Wednesday, June 26, 2019

Raya Pertama Ku

Selamat Hari Raya yang ke-22.. hahaha Raya ke 22 baru sempat hapdate kenn.. Sebab dah janji kan kenal la tunai janji.. Nanti kata sis kathy membohong pulak.. So moh ler kita cerita hari raya pertama.. Tahun ni beraya di rumah mertua Kajang.. Tahun depan raya Sg. Buloh pulak. hahaha macam la jauh bebenor Kajang ke Sg. Buloh.. Petang karang la kot baru gerak beraya ke Sg. Buloh. Biasa hari raya pertama rumah Mak mertua memang ramai saudara mara datang beraya.. Silap2 sampai ke malam orang datang beraya rumah Umi.

Kita kasi tepek mak tuan blog punye OhohT raya.. Baju ni last minit 2 hari sebelum raya baru beli. Ramai tanya beli kat mana? Kathy beli kat Butik Losravelda, Shah Alam.. Memang tak plan pon beli baju kat situ. Ingat nak beli kat Jakel. Sekali banyak tak berkenan la kat Jakel.. Baju budak banyak design kureng..

Keluar Jakel jalan2 ternampak butik Losravelda.. Masuk2 eh 90% sale tu.. Wow banyak giler less dia.. Harus rembat sehelai dua dengan baju Mekcha sekali..Berbaloi sangat. Hari tu ada tengok kat Mood Republik baju2 Losravelda ni semua dalam 3++. Yang aku beli ni RM150 jur korang.. hahaha Murah kan.. Sila jeles.. Baju Mekcha baru RM100.. kikiki.. Berbaloi giler..

Tapi yang aku ambik ni size M, besor nak mampuih.. Size S dah abis.. Besok tu terus bawak pergi oter kasi fit ikut badan sikit. Material kain ok la takde la rasa tebal panas sangat..Tudung tu aku dah tak tau nak ikat macam mana sebab baju tu ada reben. Kalau ikat kat leher tak kena sudahnya sumbat je tudung dalam baju.. hahah Baru la molek sikit..

 Menu raya hari pertama di rumah mertua..

 Satay Kajang wajib ada.

 Rendang ayam pon wajib ada.

Lontong pon sama wajib setiap tahun mak mertua masak. Aku dari sehari ke sehari nak buat lontong, memanjang tak confident.. hahaha Resepi tah berpuluh kali tanya mak mertua pon tak jugak buat nye.. Bila tah Affan nak rasa air tangan bini dia buat lontong. Kalau tak sedap abis la kena kutuk dengan Affan.. Sebab tu aku tak confident buat. Dah la Affan tu terer masak.. Kalu dapat laki tak reti masak dah lama dah buat.. hahaha Alasan sangat..

Satay ayam, feveret Afif dan Mekcha.. Mekcha tu dapat makan satay sehari 20 cucuk pon dia boleh. Hantu satay Mek tu, macam daddy dia sebijik..

Ketupat..Takut nak makan.. Aku ni fobia sikit tengok lemang ketupat.. Ingat lemang teringat mengandungkan Raiisah makan lemang sampai tak boleh bangun satu hari.. Sakit perut memulas pening rasa macam nak beranak..

Apa tah nama keropok ni.. Diterbangkan khas dari Indonesia. Bapak mertua bawak dari Indonesia. Aku kalau makan keropok ni tak boleh stop, sedap giler..

 Ok ni cerita raya pulak.. Kitaorang dari rumah sendiri. sebelum sampai rumah mertua, Affan suruh bergambar family dulu. Kang petang2 bergambar takut dah comot. Sebelum on the way nak sampai rumah Umi, Affan ajak singgah taman permainan. Aku pon tak terfikir sangat nak bergambar kat mana..Bila Affan kata taman permainan aku on jer.. Janji ada gambor raya family..

B macam tak kena je ambik gambar raya kat sini.. hahaha Korang tengok la tu pakai tripod stand pon gambar senget..Affan la yang setting ni..

 Haa sini ok sikit. Tengok Si Afif tu sikit punye susah nak suruh dia berdiri. Nak berlari je kerja dia..

 Haa kena pegang dengan daddy baru diam.. Ada uncle tengah jogging masa ni.. Mesti dalam hati uncle tu berkata.. Napa la dorang ni bergambar raya kat playground.. Banyak2 tempat kat playground jugak family ni ambik.. hahaha Lain dari lain uncle baru la unique orang jawa cakap..

 Kakak dan adik..

Ewah Mekcha. suka dia dapat pergi playground..Tak pakai cantik tak boleh nak berlari sangat.. Abis comot kang..

Baju Mekcha ni pon kalau ikutkan besar, pon macam mummy gak kena oter.. Dia darjah 1 tapi pakai size budak 6 tahun. Jenis bentuk badan kecik.. Macam mummy kecik molek.. eh..hahaha

Adik dalam ni adik nampak putih la..

Gambar suami dengan kita wajib ada..Tahun lepas Affan outstation, raya kat Dhaka. Mujur tahun ni dia tak kena terbang mana2.. Dapat jugak beraya dengan dia.

Gambar raya dengan family mertua..Tengok Affan muka gelap kaki putih.. Sian dia makin gelap.. Affan ni kalau ikutkan putih macam Mekcha tu.. hahaha

Anak2 sibuk dengan satay.. Lagi2 Si Kitam Afif tu. 24 jam pegang satay.. Suka nau dengan satay kajang..

Tengah bergambar raya dengan mertua sekali kakak ipar sampai.. Kagum dengan kakak ipar aku , makin kurus la dia.. Dia cakap cut sugar terus, nasi pon makan sikit2 je dan rajin senaman buat aktiviti bersukan..Ooo patut kuruihhh..

Kakak ipar aku ni sejenis macam aku sebelum ni..Makan nasi tak 2 3 kali tambah tak sah.. hahaha Sekarang ni makan segenggam jer, lebih segenggam tak lalu dah cepat kenyang.. Mungkin size perut dah kecik kot..mehehe

Umi lanjer cucu2 Klang makan pizza..

 Aku dah melantak macam2, tengok piza pon jeling2 jer.. hahaha

Tengok gambar ni lupa pulak nak bergambar semua dengan kakak ipar, abang ipar mertua semua tu..Haishhhh macam mana leh lupa ni..

Ok tu je cerita raya kita.. Simple je.. Raya Sg. Buloh pon dah malam dah comot..Tak ambik gambar pon.. Abah dengan Mak dah tukar baju raya, tak seronok pulak nak ambik gambar raya. Masing2 pon dah penat.. Ok la tu je cerita raya Kathy.. 😊

piece : kathyjem

No comments:

Post a Comment