Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, May 7, 2015

Senyum untuk menang!

--Scroll down for new entry--

Masa tengah lunch dengan budak office kita orang naik la train, lepas tu tengah syok borak2 dengan member office kat sebelah, sekali ada la mamat sebelah kiteorang boleh tahan la handsome mukanye..Masa tu tengah ramai orang kebetulan memang aku berhadapan dengan muka dia.. Tengok macam ala2 David Beckham pun ada..sekali dia buka mulut, amboi tuu diaaaa harum semerbak bau dok mai pastu gigi pun kuning semacam.. "Cik abang hoi tak gosok gigi ker apa..muka jer hansem, gigi mulut boleh buat satu train ni pengsan tau"..kalau aku ni bujang dah lama cancel nak bercouple..hahaha..Bau mcm stoking tak basuh sebulan abang hoiii! Nak je bagi ubat gigi kat dia, "Cik abang nah amik ubat gigi ni pi cepat-cepat berus gigi tur"..hahaha

Ok kejadian di atas dengan bawah takda kena mengena pon sebab pasal jumpa cik abang hansome bergigi kuning dalam train tu terus teringat pasal Whyte Academy...

Korang tahu tak Darlie ada universiti, nama dia Whyte Academy.. Awat tiba2 Whyte Academy ni?? Apa yang best Whyte Academy ni?? Mesti tak pernah dengar kan? Takpe, meh aku nak story pasal Whyte Academy pasal pengalaman aku join Whyte Academy ni sangat menarik untuk aku kongsikan dekat korang...

Whyte Academy ni ditubuhkan oleh Wayne Whyte iaitu seorang yang sangat perasan hebat dan kelakar..Wayne Whyte ni la yang ditubuhkan untuk membantu generasi muda untuk berdaya maju dan berketrampilan..


Kalau korang nak tahu apa yang bagus tentang Wayne Whyte ni korang boleh play video ni sebab Wayne Whyte ni kelakar orangnya...

Apa yang menarik tentang program dalam academy ni adalah 4 orang tenaga pengajar yang sangat mantap, bertenaga dan kelakar :

(1) Jessie Molarr adalah media sosial star yang melatih pelajar untuk menjadi 'media sosial sosialit'
Dalam kelasa Jessie Molar die mengajar bagaimana media sosial memain peranan dalam penilaian kami dalam media sosial..

(2) Rootpinder Sing adalah Profesor yang mengajar pelajar bagaimana 'smile to win'..Dalam kelas Profesor Rootpinder Sing ni dia tunjuk senyum ni boleh membawa kita pergi lebih juah dan jauh lagi..hehehe 'Dengan Senyuman atau Tidak Senyum korang menilai dalam, You grinning god, you!, You lackluster loser, you!, You hopeless human, you!

(3) Sarjan Gril adalah  guru yang sangat garang dan tegas..Dalam kelas beliau mengajar beberapa teknik cara penggunaan berus gigi walaupun pelajar ini diberikan bermacam-macam halangan..Walaupun Sarjan Gril garang tapi sangat konsisten dalam memberi latihan dan pelajarnya tetap mantain mengosok gigi..

(4) Lisa Crowne adalah seorang profesor yang mengajar adab nilai2 sopan seperti adab bergaul dan adab di meja makan tambah-tambah lagi bila seorang lelaki makan bersama dengan wanita... Bagaimana cara yang elok atau baik untuk menegur wanita itu contoh bila nampak sisa makananan terselit dicelah gigi..Kelakar tengok jemputan lelaki macam-macam dorang bagi komem dan idea..

Program-program White Academy ni banyak  membantu aku menjadi wanita yang berketrampilan dan selalu menjaga kebersihan diri..Kalau badan sihat, cergas dan bersih kita dapat menjadi contoh tauladan yang baik kepada kawan-kawan dan orang sekeliling kita..

Daripada semua program yang ditawarkan, Dental Boot Camp ni adalah yang terbaik! Bukan sahaja ia mengajar aku cara yang betul untuk menjaga gigi tetapi banyak membantu dalam memberi keyakinan diri untuk mengejar impian. Selain itu aku akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan untuk aku terus maju...

Walaupun sibuk bersukan aku tetap boleh mengimbangi badan sambil mengosok gigi..hewhewhew..

