Friday, October 30, 2015

Indah Kabar Dari Rupa

Lunch tadi makan kat Mr Teppanyaki, Sunway Pyramid..Mengecewakan sungguh! Dulu pernah sekali 2 makan kat sini ok jer..Daging lembut, rasa pon sedap, sayur banyak, bawang putih goreng pon banyak..Laaa ni awat hampa macam ni??!!

Muka pon takde mood nak makan..dah la perkerja semua orang asing, nak communicate pon payah..cakap english pon tak paham..

Aku oder Beef Teppanyaki Set..dah la menu set untuk ala carte tak ada, terpaksa la oder yang set..Bawang putih goreng tu takleh letak sikit lagi ker?? keduit sangatttt..Teppanyaki kat Midvalley nah segelup dia letak garlic tu..sedap pon sedap..nasi letak dalam pinggan sekali senang sikit nak makan..kat sini dia asingnya..

Sambal ngan kicap tu tak leh letak sikit lagi..pasai apa makan kat Mr Teppanyaki, Sunway Pyramid ni kemut-kemut semua ni..

Dah la satu set ni semua RM23.90..macam ni ghupernya..huh! Miso soup tu nasib sedap kalau tak boleh jadi amukan kat situ..Ni jer yang ada..dalam gambar kemain la ghupernya ngan buah segala bagai..

Ni Kak Yana punyer.. Chicken Fried Rice Set..pon sedih gak ghupernya..rasa ok2 la..

Kicap tu aku mintak lagi, yerla satu bekas tu korang letak setengah sudu kecik ke apa?? sikit sangat la..jenuh nak panggil waiters tu mintak tambah sambal ngan kicap..

Indah khabar dari rupa..lagi puas hati makan kat Midvalley..sedap dan banyak..

Makan jer la Kak Yana kan..dah oder..membazir pulak tak abis makan..Buah ngan wantan mana?? dah nak abis makan baru sampai..

Haa nasib baik sampai jugak..baru nak angkat tangan bagi penumbuk sikit..hahaha

Ni hasil aku melambai tangan 5 6 kali nak tambah kicap ngan sambal punya pasal..tak boleh bagi ker  satu botol kan senang tak payah korang nak ulang alik 3 4 kali bagi kicap ngan sambal tu..sengalll!!!! huh! tobat nak makan sini lagi..

Ok sekian..

piece : kathyjem

Tuesday, October 27, 2015

Pengalaman Kali Pertama Menyusukan Raiisah

Bila tengok baby baru lahir teringat Raiisah mula2 keluar dari perut mummy..Masa Raiisah duduk dalam perut mummy, mummy dah janji kat diri sendiri yang mummy akan menyusukan Raiisah sampai umur Raiisah setahun hingga 2 tahun..

Kali pertama bagi Raiish menyusu badan masa lepas beranakkan dia di hospital..Hari pertama melahirkan Raiisah tak dapat tengok muka dia sebab nurse suruh berehat, lagi pon Raiisah kepala dia sakit sikit sebab kena vacum..Esok tu baru dapat tengok dia secara dekat..Ingat lagi hari kedua lepas bersalin, pagi tu bangun terus nurse bawa Raiisah bagi kat tangan mummy..Puan Khatijah, anak puan nak menyusu..Puan kena kena menyusukan dia..Nah anak puan...ek bagi susu..dalam hati la cakap macam tu..terpinga-pinga dengar nurse kata kena bagi susu kat Raiisah..masa tu la baru dapat tengok wajah Mekcha sepenuhnya..Alololo comel anak mummy semalaman tak dapat tengok and dukung dia..dapat jugak tengok, akhirnya..macam tak percaya mengandungkan dia selama 9 bulan tau2 dia dah keluar dalam perut mummy..

Time nak menyusukan dia memang kekok gile nak pengang Raiisah pon tak pandai, nak bagi Raiisah susu kat dia lagi la tak pandai..yerla first time beranak mesti la takda pengalaman nak menyusukan anak..mesti la cuak2 sikit, eh bukan sikit banyak..hahaha..

