Klik Yer!! Mekasih...

Tuesday, August 8, 2017

Beriadah Bersama Suami

Dari dulu angan2 nak mendaki gunung dengan Affan berdua..hahaha sampai sekarang angan2 tak tercapai..dulu sebelum ada anak tak nak buat aktiviti macam gini kan..dah ada dua orang anak baru hegeh nak buat..hahaha biaser la dulu2 sibuk nak beromantika..

Weekend ni kan Kak Kathy nak pergi Water Rafting dengan Ceera so memang last week dah bagitau Affan nak ajak dia teman aku jogging, nak kasi badan longgar2 sikit..Affan cakap dia nak bawak aku satu tempat kat Kuala Kubu Baru, tempat tu best dia kata banyak ikan tapi kena meredah sungai..aku dengar dia kata best, layan kan jer..Affan cakap kalau setakat nak jogging, pergi kat taman rekreasi pon boleh..ok la saya ikut sajer..

Affan pon suka buat aktiviti macam ni cuma dah kawin ni je la takde masa dengan sibuk kerja nya bagai..bila aku kata yes nak pergi, dia macam tak percaya aku nak pergi tempat2 macam ni..eh hello b, b ingat saya ni jenis tak suka ke tempat2 macam ni..saya ni pencinta alam flora dan fauna tau..hehehe Dan2 pencinta flora fauna kan..yerla dia dok tengok aku dengan kerja duduk kat ofis beraircond bagai dengan melawo je kerjanya..haha mesti tak layan aktiviti macam ni..eh tengok orang tau..jangan pandang sebelah mata..🙈

Biaserla janji melayu, konon awal pagi nak bertolak sudahnya kat kol 11 gak la kiteorang sampai kat Sg Chiling ni..

Ni la suami saya yang semakin debab.. Hari2 dengar dan bertanya. "Huny, b dah gemuk la, huny muka b dah tembam la, huny b tak nak makan la nak diet hari ni"..pasrah je la telinga ni dengar..mujur dapat bini yang sejenis tak kisah, gemuk ke kurus ke janji awak sihat b..hahaha Kang sado2 ada pulak yang nak mengorat ajak pergi karok pulak..huihh mintak simpang..sebab tu saya suka awak debab macam ni..cia cia cia..

Confius jap.. ni breakfast ke makan tengahhari..hahaha Nasi berlauk je yang ado, kita makan ni je la..nasi lemak abis..elok kiteorang nak bla berbungkus-bungkus nasi lemak orang kedai tu letak..cis ada pulak nasi lemak kan..tak leh jadi..lalu Affan pon tapau dua bungkus untuk di bawa ke Sg. Chiling..nanti lapor2 leh makan sambil menyelam..

Sampai2 kena register nama dulu..Makanan dia akan tanya, bawak apa? ada tupperware tak, plastik bag semua tu la..kalau ada kena bayar..nanti nak balik tunjuk plastik makanan tu, dia akan pulang balik duit kita..yerla kawasan jagaan.. Dilarang sama sekali untuk memasak ataupon BBQ di kawasan air terjun..Waktu di buka Jumaat, Sabtu dan Ahad..hari lain tutup..

Casing waterproof untuk phone ada untuk di sewa..

Register dulu..bayaran masuk untuk setiap seorang RM1..

Toilet dan tempat persalinan baju disediakan..sebelah tu ada jual makanan macam laksa, keropok lekor, burger dan lain2..boleh la untuk lapik perut..

Peta untuk laluan ke Air Terjun disediakan..baru ku tahu ada 6 lintasan rupanya untuk sampai ke air terjun yang banyak ikan kelah tu..

Bismillah..moga sampai la kami ke puncak..amin amin amin..debor pulak masa mula2 meredah laluan air sungai2 dengan lecak2 nya..

Tengah khusuk jalan2, Affan melompat ada cengkarung dok posing depan dia..Affan melompat aku lagi la melompat terus berlari ke belakang..hahaha

Affan sikit2 tanya, Huny awak ok, larat lagi tak..hello B baru 10 minit kita berjalan..Rileks la..hahaha Risau bebenor dia takut aku mengah tak larat..

Yeaa sampai lintasan 2..

Affan bagitau kena melintas arus sungai ni..Wutt??? kena melintas ke..haaa la kena melintas la..kalau tak macam mana nak sampai air terjun atas tu..hohoho ok..

Sampai lintasan ke 3..Lintasan ke 3 ni arus sungai macam deras sikit, pastu banyak batu..kaki aku tergelincir sikit, terpijak batu licin..berdarah sikit kat buku lali..

Lintasan ke 4..

Lintas ke 5..

