Wednesday, March 23, 2016

Raiisah Napa Macam ni?

 Hai semua..hari ni takde mood langsung..why laaaaa.. -___-

Selalu setiap pagi mood aku membuak-buak kegembiraan kecuali dah masuk petang la..Pagi tadi hantar Raiisah pergi school pon dah macam apa tah mekcha pagi tadi..

Raiisah sejak2 akhir ni mood dia sangat la mengada-ngada..kadang mood happy terlampau, kadang sedih tanpa sebab, kadang tu menahan jer kemarahan mummy yang meluap-luap ni..Dari last week setiap pagi nak pergi school ada jer drama air mata membasahi lantai..sekarang ni kalau kejutkan dia bangun pagi mesti nangis2 tak nak pergi school..buat2 baring la, buat muka sedih la..

Suruh breakfast tak nak..bagi oat pon tak nak sebab Raiisah setiap pagi dia suka makan oat letak susu pekat tak pon bagi makan roti..sekarang tak nak dah oat bagi roti pon tak jugak..Masuk kereta muka monyok..

Bila sampai depan pintu masuk sekolah nak berdukung tak nak jalan..bayangkan keadaan mummy macam ni dukung Raiisah naik tangga..uwaaaa..bila sampai depan pintu masuk school menangis-nangis, menjerit tak nak pergi school...tak nak school..nak balik nak balikkkk..nak nenek...nak mummy nak daddy, nak balikkkkk..sampai aku turun tangga pon dengar dia menangis nak balik..pujuk2 sebelum tu pon tak jalan..lagi aku pujuk lagi la dia menjerit sekuat hati, kadang tu mummy tahan jer nangis sebab tengok Raiisah menangis macam tu..ye la mak mana yang tak sedih tengok anak menangis macam kena dera kan sebab dah biasa tengok dia happy je setiap pagi..laju2 mummy keluar kang teacher Raiisah perasan mummy nak buat drama air mata kat situ..

Sampai office mesti dapat whatsapp dari teacher Raiisah "Puan Raiisah nangis dari tadi, asyik sebut nak balik, nak mummy"... Bayangkan situasi dia setiap pagi macam ni, sekarang ni..ontheway nak pergi kerja pon susah hati sebab dalam kepala dok terngiang-ngiang dengar suara anak menangis tak nak pegi school..ada gaduh ke dengan kawan ker??..rasanya tak kot, Raiisah jenis suka berkawan..

Ni pagi tadi teacher Raiisah whatsapp bagi tau Raiisah dari sampai asyik menangis jer..Bagi roti tak nak, makan pon 2 keping biskut jer pastu dah tak nak sebelum ni bab makan dia la yang paling suka sampai teacher marah sebab time belajar makan dalam kelas..hehe..kadang tu sampai teacher kena sorok beg Raiisah sebab asyik mengunyah je kerja dia..dah sorok beg pon dia boleh tahu teacher dia sorok kat mana.. hebat sangat deria bau Mekcha ni..hahaha Dah terbiasa duduk ngan nenek dia 24 jam mengunyah macam tu la dia..mulut sentiasa nak ada makan..hehehe

Ni kalau ingat balik kelakar..pernah teacher dia hantar gambar muka baru lepas kena marah sebab makan dalam kelas..teacher pon kesian tengok dia buat muka seponsen bagi la makan 2 biji karipap yang atuk dia bekalkan..lepas makan 2 biji karipap makan lagi kuih talam seri muka sebiji..hehehe Raiisah Raiisah..bab makan dia la paling berhantu, kadang tu sampai roti kawan dia pon boleh bantai makan, tapi hak dia punya kedekut..hahaha Tak nak kongsi dengan kawan2..hat dia makan sorang2..jenuh ajar dia, Raiisah kita makan kena kongsi2 baru la sharing is caring..Nanti dah ada adik kongsi sama2 jangan kedekuitt okey..

Ke Raiisah rindu kat atuk ni..Atuk Raiisah takde sekarang ni kerja kat oversea..sebulan dah atuk dia kerja kat sana..maybe dia rindu kat atuk.. Kadang kat rumah mak selalu dia panggil2 atukkk, atukkk..saaaaayanggg bucuk atuk! dialog ni selalu Raiisah sebut kalau bergurau dengan atuk dia..alaaa mummy nak keluar air mata ni.. T__T

Bayangkan dekat last 2 weeks dia macam ni, nangis2 tak nak pergi school..susah hati betul Mekcha sekarang macam ni..ni pon Raiisah baru lepas baik demam..

Kenapa macam ni Raiisah? selalu Raiisah happy je nak pergi school malam sebelum tidur Raiisah mesti excited nak pegi school lagi2 tengok mummy tengah gosok baju uniform Raiisah.. T_T

Teacher Raiisah cakap maybe Raiisah macam ni sebab nak dapat adik..perangai dia berubah jadi mengada-ngada, jadi manjer, makan pon tak lalu, sebelum makan cium2 dulu bau kalau tak kena dengan selera dia memang dia tak makan..nasi sekarang ni pon dah tak nak makan sebelum ni memang hantu nasi..setiap kali teacher dia suap nasi dua kali tambah..sekarang kat sekolah memang dia tak makan nasi dah..waktu petang bila ambik dia teacher dia mesti mengadu.. "Puan Raiisah tak nak makan nasi, dia makan biskut kering ngan roti..tu je yang dia nak sekarang ni..takper la janji dia nak makan..kat rumah malam2 aku paksa dia makan nasi, ada la 5 6 suap pastu dah tak nak..kadang tu langsung tak nak..susu pon dah tak nak minum sangat..dia suka minum susu kotak sekarang ni..

