Thursday, March 31, 2016

Ada Ovarian Cyst Dalam Perut

Salam semua..semalam ada checkup kat PMC..Alhamdullillah baby semua ok yang tak berapa ok mummy dia je..sob sob..2 minggu lepas checkup doktor bagitau aku ada ovarian cyst dalam perut..masa doktor bagitau tu cuak giler..terfikir2-fikir macam2 dah dalam kepala ni..

Masa doktor bagitau kalau Ovarian Cyst ni membesar lagi kena bedah terus rasa nak nangis..apa kena bedah? aku terbayang-bayang dah nanti bersalin kena operate..saya tak nak bersalin operate doktor.. =(

Tengok saya tak cakap pon awak kena bersalin operate..saya cakap kalau cyst awak ni membesar kena operate..terus senyum malu kat situ..hahaha..doktor cakap lain aku ingat lain..yerla aku dengar operate ni dah fikir macam2..yerla mau tau tak takut dengar operate2 ni..dah la kandungan baru 6 minggu masa tu..bayangkan kalau kena operate jugak macam mana?? takuttt... T_T

Pastu doktor explain la apa tu ovarian cyst tu? aku pon first time dengar ovarian cyst..selalu dengar pasal fibroid semua tu pasal ovarian cyst tak pernah tahu..lepas doktor explain baru aku faham apa itu ovarian cyst..

Ovarian Cysts atau lebih dikenali cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari..Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada di antaranya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Cyst kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang berik simtom atau gejala..Ia akan sedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan..Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita..Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst..Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan..

So dah tau la kan apa tu Ovarian Cysts ni..

2 minggu lepas check size cyst tu 5cm, semalam check dah naik sikit jadi 6 cm..uuwaaa... T__T

Cuak ni..doktor bagitau kalau kandungan dah masuk 3 bulan, cyst makin besar lagi memang kena operate..macam mana nak buat ni? kalau boleh tak nak operate la kan..sian baby dalam perut nanti..Cyst yang membesar memang kena buang, takut dia pecah..doktor kata kalau nak operate sekarang tak boleh lagi sebab kandungan kecik tunggu masuk second trismeter baru leh operate..doktor kata jangan angkat berat2 and lasak2 takut ovari cyst tu tersimpul lagi teruk kena buang ovari terus..

Korang ada apa2 petua tak macam mana nak kurangkan size cyst ni dari terus membesar?? aku try search google ada cakap minum produk shaklee Omega Guard dan B Complex ok minum, cyst akan mengecut..pastu doktor ada bagitau suruh stop makan ayam, soya, tahu, tempe goreng semua tu..yang mana mengandungi produk berkaitan soya doktor tak bagi sentuh langsung..doktor suruh minum minyak zaitun dengan makan peria katak..doktor suruh amalkan dua benda ni dulu untuk kecutkan cyst..

So next checkup 2 minggu lagi..memang sekarang ni setiap 2 minggu akan datang hospital untuk doktor pantau cyst tu..harap2 2 minggu lagi cyst dalam perut ni akan mengecil..risau la..tak nak la cyst ni membesar lagi taku la kena operate..

Alhamdulillah baby dalam perut okey..jantung, perkembang dia semua okey..sekarang dah masuk 8 minggu..silap ingatkan dah masuk 11 minggu..hehehe..hari tu masa checkup doktor bagitau kemungkinan aku akan bersalin awal bulan 11..dua minggu lepas check, doktor kata aku akan bersalin hujung bulan 10..hehe silap la kiraan..doktor check semalam and kira dari segi size baby InshaAllah aku akan bersalin awal bulan November..doakan aku ngan baby semuanya selamat..amin..tengah risau ni.. =(

piece : kathyjem

Tuesday, March 29, 2016

Cookies untuk tambahan susu dijadikan kudapan pon boleh

Halo! tup tup dah petang..kepala tengah weng weng ni biasa la masuk waktu petang terus rasa nak lentok2 depan pc..tapi gigih nak update blog..hehehe Nak jadi blogger tegar kena rajin mengupdate walaupon cerita tah apa2..hahaha

Nasib beli cookies ni masa baby expo kat Midvalley Jumaat lepas..ada jugak benda nak kunyah2..nak makan buah rasa tak lalu dah nak makan..tadi makan buah delima officemate belikan pon tak abis..ada lagi tinggal separuh..jap lagi la abiskan..

Serius la sedap giler cookies ni..aku tau dah lama dah lactation cookies ni tapi takkan nak beli pulak kan..mekcha pon dah besor panjang, dah kenapa nak beli cookies tambah susu pulak kannn..memang pasang niat kalau ada rezeki nombor dua nanti nak beli cookies ni, teringin sangat nak rasa..