Walaupon bencana atau peperangan yang muncul depan kita, kita harus menjaga kesihatan diri dengan mengosok gigi..hewhewhew

Bangun pagi sebelum ke tempat kerja..aku sentiasa mengamalkan hidup sihat dengan bersenaman sambil beryoga....sambil mengosok gigi lagi tur..hewhewhew

Tengah syok beriadah di taman rekreasi tiba-tiba ada pulak beruang besar ni muncul..jangan takut rileks brother rileks brother..sambil lari selamatkan diri dulu sambil tu jagan lupa gosok gigi..ko mampu dalam taman pun bawak ubat gigi ngan berus gigi..hewhewhew...

So korang boleh join kem Dental Boot Camp ni sebab macam-macam benda korang boleh belajar dan ia sangat menyeronokkan.. Boleh tengok website : www.whyte-academy.com

Jangan lupa yang penting kita perlu menjaga kebersihan dan penampilan diri..Ingat gosok gigi sekurang kurangnya 3 kali sehari...barulah gigi nampak bersih dan bersinar-sinar..senyuman pun menawan..Kalau nak bercakap dengan orang pun lagilah confident..

piece : kathyjem

Shopping untuk Holiday Kami dan Aiskrim Pelik

Ayu...Kathy!!! Bila kita ni nak pegi shopping nii!..Tarikh nak pergi holiday dah dekat dah hoii kang tak sempat kang nak cari barang..Lupa dah janji ngan Eira nak shopping cari baju untuk percutian kami..ewah percutian katanya..kikiki..Cuti-cuti dalam Malaysia ajer..Nak cuti jauh2 Eira pulak pregnant..Kiteorang memang plan setiap tahun, kalau ada rezeki ada masa kiteorang akan bercuti bersama..

Isnin kan cuti Wesak day so kiteorang plan cari barang2 holiday di Sunway Pyramid..lama tak pegi Sunway Pyramid..Janji pukul 11 pagi alih2 kol 12 baru kiteorang sampai..Ayu paling lambat sekali sampai sebab malam tu dia tidur lambat sebab kat kedai adik dia ramai orang datang tu yang balik lambat..Penat layan tetamu..

Perut dah krokk kreek krokk kreek laparrr..Ayu lak tak sampai2 lagi..Kang makan dulu kang kena marah pulak..Dia dah warning jangan makan dulu tunggu dia sampai baru leh makan..Yolaa cepat sikit orang dah lapar ni!!

Sementara menunggu Ayu kiteorang shopping dulu..Tengah sedap shopping Ayu call dia dah sampai..Elok dia sampai terus cari kedai makan..Dari pagi tak makan oii lapar tahap gaban..Nak cari kedai pon makan satu hal sebab jarang kan datang sini tak tahu nak makan apa yang sedap..masing2 blur..Tanya Eira sebab dia selalu datang sini..Tah aku pon jarang makan sini..Eh elehhh..dan2 jarang makan sini kannnn, malas fikirla tu..hahaha..Sudahnya Ayam penyet kietorang bedal..Selesai makan sambung lagi shopping..Raiisah aku hantar kat rumah mak..Tak boleh bawak dia..Kang tak boleh shopping dengan tenang..Affan lak kerja, kalau tak boleh jaga Raiisah..

Ayu, Ceera dan Kathyjem..

Sendiri setting sendiri ambik gambar..kiteorang duduk meja paling hujung sekali takde orang pon..Tu yang boleh selfie sampai sejuta kali tu..

Aku ngan Ayu ambik ikan keli & Eira ambik ayam..tu jer kiteorang makan..tapi nasi tu macam sikit pulak aku rasa sebab dah laparkan rasa sikit la nasi tu..nak tambah segan..haha

Cam ni la kami setiap kali nak berholiday mesti hegeh2 nak cari pakaian baru untuk anak, suami dan diri sendiri.. Kiteorang ada buat tema so kena la cari tema sedondon..Menyesal pulak aku bagi idea tema sedondon tu dah tak pasal2 baju aku ngan Ayu tak jumpa lagiii..Carik punye carik tak jumpe jugak..Sudahnya beli kat online..lantok la besor ke buruk ker janji ikut tema..haha..Ayu yang belikan..tenkiu Ayu..besok i ambik kat u ok.. ;)

Eira memang nak cari baju untuk Keisha..Yunnan dah ada..Macam Raiisah tinggal kasut ngan swimming suit  jer lagi yang tak beli yang lain semua dah beli..Susah nau nak cari swimming suit untuk Raiisah, banyak yang ada tinggal size besar..Nasib jumpe kat cotton on kids, ada sale lagi..

