik aku stay betul2 dalam kawasan Taman Tema A'famosa Resort..hari yang kiteorang pergi tu Taman Tema A'famosa tutup tengah renovate..

Awal pagi dah bangun..janji ngan kakak aku nak datang rumah die pukul 8 sudahnya pukul 9 baru sampai..Raiisah awal pagi mood tak baik menangis mandi tak nak, mau taknya tengah sedap tidur gerak dia suruh mandi mengamuk la dia.. Affan kerja Ahad tu jadi dia tak follow..

Syok la Raiisah jumpe Abang Luthfi & Abang Darwish..dah lama tak bergurau senda dengan abang2 ni sure riuh rendah dalam kereta nanti..

 Belum bertolak muka dah moyok..

Awat muka cuka ni???

Mummy tanya cebek pulak..

Nak spiderman upernya..

 Tu pon nak nangis..

Ok2 jom kite bertolak.. Tak sabar nak tengok PokCu..Raiisah terlebih excited tu..hahaha over!


Eh ni lagi over..hahaha nak jugekkk bergambar dengan toys kesayangan anak buah ni.. Gini ler kalau dah semua anak buah lelaki..macam mana Raiisah tak pengaruh dengan ni semua..dia pon dah pandai nk mintak spiderman..Miiii Man Man!

 Amboii Raiisah sayang sangat dengan Abang Pi dia..

 Dia memang manja dengan Luthfi banding dengan Darwish.. Dengan Darwish asyik gaduh jer...

Mmuah pipi lagi.. Mummy tak dapat macam ni pon Raichaaa, nak jugakkkk..

Berhenti kat R&R Luthfi nk buang air kecil..dia memang hantu buang ari kecil..jalan tak sampai 1 jam nak kecing..dah kencing nak kencing lagi.. berhenti tah berapa kali berhenti..minum air pon kuat macam mana kencing tak kuat..

Uwekkkk!! Abang Pi suke kencing..


2 jam lebih dalam kereta akhirnya sampai jugak Kem PLKN Jaya Gemilang A'Famosa, Melaka..Abah jer ikut mak tak sebab hari tu dah datang lawat hujung bulan 12..Bersih cantik jer kem PLKN A'Famosa ni, patutla kem baru rupanya..


Excited jumpe PokSu siap tabik hormat lagi adik Darwish..Raiisah siap tarik2 seluar suruh dengar dia membebel apa tah..hahahaha

Makan tengahari lauk mak masak, Ayam goreng dan cekodok pisang.. Adik aku teringin nak makan KFC tu yang mak masak Ayam goreng untuk dia..mak kata takyah beli jimat sikit..

Kebetulan masa kiteorang datang ni ramai parents yang datang melawat anak..

Abang Ipar, Kakak, Adik & Abah..

Nasib bawak bubble gun adalah benda dorang nak main.. takde la boring..

Pastu singgah jap pasaraya belikan roti, biskut semua tu untuk Fahmi..bekalan yang ada dah abis..sebab adik aku ni kuat makan malam..malam2 mesti lapar..

Gurau senda.. time baik bergurau2 la korang kan cube time datang kepala angin masing2 tak nak kalah lagi2 si Raiisah menjerit sesajer kalau dapat bergaduh dengan Darwish..

Tengok tu siap nak hug2 lagi..

Overnya peluk dia..

Cuaca panas dapat makan eskrem diam terus..

Cuaca panas kat Melaka..

Fahmi terkejut kiteorang beli pizza untuk dia..Sebab terdengar dia kat dah lama tak makan pizza..alololo cian tu yang kiteorang beli untuk dia.. kemain hepi..

 Luthfi, Abah dan Fahmi..

Muka pon macam pizza dah Fahmi..hahaha terkejut masa tengok dia "Ko ker Fahmi awat gemokkkk" hahaha Yerla mau tak 6 kali sehari makan mau badan tak naik.. abisla balik ni confirm perut ko ke depan.. kekeke Sampai rumah mak confirm nak diet..tu pon dia dah bising2 kulit gelap la jerawat banyak la..helo awak lelaki tau bukan perempuan setakat 5 6 ketui jerawat keluar pon dah gelabah..tonyoh pakai pencuci Nivea yang kathy beli tu..hahahaha

Eh ada yang tanya adik aku memang panggil Kathy ker...yer dia memang dari kecik dah terbiasa panggil Kathy.. sebab masa dia kanak2 selalu dengar Mak Abah Kakak aku panggil aku Kathy Kathy Kathy..terus melekat panggil aku Kathy..jenuh la kiteorang ajar, siap tepuk mulut marah tak bagi panggil Kathy "Jangan panggil Kathy panggil Kak Kathy, tak jalan Kathy jugak dia panggilnya..Alaaa lantak la janji hormat Kathy sudah..I Kakak yang sempoi..peace! Sempoi la sangat..=P

Dah kenapa muka ko macam tu Fahmi..tah la aku tengok budak2 sekarang setiap kali pose mesti nak buat mimik muka macam tu..rasa comel sangat kot..hahahaha

Haa serius macam ni kan ok sikit ghuper tu..eh nak jugak mulut senget macam tu..

Mak jer takde dalam ni.. T_T

 Raiisah dengan PokSu sebelum pulang.. Jam sudah menunjukkan pukul 5..

PokSu, Raiisah, Kakak, Darwsih dan Luthfi..

Mari balik waktu melawat sudah tamat..

Nah ambik stok makanan sebulan tak cukup jugak tak tau la..

Tinggi betui Fahmi sekarang ni..dia memang manja dengan kakak aku dari kecik lagi dengan aku memang tak la..sebab aku ni garang dengan dia cakap mesti ada gaya Abah sebab tu dia takut..hahaha Masa kecik kalau malas mandi Mak aku sebut jer nama KATHYYYYYY! terus mencicir lari ke bilik air.. hahaha takde nak cakap lembut2 dengan dia sebab anak nombor 2 kan selalu garang..hihi..

Nak sekeh kepala dia pon dah tak berani silap2 dia yang sekeh kepala aku..hahaha dulu kecik selalu kena pukui dengan aku sebab nakal sangat..Alhamdulillah dah besar panjang ni tak dah, nakal pon gitu2 jerla.. abis PLKN ni dia kata nak cari kerja..ok la sementara menunggu result SPM..

Alololo Fahmi muke sedih ker tu??hahahaha

Apa yang tengah Abah cuba lakukan tu Abah... ooo Abah nak pose ker??hahaha Abah ni pantang nampak kamera laju jer pose macam anak dia jugak..kekeke

Bye2 Fahmi..InshaAllah kami datang melawat lagi..

Napalah time aku sekolah dulu takde PLKN..kalau ada kan best! seronok jer tengok aktiviti dalam PLKN ni..pelikkan ada jugak budak yang tak suka dapat masuk PLKN kan? best kotttt..

piece : kathyjem