Klik Yer!! Mekasih...

Monday, October 19, 2015

Alahai jerebu!!!

Selamat petang..haloo..ari ni saje nak bebel dalam blog..pagi tadi keluar rumah terkejut tengok jerebu teruk giler kat luar..rasanya dari semalam dah start jerebu menyerang negara kita..eh tibe keluar ayat skema..hahaha ingat dah ok dah takde jerebu..alih2 datang balik lagiiii..aku rasa tahun ni paling teruk negara kita Malaysia tercinta di serang jerebu..eh ada jugak tahun 2006 tak silap aku..masa tu satu Asia kena teruk jerebu kan..

Semalam dalam berita kat fb dah war-warkan sekolah tutup hari ni sebab jerebu teruk..tapi tak tau la tutup sampai bila..Sekolah jer ke bagi cuti abis kami ni pekerja tak kan tak bagi cuti kottt..ooh kerajaan lupa kot yang kami ni pekerja bernafas pakai insang macam ikan..ni dalam ofis pon mata pedih2 nak mengadap PC walaupon pintu ofis tingkap segala mak nenek semua tutup..celah mana jerebu boleh mai pon tak tahu..kami nak cuti jugak woii!

Ramai yang tanya seluar kita pakai ni beli mana?? kita beli kat Times Square jer uolss RM19.90..haaa kejutkan..murah kan..kedai mana?? jangan tanya tak ingat..hahaha Baju tu pon sama tak ingat jugak beli kat mana sebab dah lama baju tu..jap fikir kot2 ingat balik, kan..errmmmm ok memang tak ingat..hahaha ampunnn...

Pemandangan dari ofis secara live di bangunan Wisma Goshen..langsung tak nampak bangunan belakang tu..yang nampak asap kepok2..bila kah dunia jerebu ni akan berakhir?? rindu nak suasana nyaman, menyenjukakn mata..buka tingkap mata memandang pokok2 hijau, langit biru, ada 5 ekor burung sedang terbang di langit..

Lunch tadi dengan kawan2 ofis..tak lunch kat luar..masing2 malas nak mengadap jerebu..kami lunch kat bawah jer..

Yang lain semua sedap..aku punya jer hampeh..oder Spaghetti aglio olio..udang takde ayam apa pon takde..masak kosong macam tu jer..kedekuit sangat at least busuk2 letak la mushroom sikit ker kan..minyak pon aku rasa pakai minyak masak biasa jer takde langsung rasa olive oil..cili pakai cili masak jer..dah la sembilan hengget..huh! ni yang malas nak lunch kat bawah ni..ok la tu jer nak bebel di hari senin ni..bye!

piece : kathyjem

Thursday, October 15, 2015

Resepi Daging Masak Black Pepper Paling Malas

Daging qurban ada banyak lagi dalam freezer so abiskan la..tapi nak masak apa ek?? godek2 almari kat dapur perasan perencah daging black pepper..punya lama beli baru nak masak..hehehe gitew la seminggu sekali pegang kuali senduk..setiap kali nak masak barang mesti kena check expired ker tak..jenis aku weekend jer masak sebab hari2 nak masak tak sempat laaa..sampai rumah dah malam celah mana pulak nak masak hari2..salute kat kawan2 yang hari2 masak untuk family..weekend jer mampu aku masak untuk Affan ngan Raiisah..huhuhu

 So semalam masak daging black pepper..

Bahan2 dia cuma kena ada kentang, bawang besar dan cili masak..

Dan daging! itu ajer..

Ni la perencah beli dah lama tak masak2 tu..hahaha sedap jugak Seri Aji ni..

Ok mula2 sekali panaskan minyak masak..pastu masukkan daging yang telah dipotong..masak daging tu dalam 3-5 minit sampai lembut..

 Pastu masukkan kentang..

Then bawang besar..

Pastu masukkan perencah black pepper..takyah taruk garam semua tu, semua dah ada dalam perencah black pepper ni..senangkan..ni namanya masakan orang malas..hahaha

Gaul sampai sebati then last sekali masukkan cili masak..

Dah siap untuk ngap..hehehe Senangkan giler kan..resepi pemalas dari Kathyjem..kekeke =P
Sedap juga pakai perencah black pepper Sri-Aji ni..terbaik!

piece : kathyjem

Tuesday, October 13, 2015

Insurans U for Life Serendah RM9.85 Sebulan!