Masa lintasan ke 6 ni macam konfius sikit..dia macam ada 2 laluan..kiteorang dah confius nak ikut laluan kanan or meredah sungai..ermm ok mengikut peta yang depa bagi memang kena meredah sungai..ok jom..

Elok kiteorang berfikir sekejap, ada sekumpulan remaja lalu..haa ikut je la dorang..adik2 ni mesti dah biasa datang sini..dalam jugak tau sampai ke paras pinggang..tapi arus tak deras sangat..

Yeaa sampai jugak ke Puncak!

So cantikkan! Affan kata kalau pergi hari Jumaat orang tak ramai macam hari weekend..Sg. Chiling ni bukak hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je..hari lain kawasan ni ditutup orang ramai..sebab tu ikan2 kat sini gemok2 sebab di jaga..Sampai satu tahap dorang akan lepas ikan2 ni semua kalau dah terlalu banyak..

Kak Kathy dah bersedia untuk Water Rafting weekend ni..kepala lutut semua dah longgar..hehe..In Sha Allah bersedia..😊

Aduhh baru nak beromantika dengan Affan kat sini..Affan cari port baik punya untuk isteri dia bermain2 dengan ikan kelah..sekali ada WOW di situ..hahaha suka la tu Affan ada tontonan free..hahaha

Affan tegur budak tu jangan main kat area situ..banyak batu, dah la curam..air sungai deras gile kot..kang kena hayut tak pasal2..Affan cakap pernah ada kes budak terhantuk..so kena la hati2 ye adik2 nak datang sini..jangan seronok sangat..tempat2 macam ni kita kena selalu beringat..

Ok isi perut dengan nasi lemak yang pagi tadi tak dapat makan..ermm macam tak cukup pulak sebungkus..

Selesai isi perut baru berendam..

Bagi ikan makan..

Mula2 geli giler..mau tak geli, rasa macam ikan tu tengah syok pulak cium2 kaki badan kita..😂

Lama2 dok dalam tu baru rasa ok, tak rasa geli dah..tapi aku tak bukak kasut, pakai dengan kasut2 sekali, kalau bukak kasut baru rasa geli giler kot..hahaha

Makan cokelat..sejenis cepat lapar, padahal baru je lepas bedal nasi lemak..

Kenyang ikan kelah ni dapat makan cagu2 kat kaki Affan..hahaha B ikan kelah ni buat bakar sedap ni..hoii mana boleh..kalau dorang tahu boleh kena denda..ooyekerr..

Sebungkus makanan ikan ni di jual RM2..

Ramai tanya tak geli ker? geli2 manjer jer..hahaha Ikan2 kat sini so peramah dan manja..kita tabur je makanan laju je depa datang..rasa macam nak tangkap sekor bawak balik jadikan kenangan..haha

Rileks2 Kelah hoii..semua dapat jangan rebut2..🤣

Naik sikit punya lambat nak sampai sini, bila balik eh eh dah sampai dah..Sampai aku pulak yang tanya Affan, B ok b. B larat b..haha terbalik pulak..aku pulak yang tanya dia ok ke tak..

Terima kaseh b bawak saya ke tempat macam ni..rasanya ni first time kami lakukan aktiviti macam ni since dah 6 tahun berumahtangga..Syok jugak buat aktiviti macam ni sekali sekala tanpa anak2..orang kata bagi merapatkan hubungan suami isteri gitewww..B nanti kita repeat lagi aktiviti macam ni..best sangat..thank you B..😘

piece : kathyjem

Friday, August 4, 2017

Mini Bike Pertama untuk Afif

Salam Jumaat..laliluuu Jumaat dah..senyum sikit..😊 Besok plan nak longgarkan lutut dengan Affan..hoii longgar lutut dah kenapa pulak..korang jangan fikir macam2 ek..longgar lutut nak masuk hutan la..hahaha next week kan Kak Kathy dgn Kak Ceera nak buat water rafting, harus la kena warming up dulu..kang badan terkejut tak pasal2..lagi pon dah nak dekat setahun lebih since mengandungkan Afif awal tahun lepas sampai sekarang tak buat apa2 aktiviti..dulu rajin la main netball, futsal..lama sangat dah Kak Kathy tak bersukan keluarkan peluh..

Semalam check sport shoes nasib baik ok lagi, ingat tapak dah lekang..😆 lama sangat tak guna..

Hari ni Kak Kathy nak share dengan korang Afif punye mini bike ni sebab ramai mesej Kak Kathy tanya Afif punye mini bike ni..barang baik harus la share berjemaah..

