Walaupon tidur lambat awal pagi dah bangun sebab nak bawak Raiisah mandi laut walaupon akan tahu apa yang akan berlaku di sana nanti..korang rasa apa?? hehehe
Suasana awal pagi di Casa Titik..Jatuh cinta dengan suasana kat sini sebab kat sini privacy..Siapa yang nak bawak family bercuti sangat sesuai datang kat sini, tenang jer..
Hari nak balik baru la melawat kat bahagian atas..Kat atas ada 4 bilik kalau tak silap..
Nampak tak kat bahagian hujung tu, ada banglo satu lagi kan..haa kat situ banglo untuk di sewa untuk satu rumah..kalau bawak family ramai sesuai la sewa situ sebab tak silap ada 4 bilik kot rasanya..
Pagi tu tak breakfast, bawak anak2 mandi laut dulu, pastu mandi pool pulak, pastu baru breakfast..Dah breakfast boleh terus siap checkout..
Takde orang pon sebab kat sini memang privacy so boleh guling 80 kali atas pasir tu..takde siapa marah.. haha
Cepat la Mek Echa oii..terkedek-kedek macam anak ketam..
Dia dah start dahhhh drama air mata!! *__*
Mummy rasa tunggu umur awak 5 tahun kot berani..harap2 tahun depan masuk school berani la sikit..stress hoii bercuti anak tak enjoy ni..tak enjoy bab mandi2 ni jer la yang lain okey berehhh..
Mummy Ball!!!........ Ball golek kat laut pon nangis.. -_____-
Ambik mood dulu dengan Mummy Ayu di pagi hari..
Umpan bagi makan pringles..harap2 berjaya..hehehe
Cari2 Mek echa di mana?? Punye jauh dia dok landing tak nak dekat dengan air laut punya pasal..
Biar Affan yang handle Raiisah..Mummy nak guling2 atas pasir dengan Mummy Ayu..Eira mana?? tak bangun tidur lagi kot...jap lagi muncul la tu..
Perhati dari jauh gelagat Raiisah dengan Daddy dia..hahaha B boleh tahan telinga tak jeritan Raiisah tu?? Affan : Bolehhhhhh!
Tapi serius nak bercanda kat sini memang best sebab pantainya punya la luas mata memandang, ombak yang kuat dan angin bukan setakat sepoi2 bahasa boleh jadi layang2 badan kita ni ha..
Akhirnya dapat jugak mandi laut...weeeeehuuuu!
Buat2 dalam padahal air paras peha jer..dua2 penakuit..dua2 tak reti berenang..kekeke
Love tak menjadi tangan kontot..
Jadi kanak2 riang ria jap..hahaha
Dari tadi daddy pujuk tak jalan2 jugak ker daddy??..
Sajer letak ball kat situ dengan harapan dia akan berani dekat dengan air..
Tak boleh jadi kena bawak jugak Raiisah masuk dalam laut..nak tunggu die berani sampai besok pon tak sudah..
Daddy sini daddy siniiii..Ooo cakk oocakkk!
Eeeeee aaaaaa uuuuuu...uwaaaa
Kiteorang biarkan dia hampir 15 minit di situ dengan harapan nak bagi dia diam..macam2 cara buat nak bagi dia diam tak jalan jugakkkk..
Sudahnya kena pujuk peluk sayang cium mmuah, baru diam.. pfffftttt....
Ok la jom kita mandi kolam pulak..letih telinga dengar Raiisah menjerit dari tadi..
Duduk dengan Mummy Ayu yang keletihan menjerit..Eira dengan anak2 baru sampai nak bawak mandi dulu..
Laaa mandi kolam tak nak jugak..
Tengok Yunnan dengan Kakak Keisha seronok jer renang-renang..
Haa dok tepi teman Mummy Eira main air naa..
Cantikkan kualiti gambar Sony a5100..takyah beria2 edit nak bagi lawa dah terbukti memang cantik dengan Sony a5100..apa lagi korang cepat la beli mana yang kaki bergambar, berselfie.. sesuai sangat guna kamera ni..mesti tak menyesal..giteww ayat iklan sangat.. =P
Dah puas mandi pool masa untuk breakfast..pagi tu aku ambik pancake..besar dan sedap pancake dia..puas hati la kenyang..
Senyum lebar nak balik...
