Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, January 6, 2015

Raiisah Pegi Ofis Mummy

Salam semua..hari tu bawak Raiisah pegi ofis..Ni kali ke dua Raiisah datang ofis mummy last masa Raiisah 3 bulan..Ni pon sebab terpaksa bawak dia ngi ofis.. Kalau ikutkan Affan jaga Raiisah tibe2 last minit tak boleh dia kena masuk ofis ada kerja perlu di settlekan..

Nak tak nak terpaksa bawak Raiisah datang ofis aku..Mak pulak takde kat Sg. Buloh dia kat rumah kakak aku kat Hulu Langat..Nak hanta Raiisah kat rumah Kakak aku macam malas besok tu Sabtu.. Lagi pon Jumaat satu hari jer kerja besok tu Sabtu cuti..

Kebetulan Jumaat hari tu ramai yang cuti Christmas so berani la bawak Raiisah datang ofis.. Kalau ramai yang tak cuti tak berani aku nak bawak Raiisah ngi ofis kang abis die kacau..Mek Echa ni bukannya boleh percaya datang mood meroyan dia abis kacau orang2 kat ofis mummy ni..hahahaha

Awal pagi Raiisah kena bangun yer muka pon nampak sembab..Tapi yang penting kita senyum dulu..

Kat ofis mummy nanti jangan nakal2 tau..

Sampai2 terus duduk atas kerusi Abang Charles.. Nasib Abang Charles cuti..

Akhirnya dapat jugak auntie Aishah jumpe Raiisah selalu tengok dalam Instagram jer..

Tibe2 bos bagitau ada kerja urgent kena buat pagi tu..kena ambik gambar untuk Misi Bantuan Air Bersih ke Pahang di Sg. Besi..abis anak saya macam mana bos..Takper awak bawak sekali anak awak pegi Sg. Besi.. Mana boleh bos hujan la tak berani saya..Ok la kalau macam tu suruh Aishah jaga jap anak awak..Nasib Aishah ada boleh la jaga Raiisah.. Lagi pon event tu kejap jer..

Semua photographer lelaki takde cuti yang ada tinggal aku dengan Zahid jer.. Nak tak nak terpaksa la tinggal Raiisah dengan Aishah sekejap..Cuak2 jugak nak tinggal Raiisah dengan Aishah kot2 die meragam ke apa nanti.. Aishah kalau Raiisah berak ni pampers dia.. Haaa Akak berak??!! hahahaha Aishah dah cuak2 dengar perkataan berak..takut macam mana nak cuci nanti..kekeke Nasib baik Raiisah tak berak kalau jenuh la auntie Aishah nak cuci..

Sebelum kerja kat site beli breakfast untuk Raiisah..Kan kena tinggal ada la kudapan kat ofis nanti..

Apa tah die membebel dengan auntie Aishah masa ni..

Ok Zahid jom kite kerja di waktu hujan.. hahaha Dah lama Zahid tak ambik video since die excident tahun lepas tak pengang kamera.. Kalau ikutkan die tak boleh ambik gambar dalam tempoh 2 tahun tapi sebab dah takde orang terpaksa jadi videographer..

Dan aku photographer.. Nasib baik event sekejap.. Ambik2 gambar sekeping dua terus gerak balik ofis.. Dalam kepala dok teringat Raiisah..

Sekali Aishah wassapp gambar Raiisah tengah main ipad..

Pastu Aishah wassapp lagi. "Akak Raiisah nak tido macam mana nak buat susu dia" dah sampai ofis baru perasan wassapp Aishah ni...hahaha Sori Aishah tak perasan bawak kereta tadi..

Sampai2 ofis tengok Raiisah dah terlena atas kerusi sampai berdengkur-dengkur.. Alololo cian sampai terlentok2 atas kerusi penat sangat la tu awal pagi kena bangun..

Alihkan dia tidur bawah terus bangun.. Ajak tidur balik tak nak..

Sudahnya makan nugget layan Kids Song kat Youtube..

Dah boring layan Youtube pusing2 dalam ofis..Panjat atas kerusi meja..

Dah penat lari2 ajak dia colouring pulak..Satu satu mummy ko bagi aktiviti supaya tak boring..

Pastu mengadu tangan kotor.. Raiisah ni memang tak boleh langsung tangan kotor sikit mula la bising2 suruh bersihkan selagi tak bersihkan selagi tu dia eeee eeeeee...hahaha

Kacau Auntie Aishah tengah buat kerja.. hahaha Kerja la sangatkan auntie Aishah.. =P

Amboii gelak tu over sangat.. Time kaseh aunti Aishah jaga Raiisah pagi tadi..

Sedar2 kat kol 5.30 ptng.. Masa untuk pulang.. Ni last mummy bawak Raiisah datang ofis mummy lepas ni no more..hahaha

Masuk kereta tak sampai brape minit terus zZZzzZZ! ngantuk sangat la tu..Sampai rumah baringkan dia atas katil pon tak sedar apa.l

piece : kathyjem

7 comments:

Unknown said...

comelnya raiisah :D http://ijahoney.blogspot.com/

Mimy Hamid said...

baik sgt raiisah ni...fayel duk opis mama aduyaiiiiiiiiiiiiiiiiii....mmg tobat nak bawak...tp dia tetap suka opis mama...asik tnaya nak opis mama lagi

nuui said...

Baru 1 hari pergi kerja tu. Raiisah tak kira pula auntie anne ni. dah 10 tahun pergi kerja.

hahhahahah.

1st time left comment. biasa baca dan senyum je. tak tahan, comel bukan main budak Raiisah ni. clutch tak tinggal ok,.

auntie anneikma.

FadMN said...

Hahaha comey mek ecah.saya pun penah bawak anak g opis.tapi masa tu dia baru nak boleh jalan.merayap satu opis.mmg tak boleh buat kerja la.last2 mintak half day terus balik.hahahaha.
FAD

Lynn Huraiza said...

mujur x meragam kan...kalau meragam haru juga tu...

Unknown said...

comelnyaaa raisah.

sinuha said...

Comel je Raiisah ni! ^_^