Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, February 23, 2016

Zenia Collagen bukan untuk putih atau kulit sajer tapi untuk dalaman juga!

Excited nak cerita kat korang ni..hari tu aku dah cerita pasal Transgluta by Zenia kan..ok kali ni nak cerita pasal collagen dia pulak..benda best harusla share dengan korang kan..Sebab ada yang tanya2 kakak kathy minum produk apa yer? skin muka akak ok je..ni la rahsia akak adik2 ku, akak minum Zenia Collagen + Transgluta by Zenia..

Ramai yang makan collagen kan tapi setengah collagen yang ada kat pasaran jenis boleh mengemukkan badan..yer sebab aku dah try 2 3 produk collagen semua jenis macam tu..Jenis 2 minggu makan pastu nafsu makan membuak2..Tapi Zenia Collagen ni tak menaikkan berat badan sebab aku dah minum hampir kat sebulan..Alhamdulillah nampak kesan seperti kulit jadi anjal, jerawat kalau tumbuh pon jenis cepat kecut., badan pon rasa segar, selera makan ok biaser2, takde la masa makan tu 2 3 kali tambah nasi..hehehe..Banyak sebenarnya khasiat Zenia Collagen ni..

Setiap pagi sebelum breakfast and buat kerja aku akan minum Zenia Collagen ni dulu then baru makan Transgluta by Zenia..bukan makan semata-mata nak putih or maintain kulit je tapi bagus untuk dalaman jugak..dalaman pon kita kena jaga jugak jangan asyik nak fikir cantik jer dalam dibiarkan sakit sana sini..

Senang sangat nak bancuh..letak 3 scoop then taruk la air sejuk 100ml..goncang goncang goncang minum..sesuai untuk perempuan busy untuk minum Zenia Collagen ni..bancuh tak sampai brape saat ye pon..tak faham la ada setengah perempuan nak cantik nak badan sihat tapi nak bancuh minum tak sampai 10 saat ni pon malas..erk! macam mana tu..

Khasiat Zenia Collagen ni dorang gunakan bahan collagen gred A sebanyak 70%..senang nak tau collagen tu banyak mana..goncang2 keluar buih banyak maksud dia banyak la collagen dalam tu..Nampak Zenia Collagen berbuih banyak kannnn..maksudnya banyak la collagen dia..dan paling best dalam Zenia Collagen ni ada campuran collagen + habbatu sauda + manjakani..menyusukan bayi ngan mengadung boleh je minum..jangan risau takde kesan sampingan..Sedap rasa dia, ada rasa kiwi, lemon, oren, durian belanda & mix berry..minum 100ml macam tak cukup jer..hahaha rasa macam nak penuhkan satu botol shake tu minum banyak2..hahaha.. =P sedap sangatttt!!!

Kadang setiap pagi minum Zenia Collagen sampai lupa nak breakfast sebab minum ni pon dah rasa kenyang..Tengok jam eh kol 10 dah lupa la nak breakfast..(time busy di waktu pagi la)..hehehe Dalam Zenia Collagen ni kira semua ada dalam ni, 10-1 anti-aging formula and jugak untuk energy, whitening, beauty, healthy, glowing, firming, fitness, antioxidant, vitality and recovery..

So siapa nak oder Zenia Collagen ni boleh whatsapp nombor ni 012-9184042..sebotol RM140 include postage..

Transgluta promo :

Semenanjung Malaysia
Sebotol : RM69.00
Dua botol : RM129.00
Tiga botol : RM194.90 Free Zenia Foundation
Combo (Zenia Collagen + Transgluta) Free Foundation : RM210.00
FREE POSTAGE

Sabah/Sarawak 
Sebotol : RM76.90
Dua botol : RM136.90
Tiga botol : RM201.90 Free Zenia Foundation
Combo (Zenia Collagen + Transgluta) Free Foundation : RM217.00
FREE POSTAGE

Acc number : 164212272274 Maybank Suraya Sulatin
Email : surayasulatin@gmail.com

piece : kathyjem

Friday, February 19, 2016

Samun Senjata di Kawasan Sekolah Raiisah

Selamat tengahari semua..nampaknya kes jenayah kat Malaysia ni semakin tak dapat dibendung..Pagi tadi hantar Raiisah macam biasa..selalu aku sampai sekolah Raiisah dalam kol 7 lebih macam tu..masa hantar Raiisah naik tangga, belakang aku ada sorang ibu ngan anak dia..muka kerut jer..elok jer sampai kat atas pintu kelas dah dibuka tapi berpagar..pastu ibu yang bawak anak tu bising kat teacher yang bukak pintu pagar tu..aku pon macam pelik la kan kenapa perempuan tu bising pasal tak kunci pagar besi bawah tangga tu..selalu pagar bawah tu memang tak berkunci..sekolah Raiisah tingkat atas, bawah tu kedai..