(Scroll down for new entry)

Sekarang ni kita memang memerlukan insuran diri dan keluarga..Ramai anak-anak muda yang masih bujang fikir tak perlu ada insurans..Bagi dorang, takde keluarga, takde tanggungjawab so takpayah ada insurans sebab tak penting dan hanya satu pembaziran.Itu yang aku fikir waktu sebelum kawin..Now dah kawin ni, dah ada family baru tau pentingnya insurans..tengok muka mek echa ni..sedih je kalau fikir masa akan datang..parents mana yang tak nak terbaik untuk anak-anak kan?

Bagi aku insurans penting untuk semua..untuk diri, anak2 dan orang yang kita sayangi..yela bab hidup ni..kita tak jangka..benda datang tiba2..ada yang baik ada yang buruk..jadi insurans ni kita semua tau untuk back up kita dalam hal2 yang buruk ni la...contohnya tiba2 sakit..accident la.patah riuk badan ke apa..nauzubillah..tapi apa yang aku nak tekankan kat sini..penting ambik insurans skarang ni...semua duit duit duit...kos untuk rawatan hospital skarang ni..korang pun tau mahal serba serbi..

Selagi diri masih sihat dan tak banyak penyakit2 kronik, aku sarankan ambiklah insurans demi masa depan..Kita bukan la sesiapa..mana nak cari duit serta merta..kalau kita Perdana Menteri, Jutawan ke..anak raja ke..lain la kan..mesti teraba-raba nak cari duit untuk perubatan demi kesihatan kalau tak ada simpanan dari sekarang..

Bab anak pulak, selain insurans..salah satu cara untuk memastikan masa depan anak2 terjamin adalah dengan adanya wang simpanan..bila ada simpanan boleh la kita gunakan untuk pelajaran dia dan sebagainya. So takkan la anak kita kecik2 dah ada pendapatan kan..tentulah dari kita mak bapaknya yang kne rancang perbelanjaan dan masukkan skali simpanan untuk anak-anak melalui pendapatan kita...

So kenalah ada perancangan yang baik untuk melidungi pendapatan kita..

Aku nak share sikit pasal satu insurans internet pertama kat Malaysia iaitu U for Life. Korang mesti pernah dengarkan insurans U for Life ni..Senang sangat nak apply, tak susah pon klik2 jer pastu dah submit..takyah tunggu berminggu-minggu nak dapat kelulusan..Insurans U for Life ni menawarkan insurans yang mudah, segera dan mampu untuk mendapatkan perlindungan insurans hayat..Sebab apa aku kata mampu di miliki?? sebab harga serendah RM9.85 sebulan untuk RM100,000 coverage tu....murah, kan..Aku mula2 dengar pasal RM9.85 sebulan ni...wow terbelik biji mata!haha

Ni aku nak kenalkan sikit pasal insurans ni, Hanover Re adalah firma reinsurans ketiga terbesar dunia dan adalah pemegang saham terbesar dalam kerjasama dalam menawarkan platform insurans hayat online pertamadi bawah U for Life, manakala Tokio Marine Life Insurance Malaysia sebagai penanggung insurans..So jangan ragu-ragu tentang kredibiliti U for Life dan Tokio Marine Life Insurance Malaysia ni..Mereka buat insurans online ni adalah khas untuk rakyat Malaysia merancang masa depan..

Macam mana nak apply U for Life insurans ni?? senang jer nanti aku tunjuk cara2 nak apply, tak sampai berapa minit siap semuanya..

Lupa nak bagitau..Korang boleh review dan beli e-policy ni dalam tempoh 10 minit dan lepas payment dah confirmed boleh terus dicover dengan insurangs bernilai RM100,000 minimun dan takyah tunggu untuk approval..Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) baru2 ni kan ada buat ujian, rata2 rakyat Malaysia kurang dilindungi insurans berbanding rakyat di negara-negara jiran seperti Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun..kenapa ek rakyat Malaysia ramai tak ambik insurans..Jangan fikir insurans ni satu beban ya sayang semua...bila terkena tu yang sakit tuu...huhu

Ok mula sekali pergi ke website https://uforlife.com.my dan klik Get Started..

 Pastu jawab beberapa soalan..jangan risau soalan mudah jer, just klik-klik dah settle..

