Ok jangan sedih tak sabar nak jumpa atuk Ahmad Shamsuddin di Perak...
Raiisah masa ni mood dia nak bergambar sangat baik..siap buat peace lagi..kalau mood dia ke laut suruh la buat macam mana tak naknya..
Demi keselamatan, Raiisah duduk car seat yer..bahaya jalan2 jauh dok depan mummy..kalau aku drive dia dok dalam car seta tu ok jer tapi kalau Affan yang drive aku dok sebelah memang dia tak nak duduk dalam car seat..nasib baik sepanjang jalan dari KL sampai ke Tapah dia tidur..kereta stop bangun terus..
Dah besar ni dia cepat buhsan dok dalam car seat..kalau masa baby tu diam elok jer dalam car seat..Nasib baik nak sampai Kuala Kangsar baru dia jaga..hujan lebat petang tu..
Ingat nak makan laksa Pak Ngah..cari2 tak jumpa, pakai Waze pon tak jumpa sudahnya makan Laksa Karim..Affan cakap sedap jugak Laksa Karim ni...Sampai2 ingat nak makan la kat sini sekali Raiisah buat perangai tak nak duduk atas kerusi..Dah la kedai ni tepi jalan risau pulak kereta, bungkus makan kat rumah Abah senang..boleh makan dengan tenang..hehehe..Bila lagi nak makan sama2 dengan Abahkan..kata lama tak jumpa..
Hujan lebat masa ni..huuuui syok makan laksa dengan teh o panas...lama tak makan laksa Kuala kuah cair..
Abis makan borak2 dengan Abah jap..tanya kabar..yerla hampir 3 tahun tak jumpa Abah..sebab apa lama tak jumpa..takyah la cerita sedih pulak nak cerita.. T_T
Hujan baru berhenti..dapat tengok mini taman abah hasilkan dengan makcik..kagum melihatnya rasa macam berada di taman bunga..
Raiisah tu kemain eeee eeee tak nak pegang bunga..kalau kat rumah abis dia cabut2 bunga plastik atas meja.. 'Mummy flowerr flowerr'.. bagi flower betul geli pulak..
Depan rumah abah ada pokok rambutan..lebat2 buah dia..Sedap kokak buah rambutan tu yer bang..jumpa rambutan macam jumpa buah strawberi dah aku tengok..excited kemain..
Affan tengah khusyuk dengar penerangan pasal tumbuh-tumbuhan dari abah..hehehe Bapak Affan ni dulu bekas guru..Keluarga Affan dulu tinggal di Teluk Intan..sekarang masing2 dah ada kelurga baru..
Pastu Abah tunjuk la pondok mengaji Abah..belakang ada sungai Perak..Raiisah tu macam biaser la bukannya boleh benda2 macam ni..Raiisah jangan nak bandar sangat boleh..pijak rumput pon nak geli..kena duduk ngan atuk ni bagi rasa suasana kampung mendalam sikit dalam diri tu, bandar sangat ni..
Cubaan nak pergi kat Atuk..
Abah bagitau kat hutan situ ada babi hutan..apa babi hutan?!! terus rasa nak lari tak pijak tanah..hahaha malam2 babi hutan keluar cari cacing nak makan..ooo malam ingat siang2..hehehe
Abah cakap sini baru lepas banjir teruk masa hari tu..nampak kontena tu dah kanan teus ke kiri kena bawak arus deras sungai..Dah tengok suasana tempat mengaji abah kami pun pulang..siap2 untuk makan malam dan solat...
Malam tu tak buat apa sangat..just round2 pekan Kuala..
Dah hari ke-2..bang takyah berangan model sangat boleh...hahaha Lepas breakfast nak jalan2 Bandar Diraja Perak..malam semalam pusing banyak tak dapat tengok gelap dah malam kan..hehehe
First sekali kiteorang melawat Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah..aku ni harap mak orang Kuala Kangsar tapi tak pernah dorang bawak ke sini..sedih kan...huhuhu Balik KeyL mengadu kat abah..abah masa kecik2 tak pernah pon bawak kiteorang jalan2 kat sini..hehehe
Lupa nak bagitau Mak ngan Bapak aku orang Perak..Mak asal Padang Rengas, Kampung Keruh Hulu, abah pulak lahir kat Bukit Chandan besar kat dekat dekattt, lupa la weiii..hahaha memanjang lupa aku..10 kali abah bagtau kampung sekian sekian lupa jugak..maklum la abah lahir jer kat situ besar merata-rata sebab arwah opah dulu kerja di rumah orang..selalu pindah randah..
Atuk suruh Raiisah bukak kasut nak masuk masjid..
Pandai macam tu la dengar cakap atuk bukak kasut..