Fikir sangat pasal anak makan epal sebiji pon tak abis..rasa macam nak baring je depan pc ni.. -__-

piece : kathyjem

17 comments:

  1. Mek cha nak dpt adik mmg cm tu kak kathy...xthu la tu protes ke hape anak2 nak dpt adek ni..dah rase blh syer2 la cerite derite sengsara ye ngadap anak2 ni...hehhehe

    ReplyDelete
  2. risaU juga tengok budak tetiba macam ni..
    pujuk hati kata ni syndrome nak beradik kut.. huhu

    ReplyDelete
  3. Betul juga kata teacher dia tu Khaty mungkin dia tahu nak dpt adik.. jadi nak manja lebih.
    InsgaAllah.. ok nanti tu..

    ReplyDelete
  4. Alahai...selaluny bdk kalau ttba jd gini psl nak dpr adik..dulu akk pun ms nk dpt aish..kakak dia pun mengada manja cmni..haru!!!

    ReplyDelete
  5. ala kesiannya raiisah. simptom nk dpt adik kot tu. :D

    ReplyDelete
  6. Hi Kak Kathy, boleh jadi betul jugak teacher Raiisah cakap tu. dorang ni boleh rasa bakal dapat adik. tu yang tetiba berubah. anak i yang sulung pulak masa I peknen second baby dia jadi extra manja, nak dukung lah apa lah. pastu now 3rd baby pun nampak dia berubah, extra clingy tetiba nak lentok lah suruh usap kepala la -__-

    ReplyDelete
  7. anak akak yg tak nak dpt adik ni pun lbih kurang mcm raisah gak... bulan pertama sekolah.. bukan main happy pepagi.. kejut pepagi pun senang..lepas sebulan.. tiap2 pagi dia bantai menangis kt sekolah... katanya malu... hahaha... hari2 menangis.. sebulan kot dia menangis kat sekolah.. ada masa lama.. ada masa dalam 40 minit... tapi after trip sekolah ke masjid.. bulan 3 ni elok plak tak nangis... tapi lepas skol holiday dia bantai menangis isnin lepas.. tapi semalam elok plak happy.. budak2 kan mcm2 perangai... sabar jekla...

    ReplyDelete
  8. situasi lbih kurg sama dgn sy time prggy anak kedua...my son selalu sakit, balik2 masuk emergency wad...lps tu mkn x lalu...bila adik dia dah keluar, 3 hari dia tanak dekat dgn sy...masa tu betul2 menguji emosi dan kesabaran jgk la...tp now dorg berdua dah ok dan sgt rapat...pergi sekolah pun sama kelas (umur beza setahun je)...

    ReplyDelete
  9. Sebab nak dapat adik. Definitely.

    Anak i yang sulung pon.. dari sejak nak dapat adik sampai adik dah umur 3bulan lebih sekarang, masih perangai manja x kena tempat dia.

    Bila happy, happy betul. Bila datang mengada dia, nangis, jerit, guling semua siap. Attention seeker betul. Kadang terlepas juga marah dia.. terpaksa pass baton kat bapak dia to handle the situation. Mak dah hilang sabar.. hehehe.
    Makan pon sama. Susah. Asyik susu je. Tapi yg ni orang kata mng phase umur 2,3 tahun ni mmg selera dia berubah.

    Taktahulah sampai bila ni. Maybe sampai adik dia pandai melayan, boleh main sama kot?

    ReplyDelete
  10. Betul students sy ada jgk yg jns cam raiisah. Manja semcm sbbnya dorng nk perhatian je. Tp nsb baik tecer dia understanding. So sis kathy jgn risau ok.

    ReplyDelete
  11. Hai Kathy

    Jgn layan sgt emosi sedih2/risau2 masa pregnant. Nanti anak keluar cengeng. Ni menurut pengalaman saya lah masa pregnant anak first saya sgt emosi, semua benda nak sedih nak nangis. Kuat marah, kuat risau, kuat panas. Pastu anak kluar.. adoii mmg sebijik perangai saya ms pregnant. Kuat menangis byk kerenah mmg tak cukup tidur dbuatnya. Dah 2nd time pregnant, saya x layan emosi sgt. Benda sedih nak terjah pun saya buat tak layan n taknak fikir. Fikir benda happy2 je. Alhamdulillah anak 2nd sgt sng nak jaga. Tak kuat menangis. Mmg beza betul dgn anak 1st. So sy rasa emosi ibu ms pregnant mmg affect anak dlm kandungan.

    Anak Kathy meragam tu perkara biasa sbb awk kan pregnant. Mmg sebijik perangai anak first saya ms sy mengandung 2nd time. Mungkin cemburu kot ada baby dlm perut. Mmg sentiasa menangis nak perhatian dan dimanja. So, kene sabar tahap maximum lah ya. Eh pjg la pulak komen ni. Hehe.. Take care Kathy.

    ReplyDelete
  12. akak situasi ni akan berlarutan kak,kite sampi preggy 9bln dukung anak hantar g school naik tangga,perangai sgt 18kg anak kite kak dgn perut lagi hahaa

    ReplyDelete
  13. kesian raisah..dia pulak yg kena tempias morning sickness ye..kesian sgt bila akak baca entry ni..ntah nape hhhuuuuuu

    ReplyDelete
  14. fasa nak dpt adek mek cha tu..
    takpe mommy kuat...
    nanti cha pon ok...
    chill kathy!

    ReplyDelete
  15. Raiisah rindu atuk ngan daddy lettew kak😞

    ReplyDelete