Masa jalan2 kat expo baby tu terperasan booth Mom More Milk ni..eh eh cookies sedap ni, jumpa jugak..sajer la lalu sekali tengok ada tester, apa lagi try la makan..mula2 cuba makan perasa brownies, sedap tapi rasa macam herba2 sikit..pastu try makan oats & hershey's chocolate chips pon sedap..try makan cranberry & white chocolate chips, OMAIII lagi sedap! try pulak masa perut tengah lapar..memang dua kotak la aku beli..hahaha beli sekotak harga dia rm32 tapi beli 3 kotak dapat diskaun rm30..aku ambik dua, Hanis ambik sekotak..pastu dua2 nyesal..hahaha aku lagi ngek beli sampai 2 kotak, patut beli sekotak jer..nafsu sangat niiii..yang Hanis lak, takyah beli pon takper nok susu aku pon banyak lagi ni..hahaha dah dua2 nyesal.. sebab fikir sekotal dalam dia ada 11 pieces..ingat nak simpan la lepas beranak kan..kot2 boleh tambahkan susu masa dalam pantang tu ke..sekali tengok expired dates, hujung bulan 4..hahaha kirim salam nak simpan lama, kasi abis yer dua kotak tu..

Nasib la sedapkan..bukan untuk ibu menyusu je boleh makan cookies ni, untuk ibu mengandung pon boleh sebab dalam dia ada bijiran organik yang ada Omega-3 yang tinggi untuk perkembangan otak bayi..

Tak silap harga dia yang betul sekotak RM38..beli masa expo baru RM30..jimat banyak tu..harap2 masuk 3 trimester ada lagi baby expo kat Midvalley, nak borong cookies ni banyak2.. sedap sangattt sukaaa...

piece : kathyjem

Monday, March 28, 2016

#luahanibumengandung

Hi semua..apa cer hari ni?? kalau tak aku cuti ari ni tapi memikirkan weekend hari tu tak jadi balik Perak maka kerja la hari ni..kalau ikutkan memang plan nak pergi Perak Sabtu & Ahad hari tu, nak tengok bapak Affan kat Kuala Kangsar tapi sebabkan aku demam weekend hari tu cancel pergi Perak..tunda ke hari lain..bersemangat nak pergi Perak jumpa atuk Kuale ngan makan Laksa sarang burung tau sekali tak sihat..sob sob..

Tak tau la Affan cakap betul ke tak ada laksa sarang burung kat Kuala..dah sampai Kuala takde laksa burung siap b.. jangan main2 dengan ibu mengandung mengidam ni..tah la sejak pregnant aku suka nau makan laksa..pantang dengar orang kata laksa sedap terus nak cuba..aku rasa bulan ni paling banyak aku makan laksa..seminggu sekali wajib kot makan laksa, tak kisah mana2 janji sedap..

Hari tu mak mertua ada buat laksa, siap tapaukan lagi..aduhh teringat-ingat laksa Umi ni..macam nak suruh Umi masak laksa lagi jer ni.. Umi kalau Umi baca blog saya ni Umi masak laksa lagi untuk saya..hehehe

Yerla makan la puas2 kan nanti lepas beranak setahun tak leh makan laksa..aku dulu lepas beranakkan Raiisah rileks jer makan laksa..ingat lagi Raiisah masa tu 6 bulan..rileks je post gambar makan laksa dalam facebook terus ramai orang komen kata, "Eh Kathy dah boleh makan laksa?? cepat nye kathy makan laksa..akak dulu setahun pantang baru boleh makan laksa..balik rumah tu terus tanya mak..mak cakap memang la mana boleh orang lepas beranak makan laksa, at least setahun baru leh makan.. ooo..yeker mak, mana orang tahu.. since aku pregnant ni memang nak makan laksa puas2 leerrr..setahun wooo tak leh makan laksa nanti..tetibe tercerita pasal laksa pulak..hahaa nampak sangat dalam kepala ni asyik ingat makan jer..hehehe

Start hari Jumaat hari tu badan dah rasa lain macam..masa pergi expo baby kat Midvalley Jumaat waktu lunch tu pon, jalan dah lalok-lalok tapi memikirkan ada misi nak mencari barang Raiisah maka gigihkan jugak la badan ni pergi Midvallley..best ooo expo baby Midvalley ni..aku paling suka expo baby kat Midvalley compare expo yang lain..tah macam kat KLCC macam busan je expo dorang buat, barang pon macam tak banyak sangat compare Midvalley macam2 hado..

Hari tu kat Midvalley paling banyak jual pampers..aku rasa hampir semua brand ada kot..ada Huggies, Drypers, Pet Pet, Diapex, ada lagi a few brands tapi tak ingat..mamy poko murah giler satu pack ada 60pcs, beli 3 pack baru rm90 tapi beratur dia yaa ampunnn macam ular sawa..terus terbantut nak beli..tapi puas hati la dapat borong baju Raiisah untuk pergi school murah2..seluar baru rm5, baju tidur rm10-rm15..baju2 Raiisah banyak dah singkat tu yang nak beli baru and nak paling murah..hehehe nak pakai waktu abis kelas jer takyah mahal2..


