Dari hari tu try nak buat Fruit Cocktail ni sebab hari tu pergi open house rumah Nasreeq makan benda alah ni tak puas so semalam merajinkan diri membuat sebab nak makan sampai puas..hehe..Ramai cakap senang nak buat Fruit Cocktail ni.. disebabkan senang haruslah mencuba..
Bahan2 dia adalah:
1 tin susu cair
1 tin Natade Coco
1 tin buah longan (nak letak laici pon boleh)
1 tin Fruit Coktail (sori gambar lupe nak letak sekali)
Sumi Jelly
Tepung Custard
Sedikit bahan perasa (gula dan garam)
Cara-caranya mudah ajer :
Mula2 panaskan air atas dapur gas..
Lepas tu masukkan 6 sudu besar gula.. Ini terpulang berapa sudu nak letak.. Kalo siapa suka manis leh la letak lebih sikit..
Tepung kastard asingkan guna bekas lain dan kacau hingga sebati.. Letak 3 sudu besar dan sedikit air..
Kemudian masukkan tepung kastard dalam periuk dan kacau sebati hingga pekat..
Pastu masukkan 1 tin susu cair ke dalam periuk..
Masak sampai mendidih sekejap pastu dah boleh padamkan api.. Pastikan campuran tu sejuk dulu baru boleh masukkan isi2 buah-buahan.. Nak sedap jangan campurkan air buah tu sekali..
Dan Natade Coco..
Bersama longan..
Dan 1 tin Fruit Coktail..
Last sekali masukkan sumi jelly...
Pastu sejukkan fruit cocktail ni dalam peti sejuk..
Nak sedap tambah ais.. Senangkan.. Ok selamat mencubi resepi Fruit Coktail Custard Kak Tijah..kekekeke
piece : kathyjem
18 comments:
Nak kena kacau kastard tu sampai pekat ke masa dalam periuk tu Kak Tijah? hehehe.. biasanya tepung castard tu akan jadi pekat likat kalau lama sangat atas api kan?
mcm sedap je sis.. thanks sharing
Simply delicious
Tq for sharing dear... selalu buat tak payah masak kastard, campur aje buah2an & susu he hehhe. Nampak cantik!
nyumssssssssssss
makan time panas mmg sejuk tekak ni...
entry terkini...ayam pandan sedap
sedap ni..nak cuba.. air byk mana kathy?
Off topic. Muka awak imbas2 Shilla Amzah lah hehehe..
sedapnya coktail, suka sangat bila khaty share pasal resipi satu persatu tunjuk. Terbaikla.
Zaza Abdul Latif : a'ah dia akan jd pekat kalo biar atas api..
~♥dieyba_baby♥~ : no problem dear..hehe sharing is caring.. ^_^
Amie : cara mcm akak ckp tu mudah jugak..nnti nk try buat macam tu pulak..
Siti Shuhadah : separuh drpd periuk tu..
Yasmin suraya : hehehe alaa simple resepi jer.. =D
Musim panas2 gini makan bnda ni camni kompem sedap..nanti nak buatla
alahai sedapnyer.. nak try jugaqlah :)
kalau akak selalu buat masukkan susu cair tu dulu, pastu tambah air ikut sukatan satu tin susu cair tu..
sedapnyer..kebetulan nak wat open house mlm ni.. bleh cuba lah..tq kak tijah comel kite.n
Post a Comment