So aku ambik monthly yang RM11.60..sebab tu orang kata nak ambik insuran kena ambik umur muda sebab murah..tapi RM11.60 jer ponnn, murah sangat tu..rugi la kan tak ambik..

Pastu ada la kena jawab soalan2 berkaitan kesihatan sikit..soalan tu pon sama klik-klik ajer..mudah jer..jawab kena jujur jangan menipu pulak..

Pastu leh submit a few details about yourself dan tekan next..

Sumbit application dan buat bayaran..senang 10 minit jer siap semuanya..Kalau korang nak tahu Term Life Insurance ni boleh up to RM500,000 dan tak perlu buat medical check up...Mudahkan..

Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok di https://uforlife.com.my.. jom U for Life sama2 :)

piece : kathyjem

Resepi Bubur Jagung Je Pon!

Sajer nak kongsi resepi mudah cara  nak buat bubur jagung dengan korang..boleh? hehehe

Bahan yang kena ada cuma 4 ajer iaitu :

- 2 tongkol jagung dihiris..Jagung tu dah kecut sikit sebab simpan lama..hehehe pon boleh la janji ada jagung..kekeke

- Santan 1 kotak..nak pakai santan perah pon boleh jugak..lagi sedap..

- Gula merah..

- Sagu biji..

 Ok mula2 sekali masuk air dalam 4 atau 5 cawan dan santan kotak ..

 Kacau sampai santan tu sebati dengan air..

 then masukkan jagung..

Pastu masukkan 1 sudu sagu..jangan banyak sago tu kang jadi pekat kuah jagung tu..Sagu tu kena basu dulu jangan rendam..lepas basuh boleh masuk terus..

Last sekali masukkan 4/5 sudu brown sugar dan secubit garam..

Dah hujung2 baru teringat daun pandan lupa nak letak..boleh..hahaha patutnya daun pandan tu kena masukkan awal2..hehehe pon boleh jer bedal..

Dah siap bubur jagung by kathyjem..hahaha kecohkan. resepi bubur jagung celah gigi ni pon nak masuk dalam belog..Ok tata selamat minum petang!

piece : kathyjem

Monday, October 12, 2015

U Mobile Tawarkan Bayaran Ansuran iPhone 6S Paling Murah!

Hi semua..semua pon dah tahukan iPhone 6S dilancarkan bulan lepas..mesti ada yang pasang angan2 nak ambik satu tapi tak mampu nak beli bayar cash..huhuhu..kalau ada pon nak beli iPhone 6S mesti kena installment pakai kredit kan kan..Kalau tak, tak boleh buat installment..no no no jangan risau ada cara dia..senyum sikit.. ^____^

Sebenarnnya Ada cara dia..Sebab sekarang ni U Mobile ada memperkenalkan Flexi U MicroCredit iaitu pelan ansuran mudah yang membawa kelainan berbanding syarikat telekomunikasi yang lain..Flexi U MicroCredit ni korang bebas untuk pilih jumlah pinjaman dan membayar baki yang tinggal dalam bentuk tunai atau kad kredit! see bayar dengan tunai pon boleh walaupun tak ada kad kredit..so boleh pilih nak iPhone 6S atau iPhone 6S Plus..U Mobile adalah yang pertama melancarkan kemudahan U MicroCredit..U MicroCredit ni boleh didapati di kedua-dua Postpaid dan pelanggan prabayar..Tujuan

Macam mana Flexi U MicroCredit ni berfungsi?


Pertama : Pilih jumlah pembiayaan antara RM1,000-RM3,500
Kedua : Pilih Tempoh bayaran balik dari 12, 24, 30 dan 36 Bulan
Ketiga : Bayar baki yang tinggal dalam bentuk Tunai atau Kad Kredit

Apa manfaat tentang U MicroCredit ni?? baca kat atas.. =)

Harga U Mobile iPlans

Harga U Mobile iPhone 6S dan iPhone Plus

Kaedah bayaran pelan ansuran MicroCredit U Mobile..Semua harga adalah termasuk GST..Pengiraan di atas adalah berdasarkan kadar faedah tetap 1.2% untuk Flexi UMC, dan kadar faedah sebanyak 0.84% untuk pembiayaan penuh.. Untuk kadar lain, sila klik di sini..

2 cara mudah untuk memohon U MicroCredit ni..

