Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, December 31, 2013

Simple & mudah nak buat chicken salad sandwich

Balik kerja semalamkan hujan dengan jem bagai dalam kete dok la teringin nak makan sandwich.. Dalam hati dah kenapa teringin nak makan sandwich apa ke hel nye.. Tah tibe2 teringin pulak.. Sebab lapar kot eh selalu kalo lapar teringin nak maggi gorengla ketiauw goreng la burge la ni tibe2 teringin sandwich..hahaha

Dengan meredah jem balik tu terus pergi pasaraya cari bahan2 nak buat sandwich sebelum tu singgah jap rumah Ayu anta buah nangka.. hahaha Paling aku tak boley bla siap google ni cara2 nak buat chicken salad sandwich..muahahaha sedih ko dik nak buat sandwich pon nak bergoogle bagai..hahaha Orang pejem celik pejam celik buat benda kacang ni tau tak.. Alaa sajer nak buang masa buhsan dalam kete yang jem tu..derrrr~~

Bahan-bahan.. Ewah siap bagitau bahan2 ni..miahmiahmiah.. Roti, Chicken Roll ni kalo nak ganti ngan sardin tuna pon boley.. Mayonnaise, sos cili, tomato, daun salad & timun

Dah itu jer bahan die yang senang aku nak beli nak cari nak buat..hahaha

Kasi bakar dulu itu roti.. Konon nak diet dah bersudu-sudu letak mayonnaise diet apanya.. Alaaa sikit je tu..hakhak

Salad, Tomato dan Timun..

Chicken Roll letak last sekali.. Kalo letak sardin aku raseeeee berkeping-keping roti aku telan..hahaha Nasib letak chicken roll sekali makan dah kenyang..konon~~~hahaha

Letak sos cili dah siap untuk ngap.. Simple dan mudahkan.. selamat mencuba...

piece : kathyjem

Monday, December 30, 2013

Kelebihan dan Khasiat Sarang Burung untuk Bayi & Ibu Mengandung

Masa mengandungkan Raiisah aku amalkan minum air sarang burung sebab bagus untuk ibu dan baby dalam perut.. Ada jugak aku tanya doktor ok ker minum sarang burung ni ada effect tak kat baby ngan ibu.. Doktor kata bagus minum air sarang burung ni dan amalkan..

Dengar doktor kata bagus lagi aku bertambah confident sebab kakak aku masa die mengandungkan dua orang anak die pon memang die amalkan minum sarang burung ni.. Tengok kulit anak buah aku yang si abang tu masa baby putih gebu cume dah besar hitam sikit la sebab dah besorkan suke berjemur.. hahaha Yang si adik pon sama keluar jer dari perut kakak aku, putih bersih kulit takde mengelupas pon..

Ada yang tanya aku minum brand apa.. Banyak brand aku minum sebenarnya..hahaha Saje nak rase air sarang burung mahal murah macam mane rasenya.. hahaha Gedik haih..ekekeke.. 2 brand bawah ni jer yang aku ingat ada lagi 2 brand tak ingat..hehehe

Gambar kat atas ni paling sedap tapiii mahal sikit la.. Kalo nak lagi bagus ambik yang banyak sarang burung die lagi banyak khasiat bagus untuk baby dalam kandungan.. Kalo yang banyak air kuranglah die punye sarang burung tu tapi khasiat jugakla.. Rase die hurmm dap dap..Sebenarnyaaaaa takde rase pon..muahahahaha Rase manis jer tapi serius memang sedap takde hanyir... Kalo brand BRAND'S tu die hanyir sikit tapi masih sedap boley minum... =)

Brand Niah Bir's Nest kat farmasi takde jual tau ada jual kat shopping mall macam Midvalley ker yang memang jual khas sarang burung.. Ha kat situ ko tengok la harga sarang burung tu yang hitam yang putih yang kering semua ada harga jangan cakapla sampai ribu raban pon ada.. Yang tu dieorang ambik dari gua Sarawak sebab tu mahai..