Lepas nurse letak jer Raiisah kat tangan aku, eh eh nak bagi hisap tang mana ni? nenen belah kiri ke belah kanan?? eh eh tak retiiiii..tulung nurse tulunggg saya tak pandai..Macam mana ni nurse? saya tak pandai la macam mana nak bagi menyusu..hehehe..hanya mampu sengeh depan nurse tu..Ooo tak tau ek..a;ah tak tau langsung..ok macam ni, awak pangku die mengikut keselesaan awak..badan kena tegakkan sikit jangan bongkok..ok slow2 rapatkan nenen puan dekat mulut anak puan..Nyott nyott Raiisah dapat menyusu walaupon mula tercari-cari nenen mummy di celah mana..hehehe Perasaan masa tu Allah jer yang tahu..Ooo macam ni rasa dia menyusukan anak untuk kali pertama..

Gitew la pengalaman pertama menyusukan Raiisah kat hospital..memang takkan ku lupa sampai sekarang..Alhamdulillah dapat jugak menyusukan Raiisah sampai dia setahun lebih..Korang kena menyusu kat anak seeloknya dari bayi lagi..Susu yang paling bagus dan paling berkhasiat adalah susu yang mula2 keluar dari payudara kita.. Susu badan ni membantu bayi melawan infeksi semasa bulan2 pertama kehidupan bayi..Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi daripada penyakit seperti kuman dalam perut, cirit-birit, selsema, infeksi urinari, jangkitan telinga, megurangkan risiko bayi mendapat alergik seperti asma dan ekzema..Penyusuan badan merupakan pilihan paling sihat untuk korang beri pada bayi..Ia juga mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser payudara..

Muka baru lepas menyusu..behehehe

Susu ibu ni sangat penting untuk membantu perkembangan otak bayi..Secara teori bermaksud penyusuan badan boleh membuat bayi jadi lebih pintar..Dari sudut praktikal sebenarnya susu ibu sangat mudah dan senang diurus..Tak ada apa yang perlu nak di cuci, disteril atau nak disediakan..selat baju nah sumbat susu kat mulut anak..senang ajer..hehehe..

Ingat lagi masa menyusukan Raiisah badan cepat jer turun..mau taknya mummy cepat kurus, baru lemak2 mummy nak hidup Raiisah dah sedut..hehehe

Kebaikan susu ibu ni memang tak boleh di sangkal lagi..so dari sini kita dapat tengok betapa pentingnya semua anugerah tuhan and tanggungjawab kita untuk menjaga dengan sebaik mungkin...termasuklah payudara kita...ini anugerah Allah bagi pada wanita..tapi tak lupa juga dengan orang yang tak bernasib baik yang menghidap breast cancer..so bagi yang masih sihat kena la berjaga-jaga..orang kata lebih mudah menjaga daripada merawat..kan banyak sekarang program2 untuk breast cancer awareness macam yang famous kempen 'Pink October' tu..dalam sibuk tengok segala kempen kita terlepas pandang fungsi breast kita untuk berikan susu ibu iaitu anugerah terbaik kepada anak kita.

Jadi kat sini aku nak ajak ibu-ibu semua berusaha lah untuk susukan bayi dengan susu badan sekurang-kurangnya selama  6 bulan..tapi kita tau dalam islam adalah terbaik kalau dapat sehingga 2 tahun.. tapi korang jangan ingat aku tak faham pulak yang ada jugak ibu-ibu yang tak mampu nak menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya tapi aku tetap salute! sebab semua ibu nak yang terbaik untuk anak. Aku just nak share kebaikan susu ibu dan aku rasa benda ni membantu bakal-bakal ibu kat luar sana untuk terus usaha nyusukan anak..Jangan lupa set your mind siap2 bakal ibu semua untuk cuba nyusukan anak korang dengan susu badan selama mana yang boleh! In Sha Allah.. =)

piece : kathyjem

Tengah Mengila Dengar Lagu Kau Yang Bernama Seri

Gegar Vaganza tahun ni baru aku layan..tahun lepas tak layan langsung..tah macam mana minggu lepas tertengok konsert Gegar Vaganza terus jatuh hati..hahaha..padahal aku ni bukan la minat sangat tengok konsert lagu lama2 ni, kilauan emas pon tak pernah tengok..Artis2 zaman 80an 90an pon boleh kira berapa jari jer yang aku betul2 kenal dan minat.. Kebanyakkan lagu2 tahun 80an 90an semua tu tahu lagu jer penyanyi tak kenal sangat..tengok muka penyanyi dengar lagu, ooo penyanyi ni rupanya..hahaha nampak tahap memori akak banyak mana..memanjang lupa..