Ni kat office pagi tadi..Kat office dah berapa hari air takde..gigih beli air kat bawah..nak bawak air dari rumah memanjang jer lupa..kes kurang minum air la ni punca badan tak sihat jumaat lepas..dari last week air tapis kat office tak restock..lambat bebenor dorang ni nak tukar supplier..kalau boleh masak air dah lama dah aku masak air kat office ni..hahaha ok tu je nak kongsi ngan korang.. #luahanibumengandung

piece : kathyjem

Wednesday, March 23, 2016

Raiisah Napa Macam ni?

 Hai semua..hari ni takde mood langsung..why laaaaa.. -___-

Selalu setiap pagi mood aku membuak-buak kegembiraan kecuali dah masuk petang la..Pagi tadi hantar Raiisah pergi school pon dah macam apa tah mekcha pagi tadi..

Raiisah sejak2 akhir ni mood dia sangat la mengada-ngada..kadang mood happy terlampau, kadang sedih tanpa sebab, kadang tu menahan jer kemarahan mummy yang meluap-luap ni..Dari last week setiap pagi nak pergi school ada jer drama air mata membasahi lantai..sekarang ni kalau kejutkan dia bangun pagi mesti nangis2 tak nak pergi school..buat2 baring la, buat muka sedih la..

Suruh breakfast tak nak..bagi oat pon tak nak sebab Raiisah setiap pagi dia suka makan oat letak susu pekat tak pon bagi makan roti..sekarang tak nak dah oat bagi roti pon tak jugak..Masuk kereta muka monyok..

Bila sampai depan pintu masuk sekolah nak berdukung tak nak jalan..bayangkan keadaan mummy macam ni dukung Raiisah naik tangga..uwaaaa..bila sampai depan pintu masuk school menangis-nangis, menjerit tak nak pergi school...tak nak school..nak balik nak balikkkk..nak nenek...nak mummy nak daddy, nak balikkkkk..sampai aku turun tangga pon dengar dia menangis nak balik..pujuk2 sebelum tu pon tak jalan..lagi aku pujuk lagi la dia menjerit sekuat hati, kadang tu mummy tahan jer nangis sebab tengok Raiisah menangis macam tu..ye la mak mana yang tak sedih tengok anak menangis macam kena dera kan sebab dah biasa tengok dia happy je setiap pagi..laju2 mummy keluar kang teacher Raiisah perasan mummy nak buat drama air mata kat situ..

Sampai office mesti dapat whatsapp dari teacher Raiisah "Puan Raiisah nangis dari tadi, asyik sebut nak balik, nak mummy"... Bayangkan situasi dia setiap pagi macam ni, sekarang ni..ontheway nak pergi kerja pon susah hati sebab dalam kepala dok terngiang-ngiang dengar suara anak menangis tak nak pegi school..ada gaduh ke dengan kawan ker??..rasanya tak kot, Raiisah jenis suka berkawan..

Ni pagi tadi teacher Raiisah whatsapp bagi tau Raiisah dari sampai asyik menangis jer..Bagi roti tak nak, makan pon 2 keping biskut jer pastu dah tak nak sebelum ni bab makan dia la yang paling suka sampai teacher marah sebab time belajar makan dalam kelas..hehe..kadang tu sampai teacher kena sorok beg Raiisah sebab asyik mengunyah je kerja dia..dah sorok beg pon dia boleh tahu teacher dia sorok kat mana.. hebat sangat deria bau Mekcha ni..hahaha Dah terbiasa duduk ngan nenek dia 24 jam mengunyah macam tu la dia..mulut sentiasa nak ada makan..hehehe

Ni kalau ingat balik kelakar..pernah teacher dia hantar gambar muka baru lepas kena marah sebab makan dalam kelas..teacher pon kesian tengok dia buat muka seponsen bagi la makan 2 biji karipap yang atuk dia bekalkan..lepas makan 2 biji karipap makan lagi kuih talam seri muka sebiji..hehehe Raiisah Raiisah..bab makan dia la paling berhantu, kadang tu sampai roti kawan dia pon boleh bantai makan, tapi hak dia punya kedekut..hahaha Tak nak kongsi dengan kawan2..hat dia makan sorang2..jenuh ajar dia, Raiisah kita makan kena kongsi2 baru la sharing is caring..Nanti dah ada adik kongsi sama2 jangan kedekuitt okey..

Ke Raiisah rindu kat atuk ni..Atuk Raiisah takde sekarang ni kerja kat oversea..sebulan dah atuk dia kerja kat sana..maybe dia rindu kat atuk.. Kadang kat rumah mak selalu dia panggil2 atukkk, atukkk..saaaaayanggg bucuk atuk! dialog ni selalu Raiisah sebut kalau bergurau dengan atuk dia..alaaa mummy nak keluar air mata ni.. T__T

Bayangkan dekat last 2 weeks dia macam ni, nangis2 tak nak pergi school..susah hati betul Mekcha sekarang macam ni..ni pon Raiisah baru lepas baik demam..