Selesai shopping kiteorang singgah jap makan Jipangi sebelum pulang..Mak buyung yang happy dapat makan Jipangi..Malam sebelum tu dah wassapp Ayu ngan Eira, aku cakap nak makan benda alah ni..teringin nak makan Jipangi ni..dari dulu nak makan tapi tak makan2 sebab asal cari jer tak jumpa..Rupanya kat ground floor .. Salah satu teringin pon sebab guper dia..hahaha..haruslah kena cuba benda pelik2 ni..ramai cakap sedap..nak tahu sedap kena la cuba kan..

Kat mana kedai Jipangi ni??? Alah sebelah The Loaf dekat dengan Aeon.. LG2.75A
Rupa bentuk Jipangi ni unik dan pelik kan..Makanan ni berasal dari Korea..Rasa dia boleh la sedap jugak..Macam makan ais cream dengan kopok.. Aku ngan Eira ambik ice cream banana + chocolate (RM9)..Separuh chocolate, separuh lagi banana..Yang luar dia tu keropok jagung..pon sedap jugak, ranggup..

 Ayu tak oder tak lalu nak makan katanya..hahaha Geli la tu..

Ayu rasa 1 2 suap jer pastu tak nak dah..suruh ambik gambar pon malu2 Ayu..kakaka..Siap delete gambar dia tengah makan ice cream tu..burok katanye..

Kiteorang jugak layan..Asal orang lalu mesti tengok benda alah yang kiteorang makan tu..yerla pelikkan rupa dia..Sumpah weii sedap giler!!! Harus korang cuba ok..Jangan malu jangan segan..kakaka

Abis dah shopping kami.. jom balik!! Wehuuu tak sabar pulak nak tunggu holiday kami bersama anak2.. ^_^

piece : kathyjem

Tuesday, May 5, 2015

Mandi Sungai Pon Takut

Cuti hari tu bawak Raiisah mandi di Sungai..Tak plan pon nak bawak Raiisah mandi sungai sebenarnya..Malam Sabtu tu Affan tanya..Huny jom besok pergi mandi Sungai Pertak kat Kuala Kubu Baru nak?? Jommmmmmm! laju jer aku angguk bila Affan cakap nak bawak mandi sungai..Bertahun dah kot tak mandi sungai..

Lepas subuh terus kentung-kentang kat dapur masak mee goreng..nasib bahan dah beli siap2..masak mee goreng dengan keropok lekor jer..Dua menu tu paling simple dan mudah nak masak..ingat nak masak nasi lemak fikir2 takyah la baru hari tu masak nasi lemak..

Semua dah ready?? ready mummy!!

Raiisah dah pandai buat peace..hehehe Kalau tak dia punye peace tu jari nombor satu..

Jatuh cinta dengan kamera Sony a5100..hehehe..gambar ni tak edit langsung pon dah nampak macam edit..suka suka suka..

Tercapai jugak nak bawak Raiisah mandi air sungai..Sungai Pertak ni dekat Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor..Siapa selalu pergi Sungai Chiling mesti tau tempat ni..tak jauh pon dari situ..area2 situ jugak..Cuma kat Sungai Pertak ni sesuai untuk orang yang suka hiking..dalam tu banyak air terjun cantik2..Nanti nak ajak Aseng ngan Ayu berkelah & khemah satu malam kat sini la macam best jer..

Jom kita hiking!! Hiking la sangat dengan kasut pinkish nyer..hahaha

First time Raiisah masuk hutan kemain mulut bising macam Mak Joyah sesat dalam hutan..Silap pulak mummy pakaikan awak kasut pink tu patut pakai selipar jer..dah terhuyung-hayang nak jalan atas batu..

Sepanjang jalan Raiisah menjerit 'Eeeee'..Tatuttttt! Mummy Tatutt.....Butterfly melintas depan dia pon tatut jugak..beria-ia menjerit macam nampak buaya besar...

