Klik Yer!! Mekasih...

Friday, June 6, 2014

Happy Belated Birthday Naufal

Hari tu pergi rumah Ariza celebrate birthday anak die yang ke 2 tahun.. Berpusing-pusing cari rumah Ariza biaserlah tak familiar area Puchong.. Waze pon satu buat hal pulak masa tu.. Geram betul aku ngan Waze masa tu dah la nak guna die buat hal pulakkkkk.. erghhhh!!!

Kejap2 line ok kejap2 hampeh.. Affan lak masa tu tak bawak hp.. Lagu satu erghhhhh!! Ariza share location pon sama tak leh gak sudahnye cari sendiri.. Dah terlajak sampai nak ke Putrajaya patah balik baru Waze boley guna.. Derr Waze ni saje ngada tau.. Ikut la Waze nasib baik sampai gak rumah Ariza.. Kalo tak nangis tepi bahu jalan..hahaha

Sampai2 Naufal dah potong kek.. Baru nak ambik gambar die potong kek tak sempat... Kawan2 yang sampai masa tu Dieha, Mirza, Iza Apex, Aida.. Yang lain tak dapat datang ada hal..          


Happy belated birthday Naufal Aryan.. Dua tahun sudah die.. Hesem boy masa ni tido Auntie tak dapat ambik gambar dengan awak.. Gambar ni pon mintak dari Ariza nak masuk dalam blog..hehehe

Ingatkan husband Ariza ada sekali upernya takde.. Eh awak Nikman mane?? Nikman takde la Kathy die kat Algeria kerja kat sana.. Ooo yekerr.. Kite ingat die ada.. Abis yang cakap dalam handphone masa kita sesat tu bukan Nikman ker.. Tak la tu abang Nikman.. Oooyekerr confident jer Affan tadi masa call tanya jalan tu kata Nikman..hahahaha

Tema birthday Naufal Mickey Mouse.. Feveret kartun Mek Echa ni..hehe

Kawan2 sekolah yang hadir.. Eh Mirza pon ada.. Mirza yang pakai tudung cream putih tu.. Masa sampai terkejut tengok die ada sekali.. Lama kot tak jumpe Mirza ni.. Mirza ni kawan baik aku masa form 1 memang rapat giler kami berdua masa tu.. Masuk form 2 die pindah ke Labuan bapak die kena kerja kat sana.. Masa tu sedih yang amat yerla kawan baik nak pindah jauh pulak tu..

Dulu mane ada facebook my space apa semua tu.. Bile rindu kami utus surat jer masa tu.. Nampak orang lama sangat  masa tu..hahaha Ce tanya zaman sekarang ni ada lagi tak orang bagi surat rindu rindu..hahaha Dah takde kot rasenya.. Semua beremail berfacebook zaman sekarang ni..

Eh budak Adelia ni geram betul dengan die.. Kemain senyum lebar sampai bulat muka tu..

Kaki senyum kaki posing si Adel ni.. Macam mummy die.. Eh yeker.. Oh lupe mummy die kaki malu posing..kekeke Jangan marah mummy Adel yang comel.. =D

Bergambar dulu sebelum pulang..

Dieha, Saya, Aida, Anne, Iza, Mirza dan Ariza.. Tahniah Aida for pregnancy yang ke 3.. =)

Ni semu kawan2 sekolah dari aku form 1 sampai sekarang.. Dulu masing2 jumpe mesti rambut kepuk2 blonde hair sekarang Alhamdulillah bertutup dah semua..hehehe

Aunti Anne dah start dah..hahaha Nak terbang mane tu Auntie Anne..

Ni pose dari anak-anak.. Mak anak dok tepi bagi moral support..behehehe Tengok si Adel posing America Next Top Model sangat tu..hahaha

Ha kenapa tu Mek Echa apa yang tak kena kat atas tu..

Semua dah ada 2 3 orang anak.. Aku bile nak tambah ni.. eh! hahahaha Soalan tu kena tanya Affan.. =P

Mia, Adam, Raiisah, Adel, Baju pink tu lupa nama die.. Tu anak saudara Mirza dan Anea paling hujung sekali..

Si Raiisah tak nak kalah nak duk depan jer dia...