Kenapa macam ni Raiisah? selalu Raiisah happy je nak pergi school malam sebelum tidur Raiisah mesti excited nak pegi school lagi2 tengok mummy tengah gosok baju uniform Raiisah.. T_T

Teacher Raiisah cakap maybe Raiisah macam ni sebab nak dapat adik..perangai dia berubah jadi mengada-ngada, jadi manjer, makan pon tak lalu, sebelum makan cium2 dulu bau kalau tak kena dengan selera dia memang dia tak makan..nasi sekarang ni pon dah tak nak makan sebelum ni memang hantu nasi..setiap kali teacher dia suap nasi dua kali tambah..sekarang kat sekolah memang dia tak makan nasi dah..waktu petang bila ambik dia teacher dia mesti mengadu.. "Puan Raiisah tak nak makan nasi, dia makan biskut kering ngan roti..tu je yang dia nak sekarang ni..takper la janji dia nak makan..kat rumah malam2 aku paksa dia makan nasi, ada la 5 6 suap pastu dah tak nak..kadang tu langsung tak nak..susu pon dah tak nak minum sangat..dia suka minum susu kotak sekarang ni..

Fikir sangat pasal anak makan epal sebiji pon tak abis..rasa macam nak baring je depan pc ni.. -__-

piece : kathyjem

Monday, March 21, 2016

Rasa mual dan payau2 tapi selera makan makin menjadi-jadi

Halo semua..hari ni nak bebel pasal weekend hari tu..al maklum sejak berbadan dua ni mood memasak makin menjadi-jadi tapi weekend je la kita masak hari biasa kerja tak sempat..hihi..ok bab makan aku ok takde masalah..bau orang memasak 10 batu pon aku boleh hidu (hurmmm dappp bau makanan) kembang kembis kembang kembis bau makanan.

Ye hidung aku ni bab makan laju je hidu..bab bau2 busuk pon laju gak hidung ni menghidu..pergi balik kerja, bila masuk lif paling tak aku suka..dalam lif bau hapak gilerrr..sebelum ni naik lif ok jer..tah la hidung orang pregnant ni memang sensitif nauu..kat rumah pon macam tu..aku takleh bau sikit yang bau masham2 pelik2 dalam rumah memang tangan ni laju nak menyepray pewangi rumah..tapi bau masak2 kat dapur, bau minyak semua tu ok pulak..hurmm pelikkan..selalu orang awal mengandung alah bau2 dapur ni..kes aku terbalik pulak..

Hurmm kes lebih kurang macam mengandungkan Raiisah jer simptom2 aku ni..paling tak boleh bla skang ni aku tak leh langsung bau badan Affan.. dulu masa baru2 mengandungkan Raiisah sampai aku bergaduh2 ngan dia suruh tido luar..now tak nak la buat macam kan tu sian kat Affan..hari tu nak cakap ngan dia tak leh bau badan dia pon tak sampai hati..cakap jugak la kan sebab malam2 bile terjaga 2 3 pagi, toleh jer muka tu dia air cond Affan Sendirian Berhad dah tala kat muka aku..dengan fenomena el nino ko ghaser?? hahahah hidung ni dok menahan jer.. padahal sebelum ni elok je tido sebelah tiak dia yang masham2 wangi tu..kekeke Yang dah kawin tu faham2 je la bile bau badan suami sendiri macam mana kan..bau tu la yang ko rasa paling wangi di dunia..hihihi bile Affan tau pasal aku takleh bau badan dia, terus lari2 manjer keluar bilik merajuk tak nak cakap ngan aku..atototo merajuk la pulak.. tapi merajuk 10 saat jer la pastu cakap macam biasa..kalo merajuk lama2 tak kuasa nak pujuk2 dah besor tua bangke..hahaha


Ni semangat lauk aku masak weekend hari tu..ikan bakar tu je yang Affan beli kebetulan Affan keluar rumah cari barang ke apa tah aku pon dah lupa, tu yang dia singgah beli ikan bakar kat area tempat kerja lama dia..

Pasal makan ni teringat pulak channel 727 astro (Food Network Asia)..aku memang kemaruk tengok channel 727 tu..Affan sampai tak bagi aku tengok channel tu sebab dalam kepala otak asyik ingat makanan jer..bila aku pasang je channel 727 Affan mesti bebel2 suruh tukar channel..Dah jangan tengok channel ni, bahaya!! awak asyik ingat makan jer..karang, jom b kita makan waffle strawberry yang ada cream ngan blueberry tu, b huny teringin nak makan yang niii, b nak makan yang tuuuu..hahaha pengsan Affan dengar asyik 24 jam ingat makan jer..