Bagi yang berminat nak beli iPhone 6S atau iPhone 6S Plus melalui Skim Ansuran U MicroCredit ni, boleh memohon secara online atau pergi terus ke kedai U Mobile yang berdekatan..Korang perlu bawa salinan IC, bukti pendapatan slip gaji dan kenyataan EPF atau 3 bulan kenyataan bank bagi yang bekerja sendiri..

Korang boleh buat pembayaran melalui saluran mudah ni..Boleh bayar melalui Maybank, CIMB, BSN, Public Bank, RHB dan PosOnline, AMBank dan Alliance Bank..

Kan dah cakap ada cara yang mudah nak beli iPhone 6S ni..Dah jangan sedih2 boleh oder sekarang!!! Sesiapa yang berminat nak beli Phone 6S dan iPhone 6S Plus boleh terus register kat sini https://www.u.com.my/iphone6s untuk maklumat lanjut mengenai Flexi U MicroCredit, boleh klik di sini http://www.u.com.my/umicrocredit 

Korang boleh tengok di sini perbandingan harga iPhone 6S dan iPhone 6S Plus di seluruh dunia..

piece : kathyjem

Friday, October 9, 2015

Kami Makan di Restoran Ketam Gemok

Punye lama tak datang Fatty Crab kat PJ ni..Last datang sini tak silap aku tahun 2010 kot belum kawen dengan Affan lagi masa tu..lamakan..Kedai dia pon nampak besar dulu kecik jer..

Siapa suka makan ketam kat sini sila angkat tangan..terbaikkan ketam kat restoran Fatty Crab ni..siapa first time makan kat sini mesti lepas tu repeat datang lagi..Balik kerja terus datang sini..Tak leh booking nak makan terus jer mai sini..kalau datang pukul 8 ke atas memang beratur panjang la..kitaorang masa sampai tu memang dah penuh, mujur ada satu family tu dah abis makan..dapat la meja kalau tak jenuh jugak nak tunggu meja kosong..

Eh eh macam mana Qaiser bambam ada kat sini..cium sikit rindu dia..asyik tengok gambar kt handphone Ami dia jer..dapat jugak gigit tangan dia..eee geram!

Haaa buat apa tu?? hisap jari ek..leh geng Mekcha ni..no no no..Ami jangan bagi Qaiser hisap jari!!!

Amboiii budak sekarang nampak kamera posing hensem terus..Qaiser pantang nampak kamera terus pandang tepat kat kamera phone..pandai posing dia sekarang ni..

Kiteorang oder empat menu jer..nasi goreng ni nampak macam bodoh2 jer kan tapi die punye rasa tak cukup sepinggan kena oder lagi sepinggan..

Ketam ni kiteorang oder 6 kati..mula2 oder 3 kati sekali tak cukup tambah lagi 3 kati..tu dia makan sampai muntah ketam..hahaha tak abis siap tapau balik..

Ikan masak stim ni paling cepat abis..sedap giler kot kuah dia..ni taip pon dah telan2 air liur..glup!

Garlic prawns ni pon dua kali repeat sebab tak cukup sepinggan..

Amiruil, Hanis, Qawiem, Nasreeq, Kak Fayiedda dan Aishah..Eh si kecil tu lupa, Qaiser! hehehe Behave jer dia..Baya2 dia memang tak banyak meragam..janji perut kenyang cukup tidur..

Kawan2 ofis kecuali husband Hanis la..hehehe

Kak Fayiedda oder roti bakar..nak makan dengan apa kak roti bakar ni??

 Ni haa cicah ngang kuah ketam ni..Oooo macam tu ker..sedap jugak makan macam ni..baru ku tahu..

 Ketuk Hanis jangan tak ketuk..

 Kenyang dahhhh tapi nak sumbat lagi..

Ada orang jual nenas 3 biji RM10..eh comel pulak nenas ni..Kak Fayiedda kata, nenas tu manis korang kena cuba makan..sekali dah rasa memang kow2 punya manis..manis nenas tu macam rendam dengan air gula..sedap giler kot nenas dari Thailand ni..

Licin kiteorang makan..kecuali ketam tinggai seketui tak abis..korang yang seketul tu la dan dan kenyang kan..Nampak full address Restoran Fatty Crab tu kat mana?? kat PJ, Taman Megah..

Nak menuju ke kereta tu pon rasa nak merangkak-rangkak jer, kekenyangan sangat..hahaha

piece : kathyjem