Tuesday, December 1, 2015

Cara Simpan Susu Ibu Selepas diperah

(scroll down for new entry)

Sekarang ni banyak betul isu pasal susu ibu..tak boleh nak sangkal la kebaikan susu ibu cuma aku nak cakap kat sini semua ibu nak terbaik untuk anak-anak..jadi terpulang lah kepada masing2 punya cara nak besarkan anak...lagipun kita tak boleh nak judge ibu ibu yang tak breast feed kita tak tau masalah dia apa.. dan lagi satu kita sendiri pun belum tentu perfect jaga anak sendiri.. cuma kita usaha bagi yang terbaik dan yang termampu...selain tu kita serah pada Allah..so ni aku nak share something bagi aku penting la sebab dulu aku menyusukan raiisah, aku blur tau susu aku stok macamana nak simpan macamana nak jaga..

Based on pengalaman sendiri  awal2 tu kekok betul..macamana nak simpan susu, bape lama boleh simpan, panaskan macamana..semua la kat kepala ni dok pikiaq..so far benda2 ni memang sangat penting sebab kalau kita kurang pengetahuan nanti kita ambik jalan mudah jer sedangkan susu kita masih lagi banyak untuk bayi..sayang tak bagi kat anak..membazir..pastu penjagaan ni penting sebab nak pastikan keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin dan sentiasa berkhasiat..

Dengan pelbagai kemudahan yang ada sekarang ni, lebih mudah untuk kita bagi anak kita susu badan..pelbagai cara nak banyakkan susu..ada tempat simpan susu..internet ni search je semua ada..hehe so kat sini aku nak share apa yang aku tau..hopefully dapat membantu.. :)

Ok  ini adalah istilah yang digunakan bila bab berkaitan susu badan dan masa yang setiap jenis susu boleh bertahan..FYI EBM ialah expressed breats milk (perahan susu ibu)
  • Fresh EBM adalah susu ibu yang baru diperah :
    • tahan 4 jam dalam suhu bilik 
    • tahan 8 jam dalam bilik aircond
  • Frozen EBM adalah susu ibu yang dibekukan
    • susu ibu yang baru diperah dibiarkan sementara kemudian disimpan kedalam botol/breast milk storage bags yang banyak dijual skrg ni
    • once da masuk freezer boleh bertahan selama 3 bulan 
    • Elak dari memanaskan EBM dalam kuantiti yang banyak  sebab susu tidak tahan lama dan perlu dibuang selepas 3-4 jam yang sudah diminum atau tidak (ni kena bau dulu sebelum bagi kadang2 kadar kebersihan berbeza masa handle EBM ni)
    • cara nak pakai : letak di fridge/chiller sebelum nak pakai, letak 1 malam sebelum nak digunakan..dan jadilahhhh CHILLED EBM
  • Chilled EBM adalah chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan dalam chiller/ fridge/ peti sejuk bawah tu) bila susu sejuk (bukan beku ya) boleh di bawa keluar dan direndam dalam air panas (bukan air  mendidih hehe) atau boleh pakai warmer yang banyak jual skarang dengan suhu 40°C..
Tips yang sangat penting ibu2 patut baca bawah ni :

Gunakan dulu susu perahan yang paling lama disimpan dan pastikan tarikh perahan susu ditulis dekat botol atau bekas sebelum menyimpan susu..takut lupa ker apa tulis tarikh siap2..kalau dah berbotol2 susu tu mana nak ingat..hehe..

Ingat lagi satu susu tak boleh dipanaskan terus atas api dapur, dalam microwave oven pon tak boleh jugak..Nak didihkan susu pon sama tak boleh jugak..Sebab apa ni semua tak boleh buat sebab susu yang panas boleh cederakan bayi  dan komposisi nutrien akan hilang..Tapi korang kena tahu jugak susu badan yang dibekukan masih mempunyai khasiat kesihatan berbanding susu formula..

Kalau ibu yg bekerja nak hantar anak pada babysitter selain nama dan tarikh tulis sekali nama anak..takut ada anak orang lain punya susu jugak bercampur2 dahhh susah...hehe

And ingat..bila korang mengepam susu, cuci tangan dan pastikan pam dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu..HARAP MEMBANTU! :)

piece : kathyjem

4 comments:

  1. sharing yg sangat berguba... thanks dear

    ReplyDelete
  2. Really helpful.....thanksss sangattt for da info...btw baby lawa la..hihi

    ReplyDelete
  3. susu sangat baik bagi pertumbuhan dan sangat dibutuhkan oleh manusia, tetapi jika penyimpannya tidak steril maka akan

    menyebabkan tumbuhnya bakteri dan akan membahayakan organ tubuh manusia, gunakan milkcan untuk penyimpanan susu supaya

    lebih terjaga keseterilannya, lihat saja detailmya

    ReplyDelete