Yang brand BRAND's ni murah sikit la tak silap aku 1 kotak ada 5 ker 6 botal harga dalam rm90 macam tu.. Kat farmasi ada jual.. Aku selalu beli Guardian or Watson.. Seminggu elok minum satu botol tu.. Nak bagus minum 2 botol seminggu tapi banyakla ko nak kena beli 2 kotak sebulan mampu.. =P

Telan jer macam tu takyah campurkan dengan air ke apa ker minum jer.. Lagi sedap ko simpan dalam peti ais minum sejuk2 macam tu... Tapi ingat kalo dah bukak korang kena terus minum tak leh simpan lama2 nanti takut khasiat die hilang.. Gitew..

Kalo mane yang tak tau dan malas nak google apa kelebihan dan Khasiat Sarang Burung Layang-Layang ni kat bawah aku ada terangkan sikit.. Sila la baca kalo rajin.. ;)
 
1. 'Gen Kecantikan'
Sarang burung terdiri daripada hormon peptida yang sangat penting yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan yang berhubung dengan kulit ("EGF"). EGF memainkan fungsi yang sangat penting terutamanya untuk gen mencantikkan. Ia merangsang pembahagian sel dan perkembangan, serta menggalakkan pembezaan sel, menyuburkan kulit dan luka daripada pembedahan dengan cepat, ia juga dapat menggalakkan penyembuhan luka. Ia membantu dalam meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.
 
2. Untuk rawatan penyakit pernafasan
Sarang burung berfungsi ajaib untuk penyakit yang berkaitan sistem pernafasan. Beberapa buku perubatan purba menekankan terhadap kebergunaan sarang burung ke arah sistem rawatan penyakit paru-paru. Ini kerana, ia bertindak sebagai "agen pembersihan paru-paru" untuk perokok tegar.
 
3. Mengkuatkan Jantung, Kesan Antihipertensi
Ekstrak daripada sarang burung mempunyai keupayaan mengukuhkan jantung. Pengambilan kerap ekstrak sarang burung juga menunjukkan keputusan penting dalam menurunkan tekanan darah.
 
4. Anti-pengoksidaan, Anti-Penuaan
Kajian perubatan menunjukkan sarang burung adalah makanan yang mengandungi antioksidan di mana membantu dalam detoksifikasi. Penggunaan jangka panjang sarang burung juga dapat membantu melambatkan proses penuaan.
 
5. Produk kesihatan terbaik untuk wanita hamil
Menurut kajian Prof. Wang Bing, pakar akademik dari Jabatan Molekul dan Sains Hayat, Mikrobiologi, Manusia Pemakanan University of Sydney, Australia. Sarang burung mengandungi asid sialik (SA) yang merupakan sejenis karbohidrat berguna untuk peningkatan sel-sel otak dan membran sinaptik. Oleh yang demikian sarang burung penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat. Kesimpulannya, ibu-ibu mengandung mestilah memastikan bahawa mereka mengambil makanan yang mempunyai kandungan SA yang tinggi.
Mengikut kajian Jepun, sarang burung walit mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi.
Kekerapan pengambilan sarang burung walit semasa hamil boleh menguatkan badan ibu dan janin kerana sarang burung walit kaya dengan protein dan ia boleh menggalakkan pertumbuhan tisu,dan meningkatkan imuniti
.
 
6. Anti-Penuaan, Memperbaiki Saluran Pencernaan
Ia membantu menguatkan tenaga,meningkatkan gaya hidup aktif dan meningkatkan keupayaan memori terutamanya bagi golongan orang tua.
 
7. Menggalakkan peredaran darah yang lebih baik
Mencantikan kulit dan menjadikan kulit licin dan cerah. Serta boleh mengurangkan kedutan dan jerawat, menstabilkan kitaran haid, membantu melegakan sakit haid.
 
