Klik Yer!! Mekasih...

Friday, June 28, 2019

Kenduri Cukur Jambul

Pergi open house kali ni macam biasa, Affan takda.. Kalau tak ada dia dalam ni maka berkerja la dia.. Tu la dia laki aku time orang cuti dia kerja, time orang kerja dia cuti.. Membawa la Si Puteh dengan Si Kitam ke kenduri doa selamat auntie Mirza.. Lama tak jumpa auntie Mirza. Tau2 dah 3 orang anak dah..

 Mor ler kita beraya ke Cheras, lepas ni nak pergi Besday Party Mayiesha pulak anak buah aku..

Sampai2 keluar kereta nak ambik gambar ootd raya Afif dengan Mekcha.. aduiii kemain susah nak suruh dorang ni diam kejap..Lagi2 si Afif tu.

 Dengan terjelir lidah nye..Tak boleh diam 1 saat.. Pening mummy ko terjerit2 depan rumah orang tu nak kasi diam tegak 1 saat..Nasib baik orang dalam rumah tu tak baling kasut kat mummy..

Bila mummy nak nengok Afif pakai songkok ni.. Hari tu nak beli..Try pakai kat kepala abis dia campak songkok tu.. Sejenis tak suka ada benda atas kepala..

Mek ni mula bising tak ambik gambar.. Mummy gertak sikit terus berubah jadi Zahirah Macwilson.. hahaha
 Haa macam ni la anak mummy.. hahaha Dah pakai lawo2 kena la ambik gambor.. Mummy ko kan, gambar dan baju berpisah tiada..

Haa tantik tak gambar raya kita depan pagar rumah orang..hahaha Mekcha ambik gambar ni.. Cantikkan Mekcha ambik..Yang penting mummy nampak tinggi, kurus tak boleh cakap memang dah kurus..Ramai tegur napa kurus nau nau.. Tah la mungkin puasa hari tu kot..Aku kalau bulan puasa memang badan susut giler2, nanti abis raya naik la tu 2 3 kg balik..hahaha

 Ni la kawan baik kita dari form 1.. Siapa baca blog Kathy mesti perasankan Mirza ni..

Macam tak percaya awak dah ada 3 orang anak.. Kalau ingat balik Mirza ni macam2 usaha, macam2 cara untuk dia nak dapatkan zuriat sendiri. Tak silap kita hampir 4 tahun kan awak..Aku tau dia punya semangat kekuatan menghadapi semua ni macam ni.. Kita bangga dengan pencapaian awak tau.. Eh apa ko merepek ni Kathy.. hahaha Sorry awak.. Dah lama tak menaip blog mereng sikit..

Anak Mirza yang first kembar, dapat sepasang laki perempuan.. Beranak ke-2 ni dapat gegirl.. Hai Haura Auliya..Semangat anak awak Mirza, bam bam betul dia.. Sajer gusik Mirza, ada potensi nak tambah nombor 4 ker awak??..Erk dia cakap.. hahaha Tunggu aku beranak yang ke-3 Mirza cakap..Erk pulak aku jawab.. 😆

Ni pon kawan dah lama. Dari darjah 6 kami kenal..Aida ni dulu paling hot famous kat sekolah.. Kira zaman sekolah rendah & menengah jadi pujaan ramai jejaka..Untung Yusri kawen dengan awak.. Dah la cantik suka gelak.. hahaha *Aida jangan marah naa kami gurau2..

Haa ada pon kembar Si Inara yang tiba2 muncul.. hehehe Kembar lagi sorang Si Hud mana dia pulak.. Ooo dia tidur masa ni.. Masa nak gerak balik baru nampak dia baru bangun..

 Bergambar atas pelamin..

 Afif memang suka kucing.. Dia kalau nampak kucing abis dia gomol usap2, tarik ekor kucing tu..

Nampak muka gembira bila bermain dengan kucing.. Ingat nak bela kucing balik tapi memikirkan bila nak berjalan tinggal kucing lama kat rumah terus rasa terbantuk nak bela.. Aku tau la sebab dulu pernah bela kucing berbelas ekor..Siap jual lagi anak kucing..hehehe

Kathy, Mirza, Iza dan Aida..Iza pon sama lama dah tak jumpa..Masa ni Iza dah nak gerak balik..Sempat ambik gambar depan pintu.. Masa ni aku baru sampai.. Terkebawah pulak gambar ni..