Kak Kathy jenis macam tu suka share dengan korang barang2 yang Kak Kathy rasa ramai yang suka pakai tapi tak pasti nak beli kat mana..bukan niat nak menunjuk ke apa..bile kita share sesuatu dengan jujur ikhlas In Sha Allah, Allah akan gandakan nikmatNYA pada kita..giteww..yang penting jangan riak, niat tu kena betul ye sayang..

Sebelum tu kasi tatap dulu muka abam kita, Afif Uthman..

Suke ye abam..mula2 naik mini bike ni muka teruja, tak sampai berapa saat ketepek jatuh..hahaha yerla berdiri pon terketar-ketar ada hati nak naik basikal..sajer mummy beli awal, lagi pon masa tu tengah promosi..elok je iklan tu lalu lalang kat timeline fb mummy..tengok harga pon boleh tahan, laju tangan ni menanya perdana menteri aka PM..😂 

Masa tanya tu kebetulan tinggal lagi berapa hari je nak abis promotion..tak cakap banyak tanya Affan, Affan kata ok terus beli..hari ni oder lusa dah dapat..

Actually mini bike ni sesuai untuk anak2 yang baru pandai berdiri, bagi kuatkan kaki..Macam Afif tak pandai lagi berdiri lama kalau berdiri pon bertahan 5 saat..nak bagi dia naik kena kita dok sebelah dia..kalau tak tergolek macam dalam video ig..


Masa aku beli dapat harga promosi sampai 28 Julai..so sekarang ni kalau beli tak pasti dapat ke tak harga RM129 tu lagi..ada 3 colour, Metalic Blue, Metalic Pink dan Pearl White..

Ni online yang aku beli tu..number whatsapp pon ada kat situ..kalau berminta nak beli boleh tanya terus whatsapp number dalam gambar tu..

Masa aku upload gambar Afif naik mini bike ni perasan Yana tanya napa tak beli 2 tayar macam dalam gambar ni..demmmm aku lupa sungguh..Shah suami Yana ada bagitau kalau nak beli, beli yang ada tayar dua sebab tayar dua belakang design terbaru..dia balance sikit la compare tayar satu kat belakang macam aku beli tu..

Kalau tanya aku, ok je aku rasa, nak kaki baby kuat masa tengah tolak2 ke depan ke belakang..tu jer..tayar dua belakang tu mahal sikit compare tayar satu..sesuai dengan harga la kan kan..ok tu jer..kalau nak tanya apa2 boleh mesek Kak Kathy..😊

piece : kathyjem

Thursday, August 3, 2017

Raya di rumah NiedaCoway

Raya tahun ni macam bersemangat sikit nak beraya rumah orang..tahun lepas langsung tak bersemangat..nak jumpa orang malas, nak bersiap malas, nak mekaup malas, nak berjalan malas..senang cakap semua malas hahaha..tu tahun lepas la, tahun ni lain maciam semangat dia..so ada jemputan kita pergi walaupon tak termampu nak pegi semua undangan..

Ni la kawan2 sekolah ku..kalau ikutkan ramai lagi tapi ramai tak dapat join..yerla open house sana sini kot..rumah Nieda ni  memang aku nanti2 kan..dari zaman sekolah sampai dah beranak pinak kuah rojak Mak Nieda paling ku tunggu2..dulu zaman sekolah sampai Nieda datang rumah hantar kuah rojak..sampai terbayang-bayang..hehe so bile Nieda ajak harus kena pergi..

First time aku pakai tudung instant..eh yeker first time..hahaha lupa jap..errmmm yerla first time la aku rasa aku pakai..ni pon sebab Nyah kasi (Kakak Yana)..kalau nak suruh aku beli tak la kot..hahaha aku memang tak pandai pakai tudung isntant ni..siap bawak tudung instant ni tunjuk kt kawan ofis macam mana nak pakai..hahaha Yang colour peach aku pakai ni ok lagi ada satu lubang..ada tu sampai dua lubang, jenuh nak sarung..hahaha sedihkan..

Serius weii aku memang tak pandai pakai tudung instant ni..Rasa macam tak kena jer pakai, tapi tudung Nyah bagi ni macam best pulak..terus muka akak nampak baik sangat..hahah thank you Nyah kasi tudung instant kat i..😊 Eh orang Perak memang panggil Nyah tau bukan sajer2 panggil Nyah..siapa orang Perak mesti tau panggilan Nyah tu kan..

Amboii Raiisah dengan kawan mummy kemain posing sakan..

Dengan auntie Ariza..siapa nak ambik insuran boleh hai2 kat Ariza..kemain terlentok kat peha auntie Ariza ek..

Masa ni Iena baru sampai..Iena yang berbaju hitam..