Tercapai untuk percutian kami bersama keluarga untuk tahun ni..Ada rezeki kita plan pergi jauh sikit..boleh korang?? hehehe
Alhamdulillah perjalaan yang dirancang semua berjalan dengan lancar..Setiap tahun buat percutian bersama keluarga macam ni at least setahun sekali sebab time la kita dapat kumpul sedikit masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang dan terapat..Paling penting kasih sayang dan toleransi hendaklah ditonjolkan sesama kita, rasa riang dan hormat menghormati mesti dijaga sepanjang perjalanan..InshaAllah memberi ketenangan hati, kegembiraan dan rasa keintiman sesama anggota keluarga yang lain..giteww..ayat muslimah sangat..hehehe
Sebelum pulang KL kitaorang singgah beli keropok lekor..Mak pesan nak keropok lekor dengan ikan bilis jer..tapi ikan bilis takde beli keropok lekor jer..
Favourite Affan keropok udang..Affan makan separuh, separuh lagi Raiisah abis kan..dia tu pon hantu kopok udang jugak Mek Ecah tu..
Selesai borong keropok lekor kita orang singgah untuk makan tengahari pulak..On the way nak cari makan tengahari pandang cermin belakang tengok kereta Eira dah takde..Call la Eira takut dia terlepas ker apa ker sebab kitaorang ni kan konvoi.. Eira ko kat mane?? kiteorang tepi jalan ni tunggu ko.. Aku terus balik KL la..anak2 aku tidur tak jadi follow korang..Laaa yeker..Awat tak habbaq awai2..ok la hati2 drive ok..pahal nanti roger2 kiteorang..Pastu sambung jalan cari kedai makan Pok Su & Mok Su..
Sekali tutup daaaaa...kecewa nak cuba ikan celup tepung kat sini sebab Ayu kata sedap ikan, sotong, udang celup tepung dia..kuah dia terbaik..kalau datang waktu cuti sekolah memang penuh warung Pok Su & Mok Su ni..apa nak buat pergi time kedai dia tutup, salah time daaa..nasib tak preganant kalau tak, kena datang sini balik..hehe
Pastu Aseng foursquare cari kedai mana yang sedap selain Pok Su & Mok Su kat Kuantan..Ok la jumpa jugak..Dalam foursquare ramai cakap Gerai Mokna Tanjung Lumpur ni sedap..Moh la kita cuba..
Kiteorang ambik sotong celup tepung..
Ikan dia kalau panas2 mesti sedap..
Sedap udang celup tepung ni tapi sayang dah sejuk..
Kuah sambal dia biaser jer rasa..tak pedas..kuah sambal ni kena pedas2 baru layan..
Affan tu muka mintak bantal la tu..
Raiisah makan mee goreng..dah makan 3 4 suap tak nak, nak nasi pulak..suap la nasi abis jugak dia makan..lapar nasi rupanya..Masuk kereta bomm sambung tidur balik..
Kenyang dah, Alhamdulillah so mari la kita mengopi..Jalan dengan Ayu Aseng ni kalau tak mengopi tak sah walaupon perut dah penuh rasa nak pecah tetap la nak mengopi jugak..Sebab teringin punya pasal perut penuh pon penuh la..nak repeat makan roti bun kat kedai Kopi Hai Peng..sebab hari tu makan sikit tak puas..sebelum pergi Kopi Hai Peng kami round2 dulu di Teluk Cempedak bagi ikan, sotong, udang celup tu turun dulu baru boleh mengopi..gila masing2 bab makan..balik KL ni timbang badan sure naik 3 kg..hohohoho
Ok la tu jer aku dapat kongsikan percutian kami bersama keluarga di Pahang..selamat membaca..
piece : kathyjem
eiii geram tengok mek echa tau.princess sangat.nangis2 pun, spek tetap pakai ok.diva sangats.hehehe
ReplyDeleteFAD
Cantik harem pants kathy.beli mana
ReplyDeleteMekasih Chekgu Azrine..hehehe Kathy beli kat Uniqlo Jepon..rasanya kat sini pon ada jugak kot..
ReplyDeleteraisah takut pantai, air laut, pasir..bdk2 baya die slalu gtu..kena tgu die ebsar skit la..tisya dlu pn gtu gk hehe...mkn celop2 tu sodap
ReplyDeleteKhaty kal raicha takot mandi laut ke pool ke or ape2 la u jgn paksa tau sbb i pernah baca fr an article nti budak jd lagi trauma. U try google for more info i'm just sharing a bit nak type panjang sgt hehe
ReplyDeletesian raicha takut air...
ReplyDeleteAssalam kathy,
ReplyDeletehe3
paling sooooooookaaaaaaaa nengok mek echa tau3