Cari2 di mana saya..hehehe Affan tak abis2 perli aku 'Sian awak tak pernah datang sini ek' meh ambik gambar banyak2.. CIS!
Orang posing sini dia pon nak jugak..sibuk jer..
Suka betul budak Perancis ni kat Raiisah..ikut jer Raiisah pergi mana..
Raiisah siap ajak budak ni..'Ciniiii ciniiii' (sini).. budak tu pon ikut jer walaupon tak faham Raiisah cakap apa..macam ayam ngan itik dah aku tengok..
Cantik hiasaan dalam masjid ni..harap2 satu hari dapat sembahyang dalam masjid ni..
Bergambar dengan Abah & Makcik di depan Masjid Ubudiah..
Nak masuk penjara sila la ambil meriam tu..ada hati nak bawa balik..kena panah petir kat situ kang bru tau..hehehe
Pastu kiteorang melawat rumah yang terletak di sebelah Masjid Ubudiah..Ruamh ni dipercayai harta pusaka kerabat di Raja Perak..Rumah ni adalah rumah Melayu Perak yang mempunyai senibina amat menarik sekali..sunyi takde orang, seram jer..
Tengok Raiisah masuk2 terus nak buka kasut..hahaha Posing kat tangga jer la nak naik atas tak boleh takut runtuh..
Semangat kibarkan bendera Perak ye bang!
Saaayaa anak Peeeerak! saya anak Peeeraaakkk! ye tau anak Perak jom balik dah panaih.. =P Gambar dia kemain cantik2 aku ambik..gambar aku semua badan terpenyek..nyampah!
Lari tak nak gambar dengan mummy.. T_T
Raiisah dengan budak Perancis ni guna bahasa isyarat jer sebab adik ni tak pandai berbahasa inggeris..tapi baik adik Perancis ni suka dia melayan Raiisah yang kuat berlari tu..
Abah jadi tourist guide jap..hehehe
Baru nak melawat Istana Kenangan, Bukit Chandan..tutup pulak..frustnyaaaa..dorang cakap kat setahun lebih tutup..tak tau pasal apa Istana ni tutup..
Pastu melawat saudara mara belah Abah.. tu dia sampai2 di pelawa makan durian..siap tapaukan kiteorang durian lagi..abis la kereta bau durian..
Abah tolong ambik gambar kitaorang makan durian..eh eh banyak pulak abah ambik gambar kiteorang..Affan bagitau abah dulu masa muda2 suka ambil gambar siap beli kamera dslr manual lagi tapi jenis yang pakai kodak tu..dulu2 pakai filem la kan..baru tau abahnya suka photography..
Ada la kat 5 rumah jugak kiteorang beraya..sampai rumah tak ingat apa merangkak cari katil jer..hehehe
Suasana petang di Sungai Perak..
Lepas dinner dengan atuk sesi bermanja-manja dengan atuk..
Dengan opah pon sama manja..Raiisah ni dengan semua orang di sayang, manja..
Atuk dan Opah pulang tinggal la kami di sini..2 malam kiteorang stay kat pondok mengaji abah..Raiisah tu sebelum tidur mesti nak makan kudap kudapan..kuih bahulu favourite dia..
Dah Ahad..besok kerja..uwaaaa tak bestnya..kejap jer dah nak balik dah..
Boleh Affan suruh aku lompat macam tu nak ambik gambar atas jeti sungai tu, memang tak la kan..kang tak sampai atas jeti tu, jatuh dalam sungai apa pon tak boleh..baik la aku dok kat darat diam2..hehehe dah la aku ni penakut macam Raiisah jugakk..hahaha
Huny sini la cantik ambik gambar kat sini..haaa takper la terima kasih banyak2 B..Love U..larikkkkkk!!!
Kembang setaman dah bangun..lapar roti..
Sebelum pulang atuk melayan cucu..apa tah tengah buat si Raiisah tu..breakdance depan atuk ker..
Cantik kan..semua ni abah tanam dengan makcik..hobi dorang..macam2 pokok, daun abah ngan makcik tanam..kagum aku melihatnya..siap bagi kami biji benih kacang parang, bendi, kacang panjang, cili padi, kaktus mini, macam2 lagi la benih kiteorang bawak balik..tapi semua ni bagi kat mak aku la, nak tanam rumah kiteorang mana ada tanah..
Sebelum pulang bergambar kenangan dengan abah dan makcik.
Model mengamuk..kekeke
Erk! Sakit eyut!
Syukur & alhamdulillah dapat beraya dengan abah tahun ni.Terima kasih atas layanan yang begitu baik abah dan mak cik pada kami..nanti saya datang lagi bawak mak ngan abah pulak.. Masuk kereta terus air mata Affan membasahi baju..aku pon sama.. T_T
piece : kathyjem