Ni la tuan rumah, Nieda..orang panggil Nieda Coway sebab dia jual Coway..siapa nak beli Coway boleh hai2 kat Nieda jugak..amboii kemain promote kawan2..hahaha ye kawan2 sekolah i semua jenis semua meniaga..

Jeles tengok badan Nieda..slim melim jer..Nieda ni dulu waktu sekolah terer gile main netball sampai masuk wakil daerah..kalau main netball mesti teringat lompatan dia..kalau tangkap bola terus lompat bintang..lari tangkap bola macam lipas kudung, sikit punya laju..zazz zazz dah sampai D court..hahaha

Iena..ni pon masa sekolah lipas kudung gak main netball..punye terer..Hari tu plan nak suruh Iena buat open house kat rumah dia, tapi Iena tak sihat hari tu..Iena bile boleh rasa air tangan lontong puaka awak ni..hehehe nasib baik kita tak pregnant..kalau tak awak kena masak jugak..behehe😝

Dieha yang maintain kurus kecik moleh walaupon anak dah 3..Dieha ni kalau cakap budak sekolah menengah pon orang percaya..muka budak sekolah sangat..

Anne..kawan paling rapat masa sekolah..dah ada dua orang anak ni je dah jarang jumpa..dulu sebelum kawen rumah Anne la tempat aku melepak sampai makan, tido satu katil la dengan Anne ni..sampai dah kenal sangat parents Anne..uwaaa rindukan Anne sampai kita poyo..hahaha Anne la orang pertama melihat cinta padang pertama aku dengan Affan..eh dengan Dieha sekali..Affan dulu kawan dengan Dieha sebelum aku kena Affan..eh terbukak pulak cerita zaman remaja..🙈

 Dari kiri Anne, Dieha, Nieda, Tuan Tanah, Ariza dan Iena..

Walaupon friendship kami sudah 20 tahun perangai masih maintain sama..Ni la kami 'Mommies Vast'..nama Vast kitaorang pakai dari zaman sekolah tau, maintain pakai nama ni sampai sekarang..kepala giler2 pon semuanya masin sama lagi..hahaha Walaupon kita semua jarang bersua, kita doakan semoga persahabatan kita semua kekal sampai bila2..Love Kathy..amboii macam Love Vivy sangat..😂 #friendshiptilljannah

Afif awat terbulat mata tu..kagum ekk tengok kawan2 mummy cantik2..hehehe
Amboi daddy kemain sakan gelak belakang tu yer..lama tak jumpe geng berasap..

Masa ni Ariza dah gerak balik so sampai terlupa nak ambik gambar berdua dengan dia..Ariza kita check dalam kamera takde gambar awak dengan kita..gambar awak sorang ada la..sayangnya..

Ootd raya dengan Mekcha..patutnya pakai baju ni dengan Manjers baru la sesuai..yerla aku pon mana nak tahu dorang nak pakai colour peach..huhu

Macam biasa la Raiisah nak ambik gambar dia sorang kena la umpan, bagi makan eskrem..baru dia dok berdiri tegak, kalau tak urut dada dibuatnya..

 Ootd adik atas stroller je la ye adik..hehe

Ni pon geng lama Affan masa semua belum kawen..walaupon anak dah 3 4 orang perangai masing2 macam bukan bapak orang..hahaha

Ececece semua pose baik nampak..Dean (baju putih) tak sabar nak dukung baby boy ke? hehehe🙈 

Ok selesai entry raya..eh ada lagi..sat naa..

piece : kathyjem

Wednesday, August 2, 2017

Beli Belah dengan Ceera

Hallo..Kak Kathy lari sikit cerita raya boleh..behehehe cerita raya nanti Kathy story, jangan risau akan story jugak cuma lambat sikit jer..

Last weekend hari tu shopping dengan Ceera..hoii lama tak shopping berdua kan manjer..dulu2 masa zaman bujang rajin kami keluar shopping berdua kalau Yana takde..memang plan awal Yana nak join tapi last minit tak dapat, Raef demam..

Maka berjoyah la kami berdua..Ohh app Snow la ni la ramai orang dok pakai video nampak extra flawless ek..terbongkar sudah..hahaha..baru ku tahu..korang jangan tanya kalau muka Kak Kathy buat stories ig tiba2 flawless macam kulit telur ayam lepas ni..hahaha..

Awal pagi dah keluar rumah..3 tempat nak kena cover ni, sempat ke idok ni..Mula2 sekali pergi Midvalley, pastu ke Wangsa Walk, pastu ke Sri Damansara..sila tarik nafas dalam2 dulu..Fuhhh kanan, fuhh kiri..