Walaupon selera makan makin menjadi2 tapi tekak ni asyik la rasa payau & pahit2..paling kuat rasa payau waktu malam..ya ampunnn dia punya rasa payau tu macam rasa ubat panadol atas lidah pahit2..hah macam tu la rasa dia..sedap tak?? memang tak la kan..harap2 masuk second trimester hilang la rasa mual2 payau tu..huhu tak sanggup nak hadapi rasa payau ni setiap malam..bila malam rasa semua tak kena..baring rasa tak kena tidu rasa tak kena, tengok tv rasa tak kena..uwwaaaa tak bestttt...orang kata rasa payau2 makan buah ker apa kan..ermm tak jalan pon..makan la apa pon, buat la tips macam mana pon tetap rasa mual2 payau tu.. sob sob..tapi Alhamdulillah payau2 pon selera makan aku ok lalu jer makan..takde masalah pon..hehe syukur sangat.. =)

Sabtu malam dah pesan kat Affan awal2..sok pagi nak breakfast kat mamak nak makan roti puri ngan tosei rawa..nak roti puri paling sedap makan kat NZ curry house tapi bercinta pulak nak pergi sana bapak jauh..tol je silap2 pergi balik kat 10 hengget..huh takyah baik makan kat area rumah jer, pon sedap gak..mesti ada tanya dua2 tu ker aku makan ?? ye dua2 tu kita makan..Affan sampai jeling2 manja tengok aku makan roti puri ngan tosei rawa ni.. dia kata nasib aku pregnant kalau takkkkkkk memang aku tak makan banyak macam ni pon..bahahaha Sebelum pregnant aku makan tosei rawa seketui tu pon dah kenyang sampai ke tengahari..

Tengahari tu gigih masak spaghetti aglio olio..tengok member kat IG masak spaghetti aglio olio terus tekak teringin-ringin..affan lak semangat nak makan spaghetti carbonara yang aku lak nak spaghetti aglio olio..hahaha terpaksa la akur bini dia yang mengandung ini kennn..hehehe

Tu jer nak cerita hari weekend kita yang biasa2 tu..hehe

piece : kathyjem

Friday, March 18, 2016

Hujung Minggu Kami

Celik mata jer ingat makanan..Malam tu tengah tengok tv, Mekcha tiba jerit tunjuk "Mummyyyy nk McDonald's, nak McDonald's"..dalam hati, hoii sedap gak ni besok breafast McDonald's..ok Raiisah kalau kita bangun awal esok pagi kita brekafast McDonald's ok.. "Ok Mummy!" mummy ko ni sejak2 akhir ni dalam kepala macam2 nak makan..hahaha pantang dengar nama makanan laju2 nak..badan pon dah bulat macam burger McDonald's..behehehe

Lepas subuh terus siap2 cari brekast McDonald's..Ingat nak makan dalam McDonald's, sekali Affan ajak makan kat Taman Tasik Titiwangsa..haaa ok sangat idea tu..ok gak berkelah tepi tasik..selalu datang Taman Tasik Titiwangsa main playground dia yang besar tu jer..

Awal pagi keluar rumah matahari dah memancar-mancar..Sekali sekala lepak makan breakfast McDonald's kat tepi tasik sambil menikmati panorama flora dan fauna..syok gak..nyaman je rasa..orang pon tak ramai lagi masa ni..Lagipon aku suka set breakfast McDonald's ni sebab paling mudah, cepat and murah..Raiisah pon suka baby dalam perut pon suka..hehehe

Kita orang memang dari dulu prefer breakfast set McDonald's ni pasal dia memang complete, semua ada, so senang la tak payah nak beli asing-asing untuk anak-anak semua. Complete la katakan.  So untuk aku kalau family dah happy, aku stick je kepada benda-benda yang diaorang happy..last-last senang keje aku pun..haha.

Raiisah dan Daddy!!! anak beranak suka buat mimik muka..nasib ada McTikar..McTikar ni memang stanby dalam kereta kot2 nak buat alas ke apa senang dah ada..takyah tercari-cari pakai surat khabar..hehe

Peace yoo!!! bagi ikan makan roti..boleh tahan ikan2 kat dalam tasik ni, gemuk2 gak dorang dok dalam ni..

Mummy fish!!! ok tengok fish puas2 ok..suka dia dapat tengok fish berenang2 dalam tasik tu..

Tengok mummy ngan daddy dia bagi fish makan dia pon nak bagi gak fish makan tapi setiap kali baling roti tu tak masuk dalam air jatuh kat tepi rumput..nak suruh ke depan sikit dah jerit2 takut termasuk dalam tasik tu pulak..Raiisah kena baling roti kuat2, nanti fish tak dapat makan, cian fish..Nampak mulut Raiisah ke main bising nak bagi fish makan..hahaha

Eh eh ada turtle la Raiisah..tunggu turtle tu datang kat kita ok..dia nak roti la tu..hahaha

Cian turtle lapar ye..

Dah kenyang turtle tu pon bla..oooo dah kenyang tinggalkan kami macam tu je ye..tak cakap terima kasih pon..hahaha

Turtle dah takde dah mummy..fish pon takde dah..sejak masuk school ni dah banyak perkataan mummy faham..kalau tak asyik keluar bahasan Jerman jer, tak pon bahasa Jepon..

Raiisah ambil gambar mummy ngan daddy..ok mummy! tantikkkk!! pandai pulak dia snap..

Pastu Affan bawak Raiisah main playground..aku tak ikut dok tepi tasik jer layan panorama..

Turun papan gelongsor pon dah berani..siapa baca blog aku dari dulu mesti tau Raiisah ni penakut dia macam mana.. sekarang aktiviti lasak macam ni dia dah berani..Alhamdulillah lepas masuk sekolah, banyak perkembangan baru yang berlaku..