8. Mengelakkan arteri tersumbat, tekanan darah tinggi (hypertensi) dan penyakit- penyakit yang berkaitan dengan jantung.
 
9. Lain-lain faedah
Membantu melegakan kesakitan sendi dan Mesopotamia, menguatkan bahagian belakang dan menyihatkan buah pinggang. Melegakan keletihan dari tekanan.
Menguatkan daya tahan tubuh untuk mencegah demam, selesema, mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Berkesan dalam rawatan sirosis hati Hepatitis B.

Ok tu jer kesimpulan yang aku boley terangkan sikit apa khasiat air sarang burung layang-layang ni... Selamat membeli dan mencube..

piece : kathyjem

Thursday, December 26, 2013

Bawak Mek Ecah Bersiar di Taman

Bile anak dah boley berjalan hari2 nak bawak berjalan..ekekeke Tipu la kan hari2 nak bawak Raiisah berjalan ko pon weekend jer ada kat rumah selebihnye kat ofis..Okkkkk...

Tak tau la kenapa sejak menjak 3 4 menjak ni macam malas nak keluar rumah nak berjalan ke shopping mall semua tu erghhh malas rase nak terperap dok rumah jer.. Lagi2 sekarang ni musim hujankan lagi bertambah malas.. Bile aku ada mood nak keluar si Affan pulak malas, bile Affan ada mood nak keluar rumah aku pulak jadi malas sudahnye tak ke mana.. muahahaha Makan, tido tengok tv.. Tu pon sebenarnya yang best.. =D

Sekarang ni masa cepat betul berlalukan.. Bangun pagi dah kol 10 11..hehehe.. Biaserlah weekend kannnn rugi la kalo bangun awal dah la hari biaser kena bangun awal.. *matakeatas.. Breakfast mandi lepak jap tengok tv pastu masak untuk lunch.. Lepas lunch tengok tv dah terbungkang atas sofa sedar2 dah kol 4 5.. Dahlah si Raiisah tu memang kena tido petang..

Hari tu petang elok jer cuaca cerah tak hujan lantas ku mengajak suami berjalan di taman gitew dan diiringi bersama anak sekali.. Raiisah kan jalan tak brape kukuh lagi so nak kukuhkan kaki die kena la bawak di berjalan selalu.. hahaha.. Kalo kat rumah nenek takperlah luas nak berguling2 pon takde hal, ni kalo kt rumah daddy ngan mummy ko pusing2 kat situ jugak.. Sian Raiisah mesti die buhsan..hahaha Ceh bukan die tau buhsan pon.. =P

Ok la cian Raiisah mummy bawak awak bersiar2 di taman ye...

Hamboi sampai jer laju jalannye..

Eh eh suke ek dapat jalan..

Terkedek-kedek jalan..hahahaha Bontot tu geramssss...

Nak pergi kat Daddy..

Happynye die dapat keluar rumah..

Sengeh dah macam apa muke tu Raichaaa.. Hidung tu jangan nak terangkat sangat..hahahaha

Kite suruh die tengok tasik tu kaki die kemain laju nak ke tasik tu.. *dalam hati macam ni la kalo mak bapa leka tak tengok anak.. Tau2 anak dah jatuh dalam tasik tu.. Kan ada kes anak terjatuh kat tasik Titiwangsa.. Ingat anak die kena culik upernye besok tu ada orang jumpe mayat anak die dah terampung atas tasik tu.. =( Dah la tak nak pikir lagi kesian..

Raiisah dan mummy..

Jom kite tawaf satu taman ni..

Banjir..

Rehat jap penat...

Eh kejap jer duduk tak sampai 5 saat sambung berjalan lagi.. Budak kemaruk berjalan macam tula..hahaha








Jalan pon badan tak stabil lagi tu Raiisah..hehehe

Mummy yang hepi...

Mari tengok aksi si Mek Ecah setelah penat berjalan..


Menangis kaki tersangkut..


Senyum gatai no...

Posing goyang inul pinggang senget sebelah..

Hoii orang di sebelah apa tengok2 ada hutang..

Balik tu singgah A&W nak makan waffle.. Lama tak makan waffle A&W..