Bergambar dengan Kakak Anea.. Si Ranea baru baik demam chickenpox.. Sian die tengok kesan2 chickenpox kat muke die.. Teringat Raiisah kena cikenpox masa baby..huhuhu

Suruh dok sebelah kakak Anea nak ke depan jugak die..

 Mulut membebel apa tah masa ni..

Hahaha Raiisah tengok kakak Adel posing.. Nak tiru gaya kakak Adel la Raiisah tu..hahaha

Bakal model Si Adel ni patang kita kata Adel posing cepat.. Tu die tangan laju cekak kat pinggang teruih..

Dah takyah nak membebel mulut tu masuk dalam rumah dah nak hujan.. Alaaa lupe la nak ambik gambar bapak2 sekalian.. Semua pon terkejut tengok badan Affan yang super duper slim.. Di terbalikkan super duper gemok..mehehehe


piece : kathyjem

Thursday, June 5, 2014

Hari kedua Raiisah di ward..

Ni kali pertama Raiisah masuk hospital.. Last aku dok hospital bila ekkk... Oh masa lahirkan Raiisah tahun 2012 Raiisah masa tu baby lagi.. Tu la last aku dok hospital selama 3 hari.. Masa mula2 tahu Raiisah kena admit wad aku terkejut macam blur pon ada yerla tak sangka sakit demam sampai masuk wad tau pulak Raiisah dijangkiti influenza lagi la.. Aku terima ni semua ujian dari yang maha esa lagi pon aku nak die dok hospital sampai kembali sihat seperti sebelum ini..

Pagi Ahad tu Raiisah bangun awal pagi nurse dah bagi isyarat suruh gerak baby bagi makan ubat.. Nak gerak die macam kesian tengok tengah sedap tido tapi terpaksa gak gerak sebab tengahari karang nak bagi die makan ubat lagi.. Tapi ko tau jer la budak tengah sakit bagi makan ubat macam mane faham2 jer la memerlukan kesabaran yang tinggi.. Setiap kali nak bagi makan ubat mesti die akan menangis dulu.. Masuk ubat ke dua ketiga dah ok tak nangis tapi kena pujuk2 sikit baru laju ubat tu masuk dalam mulut die.. Kalo tak geleng tak mahu makan ubat..huhuhu

Lepas makan ubat lalok tido.. Lepas bangun makan ubat lagi.. Tapi sabtu malam tu Raiisah langsung tak nak susu makan pon tak nak ada la 2 3 suap bubur die telan.. Aku tak risau sangat sebab ada drip air kat dalam badan die.. Mungkin sebab tu la kot die tak nak makan minum..

Ni la ubat2 Riisah kena makan selama berada di hospital 4 jam sekali kena makan.. Ubat demam, ubat antiviral, ubat cirit birit dan ubat selesema..

Sementara menunggu Raiisah bangun mummy lepak atas katil daddy tido jap.. hehehe

Bangun menangis kelaparan.. Bagi bubur tak nak susu pon tak nak.. Kebetulan opah ada datang  tengahari tu bawak cucur adalah separuh cucur tu die makan..



Ok la mummy bagi chan dengar lagu yer boring dah tak tau nak buat apa.. Nak turun main kat bawah tak boley ada drip kat tangan tu..



Dah busan  main tab daddy pulak buat konsert..hahaha Layankan jer la Raiisah yer daddy buat konsert janji ada hiburan..mahahaha

Ni hari ke 3 Raiisah di wad.. Ceria die bangun pagi tu.. Yerla tangan dah tak kena drip kemain lasak malam tu tido.. Malam tu Raiisah tido dalam baby cot sebab dah takde drip kat tangan tu confident sikit nak biarkan die atas katil tu...

Baru hari kat 3 kat wad, ghuper mummy dah macam apa jer serabai sungguh..hahaha

Elok bangun golek2 atas katil breakfast sampai.. Hamboii nampak makan terus terkam ye.. Tapi Alhamdulillah hari 3 Raiisah kat wad baru ada selera nak makan tapi takde la abis satu mangkuk tu adalah 10 suap dimakan..



Abis breakfast nurse datang check suhu badan Raiisah.. Alhamdulillah dah tak demam.. Elok dok diam pulak die kalo takkkkkkk nak check suhu kat telinga mesti kepala geleng2 tak nak..hahaha Hari tu mood die ok yerla baru lepas makan ada tenaga sikit tu yang ok tu.. Teringat masa ni kakak tu tanya Raiisah dah mandi.. Dah die jawab..hahaha Padahal bucuk tak mandi lagi.. Gelak jer kakak nurse tu..

