Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, October 14, 2014

Simple Celebration Raiisah Birthday

Hari tu celebrate birthday Raiisah yang ke 2 tahun.. Tahun ni sambut birthday Raiisah dengan family jer takde jemput kawan2 pon..Tahun ni buat simple potong kek makan2 dah..hehehe Janji celebrate kan.. Takdelah besar nanti Raiisah tanya mummy..Mummy mana gambar hari jadi Raiisah 2 tahun.. mana mummy??!! takkan mummy ko nak jawab takde sayang, mummy ko malas nak buat...hahaha Keji jawapan macam tu.. At least ada la kenangan Raiisah sambut hari jadi yang ke-2 kan walaupon simple makan2 jer..

Ingatkan nak buat hari Sabtu fikir2 takut kelam kabut sebab besok tu kan Hari Raya Qurban sure la Sabtu malam Ahad tu sibuk masak lauk Raya.. Nak buat hari Isnin siang, Affan pulak kerja sudahnya buat malam.. Isnin tu lepas Zohor pergi ambik kek ngan belon kat Bangsar.. Balik dari ambik kek ngan belon rehat2 kejap sementara tunggu Affan balik kerja then terus siapkan Raiisah..

Celebrate birthday Raiisah di De Chiang Mai Restaurant Sungai Buloh.. Tau restoran ni pon dari Ayu.. Ayu cakap makanan kat situ sedap sesuai nak buat birthday party.. Ok la aku memang nak cari tempat macam tu yang ada aircond selesa untuk budak2.. Tu pon berpusing nak cari De Chiang Mai Restaurant ni tau.. Affan pernah pergi restoran ni tapi tu 5 tahun lepas punye cerita..lama memang tak ingatla kan..

Pakai Waze pon boleh sesat rupanya Waze salah tunjuk jalan daaaa..Call restoran tu tanya De Chiang Mai ni kat mana sebenarnya..Pergi pulak waktu malam faham2 jer nak mencarinya macam mana.. Bukan kata aku jer yang sesat Kakak Ipar, Abang Ipar aku pon sama sesat jugat..hehehe..

Sampai2 laaa ni ke De Chiang Mai ni awat lampu malap jer.. hahaha Selalu depan restoran depan kedai kan penuh lampu warna warni..hehe

So korang yang nak datang De Chiang Mai Restaurant ni sila call dulu yer tanya restorant ni celah mana takdela nanti sesat melarat..hehe Kalau korang terer area Kampung Melayu Sungai Buloh takperla kan..Event mak aku orang Sungai Buloh pon tak familiar sangat area Sg Buloh ni..

Elok molek jer mummy set rambut dia.. Baju Raiisah ni beli masa nak ambik kek petang tu..hehehe Dah alang2 ada kat Bangsar Village beli terus kat Butik O' Kidz.. Situ kalau korang nak cari baju birthday party untuk anak korang pergila situ yer sebab cantik2 dan harga pon boleh tahan tak mahal sangat.. Macam Raiisah punya ni baru rm79.90..

Sebelum dorang sampai aku ngan Affan oder makanan dulu.. Semua orang dah sampai baru sesi memotong kek.. Raiisah masa ni muka takde perasan blur ker apa..hahaha

Pastu ramai2 nyanyi lagu happy besday kat dia..

Terus menangis..

Looo tu pon nak nangis..hahaha Muka terkejut gila masa ni..Ramai2 nyanyi lagu Happy Birthday Raiisah Happy Birthday Raiisah terus uuwwwwwwaaaa!! Drama melayu sangat ni..

Ok la padam lilin jap bagi dia berhenti nangis.. Jauhkan kek dulu sebab masa tengah pasang lilin tangan tu sibuk nak pengang lilin tengah nyala tu.. huihh ganaz Mek Echa api pon dia nak pengang..Kang bagi pengang baru tau...haha

Ok dah cool sambung pasang lilin balik..

Ok Raiisah cepat tiup lilin..

Tiup Raiisah tiup cepatt!! Tak nak tiup pulak sibuk nak pengang lilin..

Sudahnya mummy ko yang tiup..fuuhh fuhhh.. hahaha Tu nampak dia bangun nak pengang lilin..