Ok mak2 lepas makan saya nak kena gerak ke KL pulak..huiihh jangan jem sudah..Tau je la open house sana sini, sure jalan jem tak hingat..Anak2 masuk kereta ni confirm tidur terus..

piece : kathyjem

Thursday, June 27, 2019

Ubat Paling Berkesan Untuk Hilangkan Sinus & Selsema

Giler lama dah tak kena sinus.. Tak tau la salah makan ke faktor usia ke apa. Lately ni teruk pula kena sinus.. Pagi siang malam kena bersin.. Siapa tengok ig story aku mesti perasan aku selalu soosekk sosekkk kan.. hahaha Lagi2 waktu pagi.. Rasa nak tercabut hidung setiap kali sinus datang..

Hari tu gigih pegi farmasi cari benda alah ni, Avamys Nasal Spray.. Gile lama tak pakai.. Aku rasa kat setahun dah tak kena sinus..Ingat dulu doktor pernah cakap aku punye sinus kategori bukan teruk sangat la.. Kalau kategori teruk tu kena sampai operate.. Aku berdoa je jangan sampai kena tahap tu..

Siapa baca blog aku sebelum ni, mesti perasan aku pernah mention tentang kebaikkan Avamys Nasal Spray ni.. Mekcha masa dia umur setahun dua pon pakai Avamys Nasal Spray ni.. Tak kisah kids pon boleh je sebenarnya pakai Avamys Nasal Spray ni..Once abis sebotol boleh stop, kalau nak continue pakai pon boleh takde masalah..

Sebotol Avamys Nasal Spray ni harga RM39.. Beli kat Big Pharmacy, Kota Damansara.. Big Pharmacy ni banyak cawangan dia dah, ada kat Bangsar, Melawati, Selayang pon ada.. Farmasi lain aku tak tau harga Avamys berapa tapi untuk ubat-ubatan aku suka beli kat Big Pharmacy, compare Vitacare pharmacy & CARiNG Pharmacy memang mahal sikit..

Kegunaan Avamys Nasal Spray ni ada kesan-kesan sampingan ini mungkin boleh berlaku atau tak cuma ia sangat jarang berlaku. So sebelum nak guna dapatkan nasihat doktor.. Macam aku memang dah dapat nasihat dari doktor tentang ubat ni.. So untuk badan aku takde apa2 masalah..So far so good, Mekcha pon sama ok je pakai..

Baru try ubat selsema Telfast-D.. Mana ada sinus pon boleh ambik ubat ni..Affan dulu masa muda remaja selalu kena sinus selsema teruk.. Dia la suggest aku ambik Telfast-D.. Dia kata telfast-D memang bagus.. Sinus dengan selsema cepat kering.. Aku pon ia kan jer la.. hahaha

Affan bab2 nama ubat, kebaikan ubat semua dia tahu..Kagum aku kejap.. Masalahnya nama ubat pelik2 semua dia tahu..Aku cakap kenapa tak nak jadi Doktor.. Jawapan dia, Susah nanti awek mak datin banyak mengorat.. Ek elehhh jawapan macam minta siku hinggap kat hidung tu.. hahaha

Bapak besar ubat dia..Affan cakap kena abis sepapan baru tau bagus ke tak bagus ubat Telfast-D ni dengan kita.. Ubat ni pon beli kat Big Pharmacy, RM13..Terkulat-kulat nak telan..Siapa tak suka ubat abis la nak kena makan besor macam tu..