Daddy dia suruh jalan tak nak..nak dukung jer..Kalau macam ni la gayanya Raiisah sebulan sekali Mummy ngan Daddy kena bawak awak datang hutan..kena bagi berani sikit.. Asyik ipad ipad jer kan sekali sekala kena bagi pijak tanah batu sikit..

Sepanjang jalan daddy dia dukung..Boleh tahan jauh jugak kiteorang berjalan..nak cari port baik punye tempat kena la berjalan jauh sikit..

First time Raiisah mandi sungai, menjerit jer kerja dia..mandi air laut pon menjerit..mandi air kolam pon menjerit..mandi air apa yang awak tak menjerit Raiisah??

Apa yang dia takut sangat tah..Selidik punye selidik rupanya ikut perangai Daddy dia penakut & pengeli..hahaha Affan masa kecik memang pengeli..Masa zaman dia sekolah, masuk hutan siap pakai stoking panjang sampai ke lutut siap ada getah sayur lagi, takut pacat masuk..hahaha..Sabar jer la..Patut la Mek Ecah pon macam tu ikut daddy dia upernya..

 Duduk la awak atas batu tu jadi ikan kering atas tu..suruh berendam tak nak..

Masa ni jer la dia diam..Celup sikit kaki kat air menjerit..

Bab posing nombor satu..suruh berenang menjerit macam nampak hantu..Eh macam pantun dua kerat pulak..haha

Raiisah dan Mummy..

Bagi air botol sejuk..

Bye bye Raiisah... Terus menjerit..Mummy!!! kakaka tak boleh tinggal langsung..

 Sanggup dia kangkang kaki dia semata-mata tak nak kaki tu kena air langsung..

 Sedekah ikan makan udang goreng..hehehe Jernih air dia..banyak ikan comel2 kat Sungai Pertak ni..

Makan mee pon tak tenang..Raiisah masa ni menangis tak nak duduk kat dalam sungai..Mummy ngan Daddy ko baru nak feeling2 tenang makan mee sambil mendengar air sungai mengalir..Raiisah dok sebelah..arrrgggg aarrrgggg *menjerit..Mengucap Raiisah mengucap...

Ingat nak bawak dia dok dalam pelampung tu, kot2 la dia berani..

Tak jugakkk..pon sama jugak menjerit terlolong macam kena histeria..no no no no...

Sudahnya naik atas..

Sementara Daddy sejukkan hati Raiisah yang penakut tu, mummy nak beredam jap..

Best kawasan kiteorang lepak mandi ni, takde orang langsung.. kalau ada pon 1 family berkhemah kat tepi tu..tu jer yang ada..kiteorang ambik kawasan paling atas sekali sebab tu kena menapak jauh sikit..

Bawak jalan2 dalam hutan..

Dah jom balik..hari dah nak mendung..petang karang mesti hujan..Tu pakai kasut tu dia yang suruh..kasut tak nak tanggal langsung..

Amboii suka sangat dapat tukar baju..baru nampak senyum kalau masam macam cuka..

Dalam perjalanan nak balik..tibe2 ada sekumpulan rama-rama berterbangan kelilingi Raiisah dan Affan..

Raiisah apa lagi berlari tak pijak tanah kot..macam nampak hantu dia punye berlari..hahaha Raiisah Raiisah..Rama-rama pon takut..adehhh tak tau nak cakap apa... =____=

Cantikkan Sg. Pertak ni..ni kawasan mandi manda orang bujang..ramai anak muda mandi kat sini..bawak family tak sesuai mandi kat sini..dalam gile kot..

Abis dah percutian menjerit Raiisah dan mandi manda bersama keluarga kecik kami selama 4 jam..hehehe jadilah 4 jam pon dah ok..tak boleh lama2..lagi lama jadi pening lalat mummy dalam hutan tu..mau tak, dari mula sampai, sampai la nak balik Raiisah menjeritttttt sesajer..Orang yang lalu sebelah kiteorang mesti tegur Raiisah...Napa dik?? takut apa..Dia takut butterfly bang.. -___-

Balik tu singgah makan cendol & rojak di Bukit Beruntung..Baru la dapat makan dengan tenang..hehe

piece : kathyjem