Nikmat hari hujung minggu..layan weii dok tepi tasik dengan angin sepoi2..rasa macam nak tido pulak aku kat situ..hahaha


Dah puas main jom balik..lepas ni nak pegi Bukit Jelutong, sekolah Raiisah ada buat seminar fast reading technique..wajib pergi..nak tahu macam mana teknik2 mengajar anak membaca..

Perut kenyang, hati pon gembira..

Makan McDonald's breakfast perut kenyang, hati pon gembira..phew..naseb la ada set ni boleh spend time layan dengan anak dari nak masak kadang tu tak sempat..hehehe

Moh la kita balik..dalam kereta ni sure tertido ni..hahaha

Kalo nak jugak Tikar McDonald's ni, korang ada dua pilihan.

1. Komen jer kat blog aku ni dan cerita la sikit "Saya perlukan satu Tikar McDonald's untuk family kerana......" Pastu tinggalkan email korang..jangan tak bagi email pulak nanti macam mana nak post Tikar McDonald's tu..

2. Ada cruiser HOTFM kat beberapa lokasi panas :
  •         Metropolitan Park, Kepong - 19hb March 2016 (Sabtu)
  •         Taman Botani Negara, Shah Alam - 20hb March 2016 (Ahad)
  •         Botanical Garden, Penang - 26hb March 2016 (Sabtu)
  •         Taiping Lake Garden, Perak - 27hb March 2016 (Ahad)
  •         Taman Rekreasi Bukit Indah, Johor - 2hb April 2016 (Sabtu)
  •         Taman Titiwangsa, KL - 3hb April 2016 (Ahad)



 piece : kathyjem 

Thursday, March 17, 2016

Bakar Lemak dengan Pantas??

Produk kurus paling berkesan dia abad ni..tak caya korang baca ni dulu..

 Soalan dan Jawapan Leptos& Qufast :

1. Macam mana bentuk dan rasa dia?
Ia berbentuk tablet untuk dikunyah. Rasanya masam2 Lime dan sangat sedap untuk dikunyah.

2. Cara Pengambilan?
Kunyah jer. Pastu minum air. Kunyah sebelum makan di sesi waktu makan yang berlebihan
Min 3 biji sehari sekali kunyah. Max 10biji sehari.

3. Berapa lama tahan sebotol?
1 botol ada 90 biji. Untuk pengurangan berat badan biasa, 3 biji sehari. So tahan sebulan untuk 1 botol Leptos/Qufast.

4. Berapakah umur yang ditetapkan untuk pengambilan?
12 tahun ke atas dan mengikut ketahanan badan seseorang.

5. Boleh tak diambil bersama produk lain?
Memang tiada masalah dengan ubat lain. Biasanya pengambilan produk lain atau ubat hospital jarakkan pengambilan selama 2 jam. Lagipun ia dari bahan-bahan natural dan tidak memudaratkan.

6. Ibu menyusu boleh ambil tak?
Boleh dan tidak mengeringkan susu. Kandungan Leptos/Qufast adalah semulajadi, no additives added.

7.  Wanita mengandung boleh ambil Leptos?
Tidak disarankan. Bersabarlah. Ambil semasa pantang nanti.

8. Boleh takambil Leptos waktu datang bulan?
Boleh. Tiada masalah.

9. Bilakah saya dapat melihat kesannya?
Ia berbeza bagi setiap individu bergantung kepada faktor umur, pemakanan dan juga tahap metabolisma seseorang. Mengikut testimoni kami, kesan penurunan dapat dilihat dalam masa 7-10 hari. Sebotol Leptos boleh target 2 -5kg penurunan berat badan bergantung pada berat dan jenis kegemukan seseorang. Bagi testimoni kesan dalam masa 2 hari, 4 hari dan sebagainya.

10. Adakah terdapat kesan sampingan?
Tiada sebarang kesan sampingan yang memudaratkan. Cepat kenyang, lambat lapar, berpeluh sebab bakar kalori dalam badan. Tingkatkan metabolisma.

First 3-4 days korang akan membuang dan bila basuh akan rasa kesan minyak lemak yang dibuang. Hasil buangan maybe berwarna hijau hasil dari pembersihan usus dan klorofil yang mencuci usus. Ada juga yang tiada kesan ini. Bergantung kepada individu. Tetapi ia akan normal setelah proses pembersihan berlaku. Disarankan minum air yang mencukupi.

Mengikut testimoni setakat ini… tiada pening2 atau cirit birit berlaku. Ia adalah pelawasan normal sahaja.

11. Adakahperlu diambil secara berterusan?
Leptos/Qufast ini adalah produk cairan dan penyingkiran lemak. Sekiranya telah mencapai berat ideal atau ukur lilit ideal (sebab produk ni akan fitkan badan juga), anda boleh STOP anytime. Kita juga tidak mahu anda bergantung kepada produk sampai bila2. Tapi jika serasi dan nak teruskan sebagai supplement harian pun boleh bagi maintain berat badan.