Boleh baca entry lama aku tentang Avamys Nasal Spray ni Ubat sesuai untuk anak yang ada 'Sinus'


Lanjer muka dengan muncung berPink sejuk berangin dengan Lipmatte Kaay Cosmetics.. Jangan berangin tengok muka tuan blog sudah..hekhekhek..😆

piece : kathyjem

Wednesday, June 26, 2019

Raya Pertama Ku

Selamat Hari Raya yang ke-22.. hahaha Raya ke 22 baru sempat hapdate kenn.. Sebab dah janji kan kenal la tunai janji.. Nanti kata sis kathy membohong pulak.. So moh ler kita cerita hari raya pertama.. Tahun ni beraya di rumah mertua Kajang.. Tahun depan raya Sg. Buloh pulak. hahaha macam la jauh bebenor Kajang ke Sg. Buloh.. Petang karang la kot baru gerak beraya ke Sg. Buloh. Biasa hari raya pertama rumah Mak mertua memang ramai saudara mara datang beraya.. Silap2 sampai ke malam orang datang beraya rumah Umi.

Kita kasi tepek mak tuan blog punye OhohT raya.. Baju ni last minit 2 hari sebelum raya baru beli. Ramai tanya beli kat mana? Kathy beli kat Butik Losravelda, Shah Alam.. Memang tak plan pon beli baju kat situ. Ingat nak beli kat Jakel. Sekali banyak tak berkenan la kat Jakel.. Baju budak banyak design kureng..

Keluar Jakel jalan2 ternampak butik Losravelda.. Masuk2 eh 90% sale tu.. Wow banyak giler less dia.. Harus rembat sehelai dua dengan baju Mekcha sekali..Berbaloi sangat. Hari tu ada tengok kat Mood Republik baju2 Losravelda ni semua dalam 3++. Yang aku beli ni RM150 jur korang.. hahaha Murah kan.. Sila jeles.. Baju Mekcha baru RM100.. kikiki.. Berbaloi giler..

Tapi yang aku ambik ni size M, besor nak mampuih.. Size S dah abis.. Besok tu terus bawak pergi oter kasi fit ikut badan sikit. Material kain ok la takde la rasa tebal panas sangat..Tudung tu aku dah tak tau nak ikat macam mana sebab baju tu ada reben. Kalau ikat kat leher tak kena sudahnya sumbat je tudung dalam baju.. hahah Baru la molek sikit..

 Menu raya hari pertama di rumah mertua..

 Satay Kajang wajib ada.

 Rendang ayam pon wajib ada.

Lontong pon sama wajib setiap tahun mak mertua masak. Aku dari sehari ke sehari nak buat lontong, memanjang tak confident.. hahaha Resepi tah berpuluh kali tanya mak mertua pon tak jugak buat nye.. Bila tah Affan nak rasa air tangan bini dia buat lontong. Kalau tak sedap abis la kena kutuk dengan Affan.. Sebab tu aku tak confident buat. Dah la Affan tu terer masak.. Kalu dapat laki tak reti masak dah lama dah buat.. hahaha Alasan sangat..

Satay ayam, feveret Afif dan Mekcha.. Mekcha tu dapat makan satay sehari 20 cucuk pon dia boleh. Hantu satay Mek tu, macam daddy dia sebijik..

Ketupat..Takut nak makan.. Aku ni fobia sikit tengok lemang ketupat.. Ingat lemang teringat mengandungkan Raiisah makan lemang sampai tak boleh bangun satu hari.. Sakit perut memulas pening rasa macam nak beranak..

Apa tah nama keropok ni.. Diterbangkan khas dari Indonesia. Bapak mertua bawak dari Indonesia. Aku kalau makan keropok ni tak boleh stop, sedap giler..

 Ok ni cerita raya pulak.. Kitaorang dari rumah sendiri. sebelum sampai rumah mertua, Affan suruh bergambar family dulu. Kang petang2 bergambar takut dah comot. Sebelum on the way nak sampai rumah Umi, Affan ajak singgah taman permainan. Aku pon tak terfikir sangat nak bergambar kat mana..Bila Affan kata taman permainan aku on jer.. Janji ada gambor raya family..

B macam tak kena je ambik gambar raya kat sini.. hahaha Korang tengok la tu pakai tripod stand pon gambar senget..Affan la yang setting ni..

 Haa sini ok sikit. Tengok Si Afif tu sikit punye susah nak suruh dia berdiri. Nak berlari je kerja dia..

 Haa kena pegang dengan daddy baru diam.. Ada uncle tengah jogging masa ni.. Mesti dalam hati uncle tu berkata.. Napa la dorang ni bergambar raya kat playground.. Banyak2 tempat kat playground jugak family ni ambik.. hahaha Lain dari lain uncle baru la unique orang jawa cakap..