Punye la aku ingat lagu Kau Yang Bernama Seri tu Awie, rupanya Handy Black! Mati2 la aku ingat Awie yang nyanyi selama ni..tak kerana ku tengok Gegar Vaganza malam tu, minggu sampai sekarang ku ingat Awie yang menyanyi..Ooo zaman 90an Awie jangan2 main dia punya minat..zaman tu giler minat kat Awie..sampai pinjam kaset jiran sebelah nak dengar lagu Awie punye pasal..nak beli takde duit, darjah 4 masa tu..zaman tu dengar lagu pakai kaset jer sekarang dengar youtube, ipod, ipad, ipong..hehe..nampak orang lama sangat akak kan..hahaha masa tu tengah top lagu Tragedi Oktober..siang malam dengar lagu Awie..sampai termimpi2 wajah Awie tengah naik motor harley davidson yang stereng macam tanduk lembu tu..kekeke

Tapi memang suka arr dengar lagu Kau Yang Bernama Seri sekarang ni..tengah mengila dok dengar lagu Kau Yang Bernama Seri hari2..Afiq dok sebelah aku ni pon layan jer aku pasang hari2 lagu sama..hehehe

Jom layan dengar lagu Kau Yang Bernama Seri..hehehe Orang tengah mengila dengar lagu macam ni la..pasang sampai 80juta kali sehari..



piece : kathyjem

Friday, October 23, 2015

Lunch dengan Jack dan Ayu!

Lunch tadi kat Wondermama lagi..Selasa hari tu datang dengan Eira, hari ni dengan Ayu pulak..Jack Nuffnang pon ada jugak sebab nak hantar barang kat dia..Sebenarnya pening nak pikiaq lunch kat mana area Bangsar ni..alih2 situ jugak makannya..hehehe..Tak kisah la mana2 janji makan..pas makan masuk ofis sambung buat kerja pulak..huuuuhhh malas -_____- nasib ler esok Sabtu..

Tengah tu la Jack..Talent manager Nuffnang..banyak benda kiteorang share..borak dengan dia sampai mulut herot..hahaha..Boleh tahan Jack ni..Nampak macam serius jer orangnya tapi lawak weii dia ni..aku ngan Ayu sampai lenguh2 mulut gelak dengan dia..Baru tahu umur Jack 23..opsss terbagi tau umur pulak..hehehe Mudanya u Jack i ingat u 27, 28 macam tu..hahaha Akak sorang jer cakap umur i 27 selalu orang mesti ingat umur i 35 macam tu..tua kan i..hahaha Eh tak la nampak muda la..hehehe

Kira2 dengan jari kat 3 tahun dah aku dengan Nuffnang..ingat lagi first job buat dengan Nuffnang masa tu iklan Dove..first time attend event Dove kat Doubletree by Hilton Kuala Lumpur..dah la first time datang event Nuffnang pastu lambat pulak..huhuhu Salah tempat daaa pergi Hilton kat KL Sentral dah kenapa..tu la email tak baca betul2 lagi..gigil2 masa sampai tu..nasib tak kena marah dengan talent manager masa tu..Ingat lagi masa Sue Ann jadi talent manager aku..Sue Ann rindunya kat u..Lepas Sue Ann berhenti, Adrian..Lepas Adrian, Mel pulak jadi talent manager aku..dan terbaru Jack..Harap2 u la last manager i Jacak tak larat dah tukar2 manager lagi..baru nak berkenalan dah berhenti..huhu

Thanks Jack belanja lunch i dengan Ayu..lepas ni i belanja u pulak okey.. ;)

Balik tadi Ayu bagi hadiah kasut..Hadiah la sangatkan..kekeke tak laa Ayu beli kasut ni dah lama baru pakai sekali sebab sakit kat bahagian depan..Kaki Ayu ni jenis kena tengok kasut..salah beli mesti tak boleh pakai lepas tu..banyak dah kasut Ayu beli pastu sakit dah takleh pakai..apa lagi bagi kat aku ler dari merepuk masuk tong sampah kannn..untung ada kawan macam ni..kehkehkeh..Thank you Ayu..nanti kasut yang dah tak nak pakai tu sedekah la kat i okey..banyak pahala u.. =P

piece : kathyjem

Wednesday, October 21, 2015

Jumpa Ceeranoh!