Leptos/Qufast berfungsi sebagai pembakar lemak dengan kandungan L-Carnitine di dalamnya. Ia tidak stay kekal di dalam badan. Jadi, sekiranya anda dah capai berat badan ideal tetapi anda terus makan makanan menambah lemak dan tiada bahan pembakar lemak di dalam badan anda. kegemukan akan berlaku juga. Makesense ler. masuk jer tapi tak bakar.. lama2 akan gemuk balik. Cuma tiada proses compress lemak dgn Leptos/Qufast. Efek berhenti dan naik berganda itu tak akan terjadi. Lagipun bila perut mengecil, usus bersih nafsu makan anda dapat diatasi dan anda boleh menjalankan kehidupan secara sihat.


12. Pesakit kencinmanis/darah tinggi boleh ambil tak?
Boleh dan sangat digalakkan sebab Leptos/Qufast mempunyai 0 kalori (ZERO). Tidak memudaratkan pesakit kencing manis dan juga darah tinggi.

Tambahan Guarana dalam Qufast dapat merendahkan kolesterol dan asid lemak. Guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis. Pengimbangan glukosa sangat bagus untuk pesakit kencing manis

Bagi Qufast pula. Percentage kandungan Guarana lebih di dalamnya berbanding Leptos. Ia bagus untuk kesihatan dan tenaga Lelaki. Jika di makan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks.

13. Pengidap KANSER boleh ambil Leptos/Qufast?
Boleh.

14. Pesakit apa yang tak boleh ambil?
Jantung. L-Carnitine adalah pembakar lemak dan akan membuatkan jantung kita berdegup kencang dan mengepam dengan lebih pantas untuk proses pembakaran lemak. Pesakit Jantung tidak disarankan kerana proses ini maybe akan memudaratkan mereka.

15. Pesakit gastrik boleh ambil?
Boleh. Tapi ambil selepas waktu makan dan ambik pada waktu lunch or dinner. Elakkan ambil pagi.

16. Bagaimana Leptos/Qufast bertindak?
Anda boleh rujukkepada khasiat setiap bahan di soalan No 1.

17. Dimanakah tempat simpanan yang paling sesuai untuk ETC?
Di suhu bilik.



18. Siapakah pengeluar produk Eliss?
Produk ELISS dikeluarkan dan di pasarkan oleh Excellent Commerce Enterprise sebuah syarikat dari Ampang, Selangor yang sudah beroperasi selama 9 tahun dan berpengalaman selama 3 tahun dalam jualan produk kesihatan dan kecantikkan. Dimiliki olehMelayu bumiputera. Syarikat ini amat mementingkan produk yang berkualiti, suci dan berkesan. Bukan sahaja keuntungan yang di cari, juga keberkatan dalam perniagaan.

Leptos dan QuFast merupakan tablet kunyah yg membantu pembakaran lemak berlebihan didalam badan sekaligus mencegah daripada kulit menggeleber


Antara testi2 penggunan yang dah cuba guna  Leptos & Qufast..






Nampak lepas makan baju ngan seluar terus longgar..






Turun 8kg hanya dalam masa 2 bulan tu!!!


Ia mengandungi 6 bahan utama dengan nisbah bersesuaian untuk Wanita(laptos) dan Lelaki (QuFast) iaitu :

**L-Carnitine
----------
-meningkatkan jumlah lemak yang dibakar
-mengubah lemak menjadi bahan bakar
-meningkatkan daya tahan otot
-meningkatkan metabolisma

**Limau nipis
------------
-mengempiskan perut
-menurunkan berat badan
-membuang toksin dalam badan
-mengurangkan kolestrol

**Ekstrak Guarana
-----------------
-menurunkan erat badan berlebihan
-memerangi rasa lapar
-membersihkan sistem pencernaan
-melancarkan penghadaman

**Ekstrak klorofil
-----------------
-memelihara daya tahan tubuh
-meningkatkan imunisasi tubuh
-detoks (pembersih toksin/racun)

**Garcinia Cambogia
-------------------
-menghapuskan enzim yg berperanan untuk menyimpan lemak
-membakar lemak & mengurangkan nafsu makan
-mengurangkan ukur lilit
-mengurangkan emak dalam darah

**Dekstrosa
-----------
-meningkatkan produksi insulin yg melancarkan aliran darah menuju ke otot
-meningkatkan penyerapan nutrisi penting bagi memacu perkembangan otot secara efektifm

CARA PENGAMBILAN :

Penurunan berat badan (50kg above) (3 biji sehari):
3 biji sehari sebelum sarapan / makan tengahari / makan malam.
Pengambilan disyorkan pada waktu makan yang berlebihan.
Anggaran 300 kalori dibakar.

Penurunan berat badan (70kg above) (6 biji sehari):
3 biji sebelum sarapan dan 3 biji sebelum makan tengahari.
Pengambilan disyorkan pada waktu makan yang berlebihan.
Anggaran 600 kalori dibakar.

Penurunan berat badan (100kg above): (9 biji sehari)
3 biji sebelum sarapan, 3 biji sebelum makan tengahari dan 3 biji sebelum makan malam. Anggaran 900 kalori dibakar.

