Sampai je MBO terus berlari-lari nampak poster Inside Out tersergam indah..Mummy tu tuu..nak cakap tak pandai tu tu tuu jer la...Ye yee mummy tau Raiisah excited, jap kite beli tiket dulu ok..karang kita bergambar kat sini..Sambil Raiisah mengganguk kepala..Ok!
Raiisah yang tengah excited..Ni dalam wayang nanti macam mana la..jangan tido sudah..hari tu bawak tengok Big Hero 6 hujung2 tido..
Mummy tuuuu..nak pergi Monsters University photo backdrop pulak..bulan depan 3 tahun dah Raiisah..cakap pon tak pandai lagi..bukannya mak apaknya tak bercakap dengan dia,cakap..bila tengok budak2 baya Raiisha petah bercakap mesti macam ada perasaan jealous..dalam hati..syoknya budak tu pandai berborak dengan ibu dia..yang Raiisah..Mummy..ago ni sana tu ee yaa aaace pa no no mummy..haa faham tak..hahaha Takper la slow2 la awak belajar ye..satu hari nanti pandai la awak bercakap..tak terlayan nanti mummy ngan daddy bila Raiisah petah bercakap..sabar naaa... =)
Raiisah dengan Mike..
Kat situ je la berani..dekat sikit dengan Mr Sulley takut.. Kalau Mr Sulley tu hidup aku pon takut weii..orang pertama yang lari dulu..
Sebelum movie start lepak Wondermilk..lama tak makan cupcake kat Wondermilk..dulu masa baru buka Cafe Wondermilk ni je yang ditujunya..sampai naik muntah makan cupcake..
Nasib baik Raiisah makan krim jer..
Upernya kiteorang oder Chocolate Chili laa..derrr! macam mana daddy ko oder ni..mesti dia tak baca, nampak chocolate terus pi oder..patut la Raiisah makan krim dia jer..aku pon pelik selalu Raiisah cake chocolate dia suka jer, yang ni tak nak..rupanya pedas! memang pedas pon..pelik nau cake pedas ni..
Pastu oder beef sandwich..layan dapat makan beef dengan cheese..sementara tengok Raiisah main tepi tu.
Tak puas hati oder Chocolate Chili, kiteorang oder cake lain pulak..haa kali ni pilihan tepat..sedap dan mantop!
Iced caffe latte!
Raiisah di mana2 ada jer kawan..die memang peramah dengan siapa dia tegur, boleh jadi kawan..antara faham tak faham jer la yang bercakap dengan Raiisah tu..hehehe
Dah berebut pulak..Budak tu tak nak balik nak main kat situ..jenuh la bapak dia pujuk..
Ok movie dah nak start..sebelum tu posing dengan poster Inside Out jap..mak apak pon nak jugak.. Cian kempunan nanti..kekeke
Macam mana cerita Inside Out ni..ok la jalan cerita dia..Raiisah kemain terkekek-kekek gelak..yo yo oo je macam faham kan..aku dengan Affan nak terlentok-lentok masa mula2 cerita tu start.."B nak tidur la tu" hahaha..
kalau korang tanya aku best ke tak?? ok ok la cerita ni..dah kata cerita kanak2 kan..tapi bagi aku, agak berat sikit la untuk budak2 baya Raiisah tengok..
Cerita Inside Out ni kisah pasal budak perempuan berusia 11 tahun, nama dia Riley..Riley ni memiliki pelbagai emosi dalam tubuh badan dia..Dalam fikiran Riley, terdapat 5 emosi iaitu Joy, Fear, Anger, Disgust dan Sadness..Konflik bermula bila keluarga Riley berpindah dari Minnesota ke San Francisco..Dari situ Riley mula cepat rasa sedih, sunyi dan keseorangan..Dia tak dapat terima perpindahan ke tempat baru..Semua ini dipengaruhi emosi yang ada dalam kepala Riley..Emosi emosi ni semua kena usaha untuk jadi Riley terima kehidupan baru dia..cerita ni buat korang takkan terfikir macam mana dorang boleh create movie yang sangat unik dan kreatif..high imagination betul dorang buat filem ni..
Ok la membebel panjang pulak, kata so so cerita ni..behehehe.. >_<
lama tak lepak wondermilk. best kan kat situ. :))
ReplyDeleteTips WAHM untuk cantik dan sihat
sedapnyer Wondermilk cuppies :-)
ReplyDeletehttp://contengan-rasa.blogspot.com
dah lama tak bawak anak g tgk movie...
ReplyDeletecomel nya mekca hihihi..insya allah budak2 nih ada pro and contra so kena banyak sabar maybe kurang dekat sini lebuh kat sana gituuu..untie doakan mekca jadi anak yang solehah ok :)
ReplyDeletelia ummiirfan : best suasana tenang jer..kebetulan pegi ari tu ramai orng lagi bertambah best..hehehe
ReplyDeleteMekasih auntie cik nur..Amin.. =)
ReplyDeleteRaishah ni sebaya Adli. Bulan depan 3 tahun. Tak confident lagi nak bawa dia tengok wayang. Takut dia buat wayang pulak. Tapi bila baca mek ecah ni ok je nak trylah bawa Adli nanti. Adli bercakap ada perkataan yang terus dia sebut. Ada yang hujung2 je. Tapi suka bercakap.
ReplyDeletebetui inside out ni agak berat la budak2 nk paham..sib baik download tengok kat umah dulu..klu p tengok kat wayang mmg boring tidoq x boleh baring..hehe
ReplyDeleteseronoknya Raiisah tu. I belum try lagi bawak my son tengok movie. takut dia menjerit ke pegi peluk screen ke -,- satu hal pulak
ReplyDeletebaya raisah kena tgk movie kartun yg byk musical br die suka sbb inside out ni mcm dewasa skit kartunnye mcm utk bdk sek rendh hehe...anak daraku pn nk jugak tgk cite ni tp sygnye aritu tgal row dpn je..so tgk pixel..lps tu mamanye yg tgk inside out ngan opismate tp bole lelap..hehe
ReplyDeletedessert tu nmpk yummmmy