Balik kerja tu jumpa Eira..Tak tau nak makan kat mana?? tak kisah la mana2 kan janji dapat jumpa borak2 pon dah ok..dulu sebelum kawen masing2 bujang terang tang tang wajib jumpa seminggu sekali..dulu satu tempat kerja, hari2 mengadap muka Eira sampai muntah menengok die..hahaha Now dah kawen ni agak susah sikit la nak jumpa..Lagi2 Eira anak dah 3 ni lagi jarang nak jumpa..Aku ni baru anak sorang, kalau 2 3 orang pon gak susah gak nak jumpa lepak..Jadi bila berjumpa harus luangkan masa dengan sebaik mungkin..

Lama rasanya tak lepak berdua dengan Eira..selalu aku jumpa Eira pon kat rumah dia ambik stock bbcream pastu dah cabut balik ke ofis..jumpa pon kejap2 jer..kami jumpa malam tu ada sebab..sebab apa?? adalah sedih nak cerita dengan korang..ada kekuatan nanti aku share dengan korang.. T_T

Salah oder pulak..nak oder salad yang ada potato tuuu sedap..teroder chicken salad pulak..boleh la masuk perut jadi tahi jugak..hahaha

Ni Eira punya spaghetti goreng pedas..makan kongsi2 dengan Eira, portion dia banyak giler kot..

Coffee latte buy 1 free 1, hanya di Wondermama, Bangsar..Eira sampai bising coffee aku manis giler letak gula sampai 5 sudu..i kan pencinta minuman manis.. =P

Makan pastu sambung borak, makan lagi pastu sambung bebel lagi, makan lagi pastu gelak2 lagi..makan lagi pastu dok terdiam mengenang nasib..huhuhu tiba2..

Woii Eira agak la kan minum sampai 2 gelas perginya..boleh pompuan ni lepas minum coffee latte pi oder teh ais pulak..giler apa ni?? tak kenyang2 lagi..aku haus la Kathyyyy..aku kan menyusu badan cepat nau lapar..aku minum satu cawan coffee pon kulat2 nak abis..sah memang Eira bela saka..hahaha Kan dia selalu cakap bela saka, memang betul la Eira aku percaya cakap ko tu..pastu selau cakap badan dah naik dah naik..celah mana naik tah..aku rasa aku lagi debab dari ko Eira..jangan nak diet Eira badan ko dah maintain slim macam tu, dah cun cantik..

Tengok jam haiyoo cepat tul masa berlalu..moh kita pulang..

piece : kathyjem

Monday, October 19, 2015

Alahai jerebu!!!

Selamat petang..haloo..ari ni saje nak bebel dalam blog..pagi tadi keluar rumah terkejut tengok jerebu teruk giler kat luar..rasanya dari semalam dah start jerebu menyerang negara kita..eh tibe keluar ayat skema..hahaha ingat dah ok dah takde jerebu..alih2 datang balik lagiiii..aku rasa tahun ni paling teruk negara kita Malaysia tercinta di serang jerebu..eh ada jugak tahun 2006 tak silap aku..masa tu satu Asia kena teruk jerebu kan..

Semalam dalam berita kat fb dah war-warkan sekolah tutup hari ni sebab jerebu teruk..tapi tak tau la tutup sampai bila..Sekolah jer ke bagi cuti abis kami ni pekerja tak kan tak bagi cuti kottt..ooh kerajaan lupa kot yang kami ni pekerja bernafas pakai insang macam ikan..ni dalam ofis pon mata pedih2 nak mengadap PC walaupon pintu ofis tingkap segala mak nenek semua tutup..celah mana jerebu boleh mai pon tak tahu..kami nak cuti jugak woii!

Ramai yang tanya seluar kita pakai ni beli mana?? kita beli kat Times Square jer uolss RM19.90..haaa kejutkan..murah kan..kedai mana?? jangan tanya tak ingat..hahaha Baju tu pon sama tak ingat jugak beli kat mana sebab dah lama baju tu..jap fikir kot2 ingat balik, kan..errmmmm ok memang tak ingat..hahaha ampunnn...

Pemandangan dari ofis secara live di bangunan Wisma Goshen..langsung tak nampak bangunan belakang tu..yang nampak asap kepok2..bila kah dunia jerebu ni akan berakhir?? rindu nak suasana nyaman, menyenjukakn mata..buka tingkap mata memandang pokok2 hijau, langit biru, ada 5 ekor burung sedang terbang di langit..

