Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, December 12, 2018

Penang Trip dengan Manjers (Second Day)

Ampunnn mana yang tertunggu-tunggu entry Manjers Penang ni, sorry la sebenarnya banyak sangat alasan tertangguhnya ponn.. Seminggu ke seminggu nak update.. Memanjang tak sempat. hahaha Entry hari ke 3 Penang tunggu bulan pulak ye.. Uitt jangan begitu Kak Kathy ramai menunggu entry manjers ni.. Baik baik...

Ok terus cerita hari ke 2.. Pagi tu bangun masing2 excited tak sabar nak explore Penang..kitaorang dah list tempat makan mana yang best kat Penang ni.

Gigih ko cari baju sama2 kat Shopee. Since ramai tanya baju binatang comel ni kitaorang beli kat mana kan. haha Beli kat Shopee je awak.

Pastu gigih masing2 lompat dari katil pagi tu terus capai towel posing ala2 cute adik korea versi sopan di pagi hari gitew.. Ada yang ingat kiteorang pakai tudung putih..hahaha nampak macam tudung kan, towel je awak. muka pon tak basuh lagi, taik mata pon ada lagi tuha. gigih ko nak tunjuk natural beauty pagi2.. bahahaha..

Pastu terus bersiap2 nak pergi angkat berat.. Walaupon aktiviti 3 hari ko tu makan dan makan exercise harus dilupa jangan. Kalau tak sempat exercise hari ni esok boleh buat..Tak sempat esok kulat boleh buat. Kalau kulat pon tak sempat haa takyah buat la senang cerita.. Banyak sangat alasan ko kan.

Lepas dah abis workout pergi melantak pulak. Apooo ni?? 😆 ponat je ko guling2 atas gym tu. hahaha Takper yang penting ko tau had pengambilan kalori ko banyak mana. Nanti malam tu burn la balik. Tu pon kalau ko rajin burn la. Kalau malas tidur je. tengok alasan lagi. hahaha

Boleh makan macam2 tapi portion jangan ambik banyak, ambik anjer2 je. See i ambik anjer2 je kan, sian kena la ambik gak nanti kempunan sampai Key eL.

Dah tu je i makan..hahaha boleh caya ke tu. Ehhhhh sila la percaya ye.

Perut dah kenyang jom balik bilik nak terbang atas kolam pastu kita nak bersauna na na naaa. Tak sabarnya nak sauna nak kasi lemak2 tepu tu hilang.

Testing2 dalam ke tak? hahaha

Ok tak dalam jom berenang.. 😆

Gigih ko beli pelampung.. Beli kat mana? haa ni pon ramai tanya.. Beli kat Lazada je awak.

Seronok betul jadi kanak2 riang dalam kolam.. Lupa anak suami kat rumah. Sekali sekali kena ada me time dengan kawan2. Tak semestinya kena pergi bercuti oversea. Dalam Malaysia pon oj er, banyak je tempat2 menarik lawa2. nak lepak mengopi kedai mamak depan rumah pon boleh. Asal jumpa bersua muka depan dengan kawan2 pon dah cukup ok.

Time ni la korang nak hilangkan stress. Bila ko dapat luahkan apa yang terbuku kat kawan2 ko akan rasa lega tenang dan nyaman..hahaha Nyaman pon boleh..

Tengah syok berenang2 tidur pulak..hahaha Rasa dunia ni kita bertiga yang punya..

Fefeeling nampak..

Feeling atas laut pon boleh kan..

Dah penat berenang, berjoget segala tarian ko menari dalam kolam tu, moh ler kita bersauna..Scrub ni Yana bawak dari rumah.. Berasap-asap dalam bilik sauna tu. Peluh meleleh tak hingat. Macam berlari 20 km.

Layan abis dapat sauna dengan scrub perasa kopi.. Abis semua saki daki baki badan kiteorang scrub. Fuhhh best best best giler! badan rasa sedap ringan. Sambil2 scrub sambil2 gossip. Tu la orang perempuan kan, bangun dari tidur gosip, time makan gosip, nak tidur pon gosip. Haipp jangan fikir bukan2 kitaorang gosip macam mana nak bina empayar business juta2 tau. 😝

Breakfast dah, berenang pon dah, bersauna pon dah dah. Jom la kita jalan2 cari makan tempat best kat Penang nii. Disebabkan Eira terlupa list tempat makan mana yang kitaorang nak pergi tu tengok la balik kt FB ada orang share 10 tempat menarik kat Penang. So kiteorang refer situ jer. Macam2 tempat nak pergi ni, sempat ke tak redah je.

Feeling tourist sangat ni. hahaha

Mula2 kiteorang plan nak makan Laksa Janggus yang orang dok kata Laksa paling sedap dan  nombor satu di Penang tu. Dah sampai molek depan gerai Laksa tu sekali tutup la.. Dia buka 3.30pm. Kitaorang sampai masa tu dalam kul 2.30.. Perghh satu jam nak tunggu tak jadi la..

Kalau ikutkan kedai Laksa Janggus ni takde la jauh sangat dari hotel kiteorang stay ni. Pastu cari Nasi Pandang pon sama tutup gak..Sudahnya Ayu Mee Udang Teluk Kumbar je la kiteorang makan..Pernah makan kat situ 6 tahun lepas masa tu datang dengan geng2 sekolah..

Aku oder Maggi Udang, Yana oder Mee Udang, Eira oder Nasi goreng udang. Maggi Udang yang aku oder tu sedap gak tapi Eira punya nasi goreng terpaling sedap. Abis licin pompuan tu makan. Yana macam biasa makan tak abis. Dia kata tekak tak kena Mee Udang tu lagipon portion mee udang tu banyak sangat. Jenuh ler aku dengan Eira abiskan Udang Yana tu.. Puas dapat makan udang banyak.. Tapi memang macam kureng sikit Mee Udang tu..Maggi Udang lagi sedap.

Sebelum makan wajib gambor.

Lepas tu cari Cendul pulak.

Sampai2 beratur panjang tapi tunggu tak lama, gerak laju gak..

Kata tourist kan depan gerai cendol pon jadi.. haha bak kata suami Yana, "Pakai cantik2 pergi makan cendul jur".. bahahaha Ni tak kelakar. Sekali sekala nak jadi awek Cendol..

Meh kita rasa sedap ke tidak yang orang dok canang kata Penang Road Famous TeoChew Chendul ni paling laku keras sedap.

Ermmmm..... Sedap!!!! kakak bagi 8 bintang tapi tak boleh kalah Melaka famous nyonya cendol tu. Tu cendol terpaling sedap aku pernah makan. Korang kalau pergi Melaka wajib tau try Cendol Nyonya tu. Superb sedap giler rasa dia. Tu aku bagi 10 bintang!

Muncung2 masing dapat makan cendol.

Dah kenyang jom cari kopi viral pulak... Masa tak cukup pastu langit pon dah nak gelap. Kita pergi mana yang dan je la. Kalau sempat dan tak hujan kita pergi pantai posing 2 3 keping.. Kalau tak balik hotel jer.

Gigih kiteorang mata melilau cari mural cantik2 kat Penang Road ni sekali jumpa satu je.. Nak cari Mural lain macam dah tak sempat.

Kopi viral harus sempat. Kalau tak menangis Eira tepi bucu katil tak dapat minum kopi viral yang dia nak sangat minum ni.. Still kena beratur gak.. Penang tempat makan famous memang kena beratuq ek?

Lupa nak snap gambar kopi viral ni.. Famous auntie Kopi ni siap masuk tv lagi uolss.. Rileks je auntie ni tapi dia punya rasa kopi, perghhhhhh terbaik giler kot kalah kopi starbucks.. hahaha Serius weii tak tipu, sedap pekat likat "Kopi Peng" ni. Murah sebungkus RM2.50 kopi Aunty Evelin ni. Wajib la korang try siapa yang hantu kopi tu.

Konon nak posing depan pantai sekali hujan daaa. terus balik ke bilik siap2 untuk party pulak.. Waahh ada party buih..

Dah siap mandi semua bagai terus bersiap untuk night party pulak. Amboii Girl's Night sangat malam tu yer..

Konon ingat nak berparty dinner dalam bilik karaoke sekali tak jadi. Giler berani aku dengan Eira keluar bilik pakai macam ni.. hahaha Nak tengok bilik karaoke dan harga bilik sebenarnya sebab malas nak tukar baju biasa kitaorang redah je pakai baju unicorn.

Tengah tunggu lif sekali ada sekumpulan mat2 muda remaja keluar dari lif kiteorang tunggu ni. Aduhhhh! time ni pulak la terserempak dengan budak2 lelaki.. Buat2 padang bawah..hahaha Siap dorang cakap.. Ala2 comel unicorn ni.. Hoii rasa nak terjun bangunan hotel tu..

Tengok harga.. -____- tak jadi la..Sejam RM100. mahai bebenor..takkan nak karok 1 jam mana puas. So tukar baju kita dinner dulu kat depan hotel.

Hujan2 dapat makan ikan siakap 3 rasa pon layannnn.. Pastu oder sayur.. 3 lauk pon dah kenyang.

Kerang bakar.. Dah kenyang terus lari 100 meter ke hotel. Boleh tahan lebat masa ni.. Nak tunggu hujan berhenti mau kiteoramg tidur kat kedai makan tu..

Ok sambung party manjers!

Homei tak kami? Letak yang comel2 je..Yang tak berapa comel di larang sama sekali letak dalam ni..

Malam tu memang kitaorang buat kerja gila. Lompat2 gelak2 guling2. Bila lagi nak buat kerja gile macam ni kan. Kalau suami anak ikut memang tak dapat la moment2 ni..Ni la tujuan kiteorang holiday bertiga.. Memang nak enjoy puas moment2 macam ni.. Esok dah tua tengok balik mesti tergelak sampai terkeluar gigi pelsu..

Jom kita celebrate birthday manjers Yana dengan Eira. Kebetulan birthday Yana dengan Eira selang sehari dua, moh ler tiup lilin sama2 walaupon lilin tak dapat pasang sebab lighter lupa beli.. Buat gaya ala2 tiup lilin pon boleh.

Kek Red Velvet tu tak sedap. Pelik nau rasa dia.. menyesal lak ambik.. Hello Secret Recipe kot pahal tak sedap ni??!! Selalu kek SR kan sedap2.

Pukul 1 pagi celebrate. Hebat sangat manjers ni..

Ceria happy je kan tengok tapi masing2 dah ngantuk weii.. Yang tak mengantuk si Eira tu, minum kacip fatimah ke apa pompuan tu, kemain cergas lain maciam je aku dengan Yana tengok.

Terpaling sayang dua manjers ni. Semoga kita manjers berkawan sampai ke tua, jaga hubungan kita bertiga okey.. Walaupon ada dunia luar di sana sedang memerhati kita dan sedang menghancurkan hubungan kita bertiga selama hampir 14 tahun ni, kita jangan peduli dengan kata2 negatif mereka. Terus berjuang demi manjers.. #bffgoals #paskal. tiberrrr!hahaha Mentang2 malam sebelum tu tengok movie Paskal. haha kemain korang 7 hari 6 malam cerita Paskal jer.

Terima la hadiah dari kami bertiga. Yana aku dengan Eira bagi jam. Eira pulak aku dengan Yana bagi tudung Duck sebab Eira memang hantu barang "Duck". Senang bagi dia tudung Duck. Kemain melompat2 suka..

Ok Mak2 unicorn nak tidur..ececece konon2 nak buat gaya unicorn tidur tapi dah macam rupa unicorn kepenatan je tengok.. hahaha Budjet cute la sangat. Ok memang penat giler. Uwaa esok nak balik dah.. Macam tak puas je. Lepas ni bercuti kena ambik 4 3 malam la kan manjer..


Mesti ada yang nak tau sejarah dan rahsia macam mana kami bertiga jumpa dan terus jadi Bff selama 14 tahun dan sampai sekarang masih berkawan.

Actually kami bertiga ni satu company kerja di salah sebuah publishing company masa tu. Eira reporter, Yana photographer dan aku pulak Graphic Designer. So dari situ kitaoran kenal dan rapat. Lepas setahun kerja sama2 kitaorang dapat offer company lain. Eh macam panjang pulak nak bercerita.. Korang tengok je la video macam mana kitaorang jumpa dan kekal kawan baik sampai sekarang.

Dan kalau nak tahu asal usul kiteorang memang bertiga dari dulu. so kalau ada orang lain yang korang cakap tu memang tak masuk dalam senarai sejarah pertemuan manjers. Harap maklum jangan ada tanya lagi. hahaha kadang2 letih nak jawab soalan tutttttt..

piece : kathyjem