Bersama talent manager Nuffnang, Sammy..Ni second time jumpa dia..Kecik molek orangnya.. =)
Ok sebelum event start ada live dari TV10..erk TV10 ada ker?? buat lawak pulak emcee hari tu..yo yo aku percaya live..hahaha..hampir2 percaya..
Irma Hasmie pon ada juga.
Artis jemputan iaitu Sharifah Sofia yang turut serta dalam demonstrasi memasak telur goreng..Sharifah Sofia juga berkongsi pengalaman menambah telur goreng sebagai cara supaya anak sulungnya, Sharifah Ariana suka makan nasi dan sandwic..
Bersama orang kuat Planta iaitu Joel Lim, Pengurus Jenama, Kategori Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd..
Di situ jugak dorang memasak telur goreng untuk dihidang kepada tetamu jemputan..
So kami diberi peluang merasa dan meneka perbezaan telur goreng yang digoreng dengan Planta dan telur yang digoreng menggunakan minyak masak..Jom rasa!!
Tutup mata pon boleh bau aroma telur mana yang menyelerakan..
Jom kita rasa telur A atau telur B yang digoreng dengan Planta..
Saya pilih telur B..Diakhir event nanti kita akan tahu siapa yang ramai mengundi telur A atau telur B..
Besarnya telur belakang ni..behehehe
Bersama Kak Red..banyak kali dah jumpa Kak Red kat event tapi tak sempat nak berborak dengan dia..
La ni baru dapat berborak dengan Kak Red..Apa rahsia Kak Red makin kurus? Amboii dah macam reporter sangat..hahaha..Kak Red kata jaga makan..kurus giler kot badan Kak Red..jeles aku tengok..Aku ni jer badan macam di pam pam..hahaha
Bersama Kak Red, Babysumo dan saya bertudung biru..Ikut tema Planta sangat ni..hehe
Pemenang untuk telur goreng paling sedap ialah TELUR GORENG PLANTA!!!! Dah agak mesti la telur goreng Planta kan..Sebab apa disukai sebabbbb tekstur garing berserta aromanya yang menyelerakan..
Bersama Sharifah Sofia dan anaknya Sharifah Ariana berumur 4 tahun..
Bersama Kak Irma yang sangat cantik..Dapat jugak bergambar dengan Kak Irma..
Selesai sudah event Planta..
Besok pagi tu terus semangat nak masak telur goreng Planta untuk Raiisah.. Nasib baik Raiisah ni jenis makan tak memilih sangat..masak telur goreng je pon dia boleh layan..asal ada makan jalan..Kalau tak ada makanan boleh jadi amukan di pagi hari minah kenit tu..
Planta ni selalu orang guna untuk masak kuih-muih, buat biskut or bakar roti jer kan, sebenarnya banyak kelebihan memasak dengan Planta ni..
Planta ni ada 2 packsizes iaitu 240g dan 480g dan boleh disimpan dalam tempat yang kering dan sejuk..Selalu aku beli size 240g jer sebab saiz kecik pon boleh tahan lama guna..
Simple resipi nak kongsi..Satu sudu Planta + 1 bji telur = 1 hidangan telur goreng Panta yang sedap!
Jom saksikan cara-cara masak telur goreng Planta paling mudah dan sedap untuk anak..
Sebelum cedok pastikan sudu yang digunakan bersih dan kering bagi memastikan produk Planta tahan lama..
Panaskan kuali dan cairkan 1 sudu Planta..
Then pecahkan telur..Telur goreng yang dimasak bersama Planta menjadikan lebih aromatik, lebih sedap, tepi rangup keemasan, tidak berminyak serta warna kuning dan putih telur yang menarik..Minyak masak kalau kita masak mesti terpercik-percikkan tapi dengan menggunakan Planta tidak terpercik..
Siap telur goreng untuk sarapan pagi Raiisah..Laa telur goreng jer Mummy..Eh ehhh..jangan tak tahu, telur goreng ni banyak khasiat dia tau..
Breakfast paling mudah, cepat dan sedap..Kadang-kadang masak simple begini boleh bagi selera untuk anak makan..Nak sedap lagi makan dengan roti bakar or nasi panas..layan!! hehehe
Nak tahu lebih lanjut pasal Planta ni korang boleh ke facebook Planta untuk maklumat lebih menarik:
www.facebook.com/plantamalaysia
www.youtube.com/resepiplanta
piece : kathyjem
raisah ,muka ngantuk jer tu.kena pose untuk mummy yer.hehehe.
ReplyDeletenampak sama slim jer u and kak red tu.
FAD
Pasrah je Raiisah
ReplyDeletealalal comel nya anak mummy hehee
ReplyDeletesedapnya roti planta!
ReplyDeletemana pulak dtg roti planta, telur planta kan tu.hehehe
ReplyDeleteAssalam kathy,
ReplyDeleteiols dari zaman kanak2 memang dok goreng teloq pakai planta hokeyh :)
sedapnyaaaaaaaa lahai