Monday, September 4, 2017

Pengalaman Pertama Bawa White Choc & Dark Choc Naik MRT

Halo halo..Weekend hari tu bawa Raiisah dan Afif naik MRT..daddy yang mula2 ajak teringin nak naik MRT katanya..sian tak pernah naik MRT..hahaha eh aku pon baru 2 kali naik la..naik dengan Yana hari tu turun The Curve..

Masa nak beli tiket tu pon confused nak turun kat mana..hahaha Laki bini blur tengok Map tak tau turun mana.. tanya kaunter oooi turun situ..😂

Kalau ikutkan plan nak pegi KLCC tapi bila dah sampai kaunter tiket tukar plan pergi Pavilion..lagi pon dah bertahun tak pergi Pavi..last pegi dengan manjer kot sebelum aku mengandungkan Afif..

Raiisah budak paling teruja..bila daddy dia cakap, Kakak cepat mandi kita nak naik train..melompat terus dia atas katil, berdesup pegi ke bilik air..kalau tak sikit punya payah nak ajak mandi..dalam kereta pon setiap kali lalu atas jalan raya, nampak je train lalu mesti berzikir 2 jam
kat telinga mummy daddy nak naik train..padahal semalam dah naik pon dia dok ulang zikir nak naik train nak naik train..pening kadang2 mummy nak melayan..😂 ye kakak esok kita naik train lagi yer..ok mummy..tak sampai berapa saat dia tanya lagi.."Mummy saya nak naik train".. ok kakak nanti kita naik train lagi..gitew lerr setiap kali Raiisah nampak MRT LRT KTM dan adik beradik train.

Adik tak mengerti apa2 lagi..tunggu besor sikit dan dia tahu apa itu train pon sama akan berzikir macam kakak dia jugak..

 Pastu dalam train kemain melompat2..kakak duduk diam2, tengok semua orang dok diam atas kerusi..ermm tak didengarnya, sambung lompat..💆🏻

Adik teruja tengok kakak berpusing2 kat tiang pemegang..

Mummy saya nak roti..dah melompat2 lapar pulak..

Tak sampai 20 minit sampai sudah Bukit Bintang..senang la naik MRT terus tembus ke Bukit Bintang..jalan depan sikit Pavilion..

Raiisah jalan je ada orng bagi kek, jalan depan sikit orang kasi dia vaucher..dia pulak jenis tak takut orang..semua orang pon dia hai-hai..

Mummy saya nak ambik gambar dengan bear..ok berdiri situ..

Ok la kasi chan daddy dia pon nak..🙄🤣

Depan pintu masuk Pavi dipenuhi dengan Sea Games Mascot..
 
Ingat apa benda la orang ramai berkerumun..rupanya ada Dinosaurs jadian..Raiisah dari jauh nampak dah jerit2 takut, belum tengok dekat..Bergegar Pavilion dengar suara dia..

Menyorok belakang Daddy takut..

Suruh dia dok sebelah Dinosaurs nak ambik gambar pastu lari terjogok tepi dinding, datang abang ambik ni bagi vaucher sempena pameran Dinosaurs exhibition di Jln Ampang..

Cium ada makna ni..lepas cium "Mummy saya nak toys"..nampak2 kecik dah pandak bodek..Suruh kita dukung dia sebab tak larat nak berjalan..stroller dia lupa lak nak bawak..
 
Dah lama tak makan food court Pavi..ajak Affan makan kat sini..meja lak sebelah Teppanyaki..oder terus Teppanyaki malas dah nk fikir makan apa..banyak sangat menunya sampai pening nak makan apa..hahaha

Tunggu punya tunggu sekali tu dia kat setengah jam makanan sampai..Orang yang kendian sampai dari kiteorang licin dah abis makan..panas hati betul tengok..3 4 kali Affan tanya mana makanan kitaorang..Affan dah bagitau meja kitaorang nun sebelah tu..pasti boleh dia bagi alasan lambat sebab kitaorang tak makan kat situ..derr kan dah cakap meja kat situ situuuu, siap tunjuk dah duduk kat mana..angguk2 faham..pastu lambat salahkan kitaorang pulak sebab tak duduk makan kat situ..dah cakap ada baby..tempat duduk Teppanyaki kan tinggi..Dengan ada baby, Raiisah lagi mana sesuai duk kerusi tinggi tu..Nak je aku sekeh orang yang ambik oder tu..cakap dengan dia buat2 tak dengar pulak..gerrr 

Sampai makanan tak sedappppp..Teppanyaki Midavlley jugak yang sedap..eh terbebel panjang..maaf geram sangat..pangkah terus Teppanyaki Pavilion.. 

Berpeluh2 dah Mekcha meunggu makanan mummy dengan daddy tak sampai2..Daddy dia sampai naik hantu kat situ tunggu lama benor..

Makan2 terus cabut balik sebab dah nak petang kena bagi Afif dengan Raiisah tidur..Si Mekcha kena tidur petang kalau tak boleh jadi cranky..lagi pon awal pagi kiteorang keluar hari tu..

Si adik kemain bising mulut dalam train..suka sangat..

So hari tu gembirakan anak2 dengan menaiki MRT sajer..😊

Nanti nak bawak Raiisah turun stesen Merdeka pulak..kat situ ada konsep kemerdekaan Malaysia..

piece : kathyjem

1 comment: