Klik Yer!! Mekasih...

Wednesday, May 31, 2017

Kaay Creamy Mattes Bukan Hanya Gincu Semata-Mata Malah Merawat Bibir Sekali

Alhamdulillah Kaay Cosmetics telah keluar packaging baru dan satu colour baru..So total lipstick KAAY sekarang ni ada 4 shades..

Kalau ada yang kat luar tu masih tak tau apa itu Kaay Creamy Mattes dan kelebihan?? colour apa ada?? apa yang menarik compare Lipstick yang ada kat pasaran ni..

Haaaa... Kaay Creamy Mattes ni adalah yang pertama di Malaysia yang mengandungi Minyak Kelapa Dara (VCO) dan bau coklat, sher butter & mint yang buat bibir korang rasa sejuk berangin je bila pakai kat bibir..Rasa nak kunyah2 bila taruk kat bibir..Siapa mengidam nak makan cokelat tapi tak boleh makan or takut badan sihat dengan jayanya, boleh la cuba sikit kat bibir korang..mesti korang gembira punya la..silap2 sampai ke malam tak nak tanggal Kaay Creamy Mattes..hihi

Dan ada juga Argan Oil, Seed Oil yang memberi kesan lembab dan tahan lama..siapa yang bibir sensitif tu jangan risau, Kaay Creamy Mattes ni tak mengeringkan dan tak berkerak.. Bukan sekadar lipmatte cantik di bibir sajer uolsss, ia merawat bibir merekah sekali..

Yang best Kaay Creamy Mattes ni mesra wudhu, maksud mesra wudhu tu senang nak dicuci bila nak bawa solat..Mudah dibersihkan, hanya pakai wet tissue sajer..Takde ye alkohol, bahan pewangi kimia segala bagai..Dan akhir sekali lulus KKM dan ianya HALAL..


Colour code : RED VELVET

Colour Red Velvet ni paling aku suka tau..even waktu siang pon sesuai sangat pakai colour Red Velvet ni..siapa malas mekap tapi nak muka nampak macam mekap, tak nak nampak sememeh macam baru tido, boleh calit Red Velvet ni, terus muka korang berseri-seri bak bunga rose yang dipetik dari pokok belakang rumah Kak Kathy..hahaha

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Colour code : CARAMEL

Colour paling hot di Malaysia..giteww katanya hot..hahaha eh betul la hot..berdesup-desup orang oder colour Caramel ni tau..Dynas Mokhtar sampai 3 kali repeat oder Lipstick Kaay ni..Siapa yang suka colour lipstik yang natural boleh pakai colour Caramel ni..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Colour code : ROSEBERRY

Ni pon sama terpaling hot jugak..Pink dia alahai buat korang tak nak tanggal je lipstik kat bibir tu tau..Rasa paling diri ku la paling "Tersweet di abad ini"..mehehehe

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Colour code : Honey Toffee

Ni colour paling baru keluar dari perut bumi, Honey Toffee..colour ni jugak bakal menggegarkan satu Malaysia suatu hari nanti..hehehe Amin..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harga berapa?? awak seketui RM35 je awak..Kalau beli 4 sempena Ramadhan Al-Mubarak ni Kak Kathy bagi harga terlajak sayang kat awak semua, hanya RM130..

Berminat nak cuba boleh laju berdesup whatsapp Kak Kathy okey.. 011-28811281
Mana yang nak oder DD Cushion pon boleh ajer..


Siapa nak lipstick Kaay FREE boleh datang ke SACC, Jumaat sampai Ahad ni okey, 2- 4 Jun..Kak Kathy nak bagi lipstick percuma untuk 50 orang yang terawal..Nanti datang naaa, boleh kita borak hai2 sambil berselfie..Booth Kaay Cosmetics nombor 20..

Jumpa korang sana nanti okey.. ^_^

INGAT COKELAT, INGAT KAAY CREAMY MATTES..

piece : kathyjem

Tuesday, May 30, 2017

Atuk Jem Sudah Pulang!

Alhamdulillah abah selamat sampai Malaysia..ramai tanya abah pergi mana? abah pergi Australia, cari pengalaman kerja kat sana..Abah pegi tahun lepas..Abah ni jenis suka bekerja..walaupon umur abah 65 tahun still nak bekerja jugak..kalau ikutkan memang tak kasi abah pergi ke sana tapi takla bagi abah nak merasa kerja kat negara orang..Zaman bujang abah pernah kerja kat negara Arab tapi masa tu arwah opah tak bagi tinggal lama2 kat sana..hampir 2 tahun jugak abah kerja kat sana pastu balik Malaysia cari jodoh jumpa la mak..hehehe

Pagi tu kakak aku pergi ambik abah..dari rumah dia nak ke KLIA dah dekat..kalau ikutkan aku yang kena ambik abah kt KLIA tapi akak aku offer nak ambik abah aku ok jer..abah bertolak Jumaat malam, subuh Sabtu tu abah sampai..sepanjang perjalanan aku berdoa je agar perjalanan abah ke Malaysia dipermudahkan..Amin Allah maha medengar..Smooth je perjalanan abah ke Malaysia..abah kata ada cuak gak la, kapal langgar awan..bergegar satu badan kapal tu..

Sabar menanti abah..ting! pukul 10.30 pagi abah sampai Sg. Buloh..Abah sampai je depan pintu terus aku peluk cium pipi abah..rindu yang terkata..meleleh la kejap air mata ni..hahaha ni first time tau setahun tak jumpa abah..nampak anak manja abah sangat ni..hahaha

Ni cucu paling kesayangan atuk yang tak jumpa setahun..dari dalam pantang sampai umur 4 tahun atuk jaga Raiisah..dari tak pandai berjoget sampai kaki joget la atuk ajar..hahaha

 Mula2 jumpa atuk malu..suruh senyum, pi buat bibir muncung..

 Kan dah kena katup tangan kat muka..suka mengusik atuk..

Ni cucu kesayangan nombor dua..First time Afif tengok atuk..Selalu tengok Atuk dalam skrin handphone..ni dapat jumpa live kemain muka blur Afif ni..hahahaa..Umur Afif 7 bulan baru dapat jumpa atuk yer,.abis la kena gomol dengan atuk hari2..

Atuk gigi mana? Raiisah tanya.. >_<

Sorang monyok, sorang ceria..

Moment ni paling di tunggu-tunggu..Comel atuk dukung depa berdua ni..Mayiesha dan Afif beza 7 bulan..

Setahun atuk kumpul ole2 untuk cucu2 dan anak2 nya..hahaha taklahh..giler setahun, main2 je..nak dekat balik baru abah borong barang2 kat sana..kat sana barang2 macam ni murah sangat..abah cakap kalau bawak 50dolar beli barang dapur macam2 boleh dapat, siap bawak duit baki 20 dolar lagi..sini bawak 50hengget tak dapet ler..

piece : kathyjem

Tuesday, May 16, 2017

Kaay Cosmetics dalam Berita Harian

Alhamdulillah..pagi ni dapat berita yg sangat mengembirakan..Kaay Cosmetics dalam paper Berita Harian..tau berita ni pon dalam group whatsapp Kaay..😍 

Kecoh jap Kaay dalam paper BH..kembang kucup hidung Mak Jemah aka Yana dan Mak Hayam aka Kathy..giteww gelaran aku dgn Yana dalam group Kaay..hahaha Siapa jumpa Kak Kathy jangan lupa lambai tangan say hi2 kat Mak Hayam Kaay ni tau..tu nama baru Kak Kathy.. *berjalansambillibastudung 😆


Thank you team #kaayfighter.. Tanpa korang semua siapa la Kaay dimata pengguna..Tanpa team #kaayfighter yang bekerja keras siang malam untuk menaikkan nama Kaay Cosmetics tak mungkin Kaay berada ditahap ni sekarang..Jom Kaayfighter kita merokek bersama2 ke langit ke tujuh bulan Ramadan ni!!

Semangat Kak Kathy tau siap screenshot lagi nk bg hampa semua baca..😄 







Kalo rajin meh la baca..hehe

Thank you pada customer Kaay, siap send lagi gambar ni pada agent kami..terharu dan bangga..😭 

Ok tkleh bebel panjang2..nk sambung buat kerja..

piece : kathyjem

Monday, May 8, 2017

Susu untuk kurangkan sembelit

Raiisah ni jenis kuat minum air masak..kadang tu minum air masak je tak cukup nak proses penghadaman dia..yerla dah macam2 segala jenis makanan dia telan mau tak sembelit..kadang2 tu kesian tengok dia dok tertonggeng-tonggeng meneran berak..bukan kita tak pantau apa yang dia makan, pantau tapi tu la dah namanya budakkan makan macam2 jenis segala makanan yang kadang tu tak membantu proses penghadaman..jenis Raiisah ni walaupon suka makan sayur, buah dia tak suka makan tapi macam sayur tu ada sesetengah jer dia makan and kalau buah ko bagi la dia segala jenis buah depan mata, awal2 dia cabut lari..

Sebab tu kiteorang pilih susu yang boleh bagi kurang masalah sembelit, kembung perut..budak kalau dah kena sembelit, kembung perut memang nak buat aktiviti apa pon tak selesa..sian tengok..Macam susu Friso Gold ni sesuai untuk proses penghadaman dan bagus untuk kanak-kanak yang cirit -birit sebab kandungan zink nya pon tinggi..

Sebab apa aku kata Friso Gold bagus untuk kanak2 yang ada masalah sembelit sebab ia menggunakan teknologi LocNutri iaitu menggunakan sedikit harba semasa proses pengeluaran/pemprosesan susu, yang mana dapat memelihara protein..Protein ni la memainkan peranan penting dalam penghasilan otot, kulit serta rambut..Ia  juga menyokong sistem imun dan membantu dalam penghasilan antibodi..So nak pastikan anak sihat, cergas dan kuat dari dalam dan luar harus la mencuba Friso Gold ni..

Teknologi LocNutri Friso Gold memelihara nutrien dalam bentuk asalnya..Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk diserap dan hanya menggunakan sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik mungkin..

So para ibu-ibu di luar sana boleh daftar di sini untuk dapat sample Friso Gold secara percuma dan boleh bagi anak untuk cuba minum..

Cikedout website Friso Gold 


piece : kathyjem