Aku tanya la perempuan tu dengan teacher kenapa kan?? yerla tengok muka perempuan tu macam bengang pon ada..perempuan tu cerita pagi semalam ada kes samun bersenjata..aku dengar "samun bersenjata" terus jantung gerak laju2..cuakk weiii..berlaku kat sekolah anak pulak tu..haaa ada kes samun ker semalan??!! yee puan sebab tu saya tanya teacher kenapa hari ni masih tidak berkunci pagar bawah tu..terus aku pon pandang teacher tu and tanya pasal hal semalam..patut la aku pelik masa mula2 sampai pintu yang kat bahagian atas tu dah siap bukak and berpagar..teacher tunggu dari dalam sebelah pagar tu..selalu setiap pagi aku sampai tekan loceng dulu then baru teacher bukak pintu..

Masa nak gerak ke kereta tu aku tanya la perempuan tu, pastu perempuan tu cerita..Nama dia tak silap Pn. Intan..Pagi semalam masa mula2 dia sampai dalam kol 7.30 pagi macam tu..dia lepak dulu dalam kereta sebab pakaikan baju uniform anak dia dalam kereta..masa tengah pakaikan baju anak dia, dia dah perasan ada sorang laki baru keluar dari tangga Little Caliphs (LC)..dia tak syak apa la kan ingat lelaki tu salah seorang parent yang baru hantar anak tapi dia pelik mamat tu lepas turun tangga buat2 call orang sambil berdiri tegak kat situ and ada lagi sorang mamat dok mencangkung sambik hisap rokok..

Lepas tu ada satu parents baru sampai ngan anak dia..Pn. Intan tu perasan perempuan tu dah keluar dari kereta pastu dia masuk balik..masa tu Pn. Intan tu dah gerak naik atas nak hantar anak dia..masa kat atas tu dia dengar jeritan perempuan yang baru sampai tu..Pn. Intan tu pon berlari la turun tangga tengok kenapa perempuan tu jerit..sekali perasan mamat dua orang yang dok tunggu depan pintu masuk LC lari naik motor..

Rupanya perempuan yang baru sampai dengan anak dia tu kena acu pisau rambo kat badan..penjenayah tu siap paksa2 suruh masuk balik dalam kereta..tu yang dia jerit sekuat hari and anak dia pon dah jerit2 masa tu..masa jerit tu permpuan tu dah tak ingat apa, badan dah gigil2..muka penjenayah tu pon dia tak ingat tapi nasi baik Pn. Intan tu perasan dan ingat muka penjenyah dua orang tu..dorang dah buat report kat balai polis tapi polis cakap tak boleh ambik apa2 tindakan sebab kes tak mendatangkan kecederaan..boleh macam tu wahai Polis2 Malaysia..nak kena tunggu kes kematian dulu ker baru boleh ambik tindakan..sedih Malaysia macam ni..

Harap lepas ni pihak HQ LC sila ambik tindakan untuk elak kejadian macam ni berulang lagi dan memperketatkan langkah2 keselamatan demi anak2 dan teacher dalam kelas secepat mungkin..kita sebagai ibu bapa hanya mampu berdoa dan bertawakkal kat Allah s.w.t supaya kejadian ni tak berulang lagi..

Lepas ni kalau nak hantar Raiisah pagi2 aku kena tengok keadaan sekeliling and tunggu sampai ada parents sampai baru aku keluar kereta..takut la weiii sekarang ni..macam2 kes berlaku kat Malaysia ni..macam ni kah yang dikatakan Pak-Pak Menteri kita "Malaysia masih aman'??!! Memang dah tak aman dahhhhhh.. T__T

Sekarang ni pon dalam kepala asyik fikir keselamatan anak kat kelas..berdoa agar dipermudahkan dan Allah sentiasa melindungi kita dari sebarang musibah..amin..

piece : kathyjem

Wednesday, February 17, 2016

Trip Ke Melaka & PD dengan Geng Sekolah

Salam semua..hari tu pegi Melaka dengan kawan2 sekolah..hari tu kan ada jumpa Mirza ngan Iza kat Garage KL..masa nak balik tu aku sajer gurau2 ngan dorang ajak jalan2 cari makan..Aku bagi idea pegi Melaka sebab dok teringin nak makan asam pedas ngan kuih keria kat Melaka tu..sajer jalan2 cari makan kat Melaka..dorang pon ok setuju..alang2 ajak Ariza sekali..lagi pon lama tak jumpa dia..

Ingat nak pegi lepas chinese new year hari tu tapi tak sempat lak..so kiteorang plan pegi Sabtu lepas..tu pon beria-ia masing whatsapp tanya nak pakai baju apa, kasut apa, colour tudung apa..hahaha rasa macam zaman sekolah pulak..kitaorang dulu setiap kali nak dating sama2 waktu weekend mesti macam tu..kat sekolah jumpa plan nak dressup apa, jumpa kat mana..zaman tu lepak kat KLCC jer la, tu dah kira gempak paling stylo dah tu..hahaha Zaman hip hop la katakan..yang hip hop aku ngan Ariza je.. >_< Iza ngan Mirza budak baik masa tu..hehehe

Mirza, Ariza, Aku dan Iza..tu dia semua za za za..aku dalam kereta asyik tersilap jer panggil dorang..yang Miza aku panggil Iza..hahaha nak jugak la za za, jadi Katiza ok tak..kakaka

Bersama Ariza..ni la kawan aku zaman hip hop naik scooter dulu..hahaha Lama tak jumpa awakkan Ariza..last jumpa awak masa birthday part anak Iza kan..

Kitaorang berkumpul kat rumah Mirza..park kereta kat situ then semua naik kereta Mirza..Mak Ariza siap bekalkan kiteorang donut lagi..mekaceh makcik..

Donut ni masih panas lagi..lapik perut sebab nak breakfast kat Melaka..malas nak berhenti2..

hahaha Sampai macam tu sekali si Iza ye ambik gambar Mirza..

Iya2 je ingat kol 10 sampai last2 kol 9 lebih dah sampai Melaka..hahaha Gile laju Mirza bawak..Sampai Melaka terus cari tempat breakfast..memang plan nak makan Coconut Shake fikir2 awal pagi sangat nak makan coconut shake nya..kita breakfast roti canai kayu arang dulu la..Waze pon sengal boleh tunjuk separuh jalan..dah berpusing-pusing 2 kali kiteorang kat kedai roti canai tu, padahal dah ada kat area2 situ dah kot..call tanya tuan kedai pon tak faham dorang explain..hahaha masing2 tak familiar area Melaka ni..

Wow jumpa kereta antik..orang dalam kereta tu mesti perasan aku dok snap2 ambik gambar kereta dia..kembang bontut la tu uncle dalam tu..hehehe

Sampai jugak kiteorang kedai roti canai kayu arang ni walaupon berpusing2 mencarinya..masa sampai ni memang orang tengah ramai..ramai2 pon tempat duduk sentiasa ada je..

Ramai yang rekemen datang sini kena makan roti canai dia..kuih2 dia pon ramai cakap sedap..

Siap pegi tengok lagi cara nak buat roti canai guna kayu arang..rasa lagi sedap pakai kayu arang..

Guna arang pon laju gak dorang masak..

Semua air suam aku sorang je oder air sejuk..hehehe

Sementara menunggu roti canai sampai kitaorang oder kuih muih..ok la kuih2 dia sedap gak..

Mirza ngan Iza oder roti canai tampal telur..

Aku ngan Ariza oder roti canai tampal telur goyang..kuah dal sedap gile kot..sambal dia letak sikit je kot tapi pedas nak mampos..hahaha siapa yang tak kuat pedas mesti abis air secawan minum..hehehe

Syurga dapat makan panas2...

Besar gak roti canai dia..ingat kecik jer..

Mirza ngan Iza kemain dorang ni oder sampai 2 keping sekali tak abis..hahaha dorang ingat roti canai macam kat KL kecik rupanya tu dia makan sekeping dah kenyang..

