Tahun ni baju raya aku semua beli jubah..tu pon pening nak beli kat mana yerla sebelum2 ni tempahkan tapi sebenarnya senang lagi beli yang dah siap..takyah pening2 nak cari kain pastu bertekak dengan tailor baju tak siap jahit..tahun ni malas nak tempah baju raya cari ready made je senang..cantik2 pon cantik..kira2 balik harga baju ready made dengan tempah lebih kurang je..beli kain je dah berapa tu belum masuk tempah lagi..kan..lagi jimat sebenarnya beli yang dah siap..
Mengimbas kembali kenangan Raya tahun lepas..uwaaa jeles tengok gambar ku masa ni..iolss kurus masa ni kan..harap lepas beranak dapat la kembali ke bentuk asal kalau tak nangis atas meja makan..hahaha..Geram pulak tengok rambut Raiisah masa ni dengan rambut kembangnya dengan panjangnya dengan mengadanya masa ni..cukup semua..masa ni boleh dia tak nak ambik gambar..Raya tahun ni sila jangan buat cranky macam ni lagi yer Raiisah..dah pakai cantik2 tak nak bergambar pulak dia..tahun ni buat macam ni, awas! hahaha amboi siap bagi warning..
Tahun lepas tema kami colour purple..wahh tema kanak2 Ribena sangat ni..hehehe tahun ni tema colour apa pulak yer..ermmm...nanti kan..Setiap pagi sebelum sembahyang sunat Aidilfitri kami sekeluarga mesti jamah makan lemang, nasi impit, rendang ayam..uwaaa tak sabar ni nak makan rendang mak masak untuk raya nanti..kuah kacang memang wajib ada setiap..sama dengan minuman Ribena setiap tahun.. Bila kami sekeluarga duduk dekat meja tu memang siap air Ribena dalam gelas semua. Moment nila yang aku paling tertunggu tunggu. Satu Syawal yang menjadi moment berkumpul, berkasih sayang, bermaaf-maafan, dan sebagainya..tak sabar nak rasa kenangan saat manis Raya tahun ni pulak.. ^_^
Tinggal seminggu nak raya baru hegeh2 nak kemas rumah..biaserla kemas rumah hujung2 raya baru best, baru la rasa kemeriah Syawal..giteww..walaupon hari raya pertama kami tak beraya di rumah kami, suasana raya kat rumah kami harus la dirasai..baru la semangat beraya kekal sebulan bila pulang dari kampung..kampung la sangat kan..hahaha
Tengok Raiisah kita nak vacum karpet dia pon nak tolong vacum sekali..rajin sangat anak mummy ni..
Mummy vacum tercabut..Ganasnya Raiisah sampai tercabut kepala vacum tu..hahaha
Lepas vacum satu rumah, tukar langsir..langsir tak beli baru, pakai je mana ada..hehehe
Fuhhh penat kemas rumah..nasib la puasa kali ni larat dan masih boleh kemas rumah..Rehat jap minum air Ribena..bila minum Ribena ni teringat masa kecik- kecik dulu..Aku dari kecil memang selalu minum air Ribena ni..abis sebotol, sebotol abah beli..memang sentiasa ada kt rumah sebab satu family suka minum air ni..uuuwaaaa Raya dah dekat..Rindu pulak kat abah...Rasa macam nak suruh je abah balik Malaysia besok..sob sob sob..tengok Ribena teringat abah.. T_T Tapi takpe… aku ni siapkan rumah until Raya ni memang tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu. Teringatkan idea #30DaysOfGoodness Ribena memang penuh makna. Terbayang bayang raya tahun sebelumnya aku pun bersiap sedia rumah dan Raiisah sekali..Sampai dah nak masuk anak nombor dua ni pon aku still suka minum air Ribena..
Oh ye sebelum aku terlupa..Ribena bergandingan dengan Chef Anis untuk menghasilkan resipi spesial ramadhan. Tak sabar nak cuba! Kalau berminat, jangan lupa cuba sekali!
Untuk maklumat lanjut tentang Ribena an aktiviti akan datang, sila klik ‘like’ pada halaman (www.facebook.com/RibenaMalaysia/)
Ok korang Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir & batin.. =)
piece : kathyjem
bila duduk tu nampak sgt ke mak buyungan ye
ReplyDeletehahah
haha sama la, ribena is my fave drink! xD hari2 minum dari dulu sampai sekarang. teringat dulu time pregnant anak kedua, pun tak sempat apa nak tempah baju. jalan2 jumpa baju tak tau la namanya apa.. jubah jakarta ke. mcm baju kelawar pun ada tapi kain chiffon ada kerawang sikit. bila pakai xnampak kelawar pun hahah. so tu memang antara baju yg selamat dipakai oleh pregnant mommies :D
ReplyDeleteAmboi, Temanya meriah sampai ke air gitu... Terliur pulak Yani nengok air tu...hehe
ReplyDeleteooowhhh...
ReplyDelete