Acah jer kasi tu.. Mane leh minum sakit perut tu kang heeh laju jer nak minum..

Waffle with Single Scoop Ice Cream.. Dah tak sedap macam dulu2.. Kecewa kak tijah... Kenape dah tak sedap macam dulu kenape kenapeeeee..

piece : kathyjem

Wednesday, December 25, 2013

Bil Bil Bil

Bil bil bil...setiap hari menghadap bil...duit keluar je macam air...hmmmm....

Yerlah dengan semua barang pon dah naik, minyak naik bil elektrik la susu gula..Arghh pening2 semua benda pon nak naik.. apa jadi dengan kita yang gaji ala ala manja je..Lagi2 kite yang hidup di kawasan bandar ni lagi la terasa sangat2..Nak beli apa fikir 10 kali... itu baru beli barang dapur..susu anak etc...kalau nak holiday??lagi laa kena plan betul betul...takut lari budget nanti.. masak bubur je setiap hari..hahahaha 

But the best part is...ada jalan penyelesaiannya..dengan MAYBANK :) 

Korang tau kan Maybank memang banyak kegunaan dia... Termasuklah dalam membantu masalah kehidupan kita..yela semua nak pakai duit...apa lagi kan...jadi Maybank sekarang tengah promosikan satu contest untuk kita semua yang mana kita berpeluang untuk #LiveLifeAmplified.. gitu...hehebuatlah apa korang nak.. nak shopping? nak holiday? nak makan? semua boleh..ok let me explain.. :)

Apa tu #LiveLifeAmplified? Apa yang dia boleh buat?

Korang boleh tengok page Maybank and click#LiveLifeAmplified for more info..
#LiveLifeAmplified adalah satu kehidupan tanpa sempadan dan tanpa terma dan syarat yeay! best kan? apa korang nak korang boleh dapat..hehe.. tak perlu risau nak kumpul kuponke reward ke ape benda..sebab benda ni takde ke mengena kupon atau tak perlu simpan resit bagai.. Korang tak payah kisah sangat pasal apa2 pembelian just belanja jer.. Bestkan macam tu.. Enjoy kehidupan kita and get more out of it!!! =) 

Termasuk dari segi percutian, hiburan, shopping, bayar bill, isi minyak kereta,beli barang dapur... Wow indah kalo hidup macam tu..hehehe

Maybank ada buat satu game dan peraduan untuk menjemput para pengguna Maybank or bukan pengguna Maybank boley join hanya mendaftar Maybank 2 Cards dan memenangi dan bermain cabaran #LiveLifeAmplified..


Nampak macam2 faedah yang kite dapat.. Isi minyakkereta, bayar phone bill tengok wayang pon dapat faedah..Untunguntung!!! 

Pada pemegang Kad Maybank 2 American Express® Card ("Kad") berhak menikmati 5% Pulangan Tunai hujung minggu ("Pulangan Tunai") tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 

*Pulangan Tunai diberi berdasarkan perbelanjaan runcit Pemegang Maybank 2 American Express Card pada hari Sabtu dan Ahad sahaja di Malaysia atau mana-mana sahaja di dunia. 

Pulangan Tunai adalah dihadkan kepada maksimum RM50 sebulan untuk setiap Pemegang Utama dan sehingga RM600 setahun. 

Korang boley rujuk dan pilih tawaran ini diwww.maybank.com.my atau americanexpress.com.my

Ini adalah pilihan terbaik untuk join #LiveLifeAmplified dandaftar untuk memenangi hadiah mingguan bernilai sebanyak RM100 atau hadiah utama bernilai RM10,000! Wohoo banyak tu.. 

Ni terma dan syaratnya :
*Peraduan bermula pada 1 November  sehingga 31 Disember 2013 
*Terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 21tahun ke atas.