Ni lokasinya kedai Roti Canai Kayu Arang :

Lot N/T 461, Jalan Malim, Bachang 75250, Melaka
Call : 016-661 2434 (Boleh call kalau tak jumpa kedai ni) hihihi

Selesai breakfast kitaorang terus gerak ke Padang Pasir, Pantai Klebang..tak jauh pon dari kedai roti canai kayu arang dalam 7 minit sampai dah..

Sampai  terus cari parking..jauh gak nak masuk parking ke Padang Pasir ni..

Menapak la kami..

Bila nak sampai ni weiii..tempat ni rasanya kalau bawak baby or anak kecil tak sesuai kot..jauh okey nak ke Padang Pasir tu..aku rasa ada la kat beberapa km..kekeke

Nasib la ada geng budak2 remaja lalu kat depan kitaorang..dorang pon dah nak balik dah..alang2 mintak la budak tu ambikkan gambar kitaorang..kalau tak, takde la gambar kami berempat ni..nak pakai gopro masing2 takde..hahaha

Layankan je la adik yang ambik gambar kitaorang ni..sampai kawan2 dia jerit2 panggil suruh gerak cepat sikit..

Yeaa berjaya sampai ke Padang Pasir..terbang dulu kawan2..

Cantikkan! terasa berada di negara arab gitew..

Kemain orang bercinta ni..erk! hahaha >_<

Iza : Dah macam sepasang kekasih dah kita ngan awak ni..hehehe

Apa lagi ambik gambar banyak2 la kat sini..pemandangan dah cantikkan..rugi pulak tak ambik gambar banyak2..masa ni orang takde langsung..tinggal kiteorang je..maybe dah nak masuk tengahari kan orang takde la..pagi2 rasanya mesti ramai kat sini..

Tripod tak bawak nak ambik gambar berlompat takde orang kat situ..letak kamera atas handbag pon jadi la..hahaha tu je gambar yang okey..yang lain semua bergegar..

Ni kalau bawak kotak ke plastik ke pelepah kelapa ke syok gak ni..boleh gelongsor atas pasir..hehehe rugi pulak tak bawak..takper next time datang boleh buat macam tu..

Angin kuat giler..setiap kali ambik gambar pegang tudung..

Saya, Iza, Ariza dan Miza..geng za za za!!!! #gengsekolah

Pemandangan macam kat ala kat Abu Dhabi kan..

Masa kitaorang nak bla baru nampak orang..

Ariza..body maintain slim walaupon anak dah 3..hehe

Iza..ni kawan masa jadi penari zaman sekolah dulu..hahaha Siap panggil Iza join menari untuk jemputan kawen lagi..kekeke

Mirza ku yang lemah lembut orangnya..sekali dia marah bergegar satu badan..

Tudung yang aku pakai ni Mirza hadiahkan masa dia pergi umrah hari tu..kena pulak dengan baju aku pakai hari tu..hehe Thank you Mirza..nampak muka kita sesuci lebaran sangat pakai tudung yang awak bagi ni.. hihi

Dah penat guling2 atas pasir, perut pon dah lapar moh la kita makan..rehat jap buang pasir dalam kasut..penuh pasir dalam kasut..

Lagi sekali nampak ada seorang adik lalu depan kitaorang..apa lagi mintak tolong la ambik gambar kitaorang atas batu ni..behehehe

kakaka buat2 ketawa yang tak tahu apa tujuan ketawa itu.tu maskudnya menahana kepanasan..

Pastu kiteorang terus ke Coconut Shake, Klebang..tu dia beratur panjang kat bahagian pickup..ingat nak makan situ pon sama ramai orang jugak..fikir2 tak jadi la sebab buang masa beratur panjang nak makan situ..baik tapau jer..lagi pon banyak tempat kitaorang nak pergi ni..takper la tapau minum dalam kereta jer..sian aku pon tak pernah minum Coconut Shake, Klebang ni..wajib la kena try kan..datang jauh2 ni pon tujuan dia, nak minum Coconut Shake..

Kena beratur la jawabnya..Demi mu Coconut Shake, Klebang..hukhukhuk

Walaupon beratur macam ular sawa cepat je bergerak..beratur dalam 7 minit macam tu dah dapat minuman..

