Selamat tengahari semua..nampaknya kes jenayah kat Malaysia ni semakin tak dapat dibendung..Pagi tadi hantar Raiisah macam biasa..selalu aku sampai sekolah Raiisah dalam kol 7 lebih macam tu..masa hantar Raiisah naik tangga, belakang aku ada sorang ibu ngan anak dia..muka kerut jer..elok jer sampai kat atas pintu kelas dah dibuka tapi berpagar..pastu ibu yang bawak anak tu bising kat teacher yang bukak pintu pagar tu..aku pon macam pelik la kan kenapa perempuan tu bising pasal tak kunci pagar besi bawah tangga tu..selalu pagar bawah tu memang tak berkunci..sekolah Raiisah tingkat atas, bawah tu kedai..
Aku tanya la perempuan tu dengan teacher kenapa kan?? yerla tengok muka perempuan tu macam bengang pon ada..perempuan tu cerita pagi semalam ada kes samun bersenjata..aku dengar "samun bersenjata" terus jantung gerak laju2..cuakk weiii..berlaku kat sekolah anak pulak tu..haaa ada kes samun ker semalan??!! yee puan sebab tu saya tanya teacher kenapa hari ni masih tidak berkunci pagar bawah tu..terus aku pon pandang teacher tu and tanya pasal hal semalam..patut la aku pelik masa mula2 sampai pintu yang kat bahagian atas tu dah siap bukak and berpagar..teacher tunggu dari dalam sebelah pagar tu..selalu setiap pagi aku sampai tekan loceng dulu then baru teacher bukak pintu..
Masa nak gerak ke kereta tu aku tanya la perempuan tu, pastu perempuan tu cerita..Nama dia tak silap Pn. Intan..Pagi semalam masa mula2 dia sampai dalam kol 7.30 pagi macam tu..dia lepak dulu dalam kereta sebab pakaikan baju uniform anak dia dalam kereta..masa tengah pakaikan baju anak dia, dia dah perasan ada sorang laki baru keluar dari tangga Little Caliphs (LC)..dia tak syak apa la kan ingat lelaki tu salah seorang parent yang baru hantar anak tapi dia pelik mamat tu lepas turun tangga buat2 call orang sambil berdiri tegak kat situ and ada lagi sorang mamat dok mencangkung sambik hisap rokok..
Lepas tu ada satu parents baru sampai ngan anak dia..Pn. Intan tu perasan perempuan tu dah keluar dari kereta pastu dia masuk balik..masa tu Pn. Intan tu dah gerak naik atas nak hantar anak dia..masa kat atas tu dia dengar jeritan perempuan yang baru sampai tu..Pn. Intan tu pon berlari la turun tangga tengok kenapa perempuan tu jerit..sekali perasan mamat dua orang yang dok tunggu depan pintu masuk LC lari naik motor..
Rupanya perempuan yang baru sampai dengan anak dia tu kena acu pisau rambo kat badan..penjenayah tu siap paksa2 suruh masuk balik dalam kereta..tu yang dia jerit sekuat hari and anak dia pon dah jerit2 masa tu..masa jerit tu permpuan tu dah tak ingat apa, badan dah gigil2..muka penjenayah tu pon dia tak ingat tapi nasi baik Pn. Intan tu perasan dan ingat muka penjenyah dua orang tu..dorang dah buat report kat balai polis tapi polis cakap tak boleh ambik apa2 tindakan sebab kes tak mendatangkan kecederaan..boleh macam tu wahai Polis2 Malaysia..nak kena tunggu kes kematian dulu ker baru boleh ambik tindakan..sedih Malaysia macam ni..
Harap lepas ni pihak HQ LC sila ambik tindakan untuk elak kejadian macam ni berulang lagi dan memperketatkan langkah2 keselamatan demi anak2 dan teacher dalam kelas secepat mungkin..kita sebagai ibu bapa hanya mampu berdoa dan bertawakkal kat Allah s.w.t supaya kejadian ni tak berulang lagi..