Penurunan berat badan secara kilat : (10 biji sehari)
3 biji sebelum sarapan, 4 biji sebelum makan tengahari dan 3 biji sebelum makan malam. Anggaran 1000 kalori dibakar. Disertai dengan senaman ringan dan penjagaan pemakanan.

1 botol ada 90 biji.
3 biji sekali makan.

Boleh ambil sebelum makan di waktu sesi makan yg berlebihan.
Maksimum pengambilan 10 biji sehari.

Hanya perlu kunyah tablet sebelum makan.
Rasanya masam Lime dan sangat sedap untuk dikunyah.

Hanya untuk Lelaki

__________________________________________________________________

Additional info. Tambahan Kuantiti Guarana dalam Qufast.

*Ia merendahkan kolesterol dan asid lemak.
Guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis.

*System penjanaan darah yang diperkuatkan dapat memperbaiki aliran darah, melegakan anemia dan menghindarkan kesejukan kaki dan tangan, pening, migrain dan keguguran rambut.

*Menghilangkan rasa lapar untuk mengurangkan berat badan

*Menguatkan badan

*Memberi lebih tenaga, lebih kuasa imun, minda yang cerdas, semangat yang lebih baik dan badan yang lebih sihat.

*Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks.

Nak tau lebih lanjut boleh tengok kat IG @makantapikurus..

Harga Leptos & Qufast Sebotol RM180
Dua botol RM300 (FREE postage)

So siapa nak kurus, cantik dan sihat boleh oder kat nombor ni
013-3405892 whatsapp/sms..

piece : kathyjem

Tuesday, March 15, 2016

Bawak Mekcha Tengok Kung Fu Panda 3

Mummy nak tengok Pandaiiii nak tengok Pandaiii!!! haa pandaiiii!! bukan Pandai la Raiisah Panda..haaa Pandai!! Pandai pon pandai la..hahaha Janji ada sama awal2 tu..bahahaha Tu mula2 dia sebut perkataan Panda la tapi sekarang dah pandai sebut Panda..hahaha

Raiisah ni jenis ingat kalau dah janji kata nak bawak dia tengok movie yang dia betul2 nak tengok memang dia akan sentiasa remind kita..asal nampak jer billboard ke iklan tv ke apa mulut dia automatik akan bising tapi sekarang budak2 tengok hot cerita Boboiboy kan..Affan sampai tak tau movie Boboiboy tengah tayang sekarang ni..ingat nanti nak bawak Raiisah tengok Boboiboy..Ramai kata cerita Boboiboy best giler tahap gaban..mau tak best baru dua hari tayang dah kutip 2 juta..

Last minit plan bawak Raiisah tengok wayang weekend hari tu, kalau ikutkan malas gak nak keluar rumah..sejak mengandung ni bila masuk waktu petang jer mood jadi lemau..dulu ngandung kan Raiisah pon macam tu gak asal petang jer badan lembik, mual2 pening..harap2 masuk second trimester ni ok la sikit..

Dah kenapa poster Kung Fu Panda jadi macam tu..ni mesti kes budak panjat atas tu takpon mak bapak duduk atas tu..hehe

Cubaan untuk menjadi Po..hahaha nak jadi Po Raiisah kena makan pau banyak2 bagi debab macam Po..hihi

Raiisah memang suka tengok cerita lasak2 ni, cerita2 Barbie sweet gula2 ni dia tak suka sangat tengok..tengok2 la tapi macam takde perasaan..

Daddy Raiisah kata nanti nak bawak tengok cerita ni lak..erk!! tak nak daddy, mummy pregnant sensitif nak tengok cerita2 binatang ni..masa pregnantkan Raiisah pon sama tak suka tengok cerita2 binatang ni kalau kartun takper saya suka..

Nak jadi Tarzan pulak..

Lepas sat kat sini dulu sementara menunggu movie start....

Beli tiket sekali dengan popcorn, air dapat botol air Kung Fu Panda..homeii kan..tunjuk Raiisah kata kat dia nak tak botol air kung fu panda tu??? dia angguk nak..ecececece anak konon nak padahal maknye yang nak..hahaha simpan buat kenangan..kalau beli botol air ni je tak pasti berapa..

Belum2 apa2 muka dah sedih..

Seperti biasa keluar wayang muka manyak hepi..ada tanya tips macam mana tak nak bagi anak crancky dalam wayang..alaaa kita takde tips yang penting masa sebelum nak bawak anak tengok wayang pastikan dia cukup tido and cukup makan takde la dia berlari sana-sini dalam wayang nanti..tak pon beli kan dia popcorn ke apa2 snack at least ada benda dia nak mengunyah sambil2 tengok movie..eh yeker boleh pakai tips aku ni..hahaha >_<

Apa2 pon korang wajib pergi tengok Kung Fu Panda ni best giler, kelakar sangat..aku ngan Affan terkekek-kekek gelak mengalahkan budak kecik..lawak kot si Po tu..hahaha

piece : kathyjem