Patut la cepat sekali buat tu dia blender sampai 2 3 tiga teruih..

Secawan murah sangatttttt baru RM2.70..kat KL tak dapat weii harga murah ni..busuk2 pon 4 hengget orang letak..

Kami yang happy panas2 dapat minum Coconut Shake Klebang..tercapai jugak nak minum Coconut Shake Klebang..puas hati, aiskrim banyak, kelapa tak kedekuit and murah!!!!!..

Ingat nak makan Asam Pedas Claypot sekali tutup pulak, pukul 6 petang baru bukak.. T_T pusing2 bandar Hilir, Melaka sekali ternampak Asam Pedas JR..boleh la janji asam pedas sebab ku teringin nak makan asam pedas Melaka ni..hahaha tu je yang jumpa depan mata bedal, janji perut kenyang..Iza ngan Ariza mengadu perut dah berbunyi-bunyi..

Asam Pedas JR @ 2 ni depan Dataran Taming Sari..

Meh tengok apa yang menarik kat Asam Pedas JR ni..

Telur ikan..

Bapak besar udang dia..ingat nak ambik fikir2 takyah la malam kang nak makan seafood..Sini korang ambik je lauk apa nak then dorang akan tuang je kuah asam pedas dalam tu letak dalam kuali kecil..

Harga untuk Asam Pedas JR..

So kiteorang ambik 3 lauk je, 2 ikan dan 1 telur ikan..

Ulam RM5..

Asam pedas telur ikan..weiii asam pedas telur ikan ni terpaling sedap sekali..yang kitaorang ambik ni kuali kecik harga dalam RM12..kalau yang besar sikit makan untuk 6 orang dalam RM15..

Asam pedas ikan apa tah aku olupa sebab yang oder ni Iza..hahaha

Asam pedas ikan tenggiri..

Mirza sorang je tak makan sebab kenyang lagi katanya..tengok la badan dia macam mana kan..jeles aya tengok awak badan macam tu..

Ariza tau la lapaq takyah la serius sangat muka tu..hahaha

Semua concentrate dapat makan..lapar ye masing2..

Selesai makan asam pedas kitaorang teman Ariza cari belacan untuk maknya..sekali dengan kiteorang2 sekali shopping..alaaa takde shopping apa sangat pon, aku belikan kerepek2 je..


Kerepek apa nak beli pon tak tau..hahaha banyak sangat..selesai tu ingat nak makan cendol famous kat Jonker Street sekali pusing2 je kat bandar Hilir tu dah ambik makan masa kat situ..takper la cancel je la makan cendol tu nanti nak pergi Rumah Terbalik kat PD lagi..tah sempat tak idak dak..

Tak sah la kan datang Melaka tak makan Kuih Keria Antarabangsa ni..Ni kuih keria paling sedap kot kat Melaka ni...sampai2 menangis dalam hati weiii..giler ramai orang beratuq..sampai pukul brapa nak menunggu nii..

Yang buat lama menunggu ada satu mamat ni beli sampai 100 biji ko..dia beli jer terus stuck setengah jam lebih kt situ..pengsan menunggu..ramai orang merungut masak lambat la, kenapa tak buat banyak2 la, kuali ada 6 kenapa lambat la..macam2 la orang yang dok tunggu tu complain..

Aku ngan Iza dok dengar jer..nak bla macam sayang pulak sebab dah tunggu lamakan..pastu pulak dah la teringin ringin ringin nak rasa..gigih jugak la beratuq menunggu..confirm tak sempat nak pegi Rumah Terbalik kat PD ni..dah la nak main go kart lagi..jawabnya kena pilih salah satu yang mana betul2 nak pergi..so kitaorang decide  main Go Kart..Rumah Terbalik PD cancel..huhuhu tkper la tu nanti2 la pergi ngan Affan, Raiisah..hehehe

Letak2 je abis..letak2 je abis..ni pon dah hujung2..akak tu cakap orang2 belakang tak dapat sebab tinggal yang ni je..

Baru lepas goreng..seketul 50sen,,tak silap ada yang kata sehari 1000 biji dorang jual sekali goreng 200 biji..dah tau permintaan ramai patutnya kena buat lebih lagi la kan..kalau dah tau 1000 biji setiap kali goreng ko up kan la 2000 biji sehari..ni tak dah tau permintaan ramai dok 1000 biji jer goreng..