Lunch tadi dengan kawan2 ofis..tak lunch kat luar..masing2 malas nak mengadap jerebu..kami lunch kat bawah jer..

Yang lain semua sedap..aku punya jer hampeh..oder Spaghetti aglio olio..udang takde ayam apa pon takde..masak kosong macam tu jer..kedekuit sangat at least busuk2 letak la mushroom sikit ker kan..minyak pon aku rasa pakai minyak masak biasa jer takde langsung rasa olive oil..cili pakai cili masak jer..dah la sembilan hengget..huh! ni yang malas nak lunch kat bawah ni..ok la tu jer nak bebel di hari senin ni..bye!

piece : kathyjem

Thursday, October 15, 2015

Resepi Daging Masak Black Pepper Paling Malas

Daging qurban ada banyak lagi dalam freezer so abiskan la..tapi nak masak apa ek?? godek2 almari kat dapur perasan perencah daging black pepper..punya lama beli baru nak masak..hehehe gitew la seminggu sekali pegang kuali senduk..setiap kali nak masak barang mesti kena check expired ker tak..jenis aku weekend jer masak sebab hari2 nak masak tak sempat laaa..sampai rumah dah malam celah mana pulak nak masak hari2..salute kat kawan2 yang hari2 masak untuk family..weekend jer mampu aku masak untuk Affan ngan Raiisah..huhuhu

 So semalam masak daging black pepper..

Bahan2 dia cuma kena ada kentang, bawang besar dan cili masak..

Dan daging! itu ajer..

Ni la perencah beli dah lama tak masak2 tu..hahaha sedap jugak Seri Aji ni..

Ok mula2 sekali panaskan minyak masak..pastu masukkan daging yang telah dipotong..masak daging tu dalam 3-5 minit sampai lembut..

 Pastu masukkan kentang..

Then bawang besar..

Pastu masukkan perencah black pepper..takyah taruk garam semua tu, semua dah ada dalam perencah black pepper ni..senangkan..ni namanya masakan orang malas..hahaha

Gaul sampai sebati then last sekali masukkan cili masak..

Dah siap untuk ngap..hehehe Senangkan giler kan..resepi pemalas dari Kathyjem..kekeke =P
Sedap juga pakai perencah black pepper Sri-Aji ni..terbaik!

piece : kathyjem

Tuesday, October 13, 2015

Insurans U for Life Serendah RM9.85 Sebulan!

(Scroll down for new entry)

Sekarang ni kita memang memerlukan insuran diri dan keluarga..Ramai anak-anak muda yang masih bujang fikir tak perlu ada insurans..Bagi dorang, takde keluarga, takde tanggungjawab so takpayah ada insurans sebab tak penting dan hanya satu pembaziran.Itu yang aku fikir waktu sebelum kawin..Now dah kawin ni, dah ada family baru tau pentingnya insurans..tengok muka mek echa ni..sedih je kalau fikir masa akan datang..parents mana yang tak nak terbaik untuk anak-anak kan?

Bagi aku insurans penting untuk semua..untuk diri, anak2 dan orang yang kita sayangi..yela bab hidup ni..kita tak jangka..benda datang tiba2..ada yang baik ada yang buruk..jadi insurans ni kita semua tau untuk back up kita dalam hal2 yang buruk ni la...contohnya tiba2 sakit..accident la.patah riuk badan ke apa..nauzubillah..tapi apa yang aku nak tekankan kat sini..penting ambik insurans skarang ni...semua duit duit duit...kos untuk rawatan hospital skarang ni..korang pun tau mahal serba serbi..

Selagi diri masih sihat dan tak banyak penyakit2 kronik, aku sarankan ambiklah insurans demi masa depan..Kita bukan la sesiapa..mana nak cari duit serta merta..kalau kita Perdana Menteri, Jutawan ke..anak raja ke..lain la kan..mesti teraba-raba nak cari duit untuk perubatan demi kesihatan kalau tak ada simpanan dari sekarang..

Bab anak pulak, selain insurans..salah satu cara untuk memastikan masa depan anak2 terjamin adalah dengan adanya wang simpanan..bila ada simpanan boleh la kita gunakan untuk pelajaran dia dan sebagainya. So takkan la anak kita kecik2 dah ada pendapatan kan..tentulah dari kita mak bapaknya yang kne rancang perbelanjaan dan masukkan skali simpanan untuk anak-anak melalui pendapatan kita...