Awal pagi doktor Pria datang check perut Raiisah.. Hari 3 Raiisah masih cirit birit lagi.. Masa ni aku bagitau doktor najis Raiisah ada darah.. Doktor suruh ambik sikit najis Raiisah masuk ada satu bekas dorang nak check takut ada penyakit lain ke apa.. Tapi doktor cakap jangan risau sebab Riisah baru lepas demam panas maybe tu salah satu kenapa ada darah kat najis die.. Kena stay lagi satu hari untuk tunggu result.. Kalo takde apa2 besok tu dah boley balik..

Lepas mandi daddy pon datang.. Ternampak pulak oreo die nak pulak ok la bagi la 2 keping oreo lebih2 tak leh awak tu baru elok sakit tekak..

Hahaha Sempat pulak dihisap satu jari yang terkeluar tu.. Kemain hisap2 oreo kat ibu jari tu.. Tengahari tu takde buat apa2 just bagi Raiisah makan ubat pastu bomm tido.. Mummy pon sama tido gak.. Sedar2 Iza Apek wassapp nak datang tengok Raiisah..

 
Kejut mummy tibe2 aunti Iza dan auntie Mirza nak datang.. Nasib mummy terjaga tengok hp kalo tak, tak sampailah auntie Iza ngan auntie Mirza kat hospital ni... hehe

Mekasih aunti Iza dan auntie Mirza datang lawat Raiisah terubat kebusanan mummy ngan Raiisah kat hospital ni..hehehe..

Dorang tak lepak lama sebab takut jalan jem korang tau2 jer la area damansara kalo petang macam mane die punye jem..

Dah alang keluar bagi la Raiisah main kejap sian dok terperuk dalam bilik..

Ni jerla permainan yang ada.. Jadila Raiisah ye ada la jugak tempat awak nak panjat2..

 Dah penat main bawak masuk bilik takleh lama2 kat luar..

Nasib ada permainan auntie mirza ngan auntie iza bagi die dapatlah dok diam 1 2 minit dalam baby cot ni..hahahaha Biaserla dah tak pasang drip kat tangan tu faham2 jerla kejap2 karang nak turun kejap2 karang nak naik atas katil.. T_T

 Malam kena pasang drip balik.. Lepas makan ubat urut massage sikit terus lena tido.. Pastu mummy dah terkebil-kebil sampai 1 pagi takleh tido sebab siang tido lama sangat..hambik layan sorang2 tengok tv atas katil...T_T

Hari ke 4..

Seperti biaser bangun pagi makan ubat.. Sebelum makan ubat kasi mamam dulu.. Paling excited nampak makanan.. Dah sihat nampak makanan happy kalo tak, takde perasaan nampak makanan..

 
 Nampak tak sabar tu belum keluarkan pinggan dari bekas tu merengek nak makan jugak..

 Alhamdulillah hari ke 4 dah ada selera makan.. Banyak jugak die makan ada la separuh mee tu dia abis makan.. haaa pastu tak nak susu..



Aduhh lapar pulak tengok Raiisah mamam yee mee kung fu ni..

Ni mummy punye makan ni.. Takper mummy makan bubur awak..hahaha

Sepanjang Raiisah kena rash teruk kat bahagian sulit ngan montot die, ni la ubat penyelamat yang sangat berkesan nappy rash cream.. Bagus ubat yang doktor Pria bagi ni 2 hari pakai makin hilang ruam kat bahagian tu..

Dah sihat macam ni la ghupernya berlari sana sini.. Keluar masuk karang kang bukak tutup bukak tutup pintu almari tu..