Kiteorang bungkus and makan dalam kereta..beli RM10 terus..hehehe tu pon rasa tak cukup..patut kita beli RM20 la dear..boleh tapau bawak balik rumah..

Berbaloi tunggu lama2 memang sumpah sedap nak arwah okeyyyy!!! masa makan tu aku nangis sebab sedap sangat..hahahah ok tipu =P

Pastu singgah lagi beli belacan tepi jalan..Ariza lupa dia beli belancan seketul je untuk maknya, kawan2 kerja dia lupa nak beli..

On the way nak ke PD kiteorang singgah solat dulu..basuh muka tukar baju then teruskan perjalanan ke PD..yang tukar baju Iza ngan Mirza je aku ngan Ariza malas nak tukar2 baju ni..hahaha

Sampai dah Extreme Park, Port Dickson..alamak tak cukup tinggi la...hahaha

Mirza ambik gambar Ariza..

Ariza tak main sebab hari tu beranak caesar takut apa2 kan..huhuhu paling best masa kat padang pasir tu dia lupa yang dia ada bekas caesar..seronok ronok pulak tu melompat-lompat..heh

Tiket untuk dewasa RM25..

Excited nak main Go Kart..last main Go Kart 2 tahun lepas rasanya..tu pon bukanya aku yang bawak orang lain yang bawak..Sebelum tu tudung kena masuk dalam kang terbang2 tudung tutup muka satu hal la pulak..


Aku heran tengok Mirza ngan Iza laju je dorang bawak..aku dapat setereng keras giler bapak nak pusing kiri kanan..stress aku atas kereta tu..suka hati je aku panggil kereta..hahaha dah rasa macam bawak lori muatan berat jer aku rasa..bergegar-gegar satu badan sampai telinga rasa macam ada orang geletek..dapat pulak jalan guna simen yang dah berlubang-lubang lagi la bergegar satu badan satu badan..patut jalan go kart ni pakai tar, baru la syok sikit..

Rileks je Iza bawak..dia pon last main tahun 2009..pon lama gak tak main go kart..tapi gaya bawak macam dah biasa main..untung la dapat go kart tak uzur..hahaha

Nampak2 Iza cuba memotong ku..apakan daya kereta ku sudah uzur tak mampu nak pecut balik..

Dua tiga kali Mirza ngan Iza potong aku..mampu tengok jer tak kuas nak potong2 ngan kepala gegar2 macam kena sawan..

Saya orang paling tercorot sekali..hebat Mirza first tu sampai..hahaha

Enjoy gile rasa walaupon kepala rasa macam nak tercabut jer aku rasa..

Iza terbalik patut awak dok nombor dua tu..

Ariza walaupon tak main sentiasa support kawan2..gitewww...ahaha

Mirza dah start migraine..kepala bergegar masa main go kart so aku la yang kena bawak kereta ganti dia..Ariza lak silau malam..Iza lak takde lesen..

Bukan apa weii cuak ni bawak kereta orang..takper2 bismillahirohmanirohimmmmm..first time ahkak bawak BMW ni..mau tak cuak..dah la tak pernah bawak kereta orang lain selain bawak kereta sendiri..sejenis penakut nak bawak kereta orang macam ni la, kereta sendiri takper la..

Haii penat la cita..hahaha Selesai main go kart kitaorang terus gerak ke Bagan Lalang, dinner di situ..

Dinner seafood..masing2 dah kepenatan..ingat makan, ingat tidur, ingat suami and anak kat rumah..

Iza awak nak minum kita tuangkan ekkkk..

Nak laaaa!!!  eh kena pulak gambar ngan dialog aku cipta ni..hahaha

Tak tau nak cakap apa dah semua sedap la..sutung goreng tepung tu nampak macam bodoh2 je sekali makan omak aiii sodap! total kitaorang makan untuk 4 lauk ni dalam seratus lebih..selesai bayor terus cabut balik KL..dsh tamat sudah triap kami berempat ke Melaka & PD..next trip ke mana pulak sayang2 ku..hehehe Weee tak sabar nak plan next trip pulak.. ^_^
Apa2 pon kita semua memang enjoy gila kan..   \\(^_^)//

piece : kathyjem