 Kakak dan adik..

Ewah Mekcha. suka dia dapat pergi playground..Tak pakai cantik tak boleh nak berlari sangat.. Abis comot kang..

Baju Mekcha ni pon kalau ikutkan besar, pon macam mummy gak kena oter.. Dia darjah 1 tapi pakai size budak 6 tahun. Jenis bentuk badan kecik.. Macam mummy kecik molek.. eh..hahaha

Adik dalam ni adik nampak putih la..

Gambar suami dengan kita wajib ada..Tahun lepas Affan outstation, raya kat Dhaka. Mujur tahun ni dia tak kena terbang mana2.. Dapat jugak beraya dengan dia.

Gambar raya dengan family mertua..Tengok Affan muka gelap kaki putih.. Sian dia makin gelap.. Affan ni kalau ikutkan putih macam Mekcha tu.. hahaha

Anak2 sibuk dengan satay.. Lagi2 Si Kitam Afif tu. 24 jam pegang satay.. Suka nau dengan satay kajang..

Tengah bergambar raya dengan mertua sekali kakak ipar sampai.. Kagum dengan kakak ipar aku , makin kurus la dia.. Dia cakap cut sugar terus, nasi pon makan sikit2 je dan rajin senaman buat aktiviti bersukan..Ooo patut kuruihhh..

Kakak ipar aku ni sejenis macam aku sebelum ni..Makan nasi tak 2 3 kali tambah tak sah.. hahaha Sekarang ni makan segenggam jer, lebih segenggam tak lalu dah cepat kenyang.. Mungkin size perut dah kecik kot..mehehe

Umi lanjer cucu2 Klang makan pizza..

 Aku dah melantak macam2, tengok piza pon jeling2 jer.. hahaha

Tengok gambar ni lupa pulak nak bergambar semua dengan kakak ipar, abang ipar mertua semua tu..Haishhhh macam mana leh lupa ni..

Ok tu je cerita raya kita.. Simple je.. Raya Sg. Buloh pon dah malam dah comot..Tak ambik gambar pon.. Abah dengan Mak dah tukar baju raya, tak seronok pulak nak ambik gambar raya. Masing2 pon dah penat.. Ok la tu je cerita raya Kathy.. 😊

piece : kathyjem

Tuesday, June 25, 2019

Afif Teman Mummy Ngi Ofis

Sementara nak tunggu Afif bangun ni moh le kita ceriakan blog ni kejap.. hahaha Entry Raya bila nak update tu Kathy.. Dah seminggu ni orang tunggu.. hehehe Ok ok janji dalam dis week Kathy update ek ek..

Tadi sajer bawak Si Kitam teman mummy. Napa panggil Afif Si Kitam? sebab dia gelap sikit dari Mekcha. Mekcha lak nenek dia panggil Si Puteh. hahaha Sian adik Mummy panggil dia Si Kitam ye.. Jahat la mummy ni la. Eh takde la mummy panggil awak 24 jam Si Kitam, kadang2 panggil Si Hencem. 😂

Si Kitam ni kalau bawak dia senang. Tak banyak meragam. Jangan bawak dia keluar outdoor je, kalau bawak outdoor memang kerja asyik mengejar je. Sejenis suka berjalan dan tak takut orang.. Masuk hutan sorang2 pon dia boleh ni. Tapi nampak tempat gelap terus jadi penakuit.

Rasa macam nak ambik pekerja part time la.. Rasa tak terdaya nak buat semua. La ni baru ada masa sikit nak kemas surat2 lama. Ada panggil kakak aku tolong jugak tapi still tak cukup tangan nak kena handle. Rasa macam nak ambik assistant part time la. Ada ke sudi nak kerja dengan Kathy..

Barang mainan Afif pon penuh atas lantai. Tak nak bagi dia boring bawak toys. Tapi bukan lama pon dia main toys tu. Yang dia suka panjat kerusi meja, guling2 atas meja lantai. 💆

Mengenang nasib ke Si Kitam hoii.. hahaha Sat naaa awak tidur dulu, pas bangun ni kita gerak balik ek..

piece : kathyjem