Klik Yer!! Mekasih...

Thursday, October 8, 2015

Percutian Singkat Di Ipoh

Hari tu pergi Ipoh kawan Affan kawen..Konon nak konvoi ramai2 la dengan kawan2 kerja Affan..janji pukul 10.30 pagi tunggu kat RnR Rawang, Affan call tanya semua kat mana dah?? sekali tu dia kawan2 Affan semua dah sampai Gopeng..mak aiii janji kol 10.30, kol 10.30 kat Gopeng dah..ni bukan janji melayu, janji cina ni..hahahah gile laju dorang bawak..Ok la Affan pon rileks2 la bawak kereta..Ipoh bukan jauh sangat pon..baru nak kroiihhh kroiih dah sampaii..

Sepanjang perjalanan dipenuhi jerebu..Raiisah elok masuk tol terus tidur sampai ke Jelapang..

Sakit mata tengok jerebu tebal sangat..rasa macam kat New Zealand..New Zealand la sangat!

Marah ni marah..jegil biji mata..

Dah sampai Dewan Medan Gopeng..nak makan nasi minyak..

Perut dah kenyang..nasib nak makan nasi minyak..selalu nak nasi putih jer yang dia nak makan..

Selamat pengantin baru..

Semua ni kawan2 kerja Affan..nampak Raiisah kat mana..cubaan nak pergi kat pelamin la tu..

Berangan nak jadi pengantin..

Pengantin tak rasmi atas pelamin, dia dah rasmikan dulu..jenuh panggil..raiisah sinii sinii..haiyooo anak ku!

Eh eh sempat jelir lidah macam tu..Tak pakai paju kurung sebab lepas tu nak jalan2 bandar Ipoh, malas nak tukar..hehe..

Abis jer kenduri kawen Affan terus checkin hotel..Kami stay satu malam di Golden Roof Hotel, Ipoh..ingat dekat ngan town jauh jugak, tapi takde la jauh sangat ok ok la..

Budak2 masuk hotel ni yang dia capai dulu..Haloooo! halooo!

Rehat sebentar ambik nafas..Jerebu teruk sangat kat Ipoh..ingat KL jer teruk..

Minion kat kek hari tu.. kulu kilir bawak patung minion ni, sampai ke Perak dia bawak..

Daddy ko start dahhhhh..jaga2 Mekcha...

Ingat nak bagi Raiisah tidur dulu sekali dia tak nak tidur pulak..berlari sana sini dalam bilik..Daddy jom la kita jalan2 cari makan apa yang best..buhsan pulak duduk dalam bilik..

Petang tu daddy bawak jalan2 di Gua, Kek Lok Tong..Kat dalam gua ni adalah rumah ibadat bagi kaum cina dan kat dalam tu juga ada taman rekreasi...jom kita tengok..Affan kata, kecik2 dia selalu datang area sini..

Tengah gile kat minion macam tu ler, ke mana saja di bawa..

Sian aku tak pernah masuk gua..first time masuk gua..sedihkan..

Giler cantik batu2 dalam gua ni..

Siapa nak jogging boleh jer kat dalam ni..Raiisah tak turun sebab nampak itik angsa terus tak nak jalan..gedihh haiihh!

Belakang tu toilet..kawasan nak menuju ke toilet pon cantik..

Nak terbang sat!!

Sempat menari tarian mak inang..Raiisah hip hop pulak kat situ..

Lepas nampak tasik jalan depan sikit nampak kawasan hijau2, gunung ganang..sayang ada jerebu jer, kalau tak dah lepak lama kat sini..

Kejut oden, ingat apa..akar kayu giler besar..

Kalau takde jerebu cantik dah pemandangan kat belakang..

Leeeehh diri kat tunggul kayu pon takuit..anak siapa ni tak kenal la..jom b.

Baru nak feeling2 tenang bagi ikan makan sekali itik angsa mai pulakkk..

Menunu itik angsa tu datang kat kiteorang..apa lagi lari laa..kena sondol kang..

Last sekali bagi ikan makan..abiskan saki baki makanan ikan..tak kan nak bawak balik pulakkan..nak bagi kat tasik tadi itik angsa tu pulak kacau..hehehe

Pastu kami basahkan tekak di Chokodok Raggae House Cafe & Backpackers..mula2 ingat kedai ni jual goreng pisang, kuih cekodok ker apa, rupanya nama jer..tijah tertipu..

Menu dia tulis atas kayu jer..sempoi jer, jimat kos..

Gile sempoi kan decoration cafe ni..semua berlatar belakangkan konsep muzik Rock and Roll Bob Marley..

