Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, July 24, 2014

Ke Pangkuan Bonda

Hari tu dapat jemputan ke Event PETRONAS sempena Kempen Pelancaran Hari Raya 2014 di KLCC.. Cakap pasal iklan PETRONAS teringat ada satu iklan PETRONAS yang aku sampai sekarang tak boleh lupa.. Alaaa mamat yang pakai helmet tu.. Iye2 tengah bawak motor dalam hujan lebat, tibe2 datang isteri die bawak payung.. Lol macam mane boleh bawak payung pulakkan atas motor tu sekali tengok tengah parut kelapa dalam hujan..hahaha Sabor jerla..

Iklan Raya kali ini bertajuk "Ke Pangkuan Bonda" memberi mesej tentang nilai murni yang perlu kita pelajari dari ibu-bapa kita akan ajarkan kepada anak kita menerusi tradisi keluarga yang diwarisi secara turun-menurun..

Video Hari Raya tahun agak ceria sedikit sebab selalu video-video Raya mesti sedih.. Kali ni PETRONAS buat kelainan sedikit baru la semangat ceria nak balik kampung beraya dan jumpa sanak saudara...



Video Raya ni mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan comel bernama Ani yang tinggal di kampung bersama keluarga dalam persiapan menyambut Hari Raya dalam usia muda.. Bile tengok video ni rase sedih pon ada gembira pon ada yerla teringat zaman kanak-kanak pergi beraya rumah keliling taman semata-mata nak kumpul duit banyak2 nak beli bag ngan kasut kat kedai uncle area rumah aku tu.. huhuhu Aku dulu kalo dapat duit raya tu la benda yang aku suka buat beli bag dan kasut sampai sekarang la hantu kasut..hahaha

Sedap betul suara penyanyi ni.. Masa dorang tengah tayang video tu dalam hati berkata *siapa la penyanyi yang menyanyi lagu raya Anuar & Ellina ni sedap sungguh.. Sekali tengok ooo Amelia AF ker patutla sedap..

Bila dengar dia nyanyi terngiang-ngiang aku suasana kampung lagi2 tengok video suasana di kampung halaman dengan budak2 tengah kejar ayam, bakar lemang, makan rendang.. Uwaaa lagi la rindu.. Dah lamanya tak balik kampung.. Since atuk dah lama meninggal kiteorang dah jarang balik kampung.. sob sob...

Tahun ni beraya di rumah Mak Sungai Buloh, hari ke-2 rumah mak mertua di Kajang.. ^_^
Dekat ajer takyah pening2 nak fikir balik kampung siapa dulu..hehe

Tak sangkat jumpe blogger cantik ni Nadia.. Selalu baca blog dia sebab suka tengok gaya dan penampilan dia yang sangat stylish..   

Tudung ku itu kenapakah begitu rupanya.. Tak suke nampak pelik pulak pakai macam tu..hahaha Tu style asal boleh namanya..kekeke Bersama Ceera, Namee, dan Nadia..

Tunggu sat nak masak rendang nak hidang kat tetamu yang datang..hihi

Nampak licin rendang kiteorang masak, al-maklum la masakan sedap.. >_<

First time jumpe Shazwani.. Cantik orangnya..

Berlatarkan pemandangan KLCC.. Abis event terus balik.. =)

piece : kathyjem

Wednesday, July 23, 2014

Raya Datang Lagi!

Hari tu kat ofis ada shooting video Raya untuk website SYABAS.. Tema pakaian haruslah tradisional.. Aku simple jer berbaju kurung maleh nak pakai baju liplap liplap....

Aishah, Saya dan Kak Yana..

Alaaa macam malas pulak nak menaip..Korang layan gambar jer la kan..Serius malasssssss... 

 
 
 
 Tengah menunggu bos besar.. Semua dah ready..

 
 
 Ok En. Halem dah sampai.. Yang baju biru tu..

Tu Kak Murni kat belakang tu selfie sesajer..hahaha

En. Halem pulak nak selfie guna batang kayu..hahaha Lawak la En. Halem.. =P

Orang kuat Multimedia.. Meor berbaju hitam dan Victor.. Tu macam nak pergi surau tu Bad, boh kami..hahaha

Ok ready for video Raya CCPA! Bersemangat semua menyanyi lagu Raya..


Dah tu jer aku nak bagitau.. hahaha Mood nak menaip ke laut kata nak raya dah kan.. Teringat2 raya jer sekarang ni..hahaha  Bye bye!

piece : kathyjem

Friday, July 18, 2014

Dah Beli Baju Raya Murah

Salam semua..

Dah cari baju raya.. Haa belum?? Raya dah dekat ni cepat cari baju raya uolsss.. Jangan besok nak raya baru terkial-kial cari baju.. Nanti saiz tak ada menangis korang atas katil nanti.. hahaha.. Aku tau mesti ada yang pening2 lalat nak cari baju raya kan.. Nak cari kat mana?? Nak tempah mana?? hurmmm tempah......tenkiu very much la orang nak ambik tempahankannn.. Beli online sajer sudeh..