Cubaan Atuk letak crown atas kepala Raiisah menjadi.. Awal2 suruh pakai tak nak abis dia campak crown tu.. Mood masa tu tak ok suruh buat apa semua takmo.. Selalu macam tu tau, last year pon sama gak mood ke laut pasifik..

Raiisah pandang sini la.. Tak nak jugak dok la sibuk cucuk lilin kat kek tu..

Nanakkkkkk!!! marah kena pengang..haha

 
Haa cucuk la lilin kat kek tu sampai lebam.. Nasib besday awak mummy daddy layankan jer..

Daddy suruh pandang kamera dok terjegat belakang tu pulak dia..

Ni la satu2 gambar yang ok yang lain Raiisah ok gambar kiteorang pulak blur..

Ok semua jom makan..Amboii Mek Echa kalau makan laju jer dia..hahaha

Baca doa dulu..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dah makan baru nampak happy sikit..

Tapi tak makan banyak sangat ada la 5 6 suap..

Anak buah..

Adik bongsu saya Fahmi dan Luthfi anak kakak ku..

Abang Haris sori gambar ni jer yang ok..hahaha Di tengah2 itu kakak kesayangan ku.. Terim kasih Zura bagi birthday present kitchen set untuk Riisah..

Abah dan Mak..

Apa tah dibualkannya tu..

Makan sambil berborak dengan kakak ipar..

Sementara yang lain makan Opah layan Raiisha potong kek..

Nyanyi lagu hari jadi sekali lagi..

Abis dia teraburkan kek.. Tak bagi daddy pengang pisau kek..

Tak boleh Raiisah abis kek tu rosak nanti...Dah nangis...

Ok la besday awak lantok la situ janji awak happy..hehe

Potong kek nak suap atuk..

Hahaha Atuk over muka tu..

 
 Suap Daddy..

Suap Mummy pulak.. Sweet sangat.. Tenkiu buah hati sayang mummy.. Besar dah awak 2 tahun.. Tahun depan 3 tahun.. kang tau2 eh dah nak masuk school pulak.. T_T

Sesi bukak hadiah..

 
Ni jer la anak buah yang saya ada..

Abang Pi ni hari jadi Raiisah ker hari jadi Abang Pi.. Dia yang bersungguh-sungguh bukakkan hadiah Raiisah tu..hahaha

Raiisah apakah yang sedang awak lakukan itu??!! Pandang depan!

Terima kasih PakLong, MakLong, Ibu, Ayah, PokSu, Atuk, Nenek, Opah & Atuk Gafur coz sudi datang celebrate Hari Jadi Raiisah yang ke 2..Terima kasih sekali lagi..Inshaallah ada rezeki tahun depan kita celebrate lagi!

piece : kathyjem

12 comments:

FuZaiNi@$imPle@LiFe said...

wahh sedapnye makanan...hehee

safurara said...

hehehehe.lawak lah mek echa,org nyanyi kat dia,dia nangis pulak.hehehe

Hafiz Hafizol said...

hai Raisyaa nie bakpe la cute sangat.. gerammm

Chekgu Azrine said...

Tgok mknn best2..
Ada kena byr sewa apa2 ke klu nk celebrate birthday...

Happy belated birthday raiisahh..
Comel kamu..
Jom jd menantu auntie..hehe

HanNis SaNia said...

Laa nape dia menangis??? menangis terharu ke ??? hihi comel giler . Baju lip lap kalah ramlah ram :)

MOMMYLIN said...

simple pun dah nampak grand.
raisah terkejut la tu... ingat orang marah kot.
#imladyadie

Unknown said...

comelnya raisah..

Unknown said...

so cute la mek echa....Happy Birthday..Moga jadi kebanggaan Mummy and daddy...dan x lupa menjadi anak yang soleh..amin

laila74 said...

Comeinya besday girl....

FadMN said...

Memang confused nak p restoren tu.kitaorg pun sesat.hampir give up nasib jumpa.
Btw happy besday raisah yang comey.saya suka seluar awak la kathy.

FAD

arysha_fayyadh said...

Assalam kathy,
lawak toi la mek echa ni..
dah la comei, lawak pulop tu he3
geram3

Unknown said...

Mek Echa...Happy Belated Birthday...cute pakai dress purple tu....seronok baca posting kathy nie