Ni lagi sempoi, tempat duduk guna tin biskut..hehehe suka hati aku jer kan panggil tin biskut kan.. =P

Eh eh ada orang la kat situ..

Nak duduk kat luar pon boleh tapi jerebu dok dalam jer la..

Pekerja kat sini cakap kalau tak penuh ni tourist datang sini tapi sebabkan jerebu tak ramai la yang datang..

Aku oder ice lemon tea..Affan kopi panas..

Raiisah macam biasa tawaf satu cafe...bukannya boleh duduk satu tempat lama2 minah kecik ni..

Stroop strooppppp!!! kehausan..

Apa ni B oder menu breakfast?? hahaha ok la makanan breakfast pon, makanan breakfast la..pon boleh..boleh bagi Raiisah makan sosej tu kan..bijak bijakk.. =P

Japanese homemade dumpling ni tengah famous kat cafe ni..benda baru owner kat sini kata..so mari la kita cuba sedap ke tidak dumpling kat sini..ok la sedap jugak..

Tak abis tawaf lagi ker Mekcha??

Tempat basuh tangan..jangan tercocok muka sudah..hehe

Dah nak balik baru perasan atas tu tempat live band..sempat la kiteorang dengar live band kat sini..

Besok tu pergi Lost World of Tambun..nak bawak Raiisah mandi manda kt situ..dah alang2 ada kat Ipoh, kan..Pagi tu breakfast bawah hotel jer..senang pas makan terus gerak ke Lost World of Tambun..

Tiba2 nak call nenek..tunjuk phone suruh call nenek..Halooo nenek!

Lost World of Tambun ni tak silap aku tiket masuk dalm 50 lebih..lupa pulak sebab yang beli tiket Affan..Raiisah free sebab tak baya2 Raiisah dorang ukur ketinggian..Kanak-kanak yang tinggi lebih 90cm jer kena bayar..nampak tepi kaunter tu..kena ukur kat situ..

Nak bagitau sini tak leh bawak masuk makanan yer, sebelum nak masuk dorang ada buat spotcheck..aku lak lupa pegi bawak roti, memang kena tahan la roti tu..takper balik kang boleh ambik..

Amboii dia punya tak sabar, ia ia oojer..baru rendam kaki dah jerit acaner..

Why jerebu whyy?? time ni la ada jerebu kan..harap2 tak demam la pas ni..kalau demam anak beranak salahkan daddy ko dia yang nak pergi sini sangat kan..hahaha

Tadi beria sangat nak masuk dalam tu..kat situ jer duduk..

Dah penat berendam bagi makan kuih favourite dia, semangkuk kecik tu RM5 hengget..

Naik ni pon best jugak..Affan tanya nak naik tak train tu? eh kuasa la...hahaha

Ececece berani ker nak mandi sorang2 dalam kolam tu..

hahaha tak berani kan..mummy dah tau tahap keberanian Raiisah sampai mana.. kekekeke

Aksi penyu terdampar..

Auww malu kita..

Ada la jugak seketui gambar mummy..dah hujung2 baru ambik gambar..sebab kamera, phone, beg semua tu simpan dalam loker..kang syok mandi hilang semua..nak selamat simpan jer semua barang dalam loker..

Tengah bayangkan Raiisah macam ni..ermmm memang tak boleh bayangkan la..bila Raiisah nak berani macam ni!!! T_T

Nak bawak ke situ pon kena duduk atas daddy dia..kalau tak menjerit lerr...

Mummy dan budak penakuit..

Ok dah jom balik..dah lapar..nak makan nasi Vanggey!

Balik tu sempat mintak patung monkey..beli kan jer la nasib murah yang Raiisah mintak tu..hehehe

Syurga weeiii rendam lama2 dalam kolam..pastu makan nasi Vanggey! memang dalam kereta ZzzzZZ  zzzz jer la.. Ok tu jer cerita percutian kami sekeluarga ke Ipoh, Perak! hehehe

piece : kathyjem

Tuesday, October 6, 2015

Simple Birthday Celebration untuk Raiisah

Last minit plan nak sambut birthday Raiisah kat KFC..Ni pon Opah Kajang yang nak buat..Siap hantar kat wassapp gambar kek minion untuk Raiisah dah siap buat..ko bayangkan hari Jumaat dia punya jem macam mana...Tu pon Affan awal2 dah ambik Raiisah kat rumah mak Sg. Buloh..kalau nak tunggu aku balik kerja pastu ke Sg. Buloh ambik Raiisah, alamatnya dekat kol 10 malam la kot baru sampai Kajang..

Lepas maghrib kiteorang bertolak ke Kajang, dekat kol 9 lebih jugak la baru kiteorang sampai Kajang..Gile la kereta banyak..Pelik betul KL ni setiap kali Jumaat jalan mesti jem, setiap kali jem hari Jumaat..semua nak pergi holiday ker apa ni besok tu..tersenguk-senguk kereta bergerak..nasib Affan drive kalau aku mau terlelap-lelap dalam kereta..dah la jenis mata cepat nak terlelap..hehehe

Sampai jer KFC Sg. Chua, Kajang terus Raiisah pon melompat-lompat dalam kereta..Mummy tuuuu kepchiiii!!! Nampak jer KFC ko kan..Raiisah memang pantang nampak KFC, pantang dengar perkataan KFC, pantang nampak iklan KFC...KFC jer kerja dia...kadang tu Mcdonalds pon dia boleh bantai sebut kepchi..Jenuh ajar McD Raiisah, McD, bukan KFC...kepchi jugak disebutnya...minum semut banyak sangat Raiisah ni..McD sebut kephi pon boleh la..besar nanti pandai la Raiisah kenal mana KFC mana McD..hehe

Simple jer kiteorang celebrate birthday Raiisah malam tu..Abah ngan mak pon tak dapat datang sebab Abah kerja malam tu..kakak aku pon tak sempat nak jemput..kakak ipar ngan abang ipar pon tak dapat datang jugak..

Sampai2 tempat ni yang dituju dulu..sambil2 tu makan fries..kejap lagi kita potong kek okey sayang..

Ok jom kita potong kek minion..

Kek Minion ni opah yang buat tapi bahagian hiasan tu bukan opah la yang buat..yang hiasan tu mak mertua aku hantor kat kedai kek..Gile hebat la kan mak mertua ku boleh deco cantik macam tu..Masa mula2 mak mertua aku hantar gambar kek minion tu kata dah siap..giler terkejut..dasyat Umi boleh deco cantik macam ni..rupanya bahagian dalam jer..hehehe

Raiisah nampak jer kek minion terus mulut pon ternganga meluas..WOW MINION!!!! \\O_O//

Pastu ramai2 la nyanyi happy birthday untuk dia..Tiba2 pulak menangis..T_T Pelik kan, orang nyanyi lagu happy birthday gembira, gelak2, senyum2...yang dia boleh pulak bantai menangis.. Dah satu hal nak pujuk dia jangan bagi nangis..luar je ganaih dalam hati lembut macam taufu fa Mekcha ni..

Ok dah dah drama air mata melayu dah abis..jom tiup lilin..fuhh kanan fuuhh kiri..cepat Raiisah pasang niat sempena nak masuk 3 tahun ni..kekeke

Macam ni la hepi2 tak mau nangis2 ye anak mummy..kasi ceria sikit..Besday girl takleh sedih2..

Mummy ngan Daddy sentiasa doakan moga kehidupan Raiisah diberkati dan dirahamti Allah s.w.t..Moga menjadi anak yang solehah dan bertanggungjawab..jadilah manusia yang berguna pada semua..In Sha Allah..

Tak jemput ramai pon, buat sederhana jer..yang penting nak bagi Raiisah hepi tiup lilin tu jer.. =)

Sukanya dia dapat tiup lilin kek minion..

Raiisah dan Isa..Isa ni cousin Raiisah..sebaya umur dorang..

Raiisah sekarang ni memang tengah giler tengok cerita minion..bila balik rumah kiteorang, cerita minion la yang dia tengok..sehari 3 4 kali dok ulang..dulu cerita Frozen now Minion pulak..sampai boleh hafal dialog Minion bercakap..ba ba ba ba ba nana..ha la banana banana bagi makan pisang kang..caakp pon dah ikut bahasa minion..

Sabar anak2 masing2 akan dapat kek..

Raiisah kejap2 cabut patung minion tu, kejap2 pasangkan balik..nampak dalam kek ituuu, siap ada cream kat tengah dia..terbaik la Umi buat kek minion ni untuk Raiisah..sedap Umi buat..

Sesi membahagi kek kepada anak2..

Orang makan kek dia makan kepchi pulak..Ni salah satu sebab kenapa opahnya nak buat kat KFC..sebab cucu dia memang hantu ayam KFC..

Lily..ni pon cousin Raiisah jugak..mak bapaknya tak dapat datang kerja..

Isa si mata mulat..

Adik ni anak murid Umi..

Ni kakaknya..

Atuk Gafur, Raiisah dan Opah..Terima kasih Opah buat kek minion untuk Raiisah dan belanja KFC sempena birthday Raiisah yang ke-3 tahun..

