Tuesday, December 9, 2014

Hanta Adik Ke PLKN

Hari tu hantar adik bongsu untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).. Malam tu tido rumah mak besok pagi senang nak hantar adik ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).. Affan tido kat rumah Tropicana, demam pulak dia malam tu.. Balik kerja hari Jumaat tu terus ke rumah Mak Sg, Buloh..

Malam sebelum adik aku bertolak aku tolong checklist barang untuk dia.. Takut ada barang yang dia terlupa nak bawak.. Jumaat siang tu masa lunch lari jap pergi cari barang untuk dia..Beli 3 helai seluar sukan ngan sehelai jersey untuk dia.. Yang lain semua Abah dah belikan.. Seluar sukan ngan Jersey jer tak beli lagi..

Baju untuk hujung minggu, pakaian mandi tidur semua tu aku pesan jangan bawak baju yang lawa2, bawak t-shirt buruk nanti kang hilang tak pasal2.. Dah la adik aku jenis pelupa.. Tu pon dah pesan kat dia baju nanti tulis nama, barang2 macam kasut semua tu pon tulis nama takut kang bertukar dengan kawan2 hilang ker, senang nak cari nama dah ada tulis kat barang..

Pukul 7.30 pagi bertolak dari rumah.. Sampai2 orang dah ramai.. Terus beratur untuk pendaftaran.. Bas bergerak kol 9.30 pagi..Adik aku dapat kat Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka..Ok la dapat kat Melaka tak jauh sangat.. Hujung bulan nanti boleh datang melawat dia kat Melaka..Boleh jalan2 kat Melaka..weee!

Tu pon masa mula2 dapat tak nak pergi.. Tak suka nanti muka hitam, rambut kena botak.. ehhh gedik tak nak pergi pulak sebab tu.. Zaman Kathy kalau ada program macam ni, Kathy la orang pertama yang bersemangat nak pergi tau sebab suka aktiviti lasak macam ni.. Adik aku ni memang dia bukan jenis budak bersukan.. Kat rumah pon takde kasut sukan.. Besok nak pergi hari tu baru hegeh2 cari kasut sukan..nampak tu kasut sukan pon takde..hahaha

Tak silap aku ada dekat 15 bas kot.. Siap ada yang bawak baldi lagi.. Dalam checklist dah bagitau barang yang tidak perlu di bawa salah satu baldi, maybe ramai pelajar bawak baldi sebelum ni kot..Kat sana nanti dorang bagi la kot gayung, baldi semua tu.. Aku rasa kalau semua pelajar kena bawak baldi penuh la barang dalam bas tak muat..

Setiap pelajar dibenarkan bawak 1 beg pakaian dan 1 beg sandang sahaja..Kalau lebih bawak beg kena hantar balik..hahaha Pandai2 jer aku.. =P

 Apa la yang Abah catit tu..

Ok la at least lepas abis SPM ada aktiviti nak buat takdela lepak duduk rumah jer.. Senyum sikit Fahmi..Best tak?? Mesti teruja nak pergi kannn.. hehehe

Sementara menunggu PokSu register..Atuk melayan jer apa yang Raiisah buat.. Comel!

Kesayangan Atuk ni.. Raiisah tak mandi masa ni sempat tukar baju ngan pampers jer sebab awal pagi sangat nak mandikan dia..

Masa ni dorang tanya boleh menembak apa semua tu..Bestnya menembakkkkk!! Bang Bang! hahaha

Raiisahhhh buat apa tu?? haaa haaa..Jentik jari tu kang!

Bergambar dengan adik sebelum berangkat..Tinggi betul dia sekarang ni.. Cakap pon kena dogak2 kepala..Napa Kathy tak tinggi macam Fahmi, kalau tak boleh jadi model muslimah..hahaha Tibe2..

 Alaa comel pulak satu family selfie macam ni..hehehe

Dapat duit Abah bagi simpan elok2..Beli benda yang perlu jer..Bukan percaya adik aku ni kang abis duit beli kad topup jer..

Salam peluk cium Mak sebelum naik bas..

Abah pulak.. Nasib baik la adik aku ni pernah tinggal asrama so dah biaser berjauhan lama2.. Ada tu aku tengok mak sampai menangis2 tengok anak dalam bas mesti tak pernah berjauhan dengan anak..

Raiisah dan PokSu..eee budak muka tak mandi..hahaha Masham!

Bye PokSu..elok2 kat sana nanti..

Ingat pesanan Abah ngan Mak.. Kathy doakan Fahmi berjaya kat sana nanti.. Nanti ada masa Kathy, Abah & Mak datang melawat Fahmi kat sana ok.. Take care.. =)

piece : kathyjem

5 comments:

  1. Sedih je tengok muka Poksu nie.. haha. x lama pun Poksu. 3 bulan je kan? haha..

    ReplyDelete
  2. akak mmg bahasakan diri akak kathy ke dengan adik?hehe..cam janggal pulak..

    ReplyDelete
  3. Nasib dekat je melaka kan..
    Anak sedara akk kena dekat sarawak nun..

    ReplyDelete
  4. rasa macam sedih lak antar dia gi PLKN. macam nk gi perang gamaknya ekeke

    ReplyDelete
  5. hihihi..tinggi nyer fahmi, teringat awak pnh bg pix kat kite mse raya skali ngan fahmi..so cute :)

    ReplyDelete