Ni online shopping yang murah gile nak arwah aku nak bagitau korang..hahaha Abis terjebak tengok website nile.com.my ni.. Bukan jual baju jer macam2 ada.. Baju lelaki, tudung, kasut lelaki & perempuan, handbag, aksesori, buku semua ada.. Murah dia dah macam harga borong tau.. Ingat saje nak tengok sekali tertekan button terbeli..Canner?? bahahaha Kejap2 nak ni kejap nak yang itu.. Waduhhh murah sangat lawa2 pulak tu..

Servis NILE  ni laju dan pantas.. Suka kita.. =)
Hari ni oder besok barang sampai.. 24 jam COD lagi tau..!

Mekasih dik susah2 jer hanta baju raya akak kat ofis..hehehe

Mari kita tengok baju2 yang aku beli untuk dipakai raya nanti.. Mane tau korang dapat idea nak pakai raya nanti..

Scallop Blouse Light Purple : RM22.50
Moder Lining Lycra Skirt : RM28.50

Baju purple tu sumpah tak tipu kain die selesa dan lembut.. Tak caya beli sehelai mesti korang senyum lebar masa pakai nanti.. Kain Lycra skirt tu pon sama lembut dan tak panas.. Boleh match dengan dress oren, dress hitam dress putih pon boleh.. =)

Dipandan dengan handbag merah.. Murah jer korang bag ni RM46.90 jer.. Handbag merah tu nak pakai ngan seluar pon sesuai..

Sajer aku ambik bag ni sesuai dengan aku yang lasak.. Besar bag ni leh sumbat barang2 Raiisah sekali..hehe Duit raya Raiisah pon leh letak banyak2 dalam bag ni..kekeke

High Quality Trendy Woman Handbag : RM46.90

Bag biru ni pon aku belik kat NILE pon murah jugak.. See baju yang aku pakai ni semua bag boleh masuk..

Ok settle baju pertama raya saya.. ^_^

Baju raya ke dua Lace Paisley Dress.. Kenapa aku ambik yang ni.. Sebab lace die nampak menyerlah dan elegan.. Corak lace die pon tak serabut sebab tu aku pilih baju ni.. Murah jer uolsss baru RM33.90.. Ikutkan hati nak beli 2 helai..ngeh ngeh..


Material die aku suka labuh nak match dengan skirt purple pon cantik..

Lace Paisley Dress (Without Skirt) : RM33.90
Quality Metal Ladies Fashion Bags : RM 29.90 

Aku memang suka pilih bag yang banyak ruang macam ni.. Tak pandai nak pakai beg comel2 sebab aku ni semua jenis barang nak sumbat dalam beg..hahaha

Rasa-rase dah boring pakai baju kurung, baju kebaya leh jugak pakai Cotton Long Dress ni.. Nampak santai sikit..

Yang penting kain die selesa dan sejuk jer bila angin lalu..hehe.. Nak beraya rumah orang pon syok sambil berborak dengan saudara mara, kawan2 sambil mulut mengunyah ketupat rendang, kuah kacang.. Glup! Telan air liur pulak cakap pasal rendang..hahaha..

Bag ni dengan semua baju korang leh match.. Nak pakai baju plain nak pakai baju kotak2 nak baju belang2 pon boleh..sebab tu aku ambik bag ni sebab dah boleh bayang design bag ni semua baju sesuai pakai.. ^_^

Jadi kepada yang nak beli untuk raya silalah buat pilihan sekarang.. Sebab dorang hantar delivery sampai ke rumah atau 24 hours (COD) cash on delivery..

Ohh lupa nak bagitau sempena bulan Ramadhan ni dorang buat FREE DELIVERY dengan setiap pembelian minimum RM48 sahaja..Apa lagi ngi terjah cepat www.nile.com.my sekarang!

piece : kathyjem

Ukraine Tersalah Tembak MH17

Sedihnya semalam dapat berita pesawat Malaysian Airlines (MAS) terhempas di Ukraine.. =(

Dalam kereta pagi tadi nak pergi kerja dok teringat orang2 dalam pesawat tu..

Malam semalam sebelum nak tido macam biaserlah tengok phone belek2 fb instagram sekali tengok ramai orang dok update kt instagram #prayformh17.. Masa tu dah kol 12 Affan kat sebelah baru nak lelap sekali aku kejutkan die.. B ni ada pesawat MAS terhempas.. Affan dengar terhempas terus bangun.... Haa biar betul!! Laaa b tak tau ker.. Takla.. Tengok kat fb memang betul kejadian tu baru berlaku.. Aku pelik gak masa Affan cakap die pon tak tahu, yerla kata kerja kerja MAS takkan tahu kot.. Kejadian tu dalam kol 11 malam (waktu Malaysia).

Ada yang cakap MH17 kena tembak sebab menyerupai pesawat Rusia..Yang pelik macam mana MAS tak tahu kawasan yang mereka lalui ni kawasan zon perang.. T_T



 
 
 
 
Sedihnya tengok gambar2 ni semua.. Tak boleh bayangkan situasi mereka yang berada dalam pesawat lalui.. Ya Allah dugaan satu dugaan yang terjadi kat Malaysia.. Allah beri peringatan agar kita kembali ke pada-Nya.. Semoga dengan keberkatan Ramadhan kita semua diberi keampunan oleh Allah swt seterusnya dibeli laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita..

Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

piece : kathyjem

Wednesday, July 16, 2014

Kasut Mek Echa dan DIMA Restaurants

First time bawak Raiisah shopping mall berdua.. Cuak2 jugak nak bawak die pergi shopping mall yerla sekarang ni macam2 kes.. Sebelum tu dah minta izin dengan Affan, B nak pegi OU dengan Raiisah besok.. Besokkan b kerja buhsan la dok rumah.. Lagi pon baju raya Raiisah semua dah beli tinggal kasut jer yang tak beli lagi.. Nak tunggu b tah2 next week pon b kerja jugak bila masa pulak nak cari.. Ok la pegi, lepas cari kasut terus balik.. Baiklah..

Dah besor confident la sikit mummy nak bawak awak ke shopping mall..

Stroller wajib bawak nk suruh die berjalan memang boleh tercabut tangan mummy ko nanti..hahaha Kalo ada daddy takper la..

Misi mencari kasut.. Kasut jer okey baju jangan.. Dah set dalam kepala kasut sahaja! Tak set macam2 aku nak beli..hahaha Nasib bawak handbag leka la kejap die main bag tu.. Dah nak balik buat perangai sikit nak turun dari stroller.. Laju2 tolak stroller ke parking..

Sudahnya die yang tolak stroller..hahaha

Dah sampai rumah.. Kejap jer dalam mall rasenya satu jam lebih jer kot... 

Bag tu konon nak pakai raya sekali dah rasmikan.. tah macam die boleh nampak bag tu merengek nak pakai.. Yerla mummy bagi awak pakai, awakkan suka handbag.. Raiisah memang sekarang ni pantang nampak bag makeup aku mesti ke hulur hilir bawak konon2 handbag la tu.. Gaya pengang yang tak boleh bla tu..hahaha..Ikut mummy sangat ni.. =P

Bag tu beli kat Midvalley nama kedai Polka Dots..

Sampai rumah rehat jap tunggu Affan balik kerja siap2 terus ke Oasis Square.. Affan teringin nak makan nasi arab.. Mula ingat nak ambik buffet kat shah alam pikir2 baik ambik kat sini dekat sikit dengan rumah.. Lagi pon DIMA Restaurants ni lagi nampak menarik harga pon tak mahal sangat..

 
Raiisah sampai2 excited giler tengok kolam tu mesti die ingat pool..nak terjun la tu..hahaha

Daddy beria tunjuk patung tu kat Raiisah.. Yang si Raiisah kemain no no no takut..

Lari takut..hahaha Apa da patung macam tu pon takut..

Eh tengok lama2 aku pon takut gak tengok patung tu.. Macam ada sesuatu di situ.. kakutttt!

Sementara menunggu nak berbuka layan jap tengok fountains..

Mummy, Raiisah dan Daddy.. Raiisah ikut muka siapa mummy ker daddy?? Ye daddy.. Kening jer ikut mummy takde..hahaha

Alamak daddy terpaksa upload gambar tido awak ni tau la puasa..hahaha Yang penting gambar mummy ngan Raiisah nampak comel di situ.. Haiyoo pitam puji diri sendiri..muahahaha..

Mummy nak dukung.. Eh jalan sendiri tak koser mummy nak dukung awak suruh daddy dukung..hahaha

Boleh tahan si Raiisah abis die tawaf satu kawasan ni.. Jenuh mummy ngan daddy kejar..

 Dah penat lari basahkan tekak jap pastu sambung lari lagi..

Baby chair takde semua dah di booking.. Si Raiisah ni kena duduk dalam baby chair baru die dok diam sikit kalo tak naik turun naik turun huh letih nak layan.. Cakap dengan bos lepas ni tambah lagi baby chair ada 4 jer tak cukup..

Mari kita tengok apa yang menarik kat DIMA Restaurants.. Disebabkan buffet kita kasi penuh atas meja..hahaha Jangan risau pasti abis punya..  

 
 
 
 
 
 
 
 
 Kambing die sedap giler weii.. Alaaa terliur pulak..hahaha

Anak beranak tengah menikmati nasi arab..

So far makan kat sini aku bagi 4/5 sebab kesemua yang aku makan sedap.. Lagi2 kambing masak apa tah lupa yang tu superb sedap lembut bila gigit..

 Aiskrim pon ada..

Mula2 daddy supakan pastu geleng2 tak nak nak suap sendiri.. Die pantang nampak eskrem mesti nak suap sendiri kalo kita suapkan memanjang geleng kepala tak nak no no no..

Dah abis makan baru dapat baby chair..

Hurmm dappp.. tula aksi bila dapat makanan sedap sesajer..

Suap daddy pulak.. Selesai makan aiskrim terus pulang kekenyangan.. Itula cerita weekend kami.. Bye!

piece : kathyjem