Lepas ni kalau nak hantar Raiisah pagi2 aku kena tengok keadaan sekeliling and tunggu sampai ada parents sampai baru aku keluar kereta..takut la weiii sekarang ni..macam2 kes berlaku kat Malaysia ni..macam ni kah yang dikatakan Pak-Pak Menteri kita "Malaysia masih aman'??!! Memang dah tak aman dahhhhhh.. T__T
Sekarang ni pon dalam kepala asyik fikir keselamatan anak kat kelas..berdoa agar dipermudahkan dan Allah sentiasa melindungi kita dari sebarang musibah..amin..
piece : kathyjem
Ya allah menakutkan sgt. Mcm mana dgn safety budak2 yg ada kat situ kalau benda mcm ni menjadi-jadi. Risaunya..
ReplyDeleteYa Allah bahayanyaaaaa
ReplyDeletetakutnya kak..kalau Fida memang tak hantar dah anak p situ..seriau kak..So rasanya..pihak LC kena pasang camera litar tertutup..lepas tu pintu pagar kena auto lock..Bila ada org datang boleh nampak siapa dan baru buka lock dari atas..byk gak sekarang kedai yg guna system mcm ni..kalau boleh upah security..
ReplyDeleteAllahu Akhbar..
ReplyDeleteSeram juga akak baca entri Kahty ni..
Betul tu kena hati2 lebih ni..
Jangan tinggalkan anak begitu saja..
Pastikan ada orang baru turun kereta kan..
Sampah nya! Rasa nk marah juga hbs tu xpayah la polis bnyk2 tu bt kerja apa je.
ReplyDeleteseramnye..harap x jd lg..x pikir ada budak ke diorang tu..
ReplyDeletebahayanya...kak kena berhati-hati lagi la lepas ni...sy pun risau jgk, sbb sekolah anak-anak berada di kawasan yang agak lengang dan terbuka...di dalam kawasan perumahan kitorang jugaklah walaupun...tapi, dengan keadaan negara kita yg amat 'sakit' sekarang ni, apa-apa pun boleh terjadi...mujur akak tu xda apa-apa...
ReplyDeletemmg scary la...agak2nye penyamun tu dh dok perati je tu...sbb slalu makbapak antar awl...smoga kita smua dijauhkan...polis bole ckp gtu..pttnye kena la wat rondaan ke kn..kn kejadian berlaku lg..dh la acu pisau
ReplyDeleteYA Allah...Ngerinya dengar. Tapi memang betul pun Kathy..sekarang ni makin menakutkan bukan makin aman...orang jahat semakin berani terang2 buat jahat...jahat bukan calang2...jenis ke tahap cederakan org smpai bunuh..tembak segala...memang sangat risau... Ya Allah, mudah-mudahan kami dalam lindungan-MU selalu..Aaammmiiinn...
ReplyDeletecoppp kenapa polis tu macam tu? ya Allah teruknya SOP malaysia. patut lah penjenayah makin teruk
ReplyDeletex cedera x leh watpe apa..hampeg betul.. sb tu penjahat tu gertak je..sb tau dia tak kena apa2..
ReplyDeletelaa boleh la amik tindakan, sebab cubaan merompak pon termasuk dlm akta kot.apela polis tu.lain kali paksa gak polis siasat kes ok..hati2 kat, ni dkt shah alam pon mmg bnyk jad dkt dpn tadika etc, mayb sbb da aim parents hantar anak n cikgu pun kebanyakan pmpuan.tu diorg berani -qila-
ReplyDeleteSlm...kathy,nk tnye nape xleh nk follw blog khaty..dlu sy silent reader,skrg baru ader blog sendiri.duk add nk follw blog ni tp xboleh.nape ekk..byk kali dh add..ke ade cara laen nk follow.mf tnye soalan merepek..baru blaja wat blog..hihi..jemput singgah blog sy. ainmizi22.blogspot.my
ReplyDeleteAssalamualaikum ...
ReplyDeleteYa ukhti...syukron atas informasinya, ini dari indonesia
ate bodoh polis cakap camtu.
ReplyDeletesaye rase geng penyamun mmg sasar kepada emak2 yang hantar anak ke taska or nursery la..
dah banyak kali baca cerita macam ni..
so hati2 mummy mekca..