Dengar doktor Pria kata petang dah boleh dischare melompat aku atas katil..hahaha Mau taknya 4 hari kot dok hospital rase macam sebulan..hehehe

Lepas mandi bagi Raiisah makan ubat tidokan die.. Sementara ada masa tu kemas apa yang patut..  Kang Raiisah dah bangun memang takde harapan la nak kemas dengan tenang..hahaha

Makanan tengah ari sudah sampai.. Makan sesajer dok hospital ni. Baru 4 hari dok hospital rase badan dah naik 5kg.. Wah over sangat ni 5kg terus naik..hahaha Ok2 diet lepas ni.. =P

Elok aku abis makan Raiisah pon bangun.. Tengah tunggu nurse nak bukak balutan kain kat tangan.. Masa nurse bukak balutan tu aku dah cuak tengok nurse tu pegang tangan Raiisah.. Dalam hati aku mesti Raiisah menangsi sekali eh tak nangis pulak.. Kite yang dah tua ni pon nangis dalam hati tengok jarum ni kan die budak kecik.. Tak sakit ker Raiisah kalo mummy dah melalak sampai tingkat bawah boleh dengar..hahaha





Alhamdulilah petang tu Raiisaha discharge.. Terima kasih Ya Allah.. Terimas kasih semua yang tak henti2 doakan Raiisah cepat sembuh.. Terharu baca komen2 korang yang tak putus2 bagi support dekat Raiisah sepanjang Raiisah berada di hospital dan sampai la Raiisah sihat.. Terima kasih sekali lagi.. =)

piece : kathyjem      

Wednesday, June 4, 2014

Raiisah Disahkan Virus Influenza A

Salam Semua..

Alhamdulillah hari ni dah masuk ofis.. Dah dua hari tak update blog.. Semalam Raiisah baru keluar Hospital.. Ramai yang tanya Raiisah sakit apa.. Raiisah kena demam dari Isnin lepas lagi.. Elok aku baik demam die pulak demam..Dah agak mesti die kena demam.. Yerla mummy minum air die pon sama sebuk nak minum jugak cawan yang kite minum tu.. Bagi cawan lain tak nak menangis2 nak cawan tu jugak.. Sudahnya berjangkit dengan mummy.. T_T

Budakkan antibodi tak kuat memang senanglah berjangkit.. Bagi ubat demam tak ok jugak besok tu bawak pegi Klinik Koo kat Taman Tun.. Macam biase la doktor Koo check suhu badan semua tu lepas check doktor bagi ubat demam, selesema, ubat antibiotik ngan ubat batuk.. Doktor Koo cakap 3 hari tak baik lagi demam datang jumpe die..

Masuk hari Khamis suhu badan Raiisah tak kebah2 bagi makan ubat pon sama tak surut2 suhu badan... Pelik ni selalu die demam 2 3 hari dah kebah.. Pastu pulak die ada cirit birit.. Start dari hari Rabu die kena cirit birit.. Ingat sebab badan die panas ker boley jadi macam tu..

Hari Jumaat Mak bawak Raiisah pegi Klinik Kesihatan Sungai Buloh sebab nak check takut denggi ke apa.. Orang tua kan kalo tengok cucu demam tak kebah2 mestila risau nak jugak bawak klinik gomen.. Dah bawak ngi Klinik sana doktor kata takde apa2 demam biaser.. Malam tu suhu Badan Raiisah naik sampai 39c.. Pelik ni.. Siang check doktor kata takde apa2 tapi bile malam suhu badan makin naik.. Dah la demam cirit pulak adusss kesian tengok die sampai lembik..Tak leh jadi besok pagi kena bawak gak ngi Klinik Koo check balik macam ada yang tak kena ngan Raiisah ni..

Pagi sabtu tu bawak Raiisah ngi Klinik Koo tapi Doktor Koo takde ganti Doktor lain.. Doktor tu check Raiisah dia kata ni bukan demam biaser ni.. Terus doktor buat surat suruh refer hospital.. Fikir punye fikir ambik Tropicana Medical Centre (TMC) sebab dekat dengan rumah pahal nanti senang..

Sian die dari jumaat malam sampai ke subuh cirit birit tak henti2 sampai lembik tengok die..

Masa ni kat Klinik Koo tengah tunggu doktor sempat bagi die makan roti tengok die macam lapar jer bagi susu tak nak.. Adalah separuh roti tu die makan.. Pastu bagi minum air badak bagi badan sejuk..

Masa doktor check suhu badan Raiisah 38.9c.. Doktor masukkan ubat terus kat bontot dia sebab nak turunkan suhu badan.. Elok keluar dari bilik doktor perekkkkkk Raiisah berak lagi.. Bawak die pegi toilet nak tukar pampers sekali tengok ubat yang doktor masukkan tu keluar balik sebab Raiisah kan berak tak henti2.. Sian sampai merah montot die.. Mintak doktor nappy cream..

