Monday, February 23, 2015

Resepi Mudah Cucur Udang Lembut & Ranggup!

Hari tu bisik2 kat telinga Affan nak masak cucur udang untuk minum petang..Affan ok jer tak kisah, cucur udang pon dia boleh layan..Laju2 kepala tu angguk..Apa lagi mula la geledah apa yang ada dalam peti ais..Ok bahan2 nak buat cucur semua ada, kecuali togeh.. takde togeh pun takperla, janji ada daun kucai pon dah ok..

Bahan2 dia simple jer..Udang, bawang kecil, daun kucai..

 Tepung gandum..

 Ikan bilis..

Cara dia mudah sangat.. Budak tadika pon boleh buat tau..kekeke.. Ok masukkan tepung gandum..letak la banyak mana tepung tu korang nak letak..Macam aku letak 3 cawan cukup sebab makan untuk 3 orang jer kan..sorang tu untuk Mek Echa la..hehe..Masukkan air biasa sikit demi sedikit..nak ranggup taruk air panas sikit.. Gaul sampai rata..

Dah cair sikit letak garam dan sedikit serbuk kunyit untuk bagi warna cucur udang tu..

Pastu masukkan bawang, daun kucai dan ikan bilis..

Udang last sekali..

Siap untuk di goreng..

Goreng dengan minyak sederhana panas hingga keemasan dan rangup..Angkat dan toskan..Siap untuk dihidangkan bersama sos cili! Selamat mencuba resepi senang ini!

piece : kathyjem

8 comments:

  1. hehe serbuk kuncit..lawak la katy ni ;) newey good info

    ReplyDelete
  2. mummy kimmy.com : hahaha ok dh betulkan..biaserla kathy ni kalau tak typo error tak sah..hahaha =P

    ReplyDelete
  3. lama tak buat cucur...
    tengok ni terliur pulak..

    ReplyDelete
  4. sedapnya T___T

    kita kalau buat takde letak sayur dgn bawang pun. sbb tak suka hehe

    ReplyDelete
  5. dapnyeee..ni wat minum ptg sedap ni..

    ReplyDelete