Konon lepas subuh nak terpacak depan expo baby ni..hahaha angan2 tinggi, tapi mampu ke nak terpacak awal pagi kat situ..hahaha memang angan2 je la mampu..keluar rumah pon dah pukul berapa..

Sampai Midvalley, Alhamdulillah parking masa banyak kosong, sampai pon dah nak dekat kol 10..tapi ya ampunnnn ramainya orang depan pintu masuk expo..

First time aku pegi seramai macam ni..dari start masuk sampai keluar, berlaga2 bahu..hoii pening..aku ada tempoh 1 jam je nak beli barang..tengok orang ramai macam ni sempat ke idak nak beli..rasa macam nak balik tapi sayang pulak nak balik, redah je la..

Yerla dorang buat expo ni 2 hari je mau tak orang ramai berpusu-pusu datang..selalu dorang buat 3 or 4 hari macam tu..ni buat 2 hari je ermmm sendiri mau ingat la ramai macam semut..

Nasib baik masa aku sampai selit2 masuk kat tepi, kalau masuk bahagian depan aku rasa mau 1 jam dok tunggu depan pintu masuk tu..zazz zazz beli barang terus keluar..berbaloi beli sebab murah compare beli online..lagi pon dah biasa pegi expo baby so dah tau apa yang nak beli..

Pastu laju2 ke parking, Ceera dah call tanya dah kt mana..janji kol 11 nak ambik dia..haha..Nasib rumah dia dari Midvalley dekat je, kalau tak kena carutss lambat, hahah tapi memang dah lambat pon..kol 11.30 aku sampai..haha..ampunn manjer..nak keluar pintu expo baby tu sikit punye jem..huihh tobat nak pegi expo baby kalau berlangsung dua hari jer..nasib baik tak muntah hijau aku dalam tu..haha

Pastu ke Wangsa Walk teman Ceera cari barang kat sini..Manjer tolong aku ambik gambar Ohohtede..loo tidur pulak..hahaha

Settle cari barang kat Wangsa Walk terus ke Sri Damansara..nak cari barang masuk hutan..hehehe Masuk hutan pergi mana tu Kak Kathy?  Kak Kathy dengan Ceera nak pegi Water Rafting..huhuhu lama tak join aktiviti lasak..rindu nak buat aktiviti macam ni..sekali ada peluang apa salah nye join..cuma risau kat Afif je ni, sebab dia kan menyusu badan lagi..😭 In Sha Allah boleh..positif Kathy positiffff..baik! pump susu jangan lupa bawak Kathy!

Sampai Decathlon Sport terus rambang mata aku dengan Ceera..Ceera banyak barang dia dah beli masa datang dengan Ciput hari tu, so topup sikit2 jer..aku pon banyak dah beli online, so cari bag galas, seluar dan lain2..hehehe

Ko kat sini macam2 barang sport ada, barang nak panjat gunung, berkelah depan beach, basikal, roller blades, semua ada la..harga pon murah sangat2..port skate ni kalau Affan ada ni mau juling2 dia tengok..silap2 tak nak keluar kedai..hahaha

Acah2 jer..Kak Kathy ni sejenis
cepat cuak..dari dulu angan2 nak jadi minah skate tapi selalu tak kesampain..macam mana nak jadi minah skate..skate board tu gerak sikit dah terjerit-jerit..hahaha sejenis gayat..😂

 Kasut air untuk kids..sesuai untuk aktiviti atas air..Napa la baru tahu tempat ni, kalau tahu dari awal leh cari pelampung Afif, masa nak pegi Pangkor hari tu sikit punye payah nak cari pelampung untuk Afif, dua tempat pegi Aeon semua dah takde stock pelampung baby..huhu

Orang perempuan kan kalau nak pergi bercuti semua nak baru..bukan kata luar je nak baru, dalam pon nak baru jugak..opss! hahaha😂 Selipar kat sini cantik2 dan murah..macam Ceera ambik tu dalam RM19..

Udah2 la tu..lagi lama kita dok dalam ni, macam2 nak beli..hahaha


Settle shopping, basahkan tekak jap..kat sini takde kedai kopi, Dunkin Donuts je yang ada..tadi kat Wangsa Walk dah makan, so kita makan light2 jer..Ceera belanja, thank you Manjer..

Berdua saje tanpa Yana disisi..sedar tak sedar sampai ke subuh kiteorang berborak rupanya..hahaha over kan sampai ke subuh..😂 😂 Sampai lenguh2 la mulut berborak..lega kepala macam2 diluahkan..hehe

Ok tak sabar nak join Water Rafting next week..semoga dipermudahkan semuanya..amin..

piece : kathyjem