So kenalah ada perancangan yang baik untuk melidungi pendapatan kita..

Aku nak share sikit pasal satu insurans internet pertama kat Malaysia iaitu U for Life. Korang mesti pernah dengarkan insurans U for Life ni..Senang sangat nak apply, tak susah pon klik2 jer pastu dah submit..takyah tunggu berminggu-minggu nak dapat kelulusan..Insurans U for Life ni menawarkan insurans yang mudah, segera dan mampu untuk mendapatkan perlindungan insurans hayat..Sebab apa aku kata mampu di miliki?? sebab harga serendah RM9.85 sebulan untuk RM100,000 coverage tu....murah, kan..Aku mula2 dengar pasal RM9.85 sebulan ni...wow terbelik biji mata!haha

Ni aku nak kenalkan sikit pasal insurans ni, Hanover Re adalah firma reinsurans ketiga terbesar dunia dan adalah pemegang saham terbesar dalam kerjasama dalam menawarkan platform insurans hayat online pertamadi bawah U for Life, manakala Tokio Marine Life Insurance Malaysia sebagai penanggung insurans..So jangan ragu-ragu tentang kredibiliti U for Life dan Tokio Marine Life Insurance Malaysia ni..Mereka buat insurans online ni adalah khas untuk rakyat Malaysia merancang masa depan..

Macam mana nak apply U for Life insurans ni?? senang jer nanti aku tunjuk cara2 nak apply, tak sampai berapa minit siap semuanya..

Lupa nak bagitau..Korang boleh review dan beli e-policy ni dalam tempoh 10 minit dan lepas payment dah confirmed boleh terus dicover dengan insurangs bernilai RM100,000 minimun dan takyah tunggu untuk approval..Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) baru2 ni kan ada buat ujian, rata2 rakyat Malaysia kurang dilindungi insurans berbanding rakyat di negara-negara jiran seperti Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun..kenapa ek rakyat Malaysia ramai tak ambik insurans..Jangan fikir insurans ni satu beban ya sayang semua...bila terkena tu yang sakit tuu...huhu

Ok mula sekali pergi ke website https://uforlife.com.my dan klik Get Started..

 Pastu jawab beberapa soalan..jangan risau soalan mudah jer, just klik-klik dah settle..

So aku ambik monthly yang RM11.60..sebab tu orang kata nak ambik insuran kena ambik umur muda sebab murah..tapi RM11.60 jer ponnn, murah sangat tu..rugi la kan tak ambik..

Pastu ada la kena jawab soalan2 berkaitan kesihatan sikit..soalan tu pon sama klik-klik ajer..mudah jer..jawab kena jujur jangan menipu pulak..

Pastu leh submit a few details about yourself dan tekan next..

Sumbit application dan buat bayaran..senang 10 minit jer siap semuanya..Kalau korang nak tahu Term Life Insurance ni boleh up to RM500,000 dan tak perlu buat medical check up...Mudahkan..

Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok di https://uforlife.com.my.. jom U for Life sama2 :)

piece : kathyjem

Resepi Bubur Jagung Je Pon!

Sajer nak kongsi resepi mudah cara  nak buat bubur jagung dengan korang..boleh? hehehe

Bahan yang kena ada cuma 4 ajer iaitu :

- 2 tongkol jagung dihiris..Jagung tu dah kecut sikit sebab simpan lama..hehehe pon boleh la janji ada jagung..kekeke

- Santan 1 kotak..nak pakai santan perah pon boleh jugak..lagi sedap..

- Gula merah..

- Sagu biji..

 Ok mula2 sekali masuk air dalam 4 atau 5 cawan dan santan kotak ..

 Kacau sampai santan tu sebati dengan air..

 then masukkan jagung..

Pastu masukkan 1 sudu sagu..jangan banyak sago tu kang jadi pekat kuah jagung tu..Sagu tu kena basu dulu jangan rendam..lepas basuh boleh masuk terus..

Last sekali masukkan 4/5 sudu brown sugar dan secubit garam..

Dah hujung2 baru teringat daun pandan lupa nak letak..boleh..hahaha patutnya daun pandan tu kena masukkan awal2..hehehe pon boleh jer bedal..

Dah siap bubur jagung by kathyjem..hahaha kecohkan. resepi bubur jagung celah gigi ni pon nak masuk dalam belog..Ok tata selamat minum petang!

piece : kathyjem