*Sila baca terma dan
 dengan teliti. Dengan mengakses "Peraduan" ini menunjukkan persetujuan anda serta memahami "Terma dan Syarat".
Untuk pemenang "Peserta" perlu mendapat mata paling banyak. Hanya Ahli Kad Maybank 2 Cards layak memenangi Hadiah Utama. Peserta yang tidak ada Ahli Kad Maybank 2 Cards perlu bersedia dihubungi oleh seorang wakil Maybank semasa hari berkerja untuk memohon Maybank 2 Cards..
"Peserta" perlu menulis apa yang akan membantu dalam #LiveLifeAmplified dan juga memberitahu rakan-rakan melalui aplikasi Facebook untuk mengambil bahagian "Peraduan" ini.

Nak tahu hadiah apa?? Jeng jeng jengg ni die!!!
- 5 x Hadiah Utama (mata tertinggi yang diperoleh sepanjang tempoh"Peraduan")
RM10, 000 
- 40 x Hadiah Mingguan (5 peserta dengan markah tertinggi setiap minggu)
RM100 PETRONAS Hadiah Kad
Menarikkan hadiah die.. Korang kena join ok sebab takde rugi apa pon dapat faedah lagi.. =)

piece : kathyjem

Friday, December 20, 2013

Kena Nonton Video Ni Dulu..

Salam Jumaat semua..

Layan video ni dulu sebab ayat-ayat die sungguh tersentuh & maksud yang mendalam..

Allahuakbar...




piece : kathyjem

Wednesday, December 18, 2013

Cara Paling Senang di Dunia nak masak Char Koay Teow

Nak share resepi Char Koay Teow paling simple mudah tak payah nak blend bawang merah bawah putih bagai semua tu just campak jer sos Char Koay Teow ni siap Char Koay Teow ko...Tak caya tengok bawah ni..

Pertama kali nak mencuba.. Hari tu ada Pameran Innovasi Kt KLCC tu yang beli benda alah ni nampak macam menarik macam sedap produk Syah Flavor ni.. Aku ni dah la kaki Char Koay Teow harusla kena cube benda menyenangkan ni.

Kat gambar tulah tokeh die Shah nama die.. Hari tu masa beli kat pameran KLCC tokeh tu siap explain lagi apa kelebihan Sos Char Koay Teow ni.. Dengar die explain Ohh senang2 ok kite beli nak cube kalo sedap boley bagitau dalam blog..hehehe Ni sebab sedap nak bagitau ni..

Kat botol tu siap ada bagi tau berapa sukatan sekian2.. Kena ikut betul sukatan die nanti rase Char Koay Teow tu lain.. Kalo nak basah ada die punye sukatan brape sudu kena letak semua tu.. Takyah pening kat situ semua die ada bagitau just campakkan jer bahan..

Nampak tak payah susah nak blend bawang sediakan kicap masin manis sos apa bagai semua tu dalam sos Char Koay Teow semua bahan tu dah dicampurkan.. Hanya perlu kan Koay Teow, togeh, fish ball (ni ikut suke hati kalo tak nak pon takper) udang, daun kucai, cili kisar.. Cili kisah tu aku malas nak blended pakai ready made..hahahaha..

Senang sangat masak Char Koay Teow ni.. Pejam mata sebelah 5 minit siap..hahaha Bukan kata pejam mata sebelah budak darjah 5 pon boley masak...kekeke =D

First sekali masak fish ball..

Lepas tu masukkan udang..

 Kemudian cili kisar..

Masukkan ketiaw.. Garam semua tu tak payah masuk tau sebab dalam sos Char Koay Teow tu semua dah ada..

 Pastu masukkan togeh & daun kucai..

Masukkan 9 sudu besar sos Char Koay Teow untuk setiap 500gm koay teow (1 bungkus koay teow).. Gaul rata dan last sekali telur 2 biji..

Tadaaaa siap sudah Char Koay Teow ku.. Konon nak buat basah sekali air letak sikit tak berapa nak basah sangat..hahaha

Hoiii rase tip to sedap terbaek.. Affan pon puji sedap..Tak rugi ku beli botol sos Char Koay Teow yang berharga rm6.90 boley makan 3 4 kali tambah dan masak berulang kali.. =)

Korang boley cari kat Mydin USJ Subang.. Kat tempat lain aku tak sure ada ke tak sebab tokey tu kata hanya kat situ jer dieorang jual..

piece : kathyjem

Tuesday, December 17, 2013

Tournament Badminton CCPA Vs CSD

Badminton pulak hari tu futsal pastu bola jaring... Atlet sungguh aku ni..hahahaha..

Sehari sebelum perlawanan kami dah berlatih siap2.. Cewah padahal nak berlawan ngan CSD jer pon beria trainingnye pon..hahaha Tu pon CSD bising cakap tak aci kiteorang dah berlatih awal2.. Tak kisah la berlatih awal ker yang penting court ni CCPA bayar Sendirian Berhad yer takde pakai duit untuk perlawanan besok yer..hahaha

Bermula perlawanan Badminton CCPA VS CSD pada keesokkan harinya..

Kasut Adidas baru ni sangat membantu ketika ku bermain.. Cewah!

Pose dulu sebelum nak main..hahahaha Taklah training manja-manja dulu nak lawan dengan team hebat2 ni kena la bersungguh main..

Bad, Kak Murni dan Shely.. Bad la yang mengatur perlawan badminton CCPA (Corporate Communication & Public Affairs Department) & CSD (Customer Service Department) ni..

Hamboi Kak Murni berlatih badminton pakai skirt lagi kelas! Terer jugak Kak Murni ni main macam pro..

Meon, Azah dan saya Kathyjem..hikhokhikhok.. Hamoiii nak main badminton pon nak makeup kah.. Eh tu harus yer cantik tu perlu..kakakaka Tibe2.. Taklah baru balik dari ofis muke glowing2 lagi, tengok nanti dah abis main macam mane ghuper ku.. Minyak 10 inci boley masak telur goreng lagi atas muke tu..hahaha

 CCPA VS CSD... Caiyuk CCPA kite main bersungguh malam ni.. Main untuk menang jangan malukan CCPA!!!! Yeah!

Nama saya di situ partner dengan Meor..

Hentam sajer la labu walaupon ku tak tahu main.. hahahaha Serius weii aku permainan paling tak suke badminton la.. hahaha Sebab apa?? Sebab aku rase kalo main badminton aku rase macam aku menari.. I kan penari dulu rase main badminton macam tengah menari..wakakaka Boley macam tu.. Sebab tu selalu kena kutuk ngan budak CCPA.. *Weii Kat ko main badminton ker menari..hahaha Siut jer..

Tapi memang betul aku setiap kali pegang raket nak pukul mesti badan aku melayang sana sini pastu  beria nak pukul sekali tak kena bulu tangkis.. Malu di situ sebab tu tak suke main badminton..hahaha

Kak Liza.. Ex staff CCPA..

Kak Liza berganding bahu bersama En. Halem..Kak Liza ni dulu secretary en. helem..

Nasreq tu menari tarian zapin ke apa tu..hahaha..

 Nampak gaya aku tu main badminton ker menari tarian cak pong cak pon..hahaha

Opp ku mengelak.. Gaya jer lebih tu kena smash sekali menangis..hahaha

Oooooo macam tuuuu ke mainnye! hahahaha

Rehat jap makan sandwich..Elok sangat lepas main makan sandwich..

 Selesai berlawan.. Aku ngan Meor kalah..hahaha

Penyampaian pingat dari Bos CCPA dan Bos CSD..hehehe

Team CCPA menang keseluruhan.. Wehuuuu!!! CCPA 6 - CSD 4..lalalalalala~~~

Cayalah team CCPA Juara tu..

Bersama cik mek Aishah..

Nak merasa jap pegang piala..hahaha

CSD tak puas hati kalah siap nak repeat berlawan sekali lagi..hahahaha CSD terima jerla kekalahan itu yer..kekekeke =D

piece : kathyjem