Balik dari klinik pegi breakfast jap.. Bagi Raiisah makan kenyang2 pastu terus checkin hospital.. Lepas tu balik rumah mandikan die bagi wangi2 sikit siap packing baju terus ke Hospital..

Sampai hospital daftar terus check darah.. Masa tengah check doktor kata Raiisah bukan demam biaser ada virus dalam darah die sebab tu bile makan ubat antibiotik tak leh baik sebab virus ada dalam darah die.. Ok jangan risau kita check dulu darah Raiisah baru tahu result die macam mane.. Dalam hati dah dup dap dup dap dah fikir bukan2..huhuhu

Tapi ya ampun lama gile tunggu result darah kat TMC ni.. Dah la nak tunggu result 1 jam lebih pastu nak tunggu GL lagi.. T__T Boley nangis dok kat TMC ni separuh hari kat situ.. Bayangkan dari kol 1 tghari kami kat Hospital kol 8 baru Raiisah dapat bilik.. Nasib Mak ngan Kakak aku ada boley la dorang tengok2 Raiisah jap..

Masa ni rase nak nangis tengok jarum besar kat tangan Raiisah.. Pertama kali tengok die ambik darah rase nak menjerit kat doktor tu.. Doktor jangan doktor jangannnnn... biar saya jer yang ambik darah kat tangan anak saya ni..Wahh drama melayu sangat ni...hahahaha Cuak wei tengok anak kena gulung macam nak buat kuih popiah pastu jarum besar macam ibu jari.. T_T

Ada la 2 3 botol kecil tu doktor ambik untuk buat ujian... Masa nak ambik darah, darah tu tak keluar jenuh nurse tu urut2 tangan Raiisah bagi darah keluar yerla kurang air dalam badan..

Nasib Ibu datang boley jaga Raiisah kejap.. Abang Pi dengan Adik Darwisy pon ada sekali..

Dah macam menunggu checkin hotel pulak.. hahaha Meriah dengan kedatang anak buah ni..Raiisah tak boring ada geng nak main...

Suke Raiisah abang pi datang lawat die..

Sayang sangat abang pi kat Raiisah.. Abis kena gomol..

Dalam kol 7 baru lepas GL.. pfff akhirnya keras bontot dok lama2 kat siptal.. Raiisah dapat 1 bilik ada 2 katil sebelah die budak lelaki sekali nurse bagitau kena tukar bilik.. Tanya nurse tu kenapa.. Raiisah ada Influenza A tak leh kongsi bilik die kena duduk satu bilik.. Haaa terkedu jap dengar nurse bagitau Raiisah ada Influenza A.. Terus aku google apa tu Influenza A.. Tibe2 lupe ingatan jap apa penyakit Influenza A tu.. Ooo ok baru tu apa itu Influenza A..

Malam tu doktor pakar datang check Raiisah, nama doktor tu Pria.. Alahai lembut je doktor Pria ni.. Doktor Pria explain pasal Influenza A.. Doktor bagitau jangan risau Influenza Raiisah ni tak bahaya baru dijangkit just kena kuarantin bagi vaksin untuk menghalang virus tu dari terus membiak sebab Influenza ni takde penawar just vaksin je untuk halang penyakit ni..

Simpton Influenza ni sama dengan simpton selesema biaser macam demam batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, rase sejuk dan badan rase lesu... Ada setengah tu cirit birit dan muntah.. Raiisah alhamdulillah takde muntah cume cirit birit dengan selesema.. Dalam pada tu fikir2 jugak macam mane Raiisah boley kena Influenza ni..

Dah siap mandi makan tunggu nak drip air dalam badan.. Suke ye tunggu sat lagi..hahahaha

Nak keluar dari katil..Mula hepi lama2 boring..hahaha

Eh main cak cak pulak die.. Tu belakang tu sakit jugak ker??!

Lepas drip air makan ubat selamat tido.. Malam tu tido sebelah mummy sebab drip tak confident nak biar kan die sorang atas baby cot.. Dah la Raiisah ni jenis tido melasak.. Tak guling 360 darjah bukan Raiisah la tu..hahaha

Awal pagi dan bangun.. Ate malam kol 9 dah tido..

Sian die nak turun bawah tak boley.. Kasi tengok frozen nak bagi diam kalo tak kejap2 tunjuk kat lantai nak turun..

piece : kathyjem