Raiisah awat penyek hidung tu?? gatai kah.

mmmmmmmmmuah..

Muncung lagi..

Gambar berdua dengan daddy pulak..

Tak bagi daddy dia ambik minion..jangan siapa sentuh patung minion tu, memang dia tepis..hiiiyak!

Senyum manis dari saya a.k.a Mek Cha..hekhekhek

Bila nak makan kek minion tu?? asyik tenung je kek minion tu..Meh nak cium pipi tu sikit..

Elok dorang ni beratur nak bergambar dengan Raiisah..boleh dia bantai lari pulak..

Ada yang tanya baju Raiisah ni beli kat mana?? kita beli kat H&M Nu Sentral, RM59.90.. ngi terjah nanti kang abis..hehehe

Hi semua saya dah 3 tahun..basuh berak pon saya tak pandai lagi, acaner..hehehe..tahun depan saya nak masuk school..

Alaaa mummy dah la tu..penat la nak layan mummy asyik bergambar..eh ehhhh..sentap mummy Raiisah cakap macam tu tauuuu.. >_<

piece : kathyjem

Friday, October 2, 2015

2 Oktober Genap Mekcha 3 tahun!

Hari ni genap Raiisah 3 tahun..Semoga membesar dengan sihat anak mummy..belek2 gambar lama dia, alahaiiii homeinya ia masa baby..rindu Raiisah masa baby, rindu nak bau tangan masham dia, rindu nak tengok Raiisah merangkak-rangkak, panjat sana sini..why cepat sangat membesar ni Raiisahhhhh?? Eh 3 tahun cakap pon tak pandai lagi ni macam mana..huhuhu

Tahun ni takda hadiah, mummy ngan daddy bagi cium kasih sayang jer..hahaha Ada la hadiah jangan risau chayanggg tunggu mummy kumpul duit okey..hehehe..tak fikir lagi nak bagi hadiah apa kat Raiisah..tahun depan nak masuk tadika dah dia..banyak nak guna duit ni..Tadika pon tak survey lagi nak hantar dia kat mana?? ermmm..pening jugak ni..nak hantar area rumah mak Sg. Buloh or nak hantar area rumah kiteorang..kalau hantar area rumah kitaorang memang kena ambik daycare..Kalau boleh nak ambik yang ada islamic + english..

Selamat Hari Jadi Raiisah Awfiyah bt Affan aka Mekcha..Semoga menjadi anak solehah, anak berjaya di dunia dan di akhirat..Mummy ngan Daddy sayang sayang sayang Raiisah..Love u my sweetheart!

Malam karang kita tiup and potong kek yer sayang! ;)

piece : kathyjem

Thursday, October 1, 2015

Korang Nak Menang RM10,000 Tak?

Korang nak dapat RM10,000 tak?? Sebab sekarang ni RHB Now nak bagi peluang memenangi RM10,000 dengan hanya register RHB Now Internet Banking ataupon download RHB Now Mobile Banking App..

Ok first sekali korang kena register dekat website http://www.rhbgroup.com/ and klik register RHB Now..

Lepas dah sign up korang buat la apa2 transaksi menggunakan RHB Now ni, contoh macam bayar bil api ker, transfer duit kat mak ker, bayar saman JPJ ker, bayar kredit kad ker, nak pergi holiday ker, apa2 la..So secara rasminya bila korang sign up jer, terus korang dah layak untuk masuk contest "Where Avatar? Spot Count & Win" nii..

Tapi korang kena rajin2 la guna RHB Now ni sebab semakin banyak korang jawap dengan betul, peluang untuk menang RM10,000 makin tinggi dan cerah..

Tak susah pon nak main game ni..Korang cuma cari dan kira berapa banyak Avatar dekat screen tu lepas korang guna untuk buat apa2 bayaran online..

Kalau korang nak tahu products and services RHB Now yang terbaru boleh la klik di link ini http://rhbgroup.com/products-and-services/whats-new/rhb-now/ Dekat sini korang boleh view macam2 promo dari RHB Now..Macam "Yes 4G Service Plan" ni tengah ada buat promotion.. kalau korang bayar bil telepon pakai RHB Now korang boleh menang extra data 1GB percuma..

So tunggu apa lagi? Cepat2 la sign up RHB Now secara percuma untuk menang hadiah RM10,000! Apa lagi cik akak, cik abang cepat2 register di RHB Now sekarang! tarikh tutup contest "Where Avatar? Spot Count & Win" ni sampai 29 November 2015..

piece : kathyjem