Tahun 2014 Alhamdulillah banyak jugak azam yang inginkan tercapai walaupon tak semua 100% dikecapi..
Tinggal lagi beberapa jam masuk la tahun 2015..kejapkan..Raiisah tahun depan dah masuk 3 tahun..Bila Raiisah nak dapat adik ni??!!!....InshaAllah doa2 kan..Hari tu Raiisah bisik kat telinga aku..Mummy mummy bile Raiisah nak dapat adik ni?? Nak adik boy, Raiisah boleh mainan ultraman dengan dia..hahahaha
Bawah ni antara azam yang aku hendak lakukan untuk tahun 2015..Chaiyok chaiyok!!!
Nak buat online business..InshaAllah nak ada business sendiri..Dalam pala ni macam2 nak buat tapi kena la pilih salah satu.. Jangan tamak semua nak buat..kang semua nak buat apa pon tak jadi.. So kita pilih satu jer dulu..Business apa?? InshaAllah menjadi nanti aku bagitau..
Nak beli kereta..InshaAllah ada rezeki nak beli sebuah..yang ada sekarang ni ok cuma cuma problem sikit jer biaserla kereta lamakan banyak la rosak sana sini.. nak jalan jauh pon tak berani..
Jadi lebih sihat..Tak semestinya nak sihat kena berdiet..kena jugak lakukan banyak aktiviti sukan atau bersenam dan jaga pemakanan..ni tak makan macam2 macam mana nak sihat..hahaha Ok tahun 2015 ni aku ingat nak banyakkan aktiviti sukan..oo baru teringat nak masuk kelas Zumba la dari bulan 12 tertangguh..Aishah jom Zumba!
Nak tingkatkan prestasi kerja.. Tahun 2015 ni nak datang kerja lebih awal..tak nak datang ofis lewat2..kalau boleh tak nak langsung MC/EL..eh boleh ker mcm tak boleh..hahaha..aku ingat lagi tahun 2012 masa pregnantkan Raiisah 3 kali jer aku MC tau sepanjang 2012.. Alhamdulillah masa pregnantkan Raiisah aku tak banyak alahan waktu berkerja now dia dah besar ni banyak pulak aku MC sakit sana sini..sakit faktor umur kot..hehehe ok MC lambat tu kena kurang2kan..baik..
Sebenarnya ikut hati sendiri nak tulis macam mana kan..Dah namanya impian azam, benda yang mustahil atau susah nak dapat, tapi bila kita dah tulis dan baca setiap hari imagine yang kita dah miliki atau capai impian tu, InshaAllah satu hari pasti kita kan dapat..Jangan fikir negatif sangat fikir yang baik2 sudah pasti hidup tenang dengan senyum..cewah!
Dan akhir sekali.. Kuatkan semangat dan bina azam baru..Tinggalkan kisah lama yang penuh berduka semua tu.. Semoga tahun baru dipenuhi dengan hikmah disebalik dugaan.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015!
piece : kathyjem
Happy anniversary Kak Kathyjem.. Yess , saya orang pertama yang wish.. hahaha
ReplyDeleteHafiz Hafizol : wahhhh tq tq..hehehe
ReplyDeleteSalam perkenalan dari follower yang ke 1414 :)
ReplyDeleteGood luck n all the best ye...semoga apa yang dihajati akan tercapai...dan semoga dipermudahkan urusan kita semua...amin :)
Azam tambah ahli kearga tu rare!! Aamiin moga tercapai segala hajat. N happy anniversary in advance kate!
ReplyDeleteSyok la sambut tahun baru di tanah air... kami di perantauan ni sambut di fb je huhu...
ReplyDeleteBanjir dah surut ke kawan2?
semoga tercapai semua hajat & azam yg diingini tahun ni